Anda di halaman 1dari 4

Soal Selidik: Persepsi dan Tahap Amalan KBAT Dalam Kalangan Guru

Matematik di Selangau

Soal selidik ini bertujuan untuk mendapat maklum balas tentang persepsi dan tahap
amalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan guru Matematik di
daerah Selangau.

Soal Selidik ini merangkumi 3 bahagian. Bahagian A mengenai data demografi,


Bahagian B mengenai persepsi guru Matematik terhadap KBAT (15 item), dan
Bahagian C mengenai tahap amalan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik (15 item).
Bahagian B: Persepsi Guru Terhadap KBAT

Bahagian B mengandungi 15 soalan. Sila baca setiap soalan dengan teliti dan jawab
semua soalan dengan memberi maklum balas yang jujur. 1 - Sangat Tidak Setuju, 2 -
Tidak Setuju, 3 - Setuju 4 - Sangat Setuju.

Persepsi Guru Terhadap KBAT ST TS S SS


S
1. Adalah penting untuk menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi
kepada murid.
2. Melalui subjek Matematik, objektif KBAT boleh dicapai.
3. Pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi dapat membantu murid untuk
meningkatkan pencapaian akademik dalam subjek Matematik.
4. Pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi berguna untuk kejayaan
pelajar dalam aktiviti di luar sekolah.
5. Pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi perlu untuk murid berjaya
dalam pekerjaan.
6. Mengajar kemahiran berfikir aras tinggi adalah lebih penting daripada
menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan semata-mata.
7. Saya mempunyai pengetahuan yang cukup untuk menerapkan
kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik.
8. Saya mempunyai kemahiran yang cukup untuk menerapkan kemahiran
berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.
9. Saya tahu menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran yang sesuai
untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi kepada murid.
10. Saya mendapat kepuasan untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi
kepada murid melalui subjek matematik.
11. Kurikulum Matematik yang sedia ada dapat membantu
mengembangkan kemahiran berfikir aras tinggi murid.
12. Kurikulum Matematik yang sedia ada dapat memberi ruang kepada
guru untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi.
13. Kurikulum sedia ada menyediakan panduan yang cukup kepada guru
untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi melalui subjek
matematik.
14. Guru besar di sekolah menekankan pengajaran kemahiran berfikir aras
tinggi sebagai sesuatu yang penting dalam program sekolah.
15. Penggunaan buku teks sedia ada membantu guru dalam pengajaran
kemahiran berfikir aras tinggi.

Bahagian C: Tahap Amalan Guru Terhadap KBAT dalam Pengajaran dan


Pembelajaran Matematik

Bahagian C mengandungi 15 soalan. Sila baca setiap soalan dengan teliti dan jawab
semua soalan dengan memberi maklum balas yang jujur.
1 - Tidak Pernah, 2 - Kadang-kadang, 3 - Kerap, 4 - Sangat Kerap

Tahap Amalan Guru Terhadap KBAT dalam Pengajaran dan T K K S


Pembelajaran Matematik P K K
1. Saya melibatkan murid secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Matematik.

2. Saya memberikan tugasan yang memerlukan murid


menaakul dan meneroka idea baru.

3. Saya menggalakkan murid untuk berbincang dan


menyelesaikan tugasan dalam kumpulan.

4. Saya memberi peluang kepada murid untuk memberi


pendapat semasa PdPc.

5. Saya menggunakan pelbagai sumber pengajaran untuk


tujuan pengajaran KBAT.

6. Saya menggunakan peta pemikiran (i-think) semasa


mengajar Matematik.

7. Saya menggalakkan murid untuk melihat persamaan dan


perbezaan antara dua benda atau konsep Matematik.

8. Saya menggalakkan murid untuk memberi sebab kepada


jawapan mereka.

9. Saya menggalakkan murid melontarkan idea baru secara


kreatif.

10 Saya menggalakkan murid untuk menyelesaikan masalah


. matematik yang dihadapi secara kontekstual.
11 Saya menggalakkan murid untuk mempertimbangkan
. semua pilihan dan kesannya sebelum membuat keputusan.

12 Saya mengaplikasikan Taksonomi Bloom untuk


. mengajukan soalan pelbagai aras kepada murid.

13 Saya lebih kerap menyoal soalan terbuka aras tinggi


. berbanding soalan terbuka aras rendah.

14 Saya memberikan masa berfikir kepada murid sebelum


. mengharapkan sesuatu respons daripada mereka.

15 Saya mempertimbangkan dan menerima idea ganjil yang


. diutarakan oleh murid.

Anda mungkin juga menyukai