Anda di halaman 1dari 9

Sekolah dan Masyarakat

KPS4043

KPS4043
SEKOLAH DAN MASYARAKAT
SEMESTER 1 2023/2024

TUGASAN :
LAPORAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS
PROGRAM KESEDARAN GEJALA BULI
DI SRA AL-SYAKIRIN SUNGAI BESI,
KUALA LUMPUR

TARIKH & HARI:


31 JULAI 2023 - ISNIN

TEMPAT:
SRA AL-SYAKIRIN
SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR

ANJURAN:
KUMPULAN L (8)

NAMA PENSYARAH:
DR. MAZARUL HASAN BIN MOHAMAD HANAPI

AHLI KUMPULAN 8:
BIL NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON
1 MUHAMMAD HAJID BIN MOHAMED AZHAR L20222013718 01131760977
2 SITI FADLINA BINTI MEOR AHMAD L20222014021 0182409147
3 JANEVIE N OLOT L20222013736 0163406319
4 SITI HAJAR BINTI HALIM L20222013432 01115647954
5 MUHAMMAD MANSOR BIN BURHAN L20222013498 01120501808

Sekolah dan Masyarakat


KPS4043
LAPORAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS
PROGRAM KESEDARAN GEJALA BULI
DI SRA AL-SYAKIRIN, SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR

TARIKH : 31 JULAI 2023


TEMPAT : DEWAN SRA AL-SYAKIRIN

1.0 PENDAHULUAN

Pada 31 Julai 2023, program Kesedaran Gejala Buli telah diadakan di SRA Al-Syakirin, Sungai
Besi bermula jam 02.50 hingga 05.15 petang. Seramai 540 orang murid daripada tahun 1 hingga 6
dan 17 guru menyertai program tersebut. Program ini adalah sebuah hasil kerjasama penuntut
Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan unit disiplin sekolah SRA
Al-Syakirin bersama Pusat Koreksional Puncak Alam, Jabatan Penjara Malaysia.

2.0 TUJUAN PROGRAM

Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada murid
berkaitan kelalukan yang dapat diterjemahkan sebagai buli serta akibat daripada tindakan
tersebut.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

- Mengklasifikasikan jenis salah laku yang boleh ditafsirkan sebagai perbuatan buli.
- Memupuk nilai kasih sayang dan moral antara murid tanpa melihat umur.
- Menyediakan saluran aduan yang selamat dan dipercayai oleh mangsa buli.
- Membentuk sahsiah dan keperibadian murid.

4.0 KOMUNITI SASARAN

- Semua murid (540 orang).


- Jabatan Penjara Malaysia - Bahagian Juvana (Pusat Koreksional Puncak Alam).
- Guru-guru dan kakitangan sekolah.

5.0 IMPAK PROGRAM

- Mengurangkan kadar dan kes buli dalam kalangan murid.


- Menjadikan sekolah tempat selamat dan harmoni.
- Meningkatkan fokus di kalangan pelajar dalam pembelajaran.

6.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Perkara

02:45 PM Kehadiran peserta dan penceramah jemputan












Sekolah dan Masyarakat


KPS4043

- Ucapan aluan penuntut Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti


02:50 PM Pendidikan Sultan Idris
- Bacaan doa
- Ucapan guru besar SRA Al-Syakirin
03:00 PM - Perasmian program

Ceramah Kesedaran Gejala Buli


oleh En Muhammad Ilyas bin Muhammad Khairi
03:10 PM
(Ketua Unit Agama, Pusat Koreksional Puncak Alam,
Jabatan Penjara Malaysia)

- Penyampaian cenderahati
05:00 PM - Sesi fotografi

- Bersurai
05:15 PM - Minum petang

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Harga (RM) Kuantiti Jumlah (RM)

1 Cenderahati 20 2 40

2 Bunting 15 1 15

3 Buku Program 1 3 3

4 Air mineral (penceramah) 1 2 2

5 Minum Petang 5 15 75

Jumlah : 135

8.0 SEBELUM PROGRAM

Sebelum program berlangsung, jawatankuasa program telah membentuk organisasi pelaksana


bagi tujuan pengurusan program tersebut. Antara jawatan dan skop tugas yang dirangka adalah:

- Penyelaras program bagi mengendalikan seluruh program


- Setiausaha bagi mencatat minit mesyuarat
- Bendahari bagi memberi cadangan belanjawan dan menguruskan hal kewangan
- ahli jawatankuasa jamuan yang bertanggungjawab menentukan menu dan mengurskan
penyediaan makanan dan minuman
- ahli jawatankuasa cenderahati yang menyediakan cenderahati kepada pihak sekolah dan
pihak jabatan







Sekolah dan Masyarakat


KPS4043
- ahli jawatankuasa persiapan dewan yang menyediakan dan menyiapkan dewan daripada
aspek kebersihan, hiasan dan siaraya
- ahli jawatankuasa perhubungan yang berinteraksi dan berkomunikasi dengan pihak luar
iaitu pihak sekolah dan pihak jabatan
- ahli jawatankuasa kawalan murid yang memastikan murid dalam keadaan terkawal dan
teratur
- pengiring tetamu yang menyambut dan mengiring penceramah dari mula hingga tamat
program
- pengerusi majlis yang menyediakan teks dan mengacarakan program
- jurugambar yang merakam setiap detik program bagi tujuan dokumentasi dan rujukan

Setelah itu, setiap daripada jawatankuasa mengenalpasti dengan lebih terperinci berkaitan
skop tugas masing-masing. Selepas tugasan dijalankan, sebuah pertemuan diadakan secara atas
talian di antara penyelaras dan semua ahli jawatankuasa pelaksana program bagi tujuan
mengemaskini dan memastikan setiap skop tugas telah dilaksanakan dengan baik dan
menyelesaikan isu-isu yang berkait dengan gerak kerja supaya semua tugasan berjaya
dilaksanakan dan disiapkan sebelum hari program.

