Anda di halaman 1dari 5

4.

4 PERBANDINGAN PROFESION

Sebelum melihat perbandingan sesuatu profesion adalah lebih baik untuk mengetahui maksud
profesion itu terlebih dahulu. Menurut Gilley dan Eggland (1989) profesion dapat diberi
definisi sebagai penguasaan sesuatu ilmu di dalam sesuatu bidang, menjadi ahli sesuatu badan
profesional dimana pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dikehendaki oleh masyarakat.
Flexner (1914) juga berpendapat sama dimana konsep profesion merupakan satu pekerjaan
yang penting untuk masyarakat kerana disebabkan oleh perkhidmatan yang ditawarkan tidak
dapat disediakan oleh pekerjaaan yang lain. Selain itu, dari segi ciri sesuatu profesion,
Greenwood (1957), Wilensky (1964), Lobell (1978) dan Bayles (1988) mengariskan dimana
sebanyak tujuh ciri yang perlu ada pada sesuatu profesion iaitu Perkhidmatan Unik,
Pengetahuan dan Kemahiran, Latihan Khusus, Autonomi, Tanggungjawab, Badan Profesional
dan Kod Etika. Oleh itu, penulis telah mengambil tujuh ciri profesion yang telah diutarakan
Greenwood (1957), Wilensky (1964), Lubell (1978) dan Bayles (1988) di dalam perbincangan
ini dan perbandingan profesion yang akan dikaji ialah di antara profesion perguruan, profesion
jurutera dan profesion akauntan.

1. Perkhidmatan Unik

Perkhidmatan Unik merujuk kepada sesuatu perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat
adalah bersifat unik, tetap dan diberikan untuk kesejahteraaan umum. Jika melihat profesion
perguruan, Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan (1993) mengatakan bahawa perkhidmatan
yang diberikan oleh guru adalah dengan memberikan perkhidmatan pendidikan yang baik
kepada masyarakat seperti membangunkan personaliti dan kebolehan mental dan fizikal
kepada setiap insan. Guru juga tidak hanya sebagai penyampai ilmu tetapi juga dilihat sebagai
kaunselor, pentadbir, perangsang, ibu bapa, pemimpin, pengurus instruksional kepada para
pelajarnya. Oleh itu, walaupun para pelajar boleh dididik melalui ibu bapa, televisyen dan
internet, tetapi guru adalah pakar yang dilatih untuk mewariskan pengetahuan dan kemahiran
yang ada kepada anak muridnya.

Profesion jurutera pula….

Profesion akauntan pula….

2. Pengetahuan dan Kemahiran

Ciri tentang pengetahuan dan kemahiran dapat diertikan apabila seseorang ahli dalam profesion
yang mempunyai fakta, konsep, prinsip & teori serta kemahiran yang tinggi dalam sesuatu
bidang dan dapat mengaplikasinya dalam pekerjaannya. Bagi profesion perguruan, Shulmen
(1987) telah mengariskan enam pengetahuan yang perlu dikuasai oleh guru iaitu pertama
mempunyai pengetahuan tentang falsafah dan sejarah pendidikan. Kedua, mempunyai
pengetahuan tentang isi kandungan mata pelajaran (content knowledge). Ketiga,
berpengetahuan tentang pedagogi. Keempat, mempunyai pengetahuan mengenai kurikulum
seperti sukatan pelajaran, bahan pembelajaran dan alat bantuan mengajar. Kelima ialah
berpengetahuan tentang pengurusan bilik darjah dan terakhir berpengetahuan mengenai
pentadbiran dan budaya sekolah. Keenam-enam pengetahuan ini boleh guru dapati melalui
semasa latihan perguruan dan ketika mereka belajar di Universiti dan Maktab Perguruan yang
mereka terima dalam sesuatu tempoh dikenakan.

Profesion jurutera pula …

Profesion akauntan pula ….

3. Latihan Khusus

Latihan Khusus merujuk kepada seorang yang professional mesti mengikuti pendidikan dan
latihan yang berpanjangan sama ada di kolej, maktab, institusi, universiti atau belajar secara
jarak jauh. Bagi profesion perguruan, jika ingin menjadi seorang guru terdapat beberapa cara
yang boleh diikuti iaitu pertama menyertai program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP)
selama 4 tahun termasuk terlibat dalam Latihan Mengajar untuk semua guru pelatih di
Universiti atau Maktab Perguruan. Selain itu, terdapat juga Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
(KPLI) dan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) untuk mereka yang sudah memiliki
ijazah sarjana muda daripada apa jua bidang pun yang ingin dilatih menjadi guru. Walaupun
pelbagai program pendidikan ditawarkan namun masih ramai guru sandaran, guru tadika dan
prasekolah yang tidak mempunyai memiliki latihan perguruan diberikan jawatan guru. Hal ini
dilihat dapat mencalarkan imej profesion perguruan itu sendiri.

Namun, bagi profesion jurutera pula…

Profesion akauntan pula….

