Anda di halaman 1dari 1

HUBUNGAN ETNIK | NUR SYAZWANI BINTI ZAMRI

14 SEPTEMBER 2020

TUGASAN 3

Apakah pandangan anda terhadap kehebatan Kesultanan Melayu Melaka dan berikan
pandangan anda tentang penjajah Portugis pada ketika itu.

Pada pandangan saya, kesultanan Melayu Melaka memiliki kehebatan yang melampaui
ekspektasi seperti yang tercatat dalam buku-buku sejarah yang pernah dipelajari sebelum-
sebelum ini. Hakikatnya, kerajaan Melayu Melaka dahulu ternyata sangat hebat dari segi
senjata yang dimiliki, bangunan-bangunan yang dibina begitu juga dengan koleksi-koleksi
ilmu yang tersimpan. Walaubagaimanapun, semua keagungan zaman Kesultanan Melayu
Melaka telah lenyap dek wujudnya tali barut Belanda dan Portugis dalam kalangan orang
Melayu sendiri. Sekiranya jati diri Melayu kuat dan utuh, mereka semestinya akan bersatu
dan tidak termakan dengan godaan dan rahsuah penjajah. Manakala pandangan saya
terhadap Portugis pada ketika itu pula, mereka sangat licik dalam mengambil kesempatan
terhadap orang Melayu sehingga sanggup menggoda dan menawarkan material bagi
mencabut kesetian orang Melayu terhadap bangsanya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai