Anda di halaman 1dari 15

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN-DEFINISI TAMADUN DAN INTERAKSI


ANTARA TAMADUN
2.0 BANDING BEZA PELBAGAI JENIS TAMADUN
YANG ADA DI MALAYSIA
2.1 SOSIOBUDAYA
2.2 EKONOMI
2.3 PENDIDIKAN
2.4 PEMERINTAHAN
2.5 KEPERCAYAAN DAN AGAMA
2.6 KOMUNITI
3.0 ANALISIS HASIL INTERAKSI TAMADUN BERKENAAN YANG
MEMBENTUK TAMADUN MALAYSIA DALAM PELBAGAI BIDANG
3.1 INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN CINA
3.2 INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN INDIA
3.3 INTERAKSI ANTARA TAMADUN CINA DAN INDIA
4.0 KESIMPULAN
5.0 LAMPIRAN
6.0 RUJUKAN
1.0 PENGENALAN

Pelbagai istilah digunakan dalam memberi takrif tamadun oleh para sarjana. Salah
satunya, ialah tamadun berasal dari perkataan bahasa Arab ‘maddana’ yang bererti
membangunkan atau memajukan. Dalam bahasa Inggeris pula, tamadun disebut sebagai
civilization. Perkataan civilization dalam bahasa Inggeris berasal dari bahasa Greek civitas
yang bermaksud bandar. Menurut Kamus Dewan (2007) tamadun ialah kebudayaan,
peradaban, kemajuan sopan santun, dan sebagainya.

Menurut pandangan sarjana timur iaitu, Ibn Khaldun dalam hal ini menggunakan dua
istilah utama dalam memerihalkan tamadun, iaitu umran dan hadharah. Beliau menggunakan
perkataan umran untuk menerangkan sifat-sifat tamadun, iaitu sifat-sifat yang merujuk kepada
kawasan tanah yang didiami orang secara tetap dalam keadaan berkembang subur lagi
makmur dan terdapat binaan-binaan bangunan atau kota-kota yang didirikan oleh pemerintah-
pemerintah. Manakala, istilah hadharah pula merujuk kepada kehidupan yang menetap.
Kehidupan seperti ini sesungguhnya menjadi asas kepada perkembangan tamadun.

Sementara itu, Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1977:7) dalam buku Merintis
Kecemerlangan Islam mendefinisikan tamadun sebagai keadaan kehidupan insan
bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur
bagi seluruh masyarakatnya.

Secara umumnya, tamadun bermaksud pencapaian atau kemajuan dalam aspek kerohanian
dan jasmani sesuatu masyarakat yang memberi fokus dari sudut ilmu dan fizikal.

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, interaksi bermaksud tindakan atau perhubungan aktif
yang saling bertindak balas atau saling mempengaruhi antara satu sama lain. Agama,
pegangan nilai, bahasa, budaya, adat dan sistem sosial mempengaruhi interaksi pelbagai
tamadun. Setiap tamadun mempunyai sifat, pencapaian serta keunikan yang tersendiri.
Sesebuah tamadun menerima pengaruh luar melalui interaksi dengan tamadun lain.
Interaksi antara pelbagai tamadun melahirkan kesan positif dan juga kesan negatif.
Interaksi berlaku melalui proses tertentu dan dengan pelbagai cara yang berbeza. Interaksi
antara tamadun wujud kerana sifat saling menghormati dan toleransi yang tinggi. Sifat terbuka
ini memberi peluang kepada berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta
memperkayakan lagi tamadun tersebut dalam pelbagai aspek. Ini dapat mengelakkan
sesebuah tamadun daripada menjadi beku dan jumud.
2.0 MEMBANDING BEZA PELBAGAI JENIS TAMADUN YANG ADA DI MALAYSIA.
(MELAYU, CINA DAN INDIA)

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang majmuk iaitu
kaum majoritinya adalah Melayu, Cina dan India. Setiap kaum mempunyai latar belakang dan
budaya yang tersendiri. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia yang berbilang kaum
pada abad ke-19 adalah kesan daripada kolonialisme yang mutlak yang berlaku secara tidak
sengaja. Pada abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah Melayu. Namun
pada pertengahan abad ke-19, imigrasi kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran
dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Kesannya,
dapat dilihat dengan kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai etnik yang berbeza dari sudut sosiobudaya, ekonomi dan Pendidikan.

2.1 Sosiobudaya

Sosiobudaya merupakan amalan gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu


masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan dalam
berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup
masyarakat itu. Sosiobudaya ini meliputi cara hidup, adat istiadat dan sebagainya.

ASPEK TAMADUN MELAYU TAMADUN CINA TAMADUN INDIA


BUDAYA Dalam Tamadun Melayu, Kaum Cina yang Begitu juga dengan
MAKAN terdapat konsep halal dan menganut agama tamadun India,
haram. Penganut Islam Buddha (Buddhism) penganut Hindu tidak
dibenarkan memakan apa saja tidak memakan dibenarkan untuk
selagi bukan makanan dan daging lembu. memakan daging
minuman yang haram seperti lembu
daging khinzir dan arak.

2.2 Ekonomi

Perbezaan jurang ekonomi yang berlaku di antara rakyat Malaysia adalah disebabkan
dasar pecah perintah oleh penjajah Inggeris hingga menyebabkan berlakunya jurang ekonomi
di antara kaum majoriti negara Malaysia iaitu Melayu,Cina dan India.
TAMADUN MELAYU TAMADUN CINA TAMADUN INDIA
Kaum Melayu dibiarkan di Kaum Cina ditempatkan di Kaum India pula ditempatkan di
kawasan pedalaman untuk bandar dan lombong bagi estet untuk mengerjakan
mengerjakan sektor menjalankan aktiviti ladang-ladang British.
pertanian tradisional perniagaan dan
perlombongan

2.3 Pendidikan

Sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan, merupakan elemen dominan bagi


sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah pembangunan masyarakat dari segi ekonomi,
politik, dan sosial. Terdapat perbezaan antara kaum utama iaitu antara kaum Melayu, Cina
dan India dalam aspek Pendidikan.

ASPEK TAMADUN MELAYU TAMADUN CINA TAMADUN INDIA


PERSEKOLAHAN  Sebelum  Sekolah  sekolah
penjajahan British- vernakular vernakular
Pendidikan Cina Tamil
berteraskan kepada
agama Islam.
 Sistem
pendidikanpondok
diamalkan dengan
kaedah pemba!aan
kitab, kurikulum
adalahberdasarkan
kitab dan tidak
mengira had umur.
 Semasa penjajahan
British- sekolah
vernakular Melayu
PENIDIDKAN  Konsep tauhid  Transformasi sifat dapat dicapai
memainkan utama dalam merubah dan
peranan utama menerusi proses mencari diri
dalam merubah (self- membentuk manusia
dan membentuk discovery).
manusia.
2.4 Pemerintahan
Aspek Tamadun Melayu Tamadun China Tamadun India
Pemerintahan  Ketua negara yang  Institusi Raja  Institusi Raja
dilantik
Sistem
organisasi

Ciri-ciri  Sifat taqwa yang  Berakhlak baik  Mengikut


Pemerintahan tinggi  Adil kedudukan
 Akhlak yang tinggi  Seperti ciri-ciri
 Mulia raja yang tertulis
 Pakar ilmu politik & 1) Kungfu Tes
pentadbiran. 2) Kungfu Tse
3) Lao Tse
2.5 Kepercayaan dan agama

Aspek Tamadun Melayu Tamadun Cina Tamadun India


Agama  Menganut agama  Orang Cina  Menganut agama
Islam menganut Hindu
beberapa agama
dan kepercayaan
dalam satu masa
yang sama.
 Agama Buddhisme
dan Konfusianisme
Kepercayaan  Islam percaya  Menolak konsep  Percaya kepada
wujudnya satu tuhan tetapi mahu pelbagai dewa
kuasa pencipta. pengikutnya seperti Brahman,
menghindar Vishnu dan Siva.
kemewahan dunia.
Institusi  Masjid ialah tempat  Kuil bukan sahaja
Keagamaan
perhimpunan bagi tempat beribadat,
umat Islam tetapi pusat Hindu
 Turut berfungsi dan pendidikan
sebagai tempat bagi mengajar
aktiviti ilmu-ilmu
kemasyarakatan, keagamaan
pusat pentadbiran seperti Kitab-
Islam dan Islam Veda,
tempat mengajar Mahabharata dan
Ramayana.
2.6 Komuniti

