Anda di halaman 1dari 10

KAPASITI PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPB) / NEW PEDAGOGY DEEP LEARNING

(NPDL): ELEMEN PEMANFAATAN DIGITAL DALAM PROSES PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI SEKOLAH RENDAH

AFAF MAWADDAH BINTI MOHAMAD

NUR SYAZWANI BINTI ZAMRI

SITI SARAH BINTI MUHAMMAD

WAN SARAH TASNIM BINTI WAN ZIN

PENDAHULUAN

Kapasiti Pembelajaran Bermakna (KPB) atau nama bahasa Inggerisnya New Pedagogy
Deep Learning (NPDL) merupakan pendedahan baharu yang sedang diimplimentasikan
dalam pendidikan di Malaysia. Walaubagaimanapun, pembelajaran bermakna bukanlah
suatu pendekatan pembelajaran baharu sebaliknya beberapa elemen tambahan telah
diterapkan ke dalam pendekatan bagi menjenamakannya semula sebagai sebuah pedagogi
baru (Ellyza Karim, 2019). Menurut Duncan (2009), guru pada hari ini perlu sentiasa
mengikuti perubahan arus semasa seiring dengan perubahan literasi media baru dan
menerima pelbagai perubahan untuk seiring dengan globalisasi. Hal adalah bagi
memastikan tahap perkembangan dan kualiti pendidikan setanding dengan Pembelajaran
Abad ke-21 (PAK21) dan mampu berdaya saing. Kegagalan mengimplimentasikan saranan
baharu ini menunjukkan gagallah diri sebagai seorang pendidik yang berpengetahuan,
berkemahiran dan kompeten (Azizi Ahmad, 2019).

Kapasiti Pembelajaran Bermakna atau New Pedagogy Deep Learning (NPDL)


merupakan saranan baharu serta ia menjadi kunci untuk menyokong para pelajar agar
bersedia untuk mengahadapi realiti dunia di sekeliling mereka. Dalam masa yang sama,
NPDL juga mempromosikan peluang yang efektif agar suara pelajar menyinar dan lebih
didengari (Fullan & Langworthy 2014). Bukan sahaja impak NPDL dilihat pada kesan dan
hasil pembelajaran yang memberangsangkan malah ia mewakili suatu perubahan dalam
pemikiran di mana pendidikan disabitkan. Selain itu, pedagogi sedemikian dijangka akan
menyediakan pelajar untuk kehidupan selepas sekolah dan menggalakkan pemikiran dan
pembelajaran sepanjang hayat (life-long learning). Menurut Richardson (2019), kita perlu
membentuk anak-anak yang belajar daripada pembelajaran untuk memastikan mereka
mempelajarinya.
LATAR BELAKANG KAJIAN

Seperti yang telah diperjelaskan sebelum ini, Kapasiti Pembelajaran Bermakna bukanlah
suatu pendekatan baharu sebaliknya ia menerapkan beberapa elemen baru bagi
menjenamakan semula suatu pendekatan dalam pembelajaran. Sebagai contohnya,
menerapkan pengaruh elemen daripada reka bentuk pembelajaran oleh Fullan, Quinn dan
McEachen (2018). Di dalam elemen ini, terdapat empat bahagian yang saling menyokong
dan melengkapi antara satu sama lain bagi menghasilkan sebuah konsep Kapasiti
Pembelajaran Bermakna yang lengkap dan mantap bagi Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) yang releven dapat dijalankan di sesebuah alma mater. Empat bahagian tersebut
ialah amalan pedagogi, pemanfaatan digital, rakan pembelajaran dan persekitaran
pembelajaran.

Kapasiti Pembelajaran Bermakna (NPDL) mungkin kedengaran seperti suatu yang baru.
Bahkan ia sememangnya baru kerana baru diberi pendedahan di kebanyakan institusi
pendidikan di Malaysia sejak tahun lepas iaitu 2019. Walaubagaimanapun, kita sebenarnya
telah mengamalkan pendekatan yang hampir sama sebelum NPDL iaitu pendekatan-
pendekatan dalam proses PdP seperti pendekatan berpusatkan murid, kepelbagaian teknik,
kepelbagaian sumber bahan, penggunaan tatabahasa yang tepat, pengajaran bertema,
penyerapan bacaan luas, penggabungjalinan, penilaian, pemulihan dan pengayaan. Apa
yang baharu ialah, dengan aplikasi pengaruh beberapa elemen reka bentuk oleh Fullan,
Quinn dan McEachen (2018) dapat memberikan impak dan keberkesanan pembelajaran
dengan lebih menyeluruh. Maka, tercetuslah sebuah pendekatan dengan penjenamaan
semula Kapasiti Pembelajaran Bermakna atau New Pedagogy Deep Learning (NPDL)
dengan tujuan menyediakan pelajar untuk kehidupan selepas sekolah dan menggalakkan
pemikiran pembelajaran sepanjang hayat.

