Anda di halaman 1dari 10

1

1.0 NAMA SEKOLAH


SMK SUNGAI MANGGIS, KAMPUNG SUNGAI MANGGIS. 42700 BANTING,
SELANGOR.

2.0 PENYELIDIK
NUR MAIZAN BINTI MOHD ISMAIL
891113-10-5338
013-3526282

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

TAJUK KAJIAN: MENINGKATKAN PENGUASAAN SIFIR MENGGUNAKAN


KAEDAH ‘BIJAK SIFIR’ PADA 10 ORANG MURID KELAS
1 ZAMRUD

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran /Isu Yang Lalu

Saya mengajar di sekolah SMK Sungai Manggis. Murid-murid di dalam kelas ajaran
saya, 1 Zamrud terdiri daripada golongan murid yang mempunyai pencapaian sederhana
dalam pelajaran.
Daripada pemerhatian saya yang mengajar kelas tersebut selama hampir lima
bulan daripada bulan Januari hingga Mei, majoriti daripada ahli kelas tersebut masih
lemah dalam menguasai sifir. Mereka tidak dapat mencongak dengan baik sekiranya
diajukan soalan yang melibatkan sifir. Kebanyakan ahli dalam kelas 1 Zamrud hanya
mampu menguasai sifir dua dan sifir lima sahaja, manakala untuk sifir-sifir lain, jawapan
yang diberikan oleh mereka adalah tidak tepat. Hal ini menyebabkan proses Pengajaran
dan Pembelajaran di dalam kelas saya menjadi lambat dan sering terganggu disebabkan
kelemahan mereka dalam sifir. Kelas 1 Zamrud juga agak tertinggal dari segi topik yang
diajar berbanding dengan kelas lain.

Sekiranya saya tidak berbuat sesuatu untuk membetulkan keadaan ini, saya risau
bahawa murid-murid ini akan ketinggalan dalam pelajaran sedangkan mereka
mempunyai banyak potensi untuk dibangunkan. Walaupun masalah ini kelihatan kecil,
2

tidak mustahil, lama-kelamaan masalah ini akan menjadi lebih serius dan menganggu
pencapaian Matematik mereka. Jadi, tanpa membuang masa, saya seharusnya mula
memikirkan cara untuk mengatasi masalah ini sebaik mungkin.

Hasil pemerhatian awal saya, kegagalan murid 1 Zamrud ini menguasai sifir
adalah kerana :
i) kurang jelas dengan konsep sifir
ii) tidak mahir menambah dan mencongak nombor
iii) terlalu bergantung dengan kalkulator
iv) malas untuk menghafal sifir.

Di sebalik itu , saya cuba cermin diri dan menyenaraikan masalah yang mungkin
berpunca dari kelemahan saya sendiri seperti :
i) selama ini saya mengajar tanpa mengambil kira tahap penguasaan sifir murid -
murid.
ii) saya terkejar-kejar masa untuk menghabiskan sukatan mengikut rancangan
tahunan yang telah dibuat, menyebabkan saya selalu minta pelajar untuk
menekan kalkulator dalam menyelesaikan masalah.

Saya sangka hal ini akan membantu mereka untuk menyiapkan suatu latihan
sebaliknya tahap kebergantungan mereka kepada kalkulator menjadi terlalu tinggi.
Sekiranya tiada kalkulator, mereka seperti hilang tumpuan dan gagal menyiapkan latihan
sebaik mungkin.

Berdasarkan dari masalah itu , saya sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiar
berlarutan memandangkan murid-murid saya memerlukan kemahiran sifir mereka berada
dalam keadaan terbaik agar dapat membantu mereka memahami satu konsep Matematik
dengan lebih baik dan menjadi lebih seronok dalam mengajar Matematik.

