Anda di halaman 1dari 1

HUBUNGAN ETNIK | NUR SYAZWANI BINTI ZAMRI (BA1)

1 SEPTEMBER 2020

TUGASAN 4

1. ULASAN VIDEO WHATSAPP

Berdasarkan video yang telah ditonton, saya mendapati bahawa semangat dan sikap yang
ditunjukkan oleh Major Wong dan Ranger Adnan wajar dicontohi. Sikap perkauman
digugurkan dalam diri mereka. Hal ini dapat dilihat bagaimana Major Wong menceritakan
beliau sendiri menyelamatkan orang bawahannya semasa saat getir tanpa mengira apa
kaum pun. Inilah perpaduan yang diinginkan, apabila tiada perkauman dalam diri masing-
masing. Oleh yang demikian, kita patut mencontohi sikap Major Wong. Negara pada hari
mungkin aman daripada rusuhan dan peperangan. Hakikatnya kita belum aman daripada
prejudis. Oleh kita, kita sewajarnya menyemarakkan rasa cinta terhadap semua bangsa
tanpa mengira kaum, agama mahupun budaya.

2. ULASAN ARTIKEL BERITA HARIAN

“Harmonikan Hubungan Masyarakat Pelbagai Kaum”. Demikianlah tajuk artikel yang bakal
diulaskan pada hari ini. Berdasarkan artikel tersebut, kita dapat melihat isi penting yang ingin
digarapkan oleh penulis adalah berkaitan perpaduan. Negara Malaysia memang unik
dengan kepelbagaiannya. Oleh yang demikian, perbezaan dan kepelbagaian ini
memerlukan suatu unsur yang mengharmonikan tidak lain dan tidak bukan inilah yang
dinamakan perpaduan. “Sifat kebersamaan serta cintakan keharmonian dan keamanan
perlu ada bagi merealisasikan matlamat perpaduan nasional”. Demikianlah idea yang
diketengahkan oleh penulis. Lalu, bagaimanakah untuk memupuk sifat kebersamaan dan
cintakan keharmonian serta keamanan?

Sifat kebersamaan dapat dipupuk apabila setiap individu memandang pelbagai kaum
yang berbeza dengan pandangan kasih sayang. Tidak kira berbeza warna kulit, kaum,
budaya mahupun agama, rasa cinta tanpa sempadan harus disemai diperingkat dini dengan
memahami erti kemanusiaan. Maka, secara tidak langsung akan lahir pula rasa cinta akan
keharmonian dan keamanan apabila adanya kemanusiaan dalam diri masing-masing. Jika
tiada kemanusiaan maka jadilah kita seperti Israel yang membantai penduduk Palestin
dengan kejam. Hakikatnya, dalam kalangan kita tiada penjajah, maka tidak salah
bertoleransi dan berkongsi. Kerana demikianlah, hubungan masyarakat pelbagai kaum
dapat diharmonikan.

Anda mungkin juga menyukai