Memandangkan ia masih baharu, maka topik berkenaan NPDL perlu dibincangkan


dengan lebih luas dan terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya yang sesuai dengan
konteks pendidik dan pelajar di Malaysia. Dalam masa yang sama, masih banyak yang perlu
dipelajari sebenarnya mengenai Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru (NPDL) terutama
kepada mereka yang tidak mahir dan kompeten dalam penggunaan teknologi maklumat;
penyelidikan berasaskan bukti masih diperlukan untuk lebih memahami kesan positif
pedagogi ini bagi penggunaan di dalam kelas. Untuk cadangan yang dicadangkan ini,
penyelidikan sememangnya sangat diperlukan untuk menyiasat bagaimanakah cara
mengintegrasikan pendekatan NPDL dalam subjek Bahasa Arab sekolah rendah. Inilah
tujuan kajian ini, iaitu untuk melihat bagaimanakah cara mengimplimentasikan NPDL
dengan baik dalam subjek Bahasa Arab di sekolah rendah.
PENYATAAN MASALAH

Murid-murid pada masa kini mula didedahkan dengan penggunaan teknologi yang kian
berkembang pesat. Prasana teknologi maklumat terkini membolehkan murid-murid untuk
meneroka kemudahan dan maklumat yang ada dalam pelbagai bidang termasuk makanan,
gaya hidup, hiburan dan sebagainya. Teknologi juga memberi peluang kepada dunia
pendidikan untuk terus berkembang sejajar dengan keperluan semasa yang berorientasikan
sains dan teknologi. Justeru, dunia pendidikan berhasrat untuk melahirkan generasi yang
mampu memanfaatkan kemudahan teknologi yang ada untuk menguasai kandungan
kurikulum di samping mengasah kemahiran yang diperlukan di dalam diri setiap murid.
Namun begitu, wujudnya masalah dalam kalangan murid-murid sekolah yang mana mereka
tidak mampu memanfaatkan teknologi yang ada untuk menguasai kandungan kurikulum di
sekolah. tanpa penguasaan teknologi yang baik pendidikan yang seiring dengan
pembelajaran abad ke-21 tidak akan mampu direalisasikan. Menurut Noor Azean dan
Beatrice Andrew (2010) mengatakan pada masa kini teknologi banyak digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan negara kita. Bukan itu sahaja,
penggunaan teknologi seharusnya menjadikan pembelajaran murid lebih berkesan dan
menarik dengan penerokaan ilmu dan kemahiran-kemahiran yang baru.

Penggunaan teknologi membawa implikasi yang amat positif kepada murid terutama
sekali dalam peningkatan penguasaan akademik mereka. Keberkesanan teknologi terbukti
apabila sebuah kajian yang dilakukan terhadap pelajar pendidikan khas mendapat
pelaksanaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan
pencapaian akademik mereka (Saymour Papert, 1993). Oleh yang demikian penggunaan
sains dan teknologi adalah amat penting bukan sahaja kerana kemodenan zaman tetapi
demi kebaikan kepada kaliti pembelajaran kepada murid di sekolah. Sehubungan dengan
itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk memanfaatkan sains dan teknologi bagi
membolehkan murid menguasai kandungan kurikulum pendidikan yang maksimum dan
sewajarnya sekaligus meningkatkan prestasi akademik murid.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian pada kali ini ialah untuk melihat sejauhmanakah pemanfaatan digital
dalam kalangan guru bahasa Arab sekolah rendah mampu merealisasikan pendekatan
Kapasiti Pembelajaran Bermakna (KPB) atau New Pedagogy Deep Learning (NPDL).
Berdasarkan objektif secara umum yang diberikan, terdapat dua pemboleh ubah yang
penting iaitu pemboleh ubah yang mempengaruhi iaitu pemanfaatan digital dalam kalangan
guru bahasa Arab sekolah rendah dan pemboleh ubah bersandar iaitu pendekatan NPDL
direalisasikan.

Manakala objektif khusus kajian ini adalah:

1. Untuk mengenalpasti tahap pengetahuan guru-guru bahasa Arab sekolah rendah


terhadap pemanfaatan digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
2. Untuk mengenalpasti tahap kemahiran guru-guru Bahasa Arab sekolah rendah
terhadap pemanfaatan digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa Arab
terhadap pemanfaatan digital semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
4. Untuk mengetahui sama ada pemanfaatan digital memberikan impak Pembelajaran
Bermakna atau tidak kepada murid-murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) Bahasa Arab sekolah rendah.

