Anda di halaman 1dari 7

MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM KONSEP INTEGER

MELALUI PERWAKILAN IDEA MATEMATIK SECARA KONKRIT


DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 1 DINAMIK
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
OLEH: ZALMI AZURA BINTI IBRAHIM

ABSTRAK
Integer merupakan tajuk yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Matematik Tingkatan1.
Pengetahuan dan kemahiran pengiraan melibatkan Integer merupakan satu kemahiran dan
pengetahuan asas yang amat penting. Kelemahan dalam operasi Integer akan menjejaskan
pengajaran dan pembelajaran dalam topik seperti kuasa, punca, bentuk piawai, ungkapan algebra,
indeks, rumus algebra,ungkapan dan persamaan kuadratik, koordinat, graf fungsi dan sebagainya.
Justeru itu, pelajar seharusnya memahami konsep integer ini bermula dari asasnya lagi iaitu topic
integer tingkatan 1. Namun begitu penguasaan pelajar dalam menjawab soalan yang berkaitan
dengan integer masih lemah. Pelajar keliru dalam kemahiran menjawab soalan terutama dalam
operasi tambah dan tolak integer. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah
penguasaan kefahaman pelajar dalam konsep integer. Pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian ini
terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 1 Dinamik di SMK Song, Peti Surat No.3, 96850 Song,
Sarawak. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui soalan spontan sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas, semakan buku kerja,ujian pra dan ujian bulanan berhubung dengan
kemahiran itu. Dengan menggunakan model konkrit yang sesuai iaitu melalui jadual yang dibina ini
dapat membantu pelajar yang lemah mendapatkan jawapan yang tepat. Setelah menggunakan
kaedah perwakilan idea matematik secara konkrit ini, didapati pelajar-pelajar dapat menjawab
soalan dengan lebih mudah dan betul.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Berdasarkan pemerhatian awal saya mengajar tajuk integer, didapati bahawa pelajar tidak dapat
menjawab soalan dengan tepat. Pemerhatian juga dibuat sewaktu menyemak buku latihan pelajar,
terdapat sebilangan pelajar tidak dapat menguasai kemahiran menjawab soalan yang melibatkan
operasi tambah dan tolak. Ini adalah kerana pelajar lemah dalam memahami konsep tersebut.
Pelajar keliru dalam menyelesaikan soalan yang melibatkan nombor integer samada perlu
menambah atau menolok dua nombor. Selain itu juga,kebanyakan pelajar tidak mementingkan
simbol positif ataupun negatif apabila membuat pengiraan, ini menyebabkan jawapan tidak tepat.
Pelbagai kaedah telah di gunakan untuk mengajar topik ini seperti konsep hutang, bayar balik
dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan garis nombor juga telah saya aplikasikan di
dalam kelas. Kaedah ini banyak membantu pelajar,namun penggunaan garis nombor terbatas
apabila melibatkan nombor integer yang besar seperti puluh dan ratus. Saya telah berusaha
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kelas namun pelajar masih keliru
dan membuatkan mereka kurang minat untuk belajar matematik.

2.0 FOKUS KAJIAN


Kajian yang dijalankan ini berfokus kepada peningkatan kemahiran pelajar di dalam menjalankan
operasi tambah dan tolak nombor integer dalam kalangan pelajar 1 Dinamik.Pelajar-pelajar ini
sukar untuk memahami konsep integer dan mereka melakukan banyak kesalahan semasa
menjawab soalan berkaitan integer. Pelajar tidak peka dan keliru dengan kedudukan nombor
positif dan negatif.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Secara amnya, objektif kajian tindakan ini adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam
konsep integer.
3.2 Objektif Khusus
Secara khususnya, melalui kajian ini murid dapat:
i) Meningkatkan bilangan pelajar yang dapat menjawab soalan berkaitan konsep integer
dengan tepat.
ii) Meningkatkan keupayaan pelajar mengaplikasikan kaedah baru dalam menyelesaikan
soalan berkaitan integer.
iii) Menguasai kemahiran menjawab soalan yang melibatkan operasi tambah, tolak, dengan
tepat dengan menggunakan kaedah baru.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Sasaran saya terdiri daripada 13 orang pelajar lelaki dan 12 orang pelajar perempuan dari kelas
1 Dinamik.Pelajar-pelajar ini dalam kalangan pelajar-pelajar sederhana dan lemah.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
Dalam melaksanakan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul
maklumat. Tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian , ujian pra dan soal selidik.
5.1.1 Pemerhatian
Pemerhatian dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam
kelas. Pemerhatian juga dibuat berdasarkan solan spontan yang diajukan kepada pelajar serta
semakan buku kerja pelajar.

