Anda di halaman 1dari 3

MENGGUNAKAN KAEDAH KAHWIN DAN CERAI DALAM PENYELESAIAN PENOLAKAN NOMBOR DI HADAPAN DAN DI TENGAH oleh Wan Norhuda

binti Wan Idris Sekolah Kebangsaan Seberang Perak OBJEKTIF: 1. Objektif Umum Menyelesaikan masalah menolak nombor di hadapan dan di tengah dengan menggunakan kaedah KAHWIN CERAI dengan berkesan. 2. Objektif Khusus Meningkatkan tahap kefahaman murid dalam menyelesaikan operasi tambah dan tolak. Murid dapat membezakan kedudukan nombor sama ada tambah atau tolak. Menambah atau menolak dengan mengumpul semula dengan baik. Mempraktikkan penggunaan kaedah kahwin cerai dalam menyelesaikan masalah tolak dengan baik. Meningkatkan tahap kebolehan, kecekapan dan keyakinan diri murid. METADOLOGI Semakan latar belakang murid. Soal selidik murid dan guru. Menyemak latihan murid. Keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar. Pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran.

PELAKSANAAN KAJIAN i) Tinjauan Masalah a) Tidak menguasai operasi tambah dan tolak dengan baik. b) Salah menyusun nombor mengikut nilai tempat. c) Keliru dengan kedudukan nombor dan simbol. d) Tidak dapat membezakan nombor besar dan kecil melibatkan 2-digit. ii) Pelaksanaan Tindakan a) Ujian-ujian (Pra & Pos) b) Bahan maujud c) Kad imbasan d) Teknik kahwin cerai

iii) Tindakan Yang Dijalankan a) Aktiviti 1 (Ujian Pra) Menjawab soalan-soalan berkaitan penolakan nombor hadapan dan tengah dengan menggunakan pengetahuan sedia ada. b) Aktiviti 2 (ABM) Menjawab soalan yang sama seperti ujian pra dengan menggunakan bahan maujud sebagai rujukan. c) Aktiviti 3 (Teknik Kahwin Cerai) Kaedah KahwinCerai diperkenalkan. Jika nombor soalan yang diberikan rapat antara satu sama lain, maka kaedah Kahwin digunakan iaitu dengan menambah kedua-dua nombor tersebut. Jika nombor soalan yang diberikan jauh atau terpisah, maka kaedah Cerai pula digunakan iaitu menolak nombor besar dengan nombor kecil. Penggunaan kad imbasan digalakkan bagi meningkatkan kemahiran murid mengira dengan cepat dan betul. Ujian dibuat sekali lagi dengan menggunakan soalan yang sama (Ujian Pos). d) Aktiviti 4 (Kerja Projek/Permainan) Murid dibahagi dengan 5 kumpulan. Mereka menjalankan aktiviti dengan mengira nombor soalan yang sama (aktiviti 1) tetapi menggunakan kotak beracun untuk memilih soalan secara rawak. Murid yang menyelesaikan soalan dengan betul diberi penghargaan seperti hadiah atau pujian. DAPATAN KAJIAN a) Analisis Data i) Analisis Pemerhatian ii) Analisis Soal Selidik (individu) iii) Analisis Markah (%) iv) Analisis Item Ujian Pra dan Pos v) Analisis Graf b) Rumusan i) Penguasaan kemahiran menyelesaikan penolakan nombor hadapan dan tengah semakin meningkat. ii) Murid dapat belajar sambil bermain/berhibur. iii)Murid berasa seronok dan berminat ketika P&P berjalan. iv) Keyakinan murid semakin baik.

REFLEKSI KAJIAN a) Penilaian Pencapaian Murid Murid dapat menyelesaikan soalan yang diberikan dengan cepat dan betul apabila ditanya dan dapat memberi gambaran mengenainya melalui kaedah Kahwin Cerai yang dipraktikkan. b) Rumusan Pemerhatian Murid Tahun 2 Satria telah menunjukkan perubahan sikap yang baik. Semangat untuk mencuba dan membulat nombor yang dikemukakan untuk memudahkan pergiraan amat membanggakan dan harus dipuji. Mereka juga dapat mengikis sikap rendah diri dan tidak berminat kepada mata pelajaran ini kepada sebaliknya iaitu yang ke arah yang lebih baik. Murid yang cemerlang pula dapat menunjukkan sikap untuk membantu rakan-rakan mereka yang lemah. c) Proses Pengajaran dan Pembelajaran Program ini dapat membantu murid menguasai operasi tambah dan tolak dengan berkesan. Dengan ini, mereka lebih berkeyakinan dalam menjawab soalan Matematik terutama dalam menolak nombor hadapan dan tengah dengan baik. Selain itu, sikap bantu-membantu antara mereka secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian/prestasi murid dalam mata pelajaran Matematik. CADANGAN Saya bercadang untuk meneruskan program/kaedah ini kepada semua murid di sekolah ini. Saya berhasrat untuk menyebarkan kaedah ini kepada guru-guru lain melalui perjumpaan dalam panitia atau kursus dalam perkhidmatan (KDP) yang diadakan di sekolah agar P&P yang dijalankan dapat disampaikan secara berkesan dan lebih efektif. Saya juga berharap agar murid-murid dapat mencapai dan memperoleh keputusan yang lebih baik dengan adanya kerjasama, sokongan serta daya usaha daripada pelbagai pihak seperti guru-guru, pihak pentadbiran sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan seterusnya penglibatan yang aktif ibu bapa dan murid-murid SKSP.

Anda mungkin juga menyukai