9.0 SEMASA PROGRAM

Bertarikh 31 Julai 2023 pada jam 02.30 petang ahli jawatankuasa kawalan murid mula
menjalankan tanggungjawab mengawal pergerakan murid dan menyusun mereka di dalam dewan
dengan teratur mengikut kelas darjah. Sementara itu bahagian pengiring tetamu telah bersedia di
perkarangan sekolah bagi menyambut kehadiran pihak Jabatan Penjara Malaysia lalu membawa
mereka ke ruang menunggu lalu dihidang minum ringan dan kuih muih oleh ahli jawatankuasa
jamuan sementara menunggu program bermula. Setelah dipastikan semua jawatankuasa dan
murid-murid bersedia, bahagian pengiring tetamu membawa penceramah jemputan menuju ke
dewan di tingkat dua.

Program dimulakan dengan ucapan aluan dan salutasi oleh pengerusi majlis yang mana
merupakan wakil daripada penuntut UPSI dan seterusnya bacaan doa majlis bagi memberkati
program pada petang tersebut. Setelah itu pengerusi majlis menjemput Ustazah Zahidah binti
Yeop Karim GPK Tadbir SRA Al-Syakirin yang mana merupakan wakil bagi guru besar untuk
memberikan ucapan sebagai tuan rumah seterusnya membuat gimik perasmian bersama
penceramah jemputan.

Selesai upacara perasmian, pengerusi majlis mempersilakan En. Muhammad Ilyas bin
Muhammad Khairi, Ketua Unit Agama, Pusat Koreksional Puncak Alam, Jabatan Penjara Malaysia
bagi menyampaikan ceramah dan pengisian bertajuk Kesedaran Gejala Buli. Penceramah
memulakan slot dengan memperkenalkan fungsi dan peranan Pusat Koreksional Jabatan Penjara
Malaysia terhadap masyarakat. Seterusnya penceramah berkongsi definisi buli dan kelakuan-
kelakuan yang boleh diklasifikasikan sebagai buli terutamanya dalam kalangan murid. Banyak
jenis kelakuan buli yang dijelaskan secara mendalam oleh penceramah sambil mempamerkan
grafik yang menarik supaya murid lebih faham dan tertarik.

Penceramah juga menyiarkan video dan gambar yang menggambarkan akibat dan impak
buruk terhadap isu buli antaranya gambaran sebatan terhadap pesalah yang disabitkan
kesalahan. Selain daripada berkongsi peranan murid terhadap sekolah dan masyarakat,
penceramah juga banyak menerapkan nilai murni dan akhlak mulia berasaskan keperibadian
baginda Rasulullah yang cukup jelas untuk diteladani. Murid juga memberikan kerjasama yang
baik dan aktif menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh penceramah.

10.0 SELEPAS PROGRAM

Sekitar 05.15 petang program tamat dan murid dilepaskan untuk pulang. Ahli jawatankuasa murid
memastikan pergerakan murid keluar dari dewan dalam keadaan terkawal setelah program
bersurai. Pengiring tetamu pula bertanggungjawab mengiring penceramah jemputan ke bilik
mesyuarat untuk minum petang yang telah disediakan oleh ahli jawatankuasa jamuan. Sementara














Sekolah dan Masyarakat


KPS4043
itu ahli jawatankuasa persiapan dewan menyusun semula meja, kerusi, hiasan bunga dan alatan
lain serta memastikan dewan ditinggalkan dalam keadaan bersih dan tersusun.

Penyelaras program mengucapkan tahniah kepada setiap ahli jawatankuasa pelaksana


yang berjaya menjalankan tugasan masing-masing hingga ke akhir program dan penyelaras
program berpuas hati kerana program yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan baik
daripada pihak murid-murid, pihak sekolah dan pihak jabatan. Walaupun begitu, penyelaras
program tetap akan adakan sebuah perjumpaan bagi tujuan post-mortem atau muhasabah bagi
tujuan penambakbaikan untuk program yang mendatang.

11.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, menerusi program sebegini setiap daripada jawatankuasa dapat peroleh


pengalaman baru dalam mengendalikan program yang melibatkan sekolah dan masyarakat.
Selain itu program ini juga melatih jawatankuasa dalam pengurusan masa, kewangan dan
kemahiran mengurus program. Di samping itu juga ia dapat menerapkan nilai komunikasi dan
interaksi yang baik di antara jawatankuasa dengan pihak sekolah serta pihak jabatan. Diharap
program ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan seterusnya melahirkan generasi sifar buli
pada masa akan datang.

Sekolah dan Masyarakat


KPS4043
12.0 LAMPIRAN

12.1 SEBELUM PROGRAM


Sekolah dan Masyarakat


KPS4043

12.2 SEMASA PROGRAM

Semasa program

Sekolah dan Masyarakat


KPS4043

Semasa program

Sekolah dan Masyarakat


KPS4043

12.3 SELEPAS PROGRAM

Anda mungkin juga menyukai