Saya akan cuba membantu murid mengatasi masalah di atas dengan satu program
yang telah saya rancang, dinamakan Bijak Sifir.
3

2.0 Fokus Kajian

Melalui maklumat yang saya dapati daripada beberapa orang murid secara tidak
langsung, mereka menyatakan bahawa antara sebab-sebab mereka tidak manguasai sifir
adalah kerana:
i) tidak mahir mencongak dan menambah dengan cepat
ii) malas untuk menghafal sifir
iii) merasakan tidak perlu untuk menghafal sifir kerana kalkulator ada

Fokus kajian saya pada kali ini adalah berkaitan dengan perubahan tahap
penguasaan murid-murid dalam sifir. Saya juga menfokuskan agar murid-murid dapat
menggunakan kemahiran sifir mereka untuk menyiapkan latihan Matematik yang
diberikan semasa sesi pengukuhan di dalam kelas tanpa terlalu bergantung kepada
kalkulator.

Oleh yang demikian, saya harus memikirkan jalan penyelesaian bagaimanakah


untuk mengatasi masalah yang dihadapi ini, seterusnya menjadikan mereka lebih
berminat untuk menguasai sifir. Apabila murid-murid lebih menguasai sifir, mereka akan
lebih memahami konsep Matematik yang sedang dipelajari dan akan berasa seronok
untuk menyiapkan latihan dan secara tidak langsung akan membantu meningkatkan
prestasi mereka.

Saya akan cuba mengatasi masalah murid tidak menguasai sifir ini dengan
menggunakan kaedah ‘Bijak Sifir’.

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Am:


Dalam kajian ini, saya mahukan murid saya untuk :
i) meningkatkan penguasaan sifir mereka.

3.2 Objektif Khusus:


a) Peratus murid menguasai sifir dua hingga sifir dua belas meningkat.
b) Tahap kesedaran murid-murid mengenai kepentingan menguasai sifir
meningkat melalui soal selidik yang diedarkan
4

4.0 Kumpulan Sasaran:


Kajian ini akan melibatkan 10 orang murid 1 Zamrud di SMK Sungai Manggis, yang
terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan. Murid-murid di
dalam kelas 1 Zamrud ini mempunyai prestasi pelajaran yang sederhana.

5.0 Pelaksanaan Tindakan

5.1 Tinjauan awal masalah:

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini,


tinjauan terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih
mendalam masalah tersebut.

Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:

a. Praujian
Praujian secara lisan bertujuan untuk menguji pengetahuan murid dalam sifir
untuk mengetahui tahap mereka.

b. Pemerhatian
Semakan buku tulis dibuat bagi mendapatkan gambaran tahap penguasaan murid
dalam sifir. Semakan buku juga bertujuan untuk mengetahui adakah mereka dapat
menyiapkan suatu latihan yang diberikan dengan baik atau tidak.

c. Soal selidik
Murid diberi soal selidik sebelum dan selepas rawatan . Perbezaan pandangan
dapat menjelaskan sama ada rawatan yang diberi berkesan ataupun tidak. Minat
dan motivasi murid sebelum dan selepas rawatan diberikan juga diperhatikan.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Hasil Tinjauan mendapati :


a. Praujian
Didapati pengetahuan murid dalam penguasaan sifir adalah sangat lemah. Data
yang diperolehi adalah seperti berikut:

Sifir Bilangan murid menguasai


2 10 orang
3 7 orang
4 3 orang
5 9 orang
6 tiada
5

7 tiada
8 tiada
9 tiada
10 10 orang
11 8 orang
12 2 orang

Saya telah menentukan maksud menguasai sifir adalah apabila murid dapat menjawab
sifir yang diajukan dengan tepat dalam jangka masa yang ditentukan iaitu 25 saat.
(Contoh: sifir 7 akan ditanya secara rawak dan murid mestilah dapat memberikan semua
jawapan yang tepat dalam tempoh 25 saat untuk setiap soalan).

b. Pemerhatian
Pemerhatian yang dibuat mendapati murid sering cuai dalam memberikan
jawapan. Hal ini adalah kerana mereka tidak menguasai sifir dan terlalu
bergantung dengan kalkulator. Kebanyakan daripada murid juga hanya menulis
jawapan yang diperolehi apabila menekan kalkulator, tanpa menulis jalan kerja.

