Anda di halaman 1dari 14

SEJARAH

KOTA
BANGKOK
Nama Pensyarah :
Dr. Mohd.Kasri bin Saidon

Nama ahli kumpulan:


 Nur Qamarina binti Baseri

227402
 Nashry bin Hairi

227664
 Nur Amalina binti Adnan

228969
 Asmah binti Kornelis @ Amran

228973
Pengenalan Negara Thailand
 Kerajaan Thai atau yang lebih sering disebut Thailand dalam
bahasa Inggeris, atau dalam bahasa asalnya Mueang Thai,
merupakan sebuah negara di Asia Tenggara yang bersempadan
dengan Laos dan Kemboja di timur, Malaysia dan Teluk Siam di
selatan, dan Myanmar dan Laut Andaman di barat.
 Kerajaan Thai dahulu dikenali sebagai Siam sampai tarikh 11 Mei
1949. Kata "Thai" bermaksud "kebebasan" dalam bahasa Thai,
namun juga boleh merujuk kepada suku Thai, sehingga
menyebabkan nama Siam masih digunakan di kalangan warga
negara Thai terutama kaum minoriti Cina disana.
 Secara tradisional negara Thailand dikaitkan dengan sebuah kerajaan
yang berumur pendek, Kerajaan Sukhothai yang ditubuhkan pada
tahun 1238.
 Kerajaan ini kemudian diteruskan Kerajaan Ayutthaya yang didirikan
pada pertengahan abad ke-14 dan berukuran lebih besar berbanding
Sukhothai.
 Kebudayaan Kerajaan Thai dipengaruhi dengan kuat oleh China dan
India.
 Hubungan dengan beberapa negara besar Eropah bermula pada abad
ke-16 namun meskipun mengalami tekanan yang kuat, Kerajaan Thai
tetap bertahan sebagai satu-satunya negara di Asia Tenggara yang
tidak pernah dijajah oleh negara Eropah, meski pengaruh Barat,
termasuk ancaman kekerasan, mengakibatkan berbagai perubahan
pada abad ke-19 dan diberikannya banyak kelonggaran bagi
pedagang-pedagang British.
 Bangkok, (Bahasa Thai: Krung Thep, Krung Thep
Mahanakhon) adalah ibu kota dan bandar terbesar Thailand.
 Bangkok terletak di sebelah timur tebing Sungai Chao
Phraya, berdekatan dengan Teluk Thailand.
 Bangkok merupakan sebuah bandar yang progresif yang
sedang pesat membangun dari segi ekonomi yang mampu
bersaing dengan Singapura dan Hong Kong.
 Namun masih mempunyai masalah dalam sektor
infrastruktur dan sosial sebagai akibat perkembangannya
yang pesat. Bangkok telah lama menjadi pintu masuk bagi
pelabur-pelabur asing yang ingin mencari pasaran baru di
Asia.
 Bandar ini juga mencatatkan sebagai salah satu bandar di
dunia dengan kadar penambahan pembinaan bangunan
pencakar langit yang paling cepat. Kaya akan kepelbagaian
budaya membuat Bangkok sebagai salah satu destinasi
tempat pelancongan terkenal di dunia.
Sejarah Kota Bangkok
 Bandar Bangkok dahulu adalah sebuah pusat perdagangan kecil dan
pelabuhan di tepi Barat sungai Chao Phraya berkhidmat dengan
Kerajaan Ayuthhaya, perintis Thailand moden yang berjaya dari tahun
1350 hingga 1767.
 Terdapat kepercayaan bahawa nama Bangkok berasal dari Bang Makok,
Bang sebutan dalam bahasa Thailand bahagian Tengah untuk bandar
atau desa yang terletak di tepian sungai, dan Makok adalah nama dalam
bahasa Thailand untuk Spondias pinnata, Spondias mombin atau
Elaeocarpus hygrophilus (tanaman yang menghasilkan buah seperti
buah Zaitun), atau Bang Koh, Koh bermaksud "pulau", merujuk kepada
suatu kawasan yang terukir oleh sungai-sungai dan saluran-saluran.
 Selepas kejatuhan Ayutthaya terhadap Kerajaan Burma pada 1767, raja
baru, Raja Taksin mendirikan ibu kota baru, Thonburi, pada wilayah
yang sekarang adalah bahagian dari bandar Bangkok.
 Semasa pemerintahan Thaksin berakhir pada tahun 1782, Raja Buddha
Yodfa Chulaloke membina semula ibu kota di sisi timur sungai dan