Tamadun Melayu Tamadun Cina Tamadun India


 Mementingkan hubungan  Sistem kekeluargaan  Sistem sosial
sesama agama berasaskan kuasa lelaki berasaskan kasta yang
(ukhuwah) dan hubungan atau bapa. rigid (ketat).
sesama manusia  Pemusatan kuasa  Penentuan kasta
(ummah). kepada bapa atau lelaki seseorang individu
 Tidak wujud sistem kelas amat kuat. adalah diwarisi
dalam Islam dan  Sistem kelas ditentukan daripada nenek
mengamalkan konsep oleh tahap pendidikan moyang.
egalitarian, iaitu sama dan kemahiran.  Konsep dharma
rata. diberikan penekanan
 Wanita mendapat tempat penting dalam
yang mulia kerana hubungan sesama
penting dalam anggota dalam
pembentukan keluarga. sesebuah komuniti.
 Konsep pemilikan harta-  Dharma menggariskan
Wanita berhak mencari fungsi dan peraturan
serta mentadbir hartanya bagi menentukan apa
sendiri. yang harus dilakukan
 Tidak menerima dalam masyarakat.
kewujudan kelas hamba
dalam masyarakat.
Semua manusia adalah
sama kedudukannya.
3.0 Hasil Interaksi Antara Tamadun Melayu, Cina, dan India
Interaksi antara tamadun meninggalkan pelbagai kesan ke atas masyarakat. Terdapat
banyak kesan positif dan ada juga kesan - kesan yang negatif. Walaubagaimanapun, apa
yang dapat dirumuskan ialah, pertembungan interaksi antara tamadun ini mewujudkan
banyak perkara baru seperti percambahan ilmu pengetahuan, hubungan perdagangan dan
banyak lagi. Kita harus menghormati setiap persamaan yang ada dan menerima perbezaan
yang wujud supaya keadaan kekal harmoni dan aman.

3.1 Interaksi Antara Tamadun Melayu dan Cina

Dengan kedatangan tamadun Cina ke Tanah Melayu, banyak interaksi yang berlaku
dan diserap masuk ke dalam tamadun Melayu. Kesan yang paling besar adalah penyebaran
agama Islam. Cara penyebaran Islam dari China ialah melalui hubungan diplomatik iaitu
perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Melaka dan perdagangan iaitu melalui
pedagang dari Canton dan Hainan pada kurun ke 9. Ini jelas dibuktikan dengan penemuan
batu bersurat di Kuala Berang,Terengganu (Rasid Muhamad, 2011) (rujuk lampiran 1).

Di Malaysia juga wujudnya warisan Cina yang digelar sebagai Baba dan Nyonya di
Melaka yang hasil daripada perkahwinan orang Melayu dengan orang China. Kaum Baba dan
Nyonya adalah campuran budaya Melayu dan China yang mengamalkan cara hidup, cara
berpakaian dan bahasa Melayu seperti orang Melayu. Bahasa Melayu mereka dicampurkan
dengan perkataan Hokkien dan bahasa ini dinamakan Bahasa Melayu

Selain itu, banyak kesenian budaya dan adat resam orang Melayu yang dipengaruhi
oleh adat resam orang Cina. Contohnya budaya memberi duit raya semasa hari Raya Aidilfitri
dan Aidiladha yang diambil daripada konsep pemberian ang pau oleh orang cina semasa
Tahun Baru Cina. Disebabkan oleh pertukaran barang yang dijadikan sebagai hadiah,
Tamadun Melayu telah diperkenalkan dengan pelbagai jenis tekstil seperti kain sutera dan
kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam. Budaya menghidangkan tetamu dengan
air teh yang biasanya diamalkan oleh orang Melayu juga diambil daripada adat orang Cina
iaitu adat minum teh. Di samping itu, kesenian daripada negara China juga dapat dilihat pada
binaan masjid di Malaysia seperti Masjid Kampung Hulu, Melaka (rujuk lampiran 2).

Seterusnya, perkataan dalam bahasa Cina juga banyak dipinjamkan ke dalam bahasa
Melayu seperti perkataan kapur, intan, dan kurma (Melayu Online, 2007) (Lampiran 3).
Makanan di Malaysia juga banyak yang diambil daripada negara China dan dimasak secara
halal seperti soya, taugeh, kicap, kuetiau, pau dan sebagainya. Dalam bidang kesihatan,
penggunaan herba dan akupuntur telah pun digunakan secara meluas oleh orang Melayu
untuk menjaga dan merawat kesihatan.
Perubatan herba Cina menggunakan lebih seribu jenis herba juga dapat mengubati
penyakit seperti asma, anemia dan kanser. Teh Cina iaitu teh hijau juga mempunyai banyak
khasiat kepada tubuh badan. Dalam bidang teknologi, Tamadun China membawa teknologi
membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu seperti diJawa selain daripada penghasilan
barangan lain seperti kertas, kain, bahanletupan dan lilin.

Tuntasnya, proses interaksi antara tamadun ini mengembangkan lagi tamadun Melayu
dan China. Kemahiran membuat asimilasi dan sifat terbuka merupakan perkara penting dalam
menggalakkan interaksi antara tamadun ini.

3.2 Hasil Interaksi Antara Tamadun Melayu dan India


Pelbagai interaksi positif yang dapat dikesan dengan kedatangan Tamadun India ke
Tanah Melayu pada zaman dahulu. Pedagang dari India yang datang ke Tanah Melayu telah
membawa agama Hindu dan Buddha dan telah menjadi pegangan bagi sebahagian penduduk
di Tanah Melayu pada masa itu. Ajaran ini diterima oleh pemerintah kerana agama ini
berpegang teguh kepada konsep Dewaraja iaitu raja adalah tuhan dibumi yang sekaligus
memperkukuhkan kedudukan raja sebagai pemerintah. Sebagai contoh, terdapat dua buah
kerajaan Hindu di Tanah Melayu yaitu kerajaan Langkasuka dan kerajaan Kedah Tua (rujuk
lampiran 4). Disamping itu terdapatnya penyembahan Dewa Siva dan Vishnu, yang dapat
dilihat daripada pembinaan Candi Bukit Batu Pahat dan Candi Bukit Pendiat di Lembah
Bujang, Kedah (rujuk lampiran 5).

Dalam budaya dan adat resam orang Melayu juga banyak dipengaruhi oleh tamadun
India. Contohnya, dalam adat istiadat perkahwinan adat seperti bersanding, memakai inai,
dan amalan merenjis merupakan adat tamadun india yang diikuti oleh masyarakat melayu.
Orang Melayu juga mengamalkan adat menyambut kelahiran bayi tetapi telah disesuaikan
mengikut ajaran Islam iaitu majlis cukur jambul. Di samping itu, pengaruh India dalam hiburan
dapat dilihat melalui tarian dan muzik yang masih wujud dalam masyarakat Melayu iaitu
ronggeng, boria, wayang kulit dan mak yong (Afifah, 2003). Majlis tahlil juga diambil daripada
konsep agama Hindu iaitu dalam memperingati orang yang telah mati dan disesuaikan
mengikut ajaran Islam (Nurul Mubin Siraj, 2015).

Dalam bidang bahasa pula, banyak perkataan daripada bahasa Sanskrit yang
dipinjam dan diserap masuk ke dalam bahasa Melayu. Contohnya perkataan bulan, raja, dan
guru yang kekal digunakan sehingga hari ini (Sazelin Arif, 2007). Terdapat pelbagai bukti yang
menunjukkan penggunaan bahasa Sanskrit di Tanah Melayu seperti prasasti di Talang Tuwo
dan Kedukan Bukit (rujuk lampiran 6).
Dalam bidang kesusasteraan juga cerita-cerita menggunakan unsur agama Hindu dan
Budha seperti di dalam epik Seri Rama dan Mahabrata dan juga Hikayat Merong
Mahawangsa. Cerita-cerita yang bersumberkan kitab agama Hindu seperti epik Seri Rama
dan Mahabrata menarik minat masyarakat Melayu seperti cerita penglipur lara yang dituturkan
oleh tukang-tukang cerita atau melalui wayang kulit. Setiap unsur dan mitos yang digunakan
dalam sejarah Melayu membawa maksud penting dalam menggambarkan kebesaran,
kemuliaan, martabat serta menunjukkan kuasa raja yang istimewa (M. Rajantheran, 1999).

