Anda di halaman 1dari 30

TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU

LANGKAH-LANGKAH
PENGURUSAN TEKANAN
EMOSI
MOHD SHAHRIZAN BIN MOHAMMAD SOLIHIM
JEFF ANAK REGULUS
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR.

APAKAH TEKANAN EMOSI?


Tekanan emosi atau stres adalah
tindak balas fizikal, emosi dan
mental seseorang terhadap sebarang
perubahan atau tuntutan.

ADAKAH TEKANAN EMOSI


BERBAHAYA?

Tekanan emosi tidak berbahaya kepada


seseorang individu kerana tekanan
emosi boleh diatasi dengan pelbagai
kaedah.

Graf tekanan emosi Hans Sleve

Apabila tekanan emosi berada pada aras yang rendah, hasil kerjanya
juga berada pada tahap yang rendah kerana kurangnya motivasi
dan tumpuan kepada kerja.
Tekanan yang berada di aras tinggi, seseorang akan menunjukkan
tanda-tanda mengalami tekanan emosi
Tekanan emosi yang berada di aras sederhana paling baik kerana ia
akan meningkatkan motivasi dan perkembangan hidup seseorang
itu

Tanda-tanda tekanan emosi


pada fizikal

Gementar
Berpeluh
Rasa seram sejuk
Tangan dan kaki rasa sejuk
Bernafas laju
Sakit kepala
Kerap ke tandas
Kurang selera makan
Cepat letih

Tanda-tanda tekanan emosi


pada psikologikal

Kebimbangan
Keliru dan kurang daya tumpuan
Sukar mengawal diri
Perubahan emosi
Susah tidur
Mudah terpengaruh mengambil
bahan yang berbahaya seperti dadah

Tanda-tanda tekanan emosi


pada gangguan fikiran
Sukar membuat keputusan
Kurang berminat terhadap aktiviti
harian
Tidak merasa tercabar terhadap
situasi yang sukar
Pemikiran positif terganggu
disebabkan
Sering berfikiran negatif

Tanda-tanda tekanan emosi


pada tingkahlaku
Bercakap dengan cepat dan kuat
Menguap
suka gigit jari, mengetap bibir, kerap
mengerakkan jari, letih
Perasaan yang negatif
Kurang Kecekapan diri
Kurang produktiviti kerja
Menindakkan keupayaan diri sendiri

Langkah-langkah mengatasi
tekanan emosi

Senaman pernafasan
Tafakur
Penggambaran
Pengurutan
Kelegaan otot
Muzik
Pengurusan masa

Langkah 1 Fahami Punca


Stress
- Selidik punca yang menyebabkan stress
terjadi kepada anda
- Cari masalah dalam diri satu persatu.
- Cuba mengubah rutin dan kebiasaan
yang dilakukan sehingga menyebabkan
ketegangan.

Langkah 2 Letakkan
Keutamaan
- Senaraikan keutamaan untuk dilakukan
- Jangan melakukan semua pekerjaan
tanpa memberi keutamaan kepada yang
lebih penting.
- Bertindak mengikut keutamaan untuk
mengelakkan kita tidak membuang masa
dan melakukan sesuatu yang merugikan.

Langkah 3 Selesaikan Masalah


Satu Persatu.
- Selesaikan masalah kecil sebelum ia
menjadi lebih besar.
- Cuba selesaikan masalah yang ada pada
waktu yang sesuai.
- Dapatkan interaksi dan komunikasi yang
lebih berkesan kerana ia boleh
menyelesaikan pertelingkahan dan masalah

Langkah 4 Menangis
- Titisan air mata dapat menjadi teman dan
menceritakan seribu masalah.
- Menangis merupakan amalan yang sihat dan
dapat melapangkan tekanan minda dan jiwa.
- Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya
melalui tangisan
berbanding lelaki yang lebih kerap memendam
perasaan dan menganggap menangis adalah
sesuatu yang mengaibkan.

Langkah 5 Ketawa
- Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat
handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah
bersama mereka.
- Ketawa membantu meningkatkan keupayan
pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otototot dan suhu badan juga dapat diaktifkan.
- Proses ketawa boleh membantu membuang toksid
di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan
lebih lancar.

Langkah 6 Bersenam Atau


Beriadah
- Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal,
bahkan mental juga lapang setelah berpeluh
- Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan
kerana peredaran darah berjalan lancar kerana
otot-otot digerakkan.
- Bersenam juga boleh membakar lemak yang
boleh membawa penyakit di dalam badan.

Langkah 7 Menyanyi, Menari Dan


Menjerit.
- Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi
dalam bilik air tanpa mementingkan sangat senikata
lagu tersebut sambil menitiskan airmata
- Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari
sepuas hati sehingga berpeluh
- Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat
tenaga. Anda juga boleh mendapatkan tempat yang
bising seperti di tapak pembinaan ataupun di dalam
kebisingan waktu hujan dan di mana-mana mengikut
kreativiti anda.

Langkah 8 Curahkan Perasaan


Dalam Diari.
- Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih,
kecewa dan sebagainya, tulislah segala-galanya di
dalam diari
- Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda.
Cukup sekadar sedikit catatan. Simpan diari di tempat
rahsia anda
- Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca
semula catitan kita itu di lain masa kerana selalunya
ianya terlalu remeh tidak seperti apa yang digambarkan
didalam diari.

Langkah 9 Luahkan Pada Sahabat


Karib.
- Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat,
tetapi mungkin tidak pada sahabat karib anda.
- Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan
anda kerana ia dapat mengurangkan bebanan
stress.
- Kemungkinan masalah anda akan selesai
dengan pendapat dan pandangan sahabat anda
itu.

Langkah 10 Meditasi Atau


Bertafakur.
- Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan,
perbuatan dan tingkahlaku yang telah dilakukan.
- Secara bertafakur dan bertenang anda boleh
membuat pertimbangan, di mana yang patut
diperbaiki dan punca timbulnya masalah sehingga
anda dapat ketegangan.
- Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam
diri, siapakah anda sebenarnya dan apa yang anda
ingini.

Langkah 11 Tahu Had


Kemampuan.
- Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti
serta jangan terlalu memaksa diri.
- Jangan terlalu membuang masa kepada
perkara yang anda tidak lagi mampu
ditanggung.
- Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang
yang lebih layak atau mahir melakukannya
supaya anda tidak terus-terusan tertekan.

Langkah 12 Berusaha Dan


Berserah.
- Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita
berusaha dengan sehabis baik.
- Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah
(baik) dan menjauhkan perbuatan mazmumah
(jahat) serta tambahkan amalan-amalan sunat
seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya.
- Jangan biarkan hidup anda terus tertekan.
Berusaha mendapatkan jalan keluar bagi setiap
masalah.

Langkah 13 Bersantai
- Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda
perlu mencari sedikit ketenangan seperti berekreasi
di taman, berkelah di sungai atau di mana-mana
tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan
diri dan minda.
- Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu
membebankan minda dan memberikan keseronokan
- Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan
tugasan baru.

Langkah 14 Ambil Mudah.


- Biar sebesar mana dugaan yang diterima
anggaplah ia sesuatu yang mudah dan jangan
terlalu membebankan fikiran.
- Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak
boleh diselesaikan itu pada keesokkan harinya.
- Jangan terlalu membebankan masalah anda
sehingga hidup jadi tak keruan dan sukar tidur atau
kurang selera makan dan sebagainya.

Langkah 15 Mengadu Kepada


Kaunselor.
- Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan
masalah anda, dapatkan kaunselor yang boleh
membantu.
- Kaunselor dapat membantu proses
penyelesaian masalah dan tindakan yang perlu
diambil.
- Kaunselor dapat memberitahu apa yang
mungkin anda tidak sedar mengenai diri sendiri.

Langkah 16 Berurut.
- Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan
darah dan urat yang tegang serta keras dapat
dikendurkan. Dapatkan mereka yang
mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan.
- Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan
pada tubuh badan.
- Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu
menghilangkan ketegangan akibat bebanan stress.

Langkah 17 Refleksologi Atau


Akupuntur.
- Melalui refleksologi kaki, punca penyakit
dapat dikenalpasti.
- Akupuntur dapat melegakan kesakitan
dan membantu menghilangkan tekanan
yang ditanggung.
- Cara ini sesuai untuk mengatasi masalah
stress.

Langkah 18 Hipnosis
- Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda
memasuki satu suasana yang indah.
- Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang
dihadapi, airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya
anda disuruh melontarkan masalah tersebut jauh-jauh.
Apabila tersedar anda
berasa segar dan ringan tanpa masalah.
- Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah
sedar dengan membersihkan masalah yang menganggu
tanpa disedari.

Langkah 19 Terima Keadaan


Seadanya.
- Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut
kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi
kenyataan.
- Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap
sesuatu
yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa
jika
tidak memperolehinya.
- Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa
yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain
dapat.

Langkah 20 Amalkan Sikap Dan


Gaya Hidup Sihat.
- Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka
minda dan anda sedia menerima sesuatu bencana.
- Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku
adalah ketentuan dari Allah Taala dan ada hikmah
disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan
Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan
seimbang dan hidup secara teratur serta terurus dan
jangan melakukan kegiatan yang tidak sihat dan
merosakkan diri dan kehidupan.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai