Anda di halaman 1dari 4

MINIT CURAI

SESI WEBINAR PEMBELAJARAN DIGITAL: KAHOOT

Nama Guru :
Perkara Sesi Webinar Pembelajaran Digital DKBB : Kahoot

Tarikh 4 June 2020 Masa 2.30 – 3.30 Petang

Tempat Platform Google Hangout Meet

Anjuran

Pemudahcara

Catatan Minit :

Objektif Webinar

 Mengetahui cara mengakses aplikasi Kahoot.


 Berkenalan dan mengetahui fitur asas aplikasi Kahoot.
 Membina 1 set kuiz dalam aplikasi Kahoot.
 Mengetahui cara untuk kongsikan pautan (link) Kahoot.
 Mengetahui cara untuk memantau penglibatan murid (laporan).

Kahoot

 Suatu perisian kuiz atas talian.


 Disediakan secara percuma atau berbayar.

Keistimewaan Kahoot

 Kahoot merupakan salah satu medium pembelajaran interaktif dan terkini dimana ianya
melibatkan penglibatan aktif dari keseluruhan pelajar dan isi kandungan permainan
adalah berkaitan dengan silibus pelajaran yang diajar.
 Kahoot dapat dicapai dengan menggunakan komputer, tablet dan telefon pintar.
 Soalan kuiz secara online menggunakan Kahoot ini mudah untuk dibina oleh guru dan
menjadikan suasana kelas lebih meriah bagi menarik minat pelajar.
 Kahoot boleh didapati secara percuma, telah diterima pakai di serata dunia,
membolehkan guru membina kuiz secara online dan murid perlu bersaing antara satu
sama lain.
 Nama pemenang bagi setiap soalan dan pemenang keseluruhan akan dipaparkan
diakhir setiap soalan dan diakhir sesi Kahoot dijalankan.
 Kelebihan utama Kahoot ini adalah keputusan beserta dengan analisis keseluruhan
pencapaian pelajar dan maklumbalas bagi setiap soalan dapat diketahui oleh guru dan
disimpan sebagai rujukan.
 Ini memudahkan guru memantau dan mengetahui tahap kemajuan dan penguasaan
murid terhadap sesuatu topik dan mengambil tindakan yang progresif bagi membantu
murid dengan segera.

Langkah-Langkah

 Guru perlu ke https://getkahoot.com/ untuk membina akaun. Di akaun tersebut akan


tersimpan segala set-set soalan yang telah dibina. 
 Seterusnya, mula lah membina set soalan anda masing-masing. Gunakan kreativiti
semasa membina soalan. Boleh masukkan teks / gambar / video. Soalan KBAT juga
boleh soal jika guru bijak menggunakan kreativiti masing-masing.
 Guru perlu memberi arahan kepada murid untuk log in Kahoot! di https://kahoot.it/#/.
dengan menggunakan pc, laptop dan smartphone (download apps khusus - percuma).
Paparan untuk murid adalah lebih ringkas. 

 Murid perlu menggunakan Game PIN yang diberikan oleh guru untuk membuat kuiz yang
disediakan. Game PIN tu akan berubah-ubah setiap kali murid membuat kuiz.
 Sebaik saja, guru mulakan kuiz, Game PIN akan dikeluarkan di skrin. Murid perlu
memasukkan Game PIN tu melalui komputer masing-masing dengan segera. 
 Kemudian, murid perlu masukkan Nickname mereka bagi tujuan identifikasi. Bilangan
dan nama pelajar yang sudah menyertai kuiz, akan terpampang di skrin.
 Guru perlu tunggu sehingga selesai semua murid log in dalam kuiz, maka guru boleh
mulakan sesi. Guru boleh memaklumkan murid syarat-syarat kuiz seperti masa dan
markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan.
 Sebaik saja guru memulakan kuiz, soalan akan terpampang di skrin. 
 Murid akan menjawab di komputer masing-masing dengan hanya memilih pilihan
jawapan yang betul. Semua pelajar memasukkan jawapan masing-masing.
 Setelah selesai masa menjawab yang diberikan, jawapan sebenar akan keluar dan
setiap murid akan mendapat keputusan samada BETUL atau SALAH di skrin masing-
masing.
 Manakala di skrin guru pula, terpapar senarai Top 5 murid dengan markah tertinggi.
 Markah tertinggi yang diberikan kepada murid adalah untuk jawapan yang betul dan
jawapan yang paling cepat dimasukkan.

 Murid akan terus menjawab semua soalan yang disediakan sehingga selesai menjawab
semua soalan.
 Apabila selesai soalan yang terakhir, markah penuh dengan nama pelajar Top Scorer
akan dipaparkan.
10. Tindakan susulan

1 Membuat minit curai


2 Mengadakan in house training

Tandatangan Guru Tandatangan Guru Besar

................................................ ..............................................

Anda mungkin juga menyukai