Anda di halaman 1dari 10

Tenaga bunyi (Sound energy)

Kita perlukan tenaga bunyi untuk mendengar dan menghasilkannya apabila


kita bercakap.
(We need sound energy to hear and produce it when we speak.)
Bunyi terhasil apabila satu daya yang menyebabkan objek atau bahan
untuk bergetar tenaga dipindahkan menerusi bahan dalam bentuk
gelombang.
(Sound is produced when a force causes an object or substance to vibrate the energy is transferred through the substance in a wave.)

Apabila satu objek bergerak dengan cepat, contohnya kepala drum, yang
mana bahagian kulitnya bergerak ke atas dan ke bawah, ia memampatkan
udara di sekitarnya. Udara kemudian mengembang, dan kemudian bertukar
kepada udara bergerak. Udara bergerak kemudian terus ditolak dan
memampatkan udara yang lain, dan seterusnya.
(When an object moves quickly, for example the head of drum, where its skin
moves up and down, it compresses the air nearby. That air then expands,
transforming into kinetic moving air. The moving air then pushes on and
compresses other air, and so on down the chain.)
Tenaga bunyi boleh bergerak menerusi pepejal, cecair dan gas. Tenaga
bunyi tidak boleh bergerak menerusi keadaan vakum (tiada udara). Itu
adalah sebab mengapa kita tidak boleh mendengar apa apa semasa
berada di Bulan atau di angkasa lepas.
(Sound energy can be spread through solids, liquids and gases. Sound
energy cannot travel through a vacuum (no air). That is the reason why
people cannot hear anything while on the Moon or in outer space.)
Tenaga bunyi melibatkan pergerakan getaran objek. Oleh itu, tenaga
bunyi dikategorikan di dalam tenaga kinetik.
(Sound energy involves the movement, vibration of object. So that, sound
energy is categorized in kinetic energy.)

Tenaga elektrik (Electrical energy)


Tenaga elektrik terhasil daripada pergerakan cas cas elektrik. Ia terdiri
daripada zarah zarah kecil dipanggil sebagai atom. Atom terdiri daripada
zarah zarah yang lebih kecil dipanggil elektron (bercas negatif), proton
(bercas positif) dan neutron (cas neutral). Elektron mengorbit mengelilingi
pusat, atau nukleus, seperti bulan mengorbit Bumi. Nukleus terdiri daripada
neutron dan proton.
(Electrical Energy is the movement of electrical charges. Everything is made
of tiny particles called atoms. Atoms are made of even smaller particles called
electrons (which have negative charge), protons (which have positive
charge), and neutrons (which have neutral charge). Electrons orbit around the
center, or nucleus, of atoms, just like the moon orbits the earth. The nucleus
is made up of neutrons and protons.)
Sesetengah bahan, khususnya logam, mempunyai elektron tertentu yang
sangat mudah disingkirkan daripada atomnya. Elektron tersebut boleh
bergerak dari satu atom ke atom yang lain jika terdapat medan elektrik (daya
elektrik) yang dikenakan kepadanya. Apabila elektron bergerak di antara
jirim atom, cas elektrik terhasil lalu bergerak mengalir melalui wayar dan
ini dikenali sebagai arus elektrik.
(Some material, particularly metals, have certain electrons that are only
loosely attached to their atoms. They can easily be made to move from one
atom to another if an electric field is applied to them. When those electrons
move among the atoms of matter, electrical charges is created moving
through a wire and this is called the current of electricity.)
Voltan dalam litar elektrik adalah tenaga keupayaan yang boleh
memulakan pergerakan pergerakan elektron. Kilat adalah contoh lain
tenaga elektrik.
(The voltage in an electrical circuit is the potential energy that can start
electrons moving. Lightning is another example of electrical energy.)

Sumber sumber tenaga elektrik antaranya ialah bateri (sel kering), stesen
janakuasa (kuasa hidro), dan Matahari (tenaga suria). Tenaga elektrik
diperlukan oleh peralatan elektrik untuk berfungsi.

(Several sources of electrical energy are batteries (dry cell), power stations
(hydro power) and sunlight (solar energy). Electrical energy is needed to work
many of the electrical appliances.)
Tenaga elektrik melibatkan pergerakan elektron. Oleh itu, tenaga elektrik
dikategorikan di dalam tenaga kinetik.
(Electrical energy is the movement of electrons. So that, electrical energy is
categorized in kinetic energy.)

