Anda di halaman 1dari 11

Peraturan Am Program ‘POLYCC RIDE @LANGKAWI 2022’

1. Program kayuhan ini akan bermula dan tamat di Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti
Langkawi.

2. Tarikh program adalah pada 29hb Januari 2021 dan peserta akan dilepaskan pada jam 7:30 pagi.

3. Program ini adalah TERBUKA kepada semua kakitangan dan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti
serta jemputan VIP seluruh Malaysia.

4. Program berbasikal yang dianjurkan adalah acara lebuhraya sepenuhnya dengan jarak 70 KM bagi
satu pusingan (Lap Race)

5. Terdapat tiga kategori iaitu kakitangan Lelaki/Wanita dan pelajar Lelaki/Wanita dan kategori VIP

6. Seorang peserta hanya layak menyertai satu kategori sahaja.

7. Tarikh tutup penyertaan pada 15 Disember 2021

8. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM80 bagi seorang peserta.

9. Saguhati akan diberikan pada 10 peserta terawal yang berjaya menamatkan kayuhan bagi setiap
kategori.

10. Program kayuhan ini turut menyediakan cabutan bertuah kepada semua peserta.

11. Semua peserta yang telah mendaftar akan menerima Baju, medal dan sijil penyertaan.

12. Sijil Finisher akan diberikan khusus kepada peserta yang berjaya menamatkan kayuhan sejauh
70KM.

13. Peserta hendaklah dalam keadaan sihat tubuh badan dan telah lengkap dua dos vaksin semasa
aktiviti dijalankan.

14. Peserta dikehendaki membuat Ujian ‘Rapid Test’ atau menggunakan ‘Saliva Test Kit’ sehari
sebelum pertandingan berlangsung.

15. Sijil Digital Vaksinasi dan gambar ‘Saliva Test Kit’ hendaklah ditunjukkan kepada urusetia pada hari
pendaftaran.

16. Semua pengurus pasukan hendaklah mendaftar pasukan pada 28 Januari 2022, Jam 8:00 Pagi
sehingga 4:00 petang.

17. Peserta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan diri sebelum, semasa dan selepas
aktiviti kayuhan dijalankan.

18. Peserta digalakkan memakai pakaian sukan yang bersesuaian dan wajib berkasut

19. Peserta yang beragama Islam perlu memakai pakaian yang menutup aurat

20. Semua peserta dikehenaki memakai topi kaledar semasa aktiviti kayuhan dijalankan.

21. Basikal yang digunakan hendaklah mempunyai sekurang-kurangya satu brek dan digerakkan oleh
tenaga manusia.
22. Para peserta perlu menamatkan kayuhan dengan basikal sendiri dan tidak dibenarkan menukar
basikal yang mengalami kerosakan dengan rakan lain semasa aktiviti dijalankan

23. Peserta hendaklah membawa segala keperluan & tiada bantuan luar dibenarkan sepanjang
perlumbaan (No Team Car)

24. Peserta TIDAK dibenarkan berpatah balik & berkayuh menyongsang aliran perlumbaan.

25. Peserta hendaklah mengamalkan semangat kesukanan yang tinggi dan tidak bertindak
membahayakan semua peserta.
TREK LALUAN KAYUHAN ‘POLYCC RIDE@LANGKAWI 2022

 LANGKAWI TOURISM ACADEMY @KOLEJ KOMUNITI LANGKAWI (MULA)


 PANTAI CENANG
 JALAN TEMOYONG
 BUKIT MALUT
 HOSPITAL TENGKU MALIHA
 KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI
 JABATAN PENGANGKUTAN JALAN LANGKAWI
 AYER HANGAT
 PETRONAS PANTAI KOK
 LANGKAWI TOURISM ACADEMY @KOLEJ KOMUNITI LANGKAWI (PENAMAT)
BORANG PENGESAHAN PENDAFTARAN POLYCC RIDE@LANGKAWI 2022

NAMA INSTITUSI :

NO. KAD PENGENALAN/


BIL NAMA PESERTA
NO. MATRIK
01.

02.

03.

04.

NAMA PENGURUS PASUKAN :

NOMBOR TELEFON PENGURUS :

*Hanya penyertaan yang telah mengisi maklumat dengan lengkap di dalam Google Form
dan membuat bayaran penuh sahaja diterima*

Jabatan Sukan, Kokurikulum & Kebudayaan (JSKK) mengesahkan penyertaan di atas adalah
mewakili (politeknik / kolej komuniti) ……………………………………….. dalam POLYCC RIDE @
LANGKAWI 2022.

Disahkan Oleh,

……………………………………………….
( )
Jawatan: COP RASMI JSKK / USKK

Anda mungkin juga menyukai