Anda di halaman 1dari 2

Cadangan

Di dalam kajian ini terdapat beberapa cadangan bagi menambah baikan kajian yang kami

jalankan. Seperti mana yang kami telah nyatakan di dalam kajian ini, kami telah memilih hanya

60 orang responden dipilih secara rawak. Respondan yang telah dipilih ini merupakan salah satu

cara atau kaedah bagi kami mendapatkan maklum balas untuk kami menganalisis data di dalam

kajian ini.

Selain itu, responden ini terdiri daripada kalangan pelajar semester akhir yang mengambil

jurusan pendidikan di Universiti Utara Malaysia sahaja. Hal ini membuatkan kajian yang

dijalankan terlihat tidak meluas dan hanya tertumpu kepada sebilangan kecil pelajar yang berada

di sebuah IPTA sahaja. Oleh hal yang demikian, kami pengkaji telah berpakat sekiranya kajian

ini dijalankan kepada semua pelajar jurusan pendidikan yang terdapat di Universiti Awam di

Malaysia ini mampu membuatkan kajian ini menjadi lebih efektif dan menarik. Hal ini kerana,

dengan penglibatan pelajar daripada pelbagai universiti membolehkan pengkaji melihat

sejauhmana kajian ini berhasil untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik dalam

mendapatkan sebab mengapa mereka ponteng ke kelas di dalam kalangan bakal guru.

Bukan itu sahaja, para pengkaji memfokuskan kajian ini melalui 3 aspek sahaja.

Antaranya seperti faktor Aspek Diri, Aspek Pensyarah dan Aspek rakan sebaya. Di dalam kajian

ini hanya terdapat 3 aspek yang digunakan dalam mencari data. Justeru itu, para pengkaji akan

memilih atau menggunkan pelbagai aspek lagi di dalam kajian yang akan datang. Hal ini

disebabkan agar kajian itu dapat dijalankan secara meluas dan terperinci lagi. Sebagai tamsilnya,

pengkaji boleh memasukan aspek persekitaran, aspek masa dan aspek pengangkutan. Melalui

penambahan ini para pengkaji yakin bahawa kajian yang diajalankan akan dapat keputusan yang
lebih terperinci mengenai persoalan yang timbul iaitu faktor-faktor pelajar akhir jurusan

pendidikan ponteng ke kelas.

Anda mungkin juga menyukai