Tenaga haba (Heat energy)


Tenaga haba membuatkan objek menjadi panas. Jika lebih banyak haba
dibekalkan kepada objek, objek itu akan menjadi lebih panas.
Sebaliknya, jika tenaga haba dibebaskan daripada objek, ia akan
menjadi sejuk.
(Heat energy causes an object to be hot. If more heat energy is given to an
object, it gets hotter. In contrast, if heat energy is removed from an object, it
becomes cold.)
Tenaga haba boleh terhasil dengan cara pembakaran sebarang bahan bakar
seperti kayu, arang batu atau petroleum.
(Heat energy can be produced by the burning of any fuel such as wood, coal
or petroleum.)
Sumber utama tenaga haba ialah Matahari.
(Our main source of heat energy is the Sun.)

Tenaga haba adalah tenaga dalaman dalam sesuatu bahan getaran dan
pergerakan atom atom dan molekul dalam bahan tersebut.
(Heat energy, is the internal energy in substances - the vibration and
movement of the atoms and molecules within substances.)
Pertimbangkan secawan kopi yang panas. Kopi itu dikatakan
mengandungi tenaga haba. Suhu adalah ukuran berapa banyak tenaga
haba yang terkandung dalam sesuatu. Semakin tinggi suhu, semakin
laju pergerakan molekul bergerak bebas dan bergetar.
(Consider a hot cup of coffee. The coffee is said to possess heat energy.
Temperature is really a measure of how much heat energy something has.
The higher the temperature, the faster the molecules are moving around
and/or vibrating.)
Tenaga haba melibatkan pergerakan atom dan molekul. Oleh itu, tenaga
haba dikategorikan di dalam tenaga kinetik.
(Heat energy is the movement of molecules. So that, heat energy is
categorized in kinetic energy.)

Tenaga cahaya (Light energy)


Tenaga cahaya membolehkan kita melihat sebarang objek di sekeliling
kita. Kebanyakan objek yang kita lihat tidak menghasilkan cahaya. Objek
objek tersebut hanya memantulkan cahaya datang daripada sumber
lain.
(Light energy enables us to see any object around us. Most objects that we
see do not produce light. They only reflect light which comes from another
source.)

Sumber utama cahaya ialah Matahari dan bintang bintang. Sesetengah


haiwan dan tumbuhan juga boleh menghasilkan cahaya.
(Our main source of light is the Sun and the stars. Some animals and plants
can also produce light.)
Cahaya adalah pergerakan gelombang dan / atau zarah zarah cahaya
(foton). Ia terbentuk apabila atom atom menerima tenaga kinetik yang
banyak apabila dipanaskan lalu menghasilkan radiasi. Ini menyebabkan
elektron melompat keluar daripada orbitnya dan memancar foton yang aktif
bergerak.
(Light is the movement of waves and/or light particles (photons). It is usually
formed when atoms gain so much kinetic energy from being heated that they
give off radiation. This is often from electrons jumping orbits and emitting
moving photons.)
Tenaga cahaya melibatkan pergerakan zarah cahaya iaitu foton. Oleh itu,
tenaga cahaya dikategorikan di dalam tenaga kinetik.
(Light energy involves the movement of light particles photons. So that, light
energy is categorized in kinetic energy.)

Tenaga kimia (Chemical energy)


Tenaga kimia adalah tenaga yang tersimpan di dalam ikatan atom dan
molekul. Ia adalah tenaga yang mengikat zarah zarah bersama. Bahan
bakar seperti biojisim, petroleum, gas asli dan propana, dan juga makanan
serta bateri adalah contoh contoh tenaga kimia tersimpan.
(Chemical Energy is energy stored in the bonds of atoms and molecules. It is
the energy that holds these particles together. Fuel such as biomass,
petroleum, natural gas, and propane, and also food and batteries are
examples of stored chemical energy.)c

Pembakaran makanan atau bahan bakar akan membebaskan tenaga kimia


tersimpan dan menghasilkan tenaga haba.
(Burning of food or fuel resources will release the chemical energy stored in
them and produce heat energy.)
Tenaga kimia akan dibebaskan daripada makanan yang dimakan menerusi
tindak balas kimia di dalam badan kita.
(Chemical energy will be released from the food that we eat through chemical
reactions in our body.)
Bahan kima dalam bateri mengandungi tenaga kimia yang bertukar kepada
tenaga eletrik apabila bateri digunakan.
(The chemicals in batteries contain chemical energy which is changed to
electrical energy when the batteries work.)
Tenaga kimia merupakan tenaga yang tersimpan dalam sesuatu bahan.
Oleh itu, tenaga kimia dikategorikan di dalam tenaga keupayaan.
(Chemical Energy is energy stored in something. So that, chemical energy is
categorized in potential energy.)