SOALAN KAJIAN
1. Bagaimanakah tahap pengetahuan guru-guru bahasa Arab sekolah rendah terhadap
pemanfaatan digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bilik darjah?
2. Bagaimanakah tahap kemahiran guru-guru Bahasa Arab sekolah rendah dalam
menguasai pemanfaatan digital melalui proses pengajaran dan pembelajaran?
3. Apakah masalah-masalah yang akan dihadapi oleh guru-guru Bahasa Arab di dalam
bilik darjah terhadap pemanfaatan digital semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
4. Sejauh manakah pemanfaatan digital memberikan impak pembelajaran bermakna
kepada murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa
Arab sekolah rendah?

HIPOTESIS KAJIAN

Pengetahuan guru terhadap terhadap pemanfaatan digital dalam melaksanakan pedagogi


pembelajaran mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran bersama murid-murid di
dalam bilik darjah
SOROTAN KAJIAN

Pelbagai langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan


keupayaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) telah menunjukkan bahawa TMK adalah pilihan yang berkesan untuk
meningkatkan kualiti pengajaran. Walaupun dalam masa yang sama, tidak dapat dinafikan
bahawa pelaksanaan setiap teknologi baru pasti ada cabarannya. Hal demikian disepakati
dan disokong melalui kajian oleh Vebrianto & Osman (2012), dibuktikan bahawa kaedah
pengajaran berbantukan pengajaran berasaskan TMK dan digital mempunyai kesan positif
terhadap perkembangan kemahiran proses pembelajaran dalam kalangan pelajar di sebuah
sekolah menengah di Riau, Indonesia. Selain itu, menurut Kamarudin Ibrahim (2013),
pemanfaatan alat bantu mengajar berasaskan digital juga membantu pelajar memahami
subjek Bahasa Arab dengan baik. Selain daripada menjadikan PdP menarik dan intraktif,
pemanfaatan digital di bilik darjah akan menjadikan pengajaran jelas dan mudah difahami
(Anas, 2013).

Pemanfaatan digital dan TMK tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menambah baik
serta meningkatkan kualiti pembelajaran murid dan pengajaran guru yang sesuai dengan
keperluan dan kehendak semasa iaitu sebagaimana NPDL diperkenalkan. Penerapan
amalan pemanfaatan digital dan TMK adalah suatu proses bagaimana dan di mana suatu
teknologi itu disesuaikan dengan situasi pembelajaran dan pengajaran tidak kira dalam
kelas atau sebaliknya (Norazrena & Khairul, 2007; Qistina & Hazman, 2006). Oleh yang
demikian, kajian-kajian lepas ini berupaya menjadi sandaran yang mantap bahawa elemen
pemanfaatan digital dalam proses PdP Bahasa Arab di sekolah rendah perlu dikaji
dengan mendalam supaya murid yang belajar menerima input pembelajaran yang bermakna
dalam diri mereka.

Penerapan eleman pemanfaatan digital dan TMK hakikatnya dapat diaplikasikan ke


dalam semua mata pelajaran termasuk Bahasa Arab. Menurut satu lagi kajian lepas oleh,
61% guru Bahasa Arab menggunakan aplikasi asas TMK dalam pengajaran mereka. Antara
aplikasi asas tersebut ialah perisian kursus, persembahan, grafik dan visual, serta
demonstrasi atas talian (Rosnaini, Mohd Arif & Jalaluddin,2011). Hasilnya, proses PdP lebih
mendapat sambutan dalam kalangan murid. Hal ini demikian kerana, persembahan
pengajaran menggunakan bantuan TMK dan digital adalah bersifat interaktif dan tidak
membosankan (Johari & Fazliana, n.d). Selain daripada menarik minat murid untuk belajar,
penggunaan aplikasi yang dinyatakan adalah bertujuan sebagai alat bantu mengajar
matapelajaran Bahasa Arab. Dalam masa yang sama kemahiran guru dalam TMK adalah
meningkat dalam menerapkan pelbagai aplikasi teknologi melalui proses pengajaran
mereka.
METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen
kajian. Populasi kajian ini terdiri daripada 44 orang guru yang mengajar matapelajaran
Bahasa Arab di sepuluh buah sekolah yang terdapat di negeri Kedah. Saiz sampel bagi
kajian iniditetapkan berdasarkan jadual Krejcie dan Morgan (1970), di mana jika populasi (N)
seramai 44 orang, anggaran saiz sampel (S) ialah 40 orang.Maklumat-maklumat yang
diperolehi daripada borang soal selidik diproses dan di analisis menggunakan program
Statistical Package For The Social Science 22.0 (SPSS 22.0).

Penelitian sorotan kajian pula dijalankan berdasarkan ke atas kajian dalam bidang
pemanfatan digital dalam PdP Bahasa Arab. Beberapa database (Emerald, Google Scholar,
Sci Direct, dan Ebscohost) dicapai menggunakan katakunci seperti; pemanfatan digital,
pemanfatan TMK, aplikasi TMK dalam PdP Bahasa Arab, dan keberkesanan TMK dan
pemanfatan digital dalam PdP Bahasa Arab. Pencarian kajian literatur adalah dalam dua
bahasa yang difahami iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Selain itu, pencarian
dibataskan kepada kajian yang diterbitkan sekitar tahun 2010 sehingga 2019 sahaja yang
berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan.

Pemilihan rujukan dan kajian lepas adalah berdasarkan dapatan yang menjawab
persoalan kajian yang dibina. Selain itu, analisis kandungan kajian juga dijalankan agar
kajian yang dipilih tidak terpesong daripada fokus kertas konsep ini. Persoalan yang dibina
sebagai landasan ialah:

1. Bagaimanakah tahap pengetahuan guru-guru bahasa Arab sekolah rendah terhadap


pemanfaatan digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bilik darjah?
2. Bagaimanakah tahap kemahiran guru-guru Bahasa Arab sekolah rendah dalam
menguasai pemanfaatan digital melalui proses pengajaran dan pembelajaran?
3. Apakah masalah-masalah yang akan dihadapi oleh guru-guru Bahasa Arab di dalam
bilik darjah terhadap pemanfaatan digital semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
4. Sejauh manakah pemanfaatan digital memberikan impak pembelajaran bermakna
kepada murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa
Arab sekolah rendah?

Persoalan kajian yang dibina bertujuan agar penelitian literatur kajian adalah berfokus
dan memudahkan analisis literatur dijalankan.
BATASAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini terbatas kepada guru-guru yang terlibat dalam PdP mata
pelajaran Bahasa Arab sekolah rendah yang terpilih di negeri Kedah. Juga, kajian ini
menumpukan sejauh manakah pemanfatan digital memberikan impak pembelajaran
bermakna terhadap murid-murid yang mempelajari Bahasa Arab di sekolah rendah. Hal ini
dengan menilai hasil jawapan soal selidik daripada guru-guru yang terpilih menjadi
responden kajian.

KERANGKA KONSEPTUAL
RUJUKAN

Anas, M. (2013). Pengaruh Penggunaan Media Audio Visual Terhadap pembelajaran Sholat
Untuk Meningkatkan Motivasi Belajar Peserta Didik di MIN Beji. Sidoarjo:
Universitas Muhammadiyah
Azizi Ahmad. (September 15, 2019). Memahami apa itu Pedagogi Pembelajaran Bermakna
(Deep Learning Pedagogy). Malaysia Dateline. Retrieved September 2, 2020 from
https://malaysiadateline.com/memahami-apa-itu-pedagogi-pembelajaran-bermakna-
deep-learning-pedagogy/
Duncan, A. (2009). Teacher preparation: reforming the uncertain profession. Columbia
University.
Ellyza Karim. (2019). Reka bentuk pembelajaran dalam Kapasiti Pedagogi Pembelajaran
Bermakna di IPG Kampus Pendidikan Teknik. Jurnal Refleksi Kepemimpinan Jilid II,
2019 (ISSN 2636-9885). Retrieved September 1, 2020 from
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jrk/article/download/9437/4388/
Fullan, M & Langworthy, M. (2014). A Rich Seam: How New Pedagogies Find Deep
Learning. United Kingdom: Pearson
Fullan, M., Quinn, J. & McEachen, J.J. (2018). Deep learning: Engage the world change the
world. Thousand Oaks: SAGE.
Johari Bin Hassan & Fazliana Rashida Binti Abdul Rahman. (n.d). Penggunaan ICT Dalam
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Pendidik Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Skudai:UTM
Kamarudin Ibrahim. (2013). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBB) Berasaskan
Multimedia Dalam Kalangan Guru Bahasa Arab J-QAF Di Daerah Muar. Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia: laporan Projek Sarjana Muda
Krejie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities.
Educational and Psychological Measurement,30 (3), 607-610
Noor Azean & Beatrice Andrew. (2010). Penggunaan Ict dalam pengajaran dan
pembelajaran: sejauh mana ia meningkatkan kemahiran generik guru pelatih
Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia
Norazrena, & Khairul Anuar. (2007). Pengaplikasian Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan
Terhadap Pelajar Pendidikan Khas. In Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Berasaskan Komputer (pp. 201–218).
Nur Qistina, & Hazman Ali. (2006). Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan. Universiti Teknologi
Malaysia.
Papert, S. (1993). The children's machine: rethinking school in the age of the computer.
America:BasicBook
Rosnaini Mahmud, Mohd Arif Hj. Ismail & Jalalludin Ibrahim. (2011). Tahap Kemahiran dan
Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari. Jurnal Teknologi Pendidikan
Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011

Anda mungkin juga menyukai