c. Soal selidik
Saya telah mengedarkan soal selidik sebelum rawatan diberi. Soal selidik itu
berperanan untuk mengesan minat dan motivasi murid untuk mencuba menguasai
dan menghafal sifir.
Dapatan menunjukkan hampir kesemua murid merasakan bahawa sifir adalah
susah, sebaliknya tekan kalkulator lebih senang, Murid-murid juga merasakan
sekiranya mereka tiada kalkulator, mereka tidak boleh menjawab soalan
Matematik. Saya akan menggunakan pasca ujian nanti untuk mengukur perubahan
dari segi minat murid terhadap sifir. Murid diberi soal selidik sebelum dan
selepas rawatan . Perbezaan pandangan akan dapat menjelaskan sama ada rawatan
yang diberi berkesan ataupun tidak.

5.3 Tindakan(Rawatan) Yang Akan Dijalankan:


a) Aktiviti 1 - Quiz by Level
i. Guru membahgikan sifir kepada beberapa level yang berbeza.
ii. Sifir mudah seperti sifir 2,3, dan 10 dikira sebagai Level 1.
iii. Sifir 4, 5, 6 dan 11 dikira sebagai Level 2.
iv. Sifir 7,8,9, dan 12 dikira sebagai Level 3.
v. Murid dikehendaki untuk menjawab sifir dalam Level 1 dengan betul dahulu
sebelum boleh pergi ke sifir di Level 2. Begitu juga dengan Level lain, murid
perlu menjawab sifir di Level yang rendah dahulu sebelum boleh ke Level
selepasnya.
6

vi. Aktiviti ini seakan-akan bermain permainan di komputer. Pelajar boleh


menjawab sifir mengikut aras kesukaran.
vii. Setiap jawapan yang betul akan terus diberikan sticker, mengikut aras
soalan.
viii. Bilangan sticker boleh ditebus kepada mata point yang akan dikumpul.
Pemenang bulanan akan menerima hadiah.
ix. Aktiviti ini akan dijalankan dalam tempoh 10 minit sebelum tamat PdPc
dan pada masa senggang.
x. Tahap kemajuan setiap murid akan dicatatkan pada buku catatan sifir.
xi. Guru akan menggunakan rujukan sifir yang diperolehi di media sosial untuk
memudahkan penghafalan sifir oleh murid-murid. Laman web rujukan ialah:
https://ragamanak.com/rahsia-kuasai-sifir-tanpa-perlu-menghafal/
http://www.anakbonda.com/2015/12/teknik-hafal-sifir.html
http://ticersally.blogspot.com/2014/09/kuasai-sifir-dengan-mudah.html
xii. Sifir Level 1 (Sifir 2, 3 dan 10) - kaedah hafalan
xiii. Sifir Level 2 (Sifir, 4, 5 dan 6).
https://www.facebook.com/watch/?v=437868043411136
https://www.gpsbestari.com/tip/tip-belajar/hafal-sifir-mudah-sifir-6-1.475013
xiv. Sifir Level 3 (Sifir 7,8, 9 dan 12)
https://www.facebook.com/watch/?v=2064560910240007
xv. Sepanjang aktiviti 1 ini juga, murid-murid akan dibekalkan dengan buku
sifir.

b) Aktiviti 2 - Shoulder Partner


i. Murid akan memilih pasangan masing-masing.
ii. Setiap pasangan perlu bersama-sama menyiapkan ‘roda sifir’ yang boleh
membantu mereka untuk menghafal sifir. ‘Roda Sifir’ ini boleh dibawa
pulang ke rumah, diletakkan di tempat yang sesuai agar murid sentiasa
menghafal sifir.
iii. Semasa ujian lisan, pasangan akan saling membantu menghafal sifir yang
ditentukan oleh guru pada hari tersebut.
7

iv. Apabila sifir diajukan, salah seorang ahli daripada kumpulan berdua mesti
jawab dengan jawapan yang tepat dalam tempoh masa yang diberikan.
Sekiranya jawapan tepat, sticker ganjaran akan diberikan kepada kedua-dua
ahli kumpulan. Sekiranya jawapan kurang tepat, sticker kedua dua ahli
kumpulan akan ditarik semula.
v. Aktiviti ini akan dijalankan dalam tempoh 10 minit sebelum PdPc bermula
dan pada masa senggang.
vi. Sticker untuk setiap murid akan ditampal pada buku catatan sifir.