3.3 Hasil Interaksi Antara Tamadun Cina dan India


Interaksi antara kedua-dua tamadun ini telah membawa agama Buddha ke China
melalui Jalur Sutra semasa abad pertama pada akhir pemerintahan Dinasti Han (Tan Ta Sen,
2010). Buddhisme mampu menarik minat rakyat di negara China kerana ajaran ini menjawab
konsep penderitaan manusia yang berkaitan dengan kekacauan dan perpecahan negara
ketika itu setelah kejatuhan Dinasti Han.

Selain itu, dalam bidang sains dan teknologi, India telah membawa teknologi membuat
gula daripada tebu ke negeri China. Koleksi buku-buku astronomi dan perubatan India juga
berjaya diterjemahkan ke dalam bahasa Cina. Bagi Tamadun India pula, mereka mempelajari
teknologi membuat kertas, bahan letupan, percetakan dan penggunaan kompas daripada
tamadun China.

Di samping itu, dalam bidang bahasa dan kesusasteraan fonetik bahasa Cina telah
menggunakan teknik daripada ilmu fonetik Sanskrit yang dipelajari melalui ajaran Buddhisme.
Oleh kerana itu, kesusasteraan Cina banyak dipengaruhi oleh perbendaharaan kata bahasa
Sanskrit dan Pali. Malahan, alat muzik China seperti pipa dan konghou juga berasal dari India.

4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, berdasarkan pembacaan yang telah dibuat terhadap tamadun Melayu
tamadun Cina dan tamadun India, jelaslah bahawa teras kepada konsep-konsep kehidupan
dan pencapaian matlamat hidup dalam ketiga-tiga tamadun ini mempunyai beberapa
persamaan. Namun begitu dalam persoalan-persoalan tertentu, terutama yang berkaitan
dengan teologi, wujud beberapa perbezaan yang tertentu. Memahami persamaan ddan
perbezaan antara satu tamadun dan tamadun yang lain seharusnya mendorong kita untuk
lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat dan seterusnya keamanan
sedunia. Secara umumnya, tamadun Malaysia mempunyai kekuatan nilai sejagat dan sifat
sepunya yang membawa keharmonian dalam interaksi di antara pelbagai tamadun walaupun
mempunyai agama dan budaya yang berbeza.
LAMPIRAN
Lampiran 1

 Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang
terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan
hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran.
 Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada
tahun 1303. Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum di
pindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an.

Lampiran 2

Menara Batu

Masjid Kampung Hulu, Melaka Tokong Cina Pagoda, Penang

 Masjid ini mempunyai bumbung berlapis 3, dengan bentuk seakan-akan piramid.


 Menara batu menunjukkan ciri senireka Melaka pada masa itu, dan dipengaruhi oleh
rekabentuk pagoda orang Cina.

 Seperti banyak masjid yang dibina di Melaka pada zaman itu, hiasan dengan pengaruh
Cina digunakan untuk menghiasi masjid ini. Bahan-bahan seperti jubin seramik dan
jubin lantai daripada kerajaan China Dinasti Ching juga digunakan.
Lampiran 3

Lampiran 4

 Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu Melayu silam yang terletak di Semenanjung
Tanah Melayu. Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan Kedah Tua
berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal di Tanah Melayu.
 Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu,
pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak
di Lembah Bujang.

Lampiran 5

Candi Bukit Batu Pahat Candi Bukit Pendiat


Lampiran 6

Prasasti Talang Tuwo Prasasti Kedukan Bukit


8.0 RUJUKAN
Arif, S. (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Shah Alam: McGraw-Hill (Malaysia)Sdn. Bhd.

M.Rajantheran. (1999). Sejarah Melayu: Hubungan Kebudayaan Melayu dan India. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhamad, P. M. (2010). Merintis Kecemerlangan Islam. Karya Bestari.

Muhamad, R. (2011). Menyelami Pengurusan Umar Abdul Aziz. Shah Alam: Karangkraf.

Pustaka, D. B. (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tan Ta Sen, C. H. (2010). Islam In Southeast Asia. (Singapore: Institute Southeast.

Yazid, A. A. (2003). Pengajian Tamadun Asia. . Bentong, Pahang. : PTSPublications & Distributor Sdn.
Bhd.

Anda mungkin juga menyukai