Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CAHAYA MASAI

PASIR GUDANG, JOHOR, 2021

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN E-SPORT MOBILE LEGEND
STACMA 2022

ANJURAN:

UNIT KO-KURIKULUM, SK TAMAN CHAYA MASAI

KERJASAMA:

RIMBA E-SPORTS

1. PENGENALAN

STaCMa dalam Program Transformasi sekolah 2025


1.1. Kertas Kerja ini bertujuaan untuk menerangkan pertandingan E-Sport Mobile
Legend peringkat sekolah bagi memilih wakil ke pertandingan Esport peringkat
Negeri Perak. Kertas cadangan ini juga disediakan untuk menerangkan hala tuju
penganjuran program tersebut dan menjelaskan peruntukan yang diperlukan.

2. MATLAMAT

2.1. Diharapkan aktiviti yang akan diadakan dapat memupuk bakat dan kemahiran
murid dalam sukan atas talian.

3. OBJEKTIF

3.1. Memilih wakil pasukan sekolah ke pertandingan E-Sport Mobile Legend


peringkat negeri Johor.

3.2. Memberi ruang kepada pelajar STACMA menggunakan kebolehan bermain


permainan mobile dalam persaingan sihat

3.3. Membina “critical-thinking” dalam kalangan pelajar STACMA.

3.4. Memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan pengetahuan yang


dibelajar dari permainan.

4. ELEMEN PAK21 MELALUI PELAKSANAAN PROGRAM

4.1. Murid diberi pendedahan terhadap industri E-Sukan yang kian berkembang
pesat. Melaui program ini murid akan dapat mengaplikasikan kemahiran dalam
mengatur strategi dalam persaingan melawan pihak musuh. Antara konklusi
yang diperoleh adalah dengan program ini akan dapat mengeratkan lagi
hubungan antara ahli-ahli kumpulan yang sedia ada bagi membina semangat
kerja berpasukan. (***Elemen PAK21- Komunikasi dan Kolaborasi)

5. TARIKH DAN TEMPAT

5.1. Tarikh : 27-29 Mei 2022


5.2. Tempat : Secara atas talian

6. PENYERTAAN / SASARAN

STaCMa dalam Program Transformasi sekolah 2025


6.1. Murid-murid STACMA

7. SYARAT PENYERTAAN
7.1. Lampiran A

8. PERATURAN PERTANDINGAN
8.1. Lampiran B

9. JAWATANKUASA

Pengerusi : Pn. Muhini Binti Abdullah (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : En.Saifuldin Bin Hassan(GPK Pentadbiran )

Naib Pengerusi 1 : Pn. Hjh Raziah Binti Abd Latif (GPK Hem)

Naib Pengerusi 2 : Pn.Khuzaimah Binti Hairudin (GPK KoKu)

Naib Pengerusi 3 : Pn. Tengku Intan Zaharah Binti Tengku Mustapa

Penyelaras : En. Muhammad Taufiq Bin Mohd. Tarmizi

STaCMa dalam Program Transformasi sekolah 2025


8. ATURCARA

TARIKH ACARA TINDAKAN


25.05.202
Mengumumkan kepada murid berkenaan
2
pertandingan E-Sport Gamer 2022
(Rabu)
26.05.202
Pendaftaran peserta dan pembentukkan team
2
gamer
(Khamis)
27.05.202
2 Pertandingan dimulakan
(Jumaat)
28.05.202
2 Pertandingan akhir E-Sport Gamer 2022
(Sabtu)
29.05.202
Pengumuman pemenang dan penyampaian
2
hadiah
(Ahad)

STaCMa dalam Program Transformasi sekolah 2025


10. ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH

JOHAN
Medal 6 RM 5.00 RM 30.00
1.
Hamper 1 RM 120.00 RM 120.00

NAIB JOHAN
6 RM 5.00 RM 30.00
2. Medal
1 RM 100.00 RM 100.00
Hamper

KETIGA
6 RM 5.00 RM 30.00
3. Medal
1 RM 70.00 RM 70.00
Hamper

4. FAIL PENGURUSAN 24 RM 5.00 RM 120.00

JUMLAH RM 500.00

STaCMa dalam Program Transformasi sekolah 2025


PENUTUP

Diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat mencapai
objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti yang telah dirancang mendapat
sambutan yang baik dari semua pihak sama ada guru atau murid. Semoga usaha murni
ini dapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada warga
STACMA.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

............................................. ........................................... .............................................


