Anda di halaman 1dari 3

HUBUNGAN ETNIK | NUR SYAZWANI BINTI ZAMRI

21 SEPTEMBER 2020

TUGASAN 1

Apakah ikhtibar dan pengajaran daripada peristiwa kalah sabung ayam itu kepada
keadaan politik tanah air kita pada hari ini. (isu perebutan kuasa politik-cuba kaitkan)

Ikhtibar dan pengajaran yang yang doleh didapati daripada kalah sabung ayam kepada
keadaan politik tanah air pada hari ini ialah supaya kita tidak mengulangi sejarah lama iaitu
dengan mewujudkan persengketaan sesama kita lalu meminta bantuan daripada pihak luar.
Apa yang sepatutnya kita lakukan adalah menyelesaikan perselisihan dan persengketaan
dengan cara baik secara aman dan harmoni. Apabila melibatkan pihak luar, maka tidak
dapat tidak menyebabkan kita perlu membayar jumlah tertentu bahkan boleh menggadaikan
tanah dan kedaulatan negara. Sekiranya peristiwa sabung ayam tidak berlaku pada zaman
tersebut, barangkali negeri Sabah pada hari ini masih lagi berada di bawah pemerintahan
Brunei bahkan isu tuntutan Sabah oleh Filipina mungkin tidak berlaku.

TUGASAN 2

a. Senaraikan semula 10 negara dan kerajaan yang disebut yang disebut dalam
video Sejarah Sabah ini.
1. Australia
2. Srivijaya
3. Kerajaan Poni
4. Empayar Majapahit
5. Portugis
6. Sepanyol
7. Brunei
8. Sulu
9. Amerika
10. Britain
11. Jerman
b. Nyatakan semula 5 orang tokoh pejuang yang disebut dalm video sejarah
Sabah ini.
1. Mat Salleh
2. Antanom
3. Tunku Abdul Rahman
4. Tun Mohd Fuad Stephens
5. Sir William Goode
HUBUNGAN ETNIK | NUR SYAZWANI BINTI ZAMRI

c. Cuba susunkan semula pembentukan Sejarah Masyarakat Sabah dan Sarawak


bermula dengan
1. Zaman Kesultanan Brunei
Pada waktu sebelum abad ke-6, kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah,
Brunei dan Sarawak adalah berpusat pada kerajaan Brunei dan kerajaan Brunei
juga merupakan pusat perdagangan dengan China. Wilayah ini sebaliknya
dipengaruhi oleh dua kuasa besar pada waktu itu, iaitu Srivijaya di Sumatra dan
kemudian Majapahit di Jawa.
2. Kedatangan Pendatang Eropah (1521-1890)
1521: Antonio Pigafetta, seorang penulis sejarah Ferdinand Magellan tiba di
Brunei dan telah disambut secara besar-besaran
1526: Orang Portugis yang diketuai oleh Menezes melawat Brunei
1577: Kuasa Sepanyol telah menakluk Filipina dan juga menyerang Brunei.
Kesultanan Sulu juga ditakluk oleh Sepanyol.
1609: Belanda telah mendirikan pangkalan dagangan di Batavia (Jakarta), Jawa.
1658: Sultan Brunei telah menghadiahkan kawasan timur laut Borneo kepada
Sultan Sulu sebagai penghargaan baginda terhadap Sultan Sulu dalam
menyelesaikan perang saudara di antara Sultan Abdul Mubin dengan Pengeran
Mohidin. Persengketaan dalaman kerajaan Brunei merupakan satu faktor yang
menyebabkan kejatuhan empayar tersebut.
1665: Kapten Cowley telah melawat Borneo dan beliau merupakan orang
Inggeris pertama yang melakukan lawatan ke Borneo
1761: Alexander Dalrymple seorang pegawai dari Syarikat Hindia Timur Inggeris
di Madras, India telah membuat satu perjanjian dengan Sultan Sulu yang
membenarkan beliau membuka satu pangkalan perdagangan di kawasan Borneo
Utara. Beliau telah memilih Pulau Balambangan kira-kira 20 batu nautika dari
utara bandar Kudat

3. Pembetukan Persekutuan Malaysia (1961)


Pada amnya keadaan negara Borneo Utara adalah aman dan tenang sehingga
tahun 1960-an apabila wujudnya kesedaran politik. Keinginan kemerdekaan
seperti yang dicapai oleh negara lain telah sampai ke Borneo Utara. Penyebaran
semangat ini bermula dengan pengumuman yang dilakukan oleh Perdana
Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961 berkaitan dengan
pembentukan Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Malaya, Borneo Utara,
Sarawak, Brunei dan Singapura. Borneo Utara telah memperolehi hak
pentadbiran sendiri pada 31 Ogos 1963 di Keningau, ia diikuti dengan transisi
HUBUNGAN ETNIK | NUR SYAZWANI BINTI ZAMRI

penggabungan dengan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.


Malaysia telah wujud dengan rasminya, tanpa Brunei, pada 16 September 1963
dan nama Borneo Utara telah ditukar kepada Sabah.

TUGASAN 3

Isu tuntutan Filipina keatas Sabah. Apakah puncanya dan sejauhmanakah kerajaan
Malaysia mampu mempertahankan kedaulatan Sabah sekiranya jika ianya dibawa ke
mahkamah antaranbangsa. Sila kemukakan hujah-hujah yang relevan.

Punca tuntutan Filipina ke atas Sabah adalah disebabkan oleh dahulunya Sabah di
bahagian timur telah diserahkan kepada Kesultanan Sulu. Walaubagaimanpun, apabila
zaman imperialisme muncul Filipina yang juga meliputi Sulu telah dijajah lalu menjadi
mereka berada di bawah jajahan Sepanyol. Walaubagaimanapun, pada tahun1961, Sabah
dan Sarawak telah menyertai Persekutuan Malaysia menjadikan kedua-dua buah negeri ini
tidak terkecuali sebagai negeri-negeri di Malaysia. Tuntutan Filipina pada hari ini
menganggap Sabah sebahagian daripada mereka atas dasar hujah kerana Sabah
dahulunya berada di bawah naungan Kesultanan Sulu. Namun, sekiranya hal ini dibawa ke
mahkamah antarabangsa sekalipun Malaysia mampu mempertahankan kedaulatan Sabah.
Hal ini demikian kerana, “Rakyat Sabah telah menentukan hajat mereka, Malaysia adalah
suara rakyat Sabah”. Demikian bermaksud lah satu prinsip yang penting dalam undang-
undang antarabangsa mengenai pembentukan negara ialah Hak Penentuan Kendiri atau
Rights to Self-Determination. Prinsip ini memberikan hak kepada sesuatu masyarakat di
dalam negara untuk menentukan nasib mereka sendiri, termasuklah sama ada rakyat Sabah
memilih untuk berada dalam Malaysia, Filipina, mahupun membentuk negara sendiri. Malah,
dalam satu tinjaun oleh Suruhanjaya Cobbold mendapati 80 peratus penduduk Sarawak dan
North Borneo (Sabah) bersetuju dan menyokong kepada penubuhan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai