Anda di halaman 1dari 2

NAMA: YOK WEI LIANG

INDEX: 2016192340017

KUMPULAN: PISMP 1B1

Bahagian A: Soalan Struktur


1 (a) Jelaskan peringkat kecekapan lawan rasa rendah diri seperti yang dicadangkan oleh
Teori Erikson.
Jawapan: Peringkat kecekapan lawan rasa rendah diri yang dicadangkan oleh Teori Erikson
iaitu murid mampu menguasai kemahiran fizikal, sosial dan bahasa pada peringkat ini.
Sebenarnya, peringkat ini merupakan peringkat murid mempelajari dan membentuk
kemahiran-kemahiran tertentu. Mereka mempunyai ketekunan yang tinggi dalam melakukan
sesuatu perkara yang baik dan berfaedah. Murid-murid yang berjaya membuat aktiviti-aktiviti
yang berfaedah perlu dipuji agar sikap ketekunan ini dapat terus dipupuk. Sebaliknya,
kegagalan murid mempelajari kemahiran baru akan memupuk rasa rendah diri dan tidak
yakin dengan diri sendiri.
(b) Bincangkan cara guru dapat membantu murid pada peringkat yang dinyatakan di (a).
Jawapan: Kaedah yang dapat dilakukan oleh guru untuk membantu murid pada peringkat
yang keempat iaitu memberi penghargaan kepada murid. Guru perlu memberikan murid
pujian dan penghargaan ke atas setiap usaha dan kejayaan mereka agar menimbulkan
motivasi mereka untuk terus berusaha. Bukan itu sahaja, guru juga perlu memberikan
mereka peluang untuk mengecapi rasa kejayaan dalam proses pembelajaran. Kaedah lain
yang boleh dilaksanakan iaitu merancang aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan
tahap kebolehan murid. Guru perlu merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran
yang mencabar tetapi bersesuaian dengan tahap kebolehan murid. Selain itu, guru harus
mengelakkan daripada memberikan aktiviti pembelajaran yang terlalu sukar kerana akan
menyebabkan murid berasa rendah diri sekiranya mereka gagal melaksanakan aktiviti
tersebut. Dari perspektif yang lain, guru harus mengelakkan perbandingan antara murid.
Guru harus menggalakkan murid untuk bersaing dengan diri mereka sendiri dan bukannya
dengan orang lain. Guru juga perlu mendidik murid untuk mengenal pasti kelebihan diri yang
ada dalam diri mereka dan tidak hanya tertumpu pada kelemahan sendiri. Hal ini amat
mustahak untuk membantu murid membina konsep kendiri yang positif.
2 (a) Nyatakan ciri-ciri perkembangan moral individu pada peringkat orientasi perlakuan
baik.
Jawapan: Ciri-ciri perkembangan moral pada peringkat orientasi perlakuan baik iaitu kanakkanak melakukan sesuatu yang baik untuk mendapatkan pujian daripada rakan sebaya,
guru dan keluarga. Selain itu, kanak-kanak menunjukkan sikap baik, rajin, setia dan beradab
di samping mengaplikasikan nilai moral yang telah ditetapkan oleh ibu bapa atau guru.
(b) Bincangkan cara guru dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran mereka di
dalam bilik darjah.
Jawapan: Cara yang dapat dilakukan oleh guru untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam
pengajaran mereka di dalam bilik darjah iaitu menjadi suri teladan yang baik dengan
menunjukkan tingkah laku yang baik. Guru perlu sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni
seperti menepati masa, jujur dan ikhlas ketika menjalankan tugas dan kewajipan agar dapat
dijadikan teladan kepada murid. Sekiranya guru sendiri juga tidak boleh memaparkan
personaliti yang baik kepada murid, murid juga tidak mampu menunjukkan teladan yang
baik kerana dipengaruhi oleh perbuatan guru. Guru juga dapat menerapkan nilai-nilai murni

NAMA: YOK WEI LIANG

INDEX: 2016192340017

KUMPULAN: PISMP 1B1

dalam pengajaran dengan memupuk nilai mencintai alam sekitar ketika mengajar mata
pelajaran Sains atau pendidikan moral. Guru perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam
aktiviti pengajaran mereka kerana aspek nilai adalah merentasi kurikulum.

Anda mungkin juga menyukai