(MUHAMMAD TAUFIQ BIN (PN.KHUZAIMAH BINTI ( PN. MUHINI BINTI
MOHD. TARMIZI) HAIRUDIN) ABDULLAH )
Penyelaras Esports GPK Kokurikulum Guru Besar
SK Taman Cahaya Masai SK Taman Cahaya Masai SK Taman Cahaya Masai

STaCMa dalam Program Transformasi sekolah 2025


LAMPIRAN A

SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN

1. Kejohanan ini berasaskan undang-undang biasa permainan Mobile Legend dan pusingan

permainan akan dijalankan berasaskan system ”Double Elimination pool” dalam ”Best-of-

One mode” yang membahagikan 16 kumpulan ke dalam dua braket, iaitu ”upper bracket”

dan ”lower bracket”.

2. Jawatankuasa pengelola pertandingan berhak mengubah dan menambah sebarang peraturan

sebelum dan semasa kejohanan berlangsung tanpa sebarang notis. Keputusan uruscara

semasa pertandingan adalah muktamad.

3. Kejohanan pertandingan Mobile Legend ini akan dimain secara atas talian sehingga pusingan

akhir.

4. Pemain-pemain kejohanan ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar STACMA.

5. Pendaftaran rasmi dan penentuan pemain-pemain dalam kumpulan perlu dibuat sebelum

tarikh tutup penyertaan 26 Mei 2022 . Pertukaran aturan tetap pemain-pemain tidak

dibenarkan selepas pendaftaran rasmi dilakukan apabila pusingan pertama dimulakan.

6. Butiran tentang kejohanan ini adalah seperti berikut:

A) Tempat : Atas Talian

B) Tarikh : 27-28 Mei 2022

STaCMa dalam Program Transformasi sekolah 2025


LAMPIRAN B
PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN

1. Setiap permain perlu mendaftar di LINK KHAS yang diberikan.

2. Dengan menyertai pertandingan ini, permain bersetuju untuk mematuhi segala peraturan-

peraturan dan undang-undang serta keputusan yang dibuat oleh pihak pengelola

pertandingan. Para permain perlu mematuhi arahan yang dibuat oleh pengelola pertandingan

pada setiap masa.

3. Setiap permain perlu bersedia dan boleh didapati semasa tempoh Kejohanan atau sehingga

disingkirkan dari pertandingan. Permain-permain harus 15 minit awal daftar masuk lobi

sebelum permainan bermula.

4. Jika salah satu pasukan tidak menunjukkan tanda-tanda aktiviti (termasuk : Tiada ahli

pasukan menulis komen perlawanan, tiada anggota pasukan telah menyertai lobi, semua

percubaan lain untuk menghubungi pasukan gagal) sehingga 15 minit selepas masa

perlawanan, kemenangan akan terus dibagi kepada pihak lawan sebagai menang tanpa

bertanding oleh pengelola pertandingan.

5. Masa yang diperuntukan untuk setiap permainan adalah tanpa had masa bagi setiap pusingan.

Sekiranya salah seorang pemain daripada mana-mana kumpulan tidak hadir, permainan

masih akan terus berjalan dengan pengantian permain AI.

6. Jika seorang pemain ”disconnect” , permainan itu hendaklah ”pause” serta-merta.

7. Setiap peserta diminta untuk mengekalkan sikap ramah mesra dan hormat dengan para

peserta lain dan pengelola. Penghinaan dan tingkah laku yang tidak adil atau tidak sopan ke

arah pengelola dan peserta lain tidak akan diterima dan akan dihukum dengan kekalahan

serta-merta.

STaCMa dalam Program Transformasi sekolah 2025

Anda mungkin juga menyukai