Tenaga kinetik (Kinetic energy)


Suatu objek mengandungi tenaga apabila ia bergerak atau berputar.
Tenaga suatu objek yang bergerak dipanggil sebagai tenaga kinetik.
(An object having energy when it is moving or rotating. The energy of a
moving object is called kinetic energy.)
Ciri - ciri tenaga kinetik adalah semakin bertambah jisim suatu objek,
semakin bertambah tenaga kinetik yang terhasil. Dan juga, semakin laju
suatu objek itu bergerak, semakin bertambah tenaga kinetik yang
terhasil.
(The properties of kinetic energy are that the greater the mass of a moving
object, the greater its energy will be. Also, the faster it goes, the greater its
energy.)
Tenaga kinetik adalah pergerakan sama ada gelombang, atom, molekul,
bahan dan objek yang bergerak.
(Kinetic energy is motionof waves, electrons, atoms, molecules,
substances, and objects.)
Beberapa contoh aktiviti yang mempunyai tenaga kinetik ialah bola yang
melantun, kuda yang berlari dan burung yang sedang terbang.
(Some other examples that have kinetic energy are a bouncing ball, a
running horse and a flying bird.)

Tenaga keupayaan (Potential energy)


Tenaga keupayaan adalah tenaga tersimpan dan tenaga bergantung
kepada kedudukan tenaga graviti.
(Potential energy is stored energy and the energy of position - gravitational
energy.)
Ciri utama tenaga keupayaan ialah ia bergantung kepada kelajuan graviti
Bumi dan kedudukan objek iaitu jarak ketinggian objek daripada lantai.
Semakin jauh jarak objek dari lantai, semakin bertambah tenaga
keupayaan yang terhasil.
(The properties of the potential energy are the acceleration of the gravity of
the Earth and the position of the object that is the distance or height of the
object from the floor. The further the distance between the object and the
floor, the higher the potential energy will be.)

Jika ada satu objek dipegang, yang terletak jauh dari lantai, ia mempunyai
potensi (keupayaan) untuk mula bergerak, sekiranya kita melepaskannya.
Daya graviti bertindak ke atas objek itu dan menarik objek itu ke bawah,
memberikan ia tenaga keupayaan. Namun tenaga keupayaan tidak cukup
untuk menggerakkan objek tersebut.
(If there is an object which is being hold a distance from the floor, it has the
potential to start moving, once we let it go. The force of gravity actually is
applied to it and is pulling on the object, giving it potential energy. Often there
are forces acting on the object, but the forces aren't yet sufficient to move the
object.)
Apabila kita memampatkan satu spring, kita menghasilkan tenaga
keupayaan. Semakin kuat spring itu dimampatkan, semakin besar tenaga
keupayaan yang dihasilkan. Melepaskan spring tersebut akan menukarkan

tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik.


(When you compress a spring, you create potential energy. The harder the
compression is, the greater the potential energy will be. Releasing the spring
turns the potential energy into kinetic energy.)

Apabila kita meregangkan satu gelang getah, kita menghasilkan tenaga


keupayaan. Semakin jauh gelang itu diregangkan, semakin besar tenaga
keupayaan yang dihasilkan.
(When you stretches a rubber band, you create potential energy. The further
the extension is, the greater the potential energy will be.)

Belon adalah contoh lain tenaga keupayaan elastik, di mana udara yang
dimampatkan di dalam belon. Memecahkan belon dengan jarum akan
menukarkan tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik iaitu pergerakan
molekul molekul udara.

(A balloon is another example of elastic potential energy, where the air is


compressed within the balloon. Breaking the balloon with a needle will turn
the potential energy into kinetic energy of rapidly moving air molecules.)

Apabila tali panah ditarik ke belakang, tali tersebut menyimpan tenaga iaitu
tenaga keupayaan. Ini yang menyebabkan panah mempunyai tenaga untuk
menolak anak panah ke hadapan apabila tali dilepaskan.
(When the string of a bow is pulled backwards, the string has stored energy
which is potential energy. This is why the bow has the energy to shoot the
arrow when the string is released.)

Anda mungkin juga menyukai