Anda di halaman 1dari 3

KEJOHANAN KARNIVAL SUKAN PRAUNIVERSITI 2015

1. PENDAHULUAN

Penganjuran sukan yang berbentuk karnival bertujuan untuk mencari bakat baharu, sebagai
penilaian Kokurikulum Prauniversiti, memberi pendedahan kepada semua pelajar yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung, mengetengahkan bakat yang sedia ada dalam
diri para pelajar terutama pelajar yang tidak berpeluang menonjolkan bakat semasa di arus
perdana dan memberi peluang kepada semua pelajar dan para tenaga pengajar terutama
para jurulatih setiap sukan untuk meredahkan rasa kecewa kerana Sukan Prauniversiti tahun
2015 tidak dapat dilaksanakan.
Selain itu, penganjuran karnival sukan untuk menyahut saranan YAB Timbalan
Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan yang telah menyarankan penjenamaan
semua prauniversiti atau Tingkatan 6 dengan matlamat untuk meningkatkan imej, sistem
dan kualiti pendidikan prauniversiti atau tingkatan 6 setara dengan sistem pendidikan
prauniversiti yang lain. Sehubungan ini, kalau kita berbalik semua dalam falsafah pendidikan
negara dimana pendidikan itu merangkumi pembentukan seperti berikut:
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”

2. OBJEKTIF PELAKSANAAN
Diantara objektif Kejohanan Karnival Sukan PraUniversiti SMK Kemabong, Tenom seperti
berikut:
2.1 Memberi peluang dan ruang kepada semua pelajar untuk melibatkan diri
dalam pelbagai jenis sukan.

2.2 Memberi peluang kepada semua pelajar mengetengahkan bakat yang


terpendam yang tidak berkesempatan menonjolkan diri semasa di arus
perdana.

2.3 Memberi peluang kepada semua pelajar yang sedia berbakat untuk
diketengahkan dan diasah semual.
KEJOHANAN KARNIVAL SUKAN PRAUNIVERSITI 2015

2.4 Memberi pendedahan, pengalaman dan pengetahuan dalam menganjurkan


atau mengelol sesuatu aktiviti sukan. Selain itu, melatih dan membentuk
kepimpinan dalam pengurusan sukan yang lebih tinggi dengan melibatkan
mereka sebagai jawatankuasa kecil pengelolaan.

2.5 Menyemai dan mengeratkan perpaduan, semangat kerjasama, hormat-


menghormati, bertanggungjawab, bertoleransi dan mempunyai komitmen
yang tinggi dalam kalangan pelajar prauniversiti dan para tenaga pengajar.

3. PELAKSANAAN
3.1 Peringkat pelaksanaan adalah peringkat negeri sahaja.
3.2 Pelaksanaan karnival sukan kali pertama yang dianjurkan oleh Prauniversiti
SMK Kemabong, Tenom akan mempertandingkan 2 jenis sukan, 1 acara
olahraga dan 1 jenis tarian berdasarkan kemampuan penganjur.
3.2.1 Bola Tampar
3.2.2 Bola Jaring
3.2.3 Olahraga (4 x 100meter)
3.2.4 tarian (etnik)
3.3 Kejohanan ini, dilaksanakan berbentuk karnival dan terdapat juga elemen
ubahsuai dalam setiap aktiviti karnival yang dipertandingkan seperti jumlah
mata, kiraan mata, masa permainan dan sebagainya.
3.4 Dalam kejohanan ini pertama kali dilaksanakan dan dicadangkan
pelaksanaannya pada 22 Ogos hingga 23 Ogos 2015 di Prauniversiti SMK
Kemabong, Tenom.

4. KUMPULAN SASARAN
4.1 Semua pelajar yang mendaftar Prauniversiti di Sekolah Seluruh Sabah
(berminat dan berkemampuan sahaja).
4.2 Jawatankuasa teknikal selain pengadil yang bertauliah akan diuruskan
sepenuhnya oleh semua pelajar Prauniversiti atau tingkatan 6.

5. PENYERTAAN
KEJOHANAN KARNIVAL SUKAN PRAUNIVERSITI 2015

Jumlah penyertaan yang dianggarkan dalam Karnival sukan dan permainan dan kesenian dan
kebudayaan peringkat negeri tahun 2015 adalah seperti berikut:
Bil Kontinjen Daerah
1. Prauniversiti SMK Kemabong Tenom
2. Prauniversiti SMK Tenom Tenom
3. Prauniversiti SMK Tambunan Tambunan
4. Prauniversiti SMK Pengiran Omar Sipitang
5. Prauniversiti SMK Keningau Keningau
6. Prauniversiti SMK Gunsanad Keningau
7. Prauniversiti SMK Keningau 2 Keningau
8. Prauniversiti SMK Bandaraya 2 Kota Kinabalu
9. Prauniversiti SMK Nabawan

6. JAWATANKUASA PENGELOLA
Jawatankuas Induk

Jawatankuasa Kecil
7.

Anda mungkin juga menyukai