5.1.2 Ujian Pra


Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan
tahap penguasaan mereka mengenai konsep integer. Ujian pra ini mengandungi 12 soalan perlu
dijawab dalam 30 minit.
5.1.3 Soal Selidik.
Borang soal selidik disediakan sebelum dan selepas kajian dilaksanakan. Borang soal selidik
diedarkan untuk mengetahui punca kelemahaman pelajar-pelajar ini tidak menguasai konsep
integer dan persepsi pelajar terhadap pelajaran matematik.. Borang soal selidik diberikan kepada
pelajar sasaran dengan membuat pilihan mengapa mereka tidak dapat menjawab soalan pra
dengan betul.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.2.1 Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat didapati dua per tiga daripada bilangan pelajar kelas 1
Dinamik menghadapi masalah menjawab soalan integer. Pelajar kurang mahir menambah dan
menolak integer positif dan negatif dengan tepat. Pelajar-pelajar kelas tersebut lambat memberi
memberi jawapan yang salah apabila soalan soalan integer diajukan kepada mereka.
5.2.2 Ujian Pra
Hasil dapatan daripada ujian pra, kekerapan menjawab dengan betul soalan-soalan yang
diberikan dapat dikelaskan seperti berikut:
SKALA KEKERAPAN
Bil Pelajar
Peratus (%)
Betul semua
0
0
Betul 10 11
2
8
Betul 8 9
3
12
Betul 6 7
5
20
Betul 4 5
8
32
Betul 2 3
5
20
Betul 1
2
8
Salah semua
0
0
Jumlah Pelajar
25
Jadual 1: Keputusan Pencapaian Ujian Pra
Jadual 1 menunjukkan bilangan soalan yang berjaya dijawab oleh pelajar dalam Ujian Pra bagi
penambahan dan penolakan integer. Jumlah soalan yang diuji ialah 12 soalan. Daripada jadual
di atas, 15 orang pelajar masih tidak menguasai kemahiran dengan mendapat skor betul 1 -5
dalam ujian pra yang dijalankan. Seramai 2 orang pelajar langsung

tidak menguasai

penambahan dan penolakan integer. Ini menunjukkan pelajar menghadapi masalah dalam
kemahiran penambahan dan penolakan integer.
5.4.2 Soal Selidik
Borang soal selidik diberikan kepada pelajar sasaran dengan membuat pilihan mengapa mereka
tidak dapat menjawab soalan pra dengan betul. Hasil soal selidik mendapati pelajar tidak jelas
dan keliru sama ada perlu membuat penambahan atau penolakan bagi nombor postif dan
negatif, negatif dan positif ,dan nombor negatif dan negatif.Daripada soal selidik yang
dijalankan, saya mendapati 65.63% pelajar meminati mata pelajaran matematik, 6.24% tidak
pasti, 28.13% tidak meminati mata pelajaran matematik.
5.5 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian /Penilaian
5.5.1 Pelaksanaan Aktiviti Kaedah Perwakilan Idea Matematik Secara Konkrit.
Dalam aktiviti ini, pelajar-pelajar diberi penerangan konsep integer melalui petua sebagai
komponen dalam model konkrit untuk integer.
Petua 1
Petua 1 di mana arahan yang berganda ditukar kepada arahan tunggal.
+
+
-

