Anda di halaman 1dari 2

BAGAIMANA KAHOOT BERFUNGSI

Sebelum guru ingin menggunakan aplikasi Kahoot dalam pengajaran dan pembelajaran
mereka, guru perlu terlebih dahulu mendaftarkan diri di https://create.kahoot.it/. Pendaftaran
ini tidak memerlukan bayaran kerana ia percuma untuk digunakan. Selepas selesai mendaftar
akaun kahoot, guru perlu merancang dan menyediakan permainan pembelajaran sama ada
dalam bentuk kuiz, perbincangan dan kaji selidik yang bersesuaian dengan objektif
pembelajaran. Selepas pendaftaran, untuk mengunjungi ke laman web Kahoot, guru hanya
boleh terus login menggunakan URL https://create.kahoot.it/.

Rajah 1: Mendaftar Kahoot


Guru boleh mengarahkan para pelajarnya menaip URL https://kahoot.it/ dalam address bar
dalam mana-mana alat peranti seperti telefon pintar, komputer, komputer riba mahupun tab.
Guru akan membina pelbagai kuiz berkaitan topik yang ingin diuji bagi kursus yang diajar
dengan berkongsi nombor pin kuiz tersebut untuk dijawab oleh pelajarnya. Skrin di hadapan
kelas akan menjadi paparan utama yang akan memaparkan soalan manakala pelajar pula akan
menggunakan peranti masing-masing untuk menjawab soalan berdasarkan beberapa pilihan
jawapan yang diberi. Tambahan pula, untuk memastikan pelajar terus memberi perhatian dan
aktif dalam proses PdPc dijalankan, guru akan meletakkan limit masa yang sesuai bagi pelajar
menjawab supaya akan wujud persaingan yang sihat antara satu sama lain dalam kalangan
pelajar.

Rajah 2: Bab 2 Sejarah Tingkatan 2 dan Nombor Pin Kuiz


Setelah semua pelajar log masuk, guru akan menekan pautan Start untuk memulakan kuiz.
Pelajar diberi kebebasan dalam menamakan diri mereka (cth: tak target no.1). Guru juga boleh
memilih mode permainan iaitu Player vs Player 1:1 Devices bermakna setiap pelajar
mempunyai alat setiap seorang atau mode Team vs Team Shared Devices untuk pelajar yang
berkongsi alat.
Rajah 3. Pelajar Log Masuk
Guru akan menayangkan soalan melalui paparan projektor LCD manakala pelajar pula dapat
menjawab soalan melalui komputer, ipad, tablet dan telefon bimbit mereka. Pelajar akan fokus
dan dapat melihat kepantasan mereka dalam menjawab soalan melalui kedudukan dan masa
yang dipaparkan pada skrin utama di hadapan kelas. Hal ini secara tidak langsung mewujudkan
suasana persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar melalui permaian secara interaktif.
Bukan itu sahaja, Kahoot juga mampu mewujudkan suasana PdP yang menyeronokkan dan
mendisiplinkan murid dari segi memperuntukkan masa menjawab sesuatu soalan. Penggunaan
Kahoot dalam PdP juga turut menerapkan unsur didik hibur dan dilihat sangat sesuai
dilaksanakan dalam pembelajaran abad ke 21.

Rajah 4. Soalan Kuiz dan Kedudukan Markah Pelajar.


Portal Kahoot ini menawarkan khidmat percuma kepada ahlinya untuk menghasilkan ujian
dalam talian dalam bentuk permainan. Khidmat penilaian secara berkumpulan ini amat
menyeronokkan kerana mampu menyuntik unsur pertandingan dalam kalangan pelajar. Guru
juga dapat mencetak analisis jawapan pelajar secara individu

Rajah 5. Analisis Jawapan Pelajar

Anda mungkin juga menyukai