Anda di halaman 1dari 3

BAB TAHARAH: NAJIS DAN CARA MENSUCIKANNYA

Erti najis:

NAJIS adalah benda yang kotor, iaitu TIDAK SAH SOLAT sekiranya terdapat pada badan,
pakaian atau tempat solat.

NAJIS ADALAH:
Benda yang keluar dari qubul atau dubur seperti AIR KENCING dan TAHI.
Benda yang bukan dari kedua-duanya seperti MUNTAH dan AIR LIUR.
Benda – benda lain seperti NANAH, BANGKAI, ANJING dan BABI.

Bahagian- bahagian najis:

Najis terbahagi kepada TIGA bahagian:


Najis Mughallazah - Najis Berat
Najis Mutawasitah - Najis Pertengahan
Najis Mukhoffafah - Najis Ringan

NAJIS YANG PERTAMA: NAJIS MUGHALLAZAH - NAJIS BERAT

1. Najis Mughallazah ialah najis berat yang datang pada segala apa yang terdapat pada
tubuh badan, najis, air liur, bulu dan darah anjing serta babi..
 Najis Mughallazah (Berat)

Najis mughallazah ialah najis berat. Najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta
benda-benda yang terjadi daripadanya.

2. Cara menyucikan najis mughallazah:

1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.


2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan tanah bersih
yang dicampur dengan air.
3. Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya (sebanyak enam kali)
sehingga hilang bau, warna dan rasa.
NAJIS YANG KEDUA : NAJIS MUTAWASITAH - NAJIS PERTENGAHAN

1. Najis Mutawasitah iaitu selain daripada najis Mukhoffafah dan najis mughallazah seperti
darah, muntah, nanah, najis manusia, bangkai dan lain-lain.

 Najis Mutawassitah (Pertengahan)

Najis mutawassitah ialah najis sederhana, iaitu segala sesuatu yang keluar dari
dubur/qubul manusia atau binatang, cecair yang memabukkan, bangkai (kecuali
bangkai manusia, ikandan belalang), serta susu, tulang dan bulu dari haiwan yang
haram dimakan.

2. Najis mutawassitah terbahagi dua iaitu:


 "Najis Ainiyah" iaitu najis yang berwujud (tampak dan dapat dilihat), misalnya
kotoran manusia atau binatang;
 "Najis Hukmiyah" iaitu najis yang tidak berwujud (tidak tampak dan tidak terlihat),
seperti air kencing yang kering.

3. Cara menyucikan najis mutawassitah:


 Basuh dengan menggunakan air bersih hingga hilang warna, bau dan rasa najis
tersebut.
 Basuh sehingga tiga kali dengan air mutlak.
NAJIS YANG KETIGA : NAJIS MUKHAFFAFAH - NAJIS RINGAN

1. Najis Mukhoffafah iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur dua tahun ke bawah
yang hanya minum susu ibunya sahaja.

 NAJIS MUKHAFFAFAH ialah najis ringan. Najis mukhoffafah ialah air kencing
kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum
sesuatu yang lain selain susu ibu.

2. Cara menyucikan najis:


 Basuh bahagian yang terkena najis dan lap
 Percikkan air di tempat yang terkena najis
 Lap dengan kain bersih sehingga kering.
 Memadai dengan memercikkan air mutlak ke atas tempat ini setelah dilap terlebih
dahulu.

Anda mungkin juga menyukai