Anda di halaman 1dari 10

KELAB SUKAN SKATEBOARD SEKOLAH

PENDAHULUAN
Bermula 19 Oktober 2021, Kelab Anak Muda Tumpat telah mengadakan Kelas
Mari Mencuba Sukan Skateboard di Padang Puteri Saadong, Wakaf Bharu. Kelas telah
diadakan selama lapan sesi yang mengambil masa sekitar 3 bulan. Hasilnya, kira-kira
30 peserta yang terdiri dari pelbagi peringkat umur yang terlibat dalam kelas ini sebagai
pelajar.

Seterusnya, modul kelas tersebut diteruskan pula oleh Kelab Papan Selaju Wau dan
ianya diadakan di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu bermula 2 Febuari
2022. Setelah dua bulan kelas, program tersebut juga telah berjaya menemui bakat-
bakat baru seramai 30 orang anak-anak dari Kota Bharu.

Justeru, hasil kejayaan program Kelas Mari Mencuba Sukan Skateboard,


Persatuan Luncur Beroda Kelantan ingin mengambil langkah seterusnya dalam
mengembangkan lagi sukan ini dengan mewujudkan Kelab Sukan Skateboard Sekolah
di sekolah-sekolah sekitar Kota Bharu dan Tumpat, Kelantan. Program ini kami
namakan, KELAB SUKAN SKATEBOARD SEKOLAH.
OBJEKTIF PROGRAM
1- Melahirkan atlet sukan skateboard sekolah yang berdaya saing di peringkat
kebangsaan.
2- Mebina anak-anak Kelantan yang bakal menjadi contoh ikon sukan kepada
seluruh anak muda di Kelantan.
3- Mewujudkan satu komuniti sukan baharu yang dapat menjadi penghalang anak
muda dari terlibat dengan aktiviti tidak bermanfaat terutamaya najis dadah.

ANJURAN

SASARAN
30-40 orang pelajar untuk setiap sekolah.

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM


PENGARAH PROGRAM

MOHD ZANI BIN MAT JUSOH

TIMBALAN PENGARAH SETIAUSAHA BENDAHARI

AZRAN BIN ARIFIN ANAS RIZUAN BIN SHAMSUDDIN NIK MOHD ASHRAF NIK ARIFF

ANGGOTA JAWATANKUASA

AMIRUL AIMAN BIN AMIN WAN MUHAMMAD ALIAS WAN NOR

MUHAMMAD AZRUL SHAH BIN MOHD MAIMI MUHAMMAD AIZAT BIN ADB AZIZ

MUHAMMAD HAZIM BIN CHE MUSA NOR ARIFF AIMAN BIN NORNIKHMAN

MOHAMAD FAEEZ BIN ZAKARIA MUHAMMAD ERRIC AISAR BIN RUSDI


AKTIVITI-AKTIVITI DALAM PROGRAM

Program
1 Latihan sukan skateboard secara mingguan.
Peralatan skateboard dan pakaian keselamatan Setiap petang jam 5.30-6.30
disediakan kelab. Sekolah juga boleh menyediakan bertempat di sekolah
perkara untuk penambahbaikan program.
2 Latihan Intensif Di Gelanggang-Gelanggang Skateboard
Sekitar Lembah Klang bersama Atlet Skateboard negara.
Latihan Insentif di Gelanggang Ekstreme Putrajaya, Setahun sekali
Laman Ekstrem Shah Alam, Skatepark Bandar Baru
Salak Tinggi dan Gelanggang Ekstrem Bukit Kiara.
3 Menyertai mana-mana Pertandingan Skateboard yang
diadakan di sekitar Lembah Klang yang sesuai untuk Sepanjang tahun bagi
disertai oleh peserta. berkelayakan

MODUS OPERANDI
1) Di dalam latihan mingguan, kelas asas sukan Skateboard akan diadakan buat
peserta program ini. Peserta akan dilatih oleh jurulatih berpengalaman bagi
mengasah bakat mereka.
2) Latihan Intensif di Lembah Klang secara tahunan bertujuan memberi
pendedahan kepada peserta berhubung komuniti sukan ini yang sedang
rancak di Lembah Klang. Peserta juga akan bertemu dengan Atlet sukan
skateboard yang pernah mewakili negara. Pendedahan ‘obstacle’ yang tiada
di Kelantan seperti ‘bowl’ dan ‘pool’ serta ‘concrete skatepark’ penting untuk
mengembangkan lagi bakat peserta.
3) Menyertai pertandingan adalah satu asas penting untuk atlet. Setelah sekian
lama berlatih, peserta perlu didedahkan dengan suasana pertandingan
skateboard. Kelab akan berusaha untuk menghantar peserta program ini ke
mana-mana pertandingan yang sesuai dengan mereka, terutamanya yang
mengikut kategori umur mereka.
KEPERLUAN PROGRAM

1. Kelulusan penggunaan tempat oleh pihak sekolah.

2. Elaun Jurulatih. (Sumbangan dari dana Persatuan Luncur Beroda Kelantan)

3. Perbelanjaan pengangkutan & penginapan serta makan minum peserta dan

jurulatih untuk Latihan di Lembah Klang serta penyertaan ke mana-mana

pertandingan. (Sumbangan pihak sekolah, Ibu bapa serta penajaan swasta)

4. Lain-lain perbelanjaan melibatkan pengurusan program. (Sumbangan dari dana

Persatuan Luncur Beroda Kelantan)

PENUTUP
Kejayaan Program KELAB SUKAN SKATEBOARD SEKOLAH, bergantung kepada
komitmen dan kerjasama semua pihak. Semoga program yang dirancang ini akan
berjaya dilaksanakan mengikut perancangan serta mencapai objektif dan matlamatnya.
LAMPIRAN 1
GAMBAR SEKITAR PROGRAM KELAS MARI MENCUBA SUKAN SKATEBOARD
YANG TELAH DIADAKAN DI TAMAN PERBANDARAN TENGKU ANIS, PADANG
PUTERI SAADONG DAN MASJID KAMPUNG LAUT BERMULA OKTOBER 2021-
MAC 2022.

Anda mungkin juga menyukai