Anda di halaman 1dari 2

HUBUNGAN ETNIK | NUR SYAZWANI BINTI ZAMRI

12 OKTOBER 2020

TUGASAN 2

1. Sila tulis dan susunkan proses undang-undang di peringkat persekutuan


(Parlimen) dan negeri (DUN) satu persatu dari mula sehingga ianya menjadi
undang-undang.
1. Menteri berkaitan merangka dasar.Menteri menyediakan usul rang undang-undang
dan dihantar ke Jabatan Peguam Negara, berbincang dengan Perbendaharaan
dan kementerian berkaitan.
2. Draf rang undang-undang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara.
3. Bacaan Kali PERTAMA – Notis pemberitahuan tentang usul kepada Setiausaha
Dewan Rakyat & Dewan Negara. Menteri membaca tajuk.
4. Bacaan Kali KEDUA – rang undang-undang dibahaskan di Dewan Rakyat:
 Meneliti kepentingan dan kesan usul kepada rakyat
 Menteri menjelaskan sebarang persoalan
 Membuat undian sama ada menerima atau menolak undang-undang oleh
Dewan Rakyat
5. Peringkat jawatankuasa
 meneliti setiap fasa, jadual dan panduan secara terperinci
 membuat pindaan yang sesuai
6. Bacaan Kali KETIGA – dibaca di Dewan Rakyat dan Dewan Negara
 dihantar untuk kelulusan
 mendapat undian majoriti untuk diluluskan sebagai akta
7. Diperkenan oleh YDPA dalam tempoh 30 hari jika tidak diperkenan, rang undang-
undang akan menjadi undang-undang mengikut Perkara 66 Fasa 4.
8. Warta kerajaan; dicatatkan sebagai rang undang-undang sah dan dibangunan
Parlimen. Dinyatakan tarikh penguatkuasaan untuk diamalkan.

2. Nyatakan kepentingan sesebuah perlembagaan kepada sesebuah negara baharu


yang akan dibentuk dari aspek pentadbiran dan keharmonian kehidupan
masyarakat berbilang kaum di dalam sesebuah negara.
Kepentingan perlembagaan kepada sesebuah negara baharu antaranya ialah:
 Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan.
Perlembagaan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara
pelbagai badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa tersebut
dilaksanakan.
HUBUNGAN ETNIK | NUR SYAZWANI BINTI ZAMRI

 Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagaan menentukan


hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan
pemilikan harta. Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa
pemerintahan.
 Perlembagaan juga menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau
larangan seperti hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan. Hal ini adalah penting untuk
mengelakkan persengketaan kaum.
 Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan
melindungi kepentingan semua kaum. Perlembagaan juga menjamin keadilan
sosial antara kaum. Hal ini dapat memupuk perpaduan nasional dan
mempertingkatkan pembangunan negara.

Anda mungkin juga menyukai