Anda di halaman 1dari 4

TAJUK KAJIAN: MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR DALAM

PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN NOMBOR INTEGER


MENGGUNAKAN KAEDAH RUMAH NEGATIF – POSITIF

Oleh: Panitia Matematik


SMK. Pekan Kuala Penyu

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kaedah untuk mengatasi masalah
yang dihadapi oleh pelajar tingkatan 3A dalam topik Nombor Integer melibatkan
penambahan dan penolakan nombor integer. Seramai 21 orang pelajar di dalam kelas
berkenaan terlibat dalam kajian tindakan ini. Hasil tinjauan mendapati pelajar
mempunyai kesukaran untuk menyatakan hasil tambah dan tolak yang melibatkan
nombor negatif. Pelajar akan didedahkan dengan kaedah Rumah Negatif - Posiitif bagi
mengatasi kelemahan mereka ini. Kaedah ini akan dijalankan selama 80 miinit dan
dijangka akan selesai dalam tempoh 4 minggu. Keputusan ujian pos menunjukkan
peningkatan pelajar dalam kemahiran menambah dan menolak nombor integer.

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Ramai pelajar mengadu keliru dalam memahami subtopik penambahan dan penolakan
integer bagi topik Nombor Integer ini. Berdasarkan pemerhatian dan hasil kerja/latihan
pelajar menjawab soalan-soalan melibatkan kemahiran ini, jelas menunjukkan kelemahan
mereka menyelesaikannya dengan betul dan tepat. Justeru sebagai guru matematik, di
bawah Panitia Matematik pelbagai usaha pihak panitia adalah menjurus kepada kaedah-
kaedah penyelesaian kepada masalah menambah dan menolak integer di kalangan pelajar
khasnya pelajar tingkatan 3A. Berdasarkan soalan Matematik kertas 2 peringkat
Penilaian Menengah Rendah (PMR) keperluan kefahaman pelajar di dalam sub
kemahiran ini adalah perlu kerana soalan melibatkan penambahan dan penolakan integer
adalah kerap diuji disamping digabungkan dengan kemahiran pendaraban atau
pembahagian integer.

1.2 Pernyataan Masalah

Sebenarnya banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar 3A dalam mata pelajaran
Matematik. Selain itu, pelajar 3A juga lemah dalam operasi darab dan bahagi melibatkan
nombor negatif. Bagaimanapun kajian ini hanya memfokuskan mengenai masalah
pelajar yang tidak menguasai penggunaan nombor negatif dalam operasi tambah dan
tolak. Kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar adalah:-
(a) Kesilapan dalam menyatakan tanda yang betul.
(b) Pelajar tidak pasti sama ada nombor negatif berkenaan ditambah atau ditolak.
Topik ini boleh dikatakan mudah jika pelajar dapat memahami konsep asas Matematik.
Namun bagi para pelajar ini, mereka merasa lebih mudah untuk mengingati sesuatu
perkara yang berkaitan atau dekat dengan kehidupan harian mereka. Sebagai guru
Matematik, kami amat yakin dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran, para pelajar akan lebih berminat untuk belajar khasnya mata pelajaran
Matematik yang kerap pelajar geruni. Oleh itu, dengan menerapkan kaedah yang mudah
untuk pelajar ingati serta berkait rapat dengan kehidupan seharian maka adalah lebih
mudah mereka untuk belajar. Kepekaan guru adalah amat diharapkan kerana minat
setiap kumpulan pelajar adalah berbeza-beza. Dengan itu, adalah amat diharapkan kajian
ini dapat membantu meletakkan tanda dan nilai yang betul terhadaap setiap penyelesaian
masalah yang melibatkan penambahan dan penolakan nombor negatif.

1.3 Objektif Kajian

1.3.1 Objektif Am
Meningkatkan penguasaan pelajar dalam penambahan dan penolakan nombor negatif
menggunakan kaedah Rumah Negatif - Positif ini.

1.3.2 Objektif khusus


Secara khususnya kajian tindakan ini akan memberi manfaat kepada para pelajar dan
guru.
 Pelajar dapat menyatakan tanda negatif atau positif pada jawapan akhir mereka.
 Pelajar dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan penambahan dan
penolakan nombor negatif dalam kertas 2 PMR.
 Guru dapat mempelbagaikan kaedah mengajar di dalam kelas.
 Pelajar dapat menjawab 100% betul dalam Ujian Pasca yang dijalankan.
 Mengubah persepsi kumpulan pelajar yang lemah mengenai pengajaran dan
pembelajaran Matematik.

2.0 POPULASI DAN KEPERIHALAN PERSAMPELAN

Sampel kajian adalah terdiri daripada 21 orang pelajar 3A yang terdiri daripada pelbagai
bangsa (bumiputera Sabah). Sampel ini adalah berdasarkan kelas pelajar semasa mereka
berada di tingkatan 2A.

3.0 PELAKSANAAN KAJIAN

3.1 Tinjauan Masalah


Tinjauan terhadap masalah adalah untuk mengenalpasti kelemahan para pelajar. Langkah
untuk pembetulan hanya dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap
mereka. Tinjauan dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa kaedah:-

3.1.1 Pemerhatian
Guru telah membuat pemerhatian ke atas pelajar semasa peperiksaan akhir tahun 2009.
Didapati para pelajar tidak dapat memberikan jawapan yang tepat semasa peperiksaan
berkenaan. Selain itu, pelajar juga didapati kurang berminat semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Ketidakfahaman pelajar kepada konsep tambah
dan tolak melibatkan nombor integer ini turut menjejaskan tumpuan mereka dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Temubual secara tidak formal dengan pelajar mengenai
masalah yang mereka hadapi semasa menjawab soalan peperiksaan dan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, didapati mereka lebih berminat jika
pelajaran itu berkaitan dengan kehidupan seharian mereka.
3.1.2 Ujian Pra

Ujian pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana
kefahaman mereka dalam subtopik penambahan dan penolakan melibatkan nombor
integer. Ujian ini juga digunakan untuk mengesan masalah sebenar yang pelajar hadapi
dalam menjawab soalan berkaitan penambahan dan penolakan integer. Didapati masalah
sebenar pelajar adalah apabila melibatkan penambahan atau penolakan dua nombor
negatif atau salah satu nombor positif. (Rujuk lampiran keputusan ujian Pra)

3.1.3 Kaedah Rumah Negatif - Positif

Kaedah pelaksanaan
 Pengajaran dijalankan menggunakan kaedah Rumah Negatif - Positif
 Memasukkan nilai nombor mengikut rumah yang betul bagi setiap soalan yang
diberikan. Jika berada dalam satu rumah yang sama maka nilai nombor akan
ditambah, jika sebaliknya nilai nombor akan ditolak. Bagi menentukan tanda
positif atau negatif bagi nilai jawapan akhir, hanya perlu melihat kepada nilai
nombor pada rumah negatif – positif itu. Sekiranya nilai nombor positif lebih
besar maka nilai jawapan adalah positif dan sebaliknya.
 Pelajar juga akan diberikan contoh berkaitan dengan kehidupan seharian iaitu
melibatkan konteks kehidupan berjiran.
 Ujian Pasca diberikan untuk menguji tahap kefahaman pelajar terhadap kaedah
yang telah digunakan.

4.0 DAPATAN KAJIAN

Selepas menggunakan kaedah Rumah Negatif - Positif ini, guru telah menjalankan
penilaian terhadap pelajar melalui ujian pasca. Ujian ini diberikan selepas beberapa hari
pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah berkenaan dilaksanakan. Ini adalah
bertujuan untuk menentukan sama ada pelajar masih memahami kaedah yang telah
mereka pelajari mengenai penambahan dan penolakan nombor integer. Struktur soalan
ujian pra dan ujian post adalah tidak banyak berbeza tetapi ianya dapat menunjukkan
tahap penguasaan pelajar selepas pendedahan kaedah rumah ini. Berdasarkan hasil ujian
pra didapai pelajar bermasalah dalam menentukan tanda yang sesuai apabila melibatkan
penambahan dan penolakan nombor integer. Penilaian guru terhadap hasil ujian post
menunjukkan peningkatan bilangan pelajar yang dapat memberikan jawapan tepat
berbanding ujian pra sebelumnya. Keputusan ujian post adalah agak memberangsangkan.
Semua pelajar yang hadir semasa aktiviti pengajaran & pembelajaran dijalankan dapat
menjawab semua soalan dengan tepat. Hanya dua orang pelajar melakukan kesalahan
yang sama. Kedua-dua pelajar ini didapati tidak hadir semasa pengajaran &
pembelajaran dijalankan.

5.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Hasil daripada dapatan dan pemerhatian semasa melaksanakan kajian ini

Anda mungkin juga menyukai