c) Aktiviti 3 - Table Sifir


i. Murid dikehendaki melengkapkan jadual sifir seperti berikut:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

ii. Setiap sesi, murid dikehendaki melengkapkan hanya satu baris


(seperti yang telah diwarnakan). Setiap baris adalah seolah olah
sifir,contoh baris 3 melintang dan baris menegak 2 adalah 2 × 3
atau 3× 2.
iii. Setelah selesai, murid-murid akan ditanya berkenaan sifir tersebut.
iv. Setelah kesemua murid dapat menjawab dengan baik, barulah akan
diteruskan ke barisan yang lain.
v. Di akhirnya, kesemua sifir telah diselesaikan oleh murid-murid.

d) Aktiviti 4 - Test yourself !


8

i. Murid akan dipanggil oleh cikgu mengikut giliran dan mencuba


untuk menjawab soalan sifir pada laman
web:https://www.sifirdarab.com/
ii. Markah yang diperolehi oleh murid-murid pada laman web tersebut
akan direkodkan pada buku catatan sifir masing-masing.

6.0 Bahan yang dicadangkan


i. Rancangan Pelajaran Tahunan Matematik Tingkatan 1
ii. Buku Teks Matematik Tingkatan 1
iii. Lembaran sifir
iv. Jadual sifir
v. Buku sifir
vi. Buku semak sifir.
vii. Kertas A4
viii. Sticker bulat

7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian


BIL. AKTIVITI TARIKH
01 Tinjauan masalah daripada refleksi PdP Januari - Mei 2019
02 Merancang tindakan April 2019
03 Merangka dan menulis cadangan kajian tindakan Mei 2019
04 Makluman kepada murid Mei 2019
05 Pengumpulan data awal melalui praujian, soal selidik dan April 2019
semakan buku latihan
06 Melaksanakan tindakan 1- Quiz by Level 17 Jun 2019 - 29 Jun 2019
07 Analisis data tindakan 1 30 Jun hingga 13 Julai 2019
- semakan tahap penguasaan sifir
- pemerhatian sikap dan motivasi murid
- semakan buku latihan
08 Melaksanakan tindakan 2- Shoulder Partner 15 Julai 2019 - 19 Julai 2019
09 Analisis data tindakan 2 22 Julai hingga 26 Julai 2019
- semakan tahap penguasaan sifir
- pemerhatian sikap dan motivasi murid
- temubual berkumpulan
9

- semakan buku latihan


10 Melaksanakan tindakan 3- Table Sifir 29 Julai 2019 - 3 Ogos 2019
11 Analisis data tindakan 3 5 Ogos hingga 9 Ogos 2018
- semakan tahap penguasaan sifir
- pemerhatian sikap dan motivasi murid
- soal selidik
- semakan buku latihan
12 Melaksanakan tindakan 4- Test yourself! 20 Ogos 2019
13 Analisis data tindakan 3 21 Ogos hingga 28 Ogos
- semakan tahap penguasaan sifir 2018
- pemerhatian sikap dan motivasi murid
- soal selidik
- semakan buku latihan
14 Menulis laporan kajian tindakan Ogos hingga September

8.0 Kos Kajian

12.0 KOS KAJIAN


BI JENIS BAHAN UNIT KOS (RM) JUMLAH (RM)
L.
1 Kertas A4 1 rim 10.00 10.00
2 Fotostat - 30.00 30.00
3 Sticker bulat 5 paket 3.00 × 5 15.00
4 Buku sifir 10 buah 1.00 × 10 10.00
Jumlah keseluruhan 65.00

9.0 PENUTUP
Semoga kajian yang bakal dijalankan oleh saya ini berjaya dilaksanakan dan mendapat
kerjasama yang baik daripada sampel yang saya pilih, dan juga mendapat sokongan
daripada rakan sekerja. Semoga hasil kajian ini nanti mampu memberi manfaat dan
menjadi rujukan kepada semua, khususnya buat guru-guru sekolah.
10

Anda mungkin juga menyukai