memberikannya nama rasmi untuk upacara (ceremonial name) tersebut
iaitu "Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara
Yuthaya Mahadilok PHOP Noppharat Ratchathani Burirom
Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman awatan Sathit Sakkathattiya
Witsanukam Prasit dan kemudian disingkat menjadi nama rasmi
sekarang, Krung Thep Maha Nakhon. "
 (Lapangan para bidadari, bandar agung, tempat kediaman Buddha
Zamrud, bandar yang tidak boleh dikalahkan (tidak seperti Ayutthaya)
milik dewa Indra, bandar yang dikurniakan dengan sembilan permata
berharga, bandar yang bahagia, yang dimuliakan dengan kehadiran
Istana Agung yang mirip kediaman dewa di syurga, bandar yang
dikurniakan oleh Indra dan dibina oleh Vishnukarn.)
 Namun demikian, bandar baru tersebut juga ikut menerima nama
Bangkok, yang terus digunakan oleh orang-orang asing untuk
menunjuk kepada seluruh kawasan bandar dan menjadi nama rasmi
dalam Bahasa Inggeris, sedangkan dalam Bahasa Thailand nama
Bangkok tetap hanya menunjukan kepada bandar tua di tepi barat
sungai .
 Bandar tersebut sejak saat itu telah dimodenkan secara luas dan
mengalami banyak perubahan, termasuk pengenalan pengangkutan.
 Infrastruktur pada masa pemerintahan Raja Mongkut dan Raja
Chulalongkorn pula dengan cepat menjadi pusat ekonomi Thailand.
Peta Negara Thailand
 Istana ini adalah simbol seni
bina Thailand sepanjang
masa dan juga menjadi
tempat atau landmark yang
paling banyak dikunjungi di
Bangkok.
 Pembangunannya bermula
pada 1782 semasa
Pemerintaha Raja Rama I,
pengasas Dinasti Chakri.
 Saat itu ia membina istana ini
untuk menjadi kediaman
keluarga kerajaan Royal
Grand Palace yang digunakan
sebagai tempat tinggal
keluarga.
 Kerajaan hingga tahun 1925,
namun kini hanya digunakan
untuk upacara-upacara
khusus saja.
 Wat Arun atau dikenali sebagai Kuil
Fajar (Temple of Dawn) berdiri
megahdi sisi Thonburi.
 Di tepi Sungai Chao Phraya kuil ini
adalah yang paling terkenal di Bangkok.
 Namanya berasal dari Dewa Aruna, atau
Dewa Fajar.
 Pembangunan Wat Arun ditangani oleh
dua tempoh kerajaan. Yakni Raja Rama
II (1809-1824) dan diselesaikan oleh
Raja Rama III (1824-1851).
 Kuil ini merupakan perwakilan seni
bina Gunung Meru yang menjadi pusat
dunia.
 Menurut kosmologi umat Buddha.
Menara (prang) kuil Wat Arun
merupakan salah satu tanda tempat yang
paling terkenal di Bangkok. Menara
setinggi 70 meter ini kelihatan cantik
berhiaskan serpihan seramik China
yang bewarna-warni.
 Wat Pho atau Wat Phra
Chetuphon, terletak di
belakang Kuil Emerald
Buddha.
 Ini adalah kuil terbesar di
Bangkok dan terkenal kerana
patung Budha terbaringnya
yang mempunyai panjang 46
meter panjang dan bersalut
emas.
 Kaki patung Sang Buddha
sendiri mempunyai panjang
3 meter dan dihiasi dengan
ilustrasi 'laksanas' (sifat) dari
Sang Buddha.
Kesimpulan
 Bandar Bangkok kini dikatakan menyerupai suasana malam
di Los Angeles kerana banyak tempat-tempat perdagangan
dan perniagaan. Kawasan penting di Bangkok ialah Samut
Prakan, Nonthaburi, Pathum Thani, Samut Sakhon dan
Nakhon Pathom. Bandar dan wilayah ini membina dengan
pesat di bandar Bangkok. Pekerja bawahan dan menengah
menggunakan kenderaan seperti bas, kereta, kereta api dan
lain -lain kenderaan ke bandar Bangkok untuk bekerja.
Lantaran itu, bandar Bangkok menjadi padat dengan
penduduk dan pekerja sehingga menyebabkan kepadatan
jalan raya.
Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai