Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan

Seorang guru matematik yang baik seharusnya sentiasa meneroka pelbagai strategi
pengajaran yang terkini dan berkesan untuk dipraktikan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Justeru melaui analisis kritikal yang dijalankan ke atas kajian-
kajian kes berkaitan pengajaran nombor dan operasi, maka ianya akan dapat memberikan
gambaran dan cetusan idea kepada para guru berkaitan isu-isu dan strategi pengajaran
nombor dan operasi yang berkesan. Pada peringkat asas dalam pembelajaran matematik,
pelajar-pelajar seharusnya dapat menguasai operasi-operasi ini bagi nombor bulat, nombor
perpuluhan dan juga pecahan. Sebagai seorang guru pelatih, saya mempelajari beberapa
kajian kes berkaitan isu-isu pengajaran dan pembelajaran Nombor dan Operasi. Saya ingin
menrumuskan kajian-kajian kes tersebut melalui laporan ini.

Kajian kes 1: Analisis kesilapan masalah-masalah berkaitan nombor perpuluhan dan


pecahan bagi pelajaran-pelajaran tahun lima sekolah rendah.

Kajian kes ini dilakukan oleh tiga orang pensyarah iaitu Aida Suraya bt. Hj. Md.
Yunus, Sharifah bt. Mohd. Nor (Ph.D) dan Habsah bt. Ismail dari Jabatan Pendidikan
Universiti Pertanian Malaysia. Dalam kajian kes ini, mereka menganalisis tentang kesilapan
masalah-maslah berkaitan nombor perpuluhan dan pecahan bagi pelajaran-pelajaran tahun
lima sekolah rendah. Objektif kajian ini adalah mengatasi masalah yang dihadapi oleh
pelajar dalam nombor perpuluhan dan pecahan. Peserta kajian ini adalah murid tahun lima.
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kefahaman murid tahun lima dalam topik
perpuluhan dan pecahan. Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh murid sekolah
rendah dalam mata pelajaran matematik adalah berkaitan dengan topik pecahan dan
perpuluhan. Kajian ini melibatkan seramai 151 orang murid tahun 5 daripada 6 buah sekolah
di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan jenis
dan sebab-sebab kesilapan berkaitan masalah-masalah yang melibatkan nombor
perpuluhan dan pecahan.

Secara keseluruhannya, kajian ini telah menganalisis kesilapan yang sering


dilakukan oleh murid semasa menjawab soalan matematik. Dalam kajian ini, kita dapat
mengetahui bahawa kebanyakan murid dapat menjawab soalan matematik secara

6
mekanikal berbanding dengan logik. Sebagai contoh, bagi soalan 20 + , murid hanya
100

26 6
dapat menjawab jawapan sebalik menjawab jawapan seperti 20 atau 20.6.
100 100
Selalunya kebanyakan soalan dalam topik pecahan dan perpuluhan hanya dapat dijawab
oleh murid-murid daripada sekolah SJKC. Melalui kajian ini guru-guru yang mengajar
perpuluhan dan pecahan haruslah memberi perhatian yang amat kukuh terhadap topik
tersebut. Mereka juga sewajarnya perlu membuat kajian-kajian kecil bagi meningkatkan
keberkesanan Pdpc di sekolah rendah.

Seterusnya, menurut Hiebret & Wearsne faktor masalah nombor perpuluhan adalah
pelajar-pelajar menghadapi kesukaran adalah kekurangan pengetahuan konseptual yang
diperlukan. Pengetahuan konseptual merujuk kepada kebolehan murid untuk membuat
perkaitan antara maklumat-maklumat yang dipelajari. Kekurangan pengetahuan konseptual
menyebabkan pelajar-pelajar ini terpaksa memilih untuk menghafal petua dan prosedur
berkaitan nombor perpuluhan. Mereka mendapati pelajar berfikir bahawa nombor
perpuluhan yang terdiri daripada deretan digit yang lebih panjang mewakili nombor yang
lebih besar. Menurut Nesher & Peled (1986), ini terjadi kerana murid-murid tidak memahami
konsep ‘nilai tempat’. Selain itu, pecahan dan operasi ke atas pecahan juga merupakan
suatu tajuk yang didapati sukar oleh pelajar-pelajar. ‘National Assessment Of Education
Progress’, Kouba, Brown, Carpenter, Linquist, Silver Dan Swafford (1998) melaporkan
bahawa 60% daripada pelajar-pelajar barumur 13 tahun menghadapi kesukaran di dalam
menyatakan pecahan tak wajar dalam bentuk perpuluhan. Sebagai contoh, pelajar-pelajar

4
tidak dapat menukar 10 kepada bentuk perpuluhannya, iaitu 10.8. Menurut Brueckner
5
(1928), kesilapan-kesilapan umum yang dibuat oleh pelajar-pelajar adalah kesukaran dalam
‘meringkaskan’ pecahan, kekurangan kefahaman tentang operasi yang digunakan dan
kesilapan dalam pengiraan.

Resos yang digunakan adalah ujian yang mengandungi 50 items berdasarkan


sukatan pembelajaran. Murid-muird dikehendaki menulis langkah-langkah penyelesaian
berserta jawapan di atas kertas ujian. Jangka masa ujian adalah 1 jam 15 minit. Setiap
jawapan yang betul diberi 1 markah dan yang salah 0 markah. Contohnya,
Analisis kajian ini adalah bilangan responden yang menjawab dengan betul, dilihat
berapa peratus daripada respons yang betul itu adalah dari sekolah yang menunjukkan
prestasi terbaik iaitu dua buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina. Analisis kesilapan
yang dibuat ke atas pelajar-pelajar dari pelbagai aras kebolehan dalama matematik ini jelas
menunjukkan bahawa pelajar-peljar ini menghadapi masalah dalam menjawab soalan-
soalan berkaitan nombor perpuluhan dan pecahan.

Kajian Kes 2: Analisis Kesalahan Dalam Menyelesaikan Operasi Penambahan Dan


Penolakan Pecahan Dalam Kalangan Murid Tahun Empat.

Kajian kes ini dilakukan oleh Yusri Abdullah, Rosnaini Mahmud, Habibah Ab. Jalil &
Shaffee Mohd Daud. Artikel ini bertujuan untuk melaporkan jenis kesalahan yang dilakukan
oleh murid tahun 4 semasa menyelesaikan masalah penambahan dan penolakan pecahan.
Kajian ini melibatkan seramai 30 muridbtahun 4 sekolah kebangsaan di kawasan Seri
Kembangan Selangor. Dapatan kajian mengenal pasti bahawa kesalahan miskonsepsi
merupakan kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh murid terutamanya dalam operasi
penolakan pecahan berbeza penyebut (70%) dan dalam operasi penambahan pecahan
berbeza penyebut (60%). Kajian ini dikaji berdasarkan dua aspek iaitu jenis keslahan dan
jenis perincian jenis kesalahan miskonsepsi. Objektif kajian ini adalah seperti menentukan
jenis kesalahan yang dilakukan oleh murid semasa menyelesaikan masalah pecahan dan
memperincikan jenis kesalahan miskonsepsi bagi setiap masalah pecahan. Peratusan
kesalahan miskonsepsi yang tinggi menunjukkan bahawa murid tidak menguasai konsep
asas pecahan dan mereka cenderung untuk menggunakan konsep operasi nomor bulat
dalam melaksanakan operasi penambahan dan penolakan pecahan.

Menurut Idris & Narayanan (2011), isu kritikal berkenaan kegagalan murid
menguasai topik pecahan ialah walaupun topik pecahan telah diajar di sekolah rendah,
mereka masih lagi menghadapi kesukaran menyelesaikan masalah pecahan pada peringkat
menengah. Pecahan merupakan konsep matematik yang abstrak kepada murid sekolah
selepas mereka mempelajari konsep nombor bulat adalah pendapat Booker (1996). Dalam
sukatan mata pelajaran matematik bagi murid tahun empat di sekolah-sekolah rendah di
Malaysia, kemahiran dalam konsep dan operasi pecahan adalah penting bagi memahami
topik Nombor Perpuluhan dan topik Masa dan Waktu. Justeru, sekiranya murid tidak
menguasai topic pecahan, maka murid akan menghadapi kesukaran untuk memahami dua
topik yang disebutkan.
Kajian ini memberi tumpuan kepada jenis kesalahan yang dilakukan oleh murid
semasa menyelesaikan masalah pecahan mendapati sebahagian besar kesalahan adalah
kesalahan sistematik, iaitu berbentuk miskonseosi pecahan. Razak dan Azzian berkata
bahawa murid menggunakan konsep nombor bulat yang salah apabila memahami pecahan,

1 1
contohnya murid menjawab adalah lebih daripada kerana mereka berbanding nombor 2
2 3
adalah lebih kecil daripada nombor 3. dalam kurikulum matematik peringkat rendah, murid
telah menghabiskan masa yang lama untuk mempelajari konsep nombor bulat. Oleh itu,

mereka cenderung untuk menggunakan konsep nombor bulat semasa menyelesaikan


operasi pecahan. Dalam konteks menyelesaikan masalah pecahan, kegagalan murid
menguasai konsep asas pecahan (pengetahuan konseptual) akan memberikan kesan
terhadap prestasi mereka dalam melaksanakan operasi penambahan dan penolakan
pecahan (pengetahuan prosedural). Resos yang digunakan adalah kertas kerja berkaitan
nombor pecahan dan perpuluhan. Contohnya,

Analisis kesalahan dan perincian jenis kesalahan miskonsepsi yang dikenal pasti
menunjukkan kelemahan murid dalam menyelesaikan masalah pecahan ialah kelemahan
mereka dalam pengetahuan konsep asa pecahan. Perincian jenis kesalahan miskonsepsi
menunjukkan bahawa murid lebih menumpukan kepada pengetahuan procedural daripada
pengetahuan konseptual pecahan. Dapatan kajian yang dibincangkan menunjukkan bahawa
murid tahun 4 menghadapi masalah dalam menyelesaikan operasi penambahan dan
penolakan pecahan terutamanya bagi pecahan berbeza penyebut. Peratusan kesalahan
miskonsepsi yang tinggi berbanding dengan kesalahan cuai dan kesalahan rawak.

Cadangan Resos dan Rancangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Kedua- dua artikel ini membincang tentang kesalahan yang murid dilakukan untuk
menyelesaikan operasi penambahan dan penolakan pecahan dan nombor perpuluhan.
Pendapat saya, amalan latihan tubi soalan pecahan perlu dikurangkan kerana hal tersebut
menggalakkan murid menghafal formula dan peraturan operasi pecahan. Guru boleh
menggunakan kaedah lain untuk mengkurangakan kesilapan tersebut berlaku. Contohnya,
guru boleh menggunakan bahan konkrit seperti dekak-dekak untuk membuat operasi
penambahan. Guru boleh menggunakan kad domino untuk meningkatkan kefahaman murid
dalam operasi penamabahan dan penolakan berkaitan pecahan dan perpuluhan. Guru
boleh mengarahkan murid untuk membuat kad domino tersebut secara bersendirian supaya
murid dapat memahami konsep itu lebih jelas. Penggunaan kad domino membantu murid
untuk membuat banyak operasi tambah dan tolak dalam topik pecahan dan perpuluhan
dengan sendiri tanpa bimbingan guru.

Penutup

Kesimpulannya, pada abad ke-21 ini guru perlulah kreatif dan inovatif semasa
menjalakan PdPc. Guru haruslah menggalakkan murid untuk memahami konsep
berbanding dengan menghafal konsep tersebut. Selain itu, guru perlu menilai dan
mengetahui tahap murid dalam pembelajaran. Hal ini demikian kerana, melalui ini guru
dapat membantu murid untuk mencapai prestasi yang baik dalam pengajaran dan
pembelajaran. Guru hendaklah menjalakan PdPc yang berpusatkan murid. Guru perlu
memberi aktiviti untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap PdPc. Tuntasnya, saya
berharap kesalahan dalam menyelesaikan operasi pecahan dan perpuluhan dapat
dikurangkan oleh guru demi kecemerlangan murid dalam mata pelajaran Matematik

Anda mungkin juga menyukai