+
+

+
+
-

Petua 2
Petua 2 di mana apabila operasi melibatkan tanda yang serupa, tambahkan nombor dan kekalkan
tanda yang serupa itu.
Petua 3
Petua 3 di mana apabila operasi melibatkan tanda yang berlawanan, tolakkan nombor dan
kekalkan tanda bagi angka yang lebih besar. Semua ini kemudiannya diwakilkan melalui jadual
agar pelajar lebih memahami dan seterusnya menguasi konsep tersebut.
Kaedah yang dijalankan ini, pelajar diajar mengikut peringkat.Soalan berkenaan integer tersebut
perlu dijawab oleh pelajar dalam tiga peringkat.
Peringkat pertama:
Guru hanya meminta murid mengenal pasti dan menyebut petua yang terlibat dalam
penyelesaian setiap soalan.

Peringkat kedua :
Pelajar diminta memberi tanda sahaja bagi jawapan.
Peringkat ketiga:
Barulah pelajar perlu memberi jawapan untuk setiap soalan dengan menggunakan petua yang
berkenaan.
Melalui penyoalan tiga peringkat itu, guru telah membantu pelajar memahami konsep integer dan
mengolahkan konsep integer serta memindahkan kefahaman konsep itu dari ingatan jangka
pendek kepada ingatan jangka panjang.
Contoh :
-12 + 18
Peringkat pertama: Nyatakan petua
Petua 1 : - + Petua 3 : tolakkan nombor dan kekalkan tanda bagi angka yang lebih besar
Peringkat kedua : Tanda bagi jawapan ( + )
Peringkat ketiga :
Peringkat 1
18 - 12
Petua 1 Petua 3

Peringkat 2
+
Petua 3

Peringkat 3
+6
Jawapan

Pemerhatian
Pelajar-pelajar ini berasa gembira apabila ditunjukkan kaedah ini.

Refleksi
Aktiviti ini berkesan di mana pelajar boleh menguasai konsep ini secara perlahan dan
berperingkat. Ini dapat dilihat apabila pelajar mula ingin mencuba dan yakin dengan jawapan
mereka.
6.0 REFLEKSI KAJIAN
Hasil kajian menunjukkan perubahan kepada pencapaian pelajar

Perbandingan pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Pos adalah seperti berikut:
SKALA KEKERAPAN

Ujian Pra
Ujian Pos
Bil Pelajar
Peratus (%)
Bil Pelajar
Peratus (%)
Betul semua
0
0
3
12
Betul 10 11
2
8
5
20
Betul 8 9
3
12
8
32
Betul 6 7
5
20
7
28
Betul 4 5
8
32
1
4
Betul 2 3
5
20
1
4
Betul 1
2
8
0
0
Salah semua
0
0
0
0
JUMLAH PELAJAR
25
25
Jadual 2: Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos
Berdasarkan jadual perbandingan pencapaian ujian pra dan pos, didapati murid sasaran pada
awalnya tidak dapat menguasai konsep tersebut akhirnya telah menguasainya. Bilangan
pelajar yang dapat menjawab lebih daripada 5 soalan meningkat. Walaupun masih ada 2 orang
pelajar masih diperingkat yang lemah, namu keseluruhan pencapaian pelajar meningkat.
Daripada kajian yang dijalankan dapat dirumuskan bahawa ianya telah menunjukkan
keberkesanan. Kaedah ini membantu pelajar yang bermasalah dalam menguasai konsep ini.

7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Cadangan untuk kajian seterusnya saya cadangkan supaya Kaedah Perwakilan Idea
Matematik Secara Konkrit ini diperluaskan lagi untuk diguna pakai dalam topik-topik yang
berhubung kait dengan konsep integer ini. Hasil dari kajian yang dijalankan, saya dapati
terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran guru dan
amalan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.

BIBLIOGRAFI
Elango a/l Periasamy (2007). Inovasi Dalam Teknik Penyelesaian Tajuk Nombor Negatif
Hamzah Mohd Zin (2009). Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Nombor
Negatif dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Cerdik dengan Kaedah Jadual

Anda mungkin juga menyukai