Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI KENDIRI

Refleksi pengajaran adalah satu proses yang dibuat selepas tamat sesuatu
pengajaran dan pembelajaran. Refleksi pengajaran dibuat

untuk memahami

kelemahan dan kekuatan seseorang guru. Disamping itu refleksi juga memberikan satu
gambaran tentang pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran seserang guru.
Refleksi membantu guru membuat penilaian kendiri. Selain daripada itu ,refleksi
membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru daripada
pengalaman yang dilaluinya. Dengan adanya refleksi pengajaran guru dapat
menganalisis

dan

menilai

kekuatan

dan

kelemahan

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajarannya, lalu dapat memikirkan cara membaiki serta mengubahsuai


rancangan, objektif, kaedah, startegik, teknik dan penggunaan bahan pelajaran
pengajarannya mengikut tahap dan minat muridnya. Dengan ini ia juga dapat
membantu guru untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan dan menarik minat murid serta dapat menjadikan suasana bilik darjah yang
harmoni pada masa akan datang.
Guru meninjau semula pengajarannya di dalam bilik darjah dengan adanya
penulisan refleksi. Selain daripada pandangan cikgu, refleksi juga membantu guru-guru
menilai keberkesanan dirinya sebagai guru dan menyoal tujuannya. Saranan ini selaras
dengan pandangan yang menganggap bahawa amalan refleksi memberi peluang
kepada kita untuk menyiasat secara kritis kepercayaan, anggapan-anggapan yang
tersirat. Seterusnya amalan reflektif juga membolehkan guru menjadi self-directed, iaitu
mempunyai

tanggungjawab

terhadap

perkembangan

kendiri.

Pandangan

lain

menjelaskan bahawa amalan reflektif menghasilkan kemajuan bakal guru melalui


peringkat-peringkat perkembangan kognitif, perkembangan dari guru pelatih kepada
guru terlatih dan membolehkan mereka menganggap pengajaran dari perspektif yang
lebih interpretif dan kritikal .

Peningkatan Mutu sesuatu pengajaran dapat dilihat dengan adanya refleksi.Pada


pandangan saya , bagi membantu mengubah atau menambahbaik amalan pengajaran
setiap apa yang dinilai perlu direkodkan. Rekod ini boleh dilaksanakan secara
penyediaan log pembelajaran. Log/diari ini perlu mencatatkan perkara berikut:
1.
2.
3.
4.
5.

Dapatan daripada refleksi kendiri


Perubahan yang diperlukan/dicadangkan
Perkara tertentu yang perlu diberi perhatian untuk memperbaiki pengajaran
Rancangan bagi memperbaiki pengajaran
Tindakan susulan yang patut dilaksanakan

Selain itu refleksi juga merupakan satu proses dimana guru berusaha mengingat
dan merenung kembali aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dialaminya.
Amalan menulis refleksi selepas selesai sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
amatlah penting untuk meningkatkan profesionalisme keguruan. Refleksi pengajaran
penting untuk membuat penilaian kendiri serta berfikir secara analitik, kritis dan kreatif.
Ia juga penting kerana dapat menganalisis perkara-perkara penting dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran serta mencari jalan penyelesaiannya.

Anda mungkin juga menyukai