Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PEMBANGUNAN SUKAN MEMANAH

1. TAJUK

: Program Kecemerlangan Memanah. ( SMK Dato' Ahmad Maher - Pusat Khas Memanah MSS Kelantan )

2. TUJUAN MSSK..

: Menerangkan aktiviti pembangunan yang akan diadakan sukan memanah pasukan

3. PENDAHULUAN : Perancangan program ini merupakan satu program yang dicadangkan sebagai persediaan MSSK menyertai pertandingan memanah secara menyeluruh dan berkesan di peringkat MSSM. Program ini meliputi dua disiplin iaitu Memanah Kelantan dan Memanah Perempuan di kalangan murid-murid bawah 15 dan 18 tahun dengan kerjasama pihak sekolah, MSSK dan persatuan negeri. :

4. LATAR BELAKANG

Pertandingan memanah MSSM adalah satu pertandingan yang baru diperkenalkan pada tahun 1996. MSSK turut mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Prestasi MSSK dalam pertandingan pertama yang diadakan telah berjaya menduduki tempat ke6 ini merupakan penyertaan sulung selepas SUKMA 1990. Prestasi yang ditujukan kurang menyerlah. Ini disebabkan oleh beberapa sebab : - Tiada tempat latihan yang dikhaskan untuk memanah. - Alatan memanah tidak mencukupi untuk pertandingan. - Penglibatan pelajar dalam sukan memanah kurang kerana ianya adalah acara baru MSSM. - Harga alatan memanah agak mahal, oleh itu para pelajar tidak mampu untuk memilikinya. - Kekurangan jurulatih disebabkan kurang pendedahan kepada guru. - Kekurangan bilangan sekolah yang mempunyai persatuan memanah.

Prestasi adalah boleh diperbaiki dengan usaha yang lebih berkesan. :

5. OBJEKTIF

Mengenal pasti dan mengumpul bakat di kalangan murid-murid sekolah rendah dan menengah. Menubuhkan pusat latihan memanah daerah dan negeri serta memperlengkapkan dengan kemudahan dan kepakaran untuk menjalani latihan sepanjang tahun. Mencungkil dan membentuk jurulatih dan pengadil yang beriltizam di peringkat sekolah, negeri, dan kebangsaan.

Meningkatkan mutu memanah di peringkat negeri dan MSSM. Membentuk pemanah yang berdisiplin, bertanggungjawab dan bersemangat juang ke arah kecemerlangan memanah. :

6. HURAIAN PROGRAM

Program Pembangunan Bakat. Mengenal pasti bakat dari sekolah rendah dan menengah melalui satu kukrikulum memanah. Menganal pasti dan membentuk pasukan negeri. Memilih pemanah terbaik dari sekolah rendah dan menengah untuk mewakili negeri dan negara. Mengesan, mengasah dan mencungkil bakat dari pertandingan. Program Pembangunan Jurulatih / Pengadil. Melatih serta menambahkan bilangan jurulatih di peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan. Melatih serta menambahkan bilangan pengadil di peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan. Melatih pegawai-pegawai untuk mengelolakan pertandingan.

7. STRATEGI PELAKSANAAN : i) Menggunakan sekolah sukan sambilan sebagai pusat latihan daerah dan negeri. ii) Melantik penyelaras sekolah sukan sambilan yang berminat. iii) Menyediakan jadual berpandukan musim pertandingan atau luar musim pertandingan.

> Pelaksanaan Program Pembangunan Bakat. Memperkenalkan dan mendedahkan kemahiran memanah berperingkat-peringkat untuk sekolah menengah dan rendah. Mengadakan pertandingan antara sekolah dan ahli. Mengadakan pertandingan antara negeri-negeri jiran. Menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu seperti Kejohanan Memanah Remaja SportExcel/MILO/MSN. Membentuk pasukan memanah peringkat sekolah, daerah dan negeri. Mengesan pemanah terbaik atas cadangan jurulatih atau panel pemilihan dari pertandingan.

> Pelaksanaan Program Jurulatih dan Pengadil. Mengadakan klinik dan kursus kejurulatihan di peringkat daerah dan negeri. Mengadakan klinik dan kursus pengadil di peringkat daerah dan negeri. Menghadiri kursus dalam dan luar negeri.

> Pelaksanaan Program Latihan Pusat dan Kursus. Latihan pusat dikendalikan oleh Jawatankuasa Jurulatih dan Jurulatih Pilihan. Kursus dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa-jawatankuasa / Jurulatih Memanah yang bertauliah.

> Pelaksanaan Penyertaan Pertandingan.

Semua sekolah yang mempunyai persatuan memanah perlu menyertai pertandingan di peringkat daerah. Semua sekolah terlibat dalam menyertai penilaian dari semasa ke semasa.

> Penjadualan. Menyediakan jadual berpandukan musim pertandingan atau luar musim pertandingan. Kekerapan latihan bergantung kepada musim pertandingan. Luar pertandingan, latihan berterusan selama 2 kali seminggu. Musim pertandingan 4 kali seminggu. Masa latihan di antara 2 jam hingga 3 jam.

> Pengurusan Peralatan. Pengawasan dan pengendalian peralatan oleh Pengerusi Teknik / Jurulatih / Penyelaras / Sekolah Sukan Sambilan. Menambah peralatan mengikut kemampuan MSSK / MSSM :

8. SUMBER KEWANGAN

Majlis Sukan Sekolah-sekolah Kelantan. Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. Majlis Sukan Negeri. Persatuan Pemanah Kelantan. Pihak penaja seperti badan korporat, syarikat atau kilang. Projek Amal. Orang perseorangan dan lain-lain. :

9. PENILAIAN

Setiap tiga bulan pemanah akan diadakan penilaian oleh jurulatih atau panel jurulatih. Program latihan juga perlu dinilai dari semasa ke semasa. Pegawai Sukan Daerah, Pengerusi Teknik Memanah dan Penyelaras Sukan Sambilan membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Penyeliaan dan khidmat nasihat dari Pegawai Sukan dan Penyelaras Sekolah Sukan Sambilan yang berpengalaman serta telah menunjukkan hasil yang penting. Pegawai Sukan Daerah dan Penyelaras Sekolah Sukan Sambilan akan menjadi perunding untuk meneruskan program bagi mencapai kecemerlangan. :

10. PENUTUP

Untuk menjayakan program ini akan memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk MSSK, pemanah, ibubapa, dan para penaja. Insentif yang berpatutan kepada pemanah dan pegawai / jurulatih bertujuan agar mereka akan berusaha dengan penuh iltizam bagi merealisasikan impian program ini.

Anda mungkin juga menyukai