4. Autonomi

Autonomi merujuk kepada seorang ahli professional yang mempunyai kebebasan kuasa dan
tanggungjawab yang diberikan kepadanya kerana mempunyai kelayakan dan pengalaman
berbanding dengan orang lain. Autonomi bagi profesion perguruan adalah terhad. Ia dapat
dibuktikan walaupun guru itu mempunyai pengalaman mengajar yang lama tetapi guru tidak
mempunyai kuasa untuk memilih pelajar mereka di dalam kelas dan guru juga harus mematuhi
kurikulum yang telah ditetapkan. Namun begitu, autonomi yang ada pada guru adalah dengan
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pemudah cara guru di dalam kelas mengikut kreativiti
sendiri. Ia disebabkan “Bilik darjah seseorang guru adalah mahligainya, kerana di sini ia boleh
mencuba berbagai-bagai cara pengajaran dan mempunyai autonomi yang jarang dipersoalkan”
(Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986, h: 223).

Bagi profesion jurutera pula…

Profesion akauntan pula….

5. Tanggungjawab

Seseorang ahli professional perlu memikul tanggungjawab terhadap tindakan atau keputusan
yang dibuat olehnya. Oleh kerana perkhidmatan yang diberikan oleh ahli professional
melibatkan kebajikan manusia, maka tanggungjawabnya amatlah berat. Jika dilihat melalui
profesion perguruan, tanggungjwab seorang guru perlu menurut Tatasusila Kementerian
Pendidikan Malaysia. Terdapat 4 tanggungjawab yang perlu dipikul oleh guru iaitu
tanggungjawab kepada pelajar, tanggungjawab kepada ibu bapa, tanggungjawab kepada
masyarakat dan negara, dan tanggungjawab kepada rakan sejawat dan profesion.

Bagi professional jurutera pula…

Profesion akauntan pula…

6. Badan Profesional

Kebanyakkan profesion mempunyai badan atau organisasi mereka yang terdiri daripada
pelbagai jawatan kuasa, pasukan petugas dan sebagainya yang berusaha untuk mencapai
matlamat serta meningkatkan imej profesion mereka. Bagi profesion perguruan, terdapat
persatuan dan badan organisasi seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
Malaysia, Kesatuan Guru-Guru Bumiputera Sarawak, Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah,
Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat dan Yayasan Guru Malaysia walaupun terdapat
badan atau kesatuan perguruan yang dilihat untuk mengawasi kod etika perguruan ia dilihat
kurang berkesan. Ia disebabkan kesatuan tersebut lebih mengutamakan perkara berkaitan skim
perkhidmatan guru seperti gaji dan lain-lain faedah. Tambahan pula, terdapat banyak kesatuan
guru mempunyai matlamat yang berbeza tentang tujuan penubuhannya dan guru juga tidak
wajib untuk menyertainya. Ia dapat dilihat menerusi kajian daripada Ibrahim Ahmad (2003)
dimana sebanyak 60% guru di Malaysia tidak mendaftar diri mereka dalam mana-mana
kesatuan guru yang ada di Malaysia.

Profesion jurutera
Profesion akauntan

7. Kod Etika

Kod etika direka untuk mengawal selia tingkahlaku individu daripada sesuatu profesion dan
mekanisme diwujudkan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar kod
etika. Bagi kod etika untuk profesion perguruan, guru perlu mematuhi ‘Ikrar Guru’ dan
‘Tatasusila Kementerian Pendidikan Malaysia’. Namun begitu, tingkah laku guru akan
dipantau melalui Perintah-Perintah Am Kerajaan dan Perintah-Perintah Am. Bagi Perintah-
Perintah Am Kerajaan ia menjelaskan tentang tindakan yang dilarang sama sekali dilakukan
dan tindakan yang boleh lakukan dengan izin. Selain itu, Perintah-Perintah Am menjelaskan
tentang hukuman yang akan dikenakan jika tersabit dengan pelanggaran peraturan yang
dilakukan.
Bibliography
Abdul Rahin, Ahmad Johari, Jamaluddin Ramli, & Rosliza Hamzah. (2007). Persepsi Guru Terhadap
Profesion Perguruan Masa Kini: Satu Tinjauan Di Tiga Buah Sekolah Di Daerah Pasir Mas,
Kelantan. In: Seminar JPPG, Kota Kinabalu Sabah. (Unpublished).

Bab 1: Profesion Perguruan. (2017). Retrieved from Pusat Perkembangan Minda Darul Ridzuan:
http://www.darulridzuan.com.my/aeu-
ppmdr%20page/PENINGKATAN%20PROFESIONALISME%20GURU/Bab1.Profesion_Guru.pdf

Ibrahim Ahmad. (2003). Profesion Keguruan Pilihan Terakhir ? : Suatu Tinjauan. Universiti Teknologi
Malaysia.

Jon A. Schmidt. (2014, November 8). What is a Profession? Retrieved from InFocuc:
http://www.structuremag.org/wp-content/uploads/2014/08/C-Infocus-Schmidt-Nov-
081.pdf

Norleha Adam. (2014). Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional Guru. Selangor: Institut
Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam.

Shamsuddin Ahmad, Khairuddin Idris, & Azahari Ismail. (2009). Dimensi Amalan Etika Profesion.
MALIM Bil. 10 , 17-38.

Anda mungkin juga menyukai