Anda di halaman 1dari 7

Kesalahan Konsep Pecahan Tahun 2

Pada pertemuan interaksi ke-tiga kami di berikan tugasan mengenai kesalahan konsep asas matematik. Kami diundi bagi menentukan tajuk setiap kumpulan dan individu. Dalam tugasan individu saya dan rakan-rakan ditugaskan mencari kesalahan konsep dalam tajuk pecahan. Bagi meyelesaikan tugasan ini saya perlu melakukan satu ujian pra bagi mengetahui kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid semasa menyelesaikan soalan-soalan yang berkaitan. Sebelum melakukan sesuatu andaian , saya telah membaca serta mengamati beberapa penulisan bagi menyokong pendapat saya mengenai alasan dan faktor berlakunya kesalahan konsep pecahan. Kesalahan konsep ini bermula daripada masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran di sekolah adalah lumrah kepada sesi persekolahan. Masalah yang selalu di hadapi oleh pengajar atau guru ialah masalah murid kurang atau tidak memahami sesuatu konsep yang diajar. Pemahaman konsep yang lemah menyebabkan murid sering melakukan kesalahan dalam menyelesaikan masalah matematik terutamanya tajuk pecahan. Tajuk pecahan adalah suatu tajuk yang menerima peratusan yang tinggi bagi masalah penguasaan konsep di sekolah rendah. Pecahan ini merupakan salah satu tajuk yang sering menjadi rungutan kebanyakan murid. Melalui ujian pra dan analisa saya mendapati kelemahan konsep berpunca daripada murid tidak dapat menguasai maksud sebenar kepada pecahan, tetapi muridmurid ini masih dapat menyelesaikan soalan pecahan melalui hafalan algotrima. Sehubungan itu, murid-murid tidak dapat memberikan sebab atau alasan disebalik algotrima yang murid-murid lakukan. Murid-murid yang tidak dapat melakukan pengiraan secara tepat atau keliru dengan algoritma yang sepatutnya akan menghasilkan penyelesaian yang tidak betul. Selain daripada itu mendapati kesukaran murid dalam tajuk pecahan ini boleh diungkapkan pemahaman ramai pelajar pecahan dicirikan oleh pengetahuan peranan prosedur, yang sering tidak betul, dan bukannya dengan konsep-konsep digariskan dalam prosedur.

Dapatan Ujian Pra

Berdasarkan Ujian Pra yang saya lakukan kepada 5 murid tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Seri Maju Jaya mendapati murid melakukan kesalahan konsep yang jangka bagi menyelesaikan masalah pecahan . Antara contoh-contoh kesalahan ditunjukkan di bawah.

KESALAHAN MENILAI PENYEBUT

KESALAHAN MENILAI PENYEBUT

KESALAHAN MENILAI PENYEBUT

KESALAHAN MENILAI PENYEBUT DAN TIDAK TAHU MELETAKKAN PENGANGKA DAN PENYEBUT

Berdasarkan dapatan ujian pra yang dijalankan terhadap 5 murid didapati 2 murid melakukan kesalahan menilai penyebut berdasarkan gambarajah dan 1 murid didapati melakukan kesalahan menilai penyebut dan tiada kefahaman tentang pecahan. Selain daripada itu Hasil pengamatan dan rujukan saya dengan masalah ini, menunjukkan bahawa murid-murid membuat kesalahan bukan kerana salah strategi tetapi lebih kepada kurang pemahaman tentang konsep pecahan. Seolah-olah tiada hubungan antara soalan berbentuk masalah atau gambar rajah dengan yang berbentuk terus pengiraan.

Bagi penyelesaian masalah saya berpendapat penekanan harus diberi dalam pembinaan kepekaan nombor di mana makna nombor bulat dikaitkan dengan nombor nisbah sama ada dalam bentuk pecahan. Penekanan pecahan sebagai nombor seharusnya dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian dan mudah dimodelkan. Simbol pecahan seharusnya diperkenalkan setelah murid-murid memahami konsep pecahan supaya simbol tersebut akan jadi lebih bermakna kepada mereka.Penggunaan model-model konkrit seharusnya digunakan dalam pembelajaran bagi mengukuhkan kefahaman bagi menentukan pecahan segi penyebut dan pengangka. Selain daripada itu, dengan penggunaan model-model konkrit murid lebih meneroka makna konsep dan dapat menerangkan secara lisan atau gambarajah sesuatu pecahan.

Nama Sekolah Kumpl Pensyarah

: : : :

Muhammad Hazlee Ab Gapal Sk Seri Maju Jaya, Machap, Simpang Renggam, Johor. Matematik 1 Pn Norilla Satari

Pelaksanaan Ujian Pra

Anda mungkin juga menyukai