Anda di halaman 1dari 2

ULASAN WEBINAR 1

STRIKING A BALANCE IN TETBOOK & NON TEXTBOOK BASED LESSONS

disampaikan oleh Teacher Pamela & Prof Ramesh

1) Pengenalan kepada CEFR dalam PDP Bahasa Inggeris.

2) Selama ini, kita gunakan buku teks yang ditulis oleh penulis tempatan, namun begitu apabila diperkenal

kan CEFR, kena cari buku yang lebih bersesuaian dengan CEFR.

3) Kesimpulannya: pdp BI menggunakan buku yang ada elemen CEFR tetapi diintegrasikan dengan

elemen tempatan.

4) Kita menggunakan ‘content from oversea’ tapi kita gabungkan dengan nilai tempatan.

5) Buku teks teks CEFR digunakan sebagai rujukan dan tambahan dalam menyampaikan PdPc berkesan.

6) Teacher Pamela juga berkata modul CEFR banyak membantu dan memberi panduan kepada guru-guru

berkenaan hala tuju pengajaran guru-guru.

ULASAN WEBINAR 2

BICARA PROFESIONAL KPM : Bersama-Sama Melangkah Lebih Jauh Bersama

disampaikan oleh YBrs Dr. Habibah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

1) Penyampaian pendidikan yang berkualiti - persediaan untuk PA 21 dan menghadapi revolusi industri 4.0

2) Tahun 2020-2025 merupakan gelombang yang kedua. Jadi, untuk tahun 2020, kita perlu bergerak dan

melakukan sebanyak mungkin yang kita boleh sebelum masuk ke gelombang ketiga.

3) Jurang pencapaia akademik antara murid bandar dan laur bandar di peringkat SPM menunjukkan

pengurangan tetapi masih ketara pada peringkat UPSR.

4) Dalam pencapaian PISA, Malaysia telah melonjak keluar dari kelompok satu pertiga terbawah, namun

pencapaian murid berbanding purata OECD masih jauh - desibebakan itu, untuk KSSR dan KSSM, ada

ditekankan KBAT.

5) Literasi Matematik & Saintifik perbezaan adalah sedikit berbanding murid lelaki dan perempuan,

manakala untuk literasi bacaan, murid perempuan lebih tinggi penguasaan - perlu buat sesuatu untuk

bantu murid lelaki.

6) Semakin tinggi sokongan guru pada murid, semakin tinggi pencapaian murid dalam literasi bacaan.

7) Perpaduan di kalangan murid dan guru - instrumen untuk nilai perpaduan bermula apda tahun 2014,

2018 (setiap 4 tahun sekali dinilai).


8) Tahap perpaduan di kalangan guru dan murid kekal sederhana tetapi indkes perpaduan dilihat semakin

menurun - cabaran kerana indkes ini penting untuk memupuk perpaduan dikalangan anak-anak - agar

murid dapat mengekalkan perpaduan di peringkat lebih tinggi.

9) Usaha ke arah pendidikan berteraskan digital dan teknologi yang dilihat dapat memberi sokongan

kepada pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah namun hanya akan tercapai sekiranya adaptasi

teknologi dapat dilakukan dengan lebih efisyen di bilik darjah dan sekolah.

10) Ada dua kayu pengukur-kesediaan dan keupayaan sekolah menyediakan teknologi.

11) Akauntabiliti adalah tanggungjawab semua kerana ianya dapat meningkatkan sikap kepunyaan dan

kebertanggungjawaban bersama dan melibatkan empat aspek iaitu akauntabiliti terhadap penyertaan

murid, pembelajaran murid, kualiti guru dan pentadbiran sekolah serta pentaksiran.

12) Semua pihak perlu memainkan peranan untuk meningkatkan enrolmen di semua peringkat

persekolahan dengan mengadakan pelbagai pendekatan seperi ziarah cakna, mesra OKU dan

memudahkan warganegara tanpa dokumen untuk bersekolah .

13) Murid diberi peluang untuk memilih aliran diperingkat menengah atas khususnya STEM.

14) Terdapat penurunan dalam penyertaan murid dalam TVET sedengkan TVET menyediakan pilihan

kerjaya yang sangat menarik .

15) Akauntabiliti terhadap pembelajaran murid bukan hanya terletak dalam tangan guru semata-mata

namun ianya melibatkan pelbagai pihak seperti Jabatan Pendidikan, Ibu bapa dan komuniti setempat.

16) Akauntabiliti terhadap pembelajaran murid juga memberi penekanan kepada kemahiran yang dipelajari

selepeas 11 tahun , bukan hanya peperiksaan semata-mata.

17) Pembelajaran murid harus dipacu oleh inovasi selaras dengan perkambangan terkini dengan

menerapkan penggunaan teknologi danalam pengajaran dan pembelajaran.

18) Kita perlu mengambil peluang menggunakan pelantar pembelajaran digital dengan lebih efisyen.

19) Peguasaan Bahasa Inggeris masih lagi rendah, maka ianya perlu diberi perhatian dengan

meningkatkan kualiti guru yang mengajar Bahasa Inggeris.

20) Akauntabiliti guru dan pemimpin sekolah , pelbagai pihak perlu mengambil peranan kolektif dalam

menjamin kualiti guru.

21) Kepimpinan sekolah merupakan faktor kedua penting selepas penyampaian instruksional guru dalam

bilik darjah.

22) Akuantabiliti terhadap pentaksiran yang mana sistem pentaksiran negara telah berubah seiring dengan

keperluan murid sperti dalam PSSR dan PT3.

23) Sistem pentaksiran yang dijalankan memberi penekalan kepada maklumat proses pengejaran dan

pembelajaran, bukan hanya semata keupayaan dalam menjawab salan peperiksaan.

Anda mungkin juga menyukai