Anda di halaman 1dari 7

LATIHAN SAINS SUKAN ( TUNJANG 2 )

1. Seorang atlet lompat jauh melakukan latihan bebanan (half squat). Latihan ini
melibatkan penguncupan otot jenis …
A. Penguncupan isometric
B. Penguncupan isokinetik
C. Penguncupan isotonic
D. Penguncupan esentrik

2. Pelari 400m berasa sangat susah untuk melangkah 50m terakhir sebelum garisan
penamat. Ini menunjukkan …
A Pelari lemah semangat kerana berada di kedudukan terakhir.
B Kekurangan bekalan oksigen di dalam aliran darah.
C Pelari penat berlari kerana jarak 400m memerlukan intensity yang tinggi.
D Pengumpulan asid laktik pada bahagian kaki.

3. Mengapakah atlet yang mempunyai fiber sentak lambat tidak sesuai mengambil
acara pecut?
A Fiber sentak lambat digunakan untuk penguncupan yang perlahan dan
kekal.
B Fiber sentak lambat hanya sesuai untuk acara jarak jauh.
C Acara pecut memerlukan fiber sentak cepat untuk penguncupan yang
pantas.
D Prestasi atlet tidak dapat ditingkatkan ke tahap maksimum.

4. Berikut merupakan otot yang terdapat pada bahagian atas badan, kecuali …
A Pectoralis major
B Biceps brachii
C Tibialis anterior
D Temporalis

5. Kumpulan otot hamstring terdiri daripada tiga otot yang berikut, kecuali …
A Semitendinosus
B Semimembranosus
C Biseps femoris
D Biseps brachii

6. Otot sinergis membawa maksud …


A Otot-otot yang membantu otot-otot penggerak utama.
B Otot-otot yang bertindak berlawanan dengan otot penggerak utama.
C Otot-otot penggerak utama.
D Otot-otot utama yang menguncup untuk menghasilkan pergerakan khusus.
7. Amran seoran atlet pelari pecut 100m berlatih pada kadar nadi latihan 164
denyutan seminit. Kirakan umur atlet tersebut …
A 15 tahun
B 17 tahun
C 19 tahun
D 21 tahun

8. Mengapakah dalam sukan bola tampar penggunaan tenaga ATPpPC boleh


mencapai sehingga 90% ?
A Sukan ini memerlukan kepakaran kemahiran yang tinggi.
B Sukan ini melibatkan komponen kecergasan yang sentiasa berubah-ubah.
C Sukan ini memerlukan daya tahan otot dan daya tahan kardiovaskular.
D Sukan ini memerlukan kepantasan dan kuasa yang tinggi.

9. Mengapakah seseorang atlet perlu memanaskan badan sebelum melakukan


aktiviti regangan otot?
A Sudah menjadi kebiasaan bagi semua atlet untuk memanaskan badan.
B Bagi menyediakan otot kepada aktiviti seterusnya dan mengurangkan
risiko kecederaan.
C Mengitarkan darah ke seluruh badan supaya oksigen dapat dibekalkan
secara berterusan.
D Supaya orang melihat senaman yang kita lakukan adalah senaman yang
sistematik.

10. Berikut adalah ciri-ciri otot rangka kecuali


A. Kebolehkuncupan
B. Kebolehpanjangan
C. kebolehbalikan
D. kebolehanjalan

11. Di antara berikut pilih pernyataan yang dapat menerangkan pengucupan


isokinetik
A. Penguncupan yang menghasilkan daya tetapi tidak mengubah panjang
fiber otot.
B. Fiber-fiber otot menguncup pada kelajuan yang tetap.
C. Penguncupan yang berlaku secara konsentrik atau esentrik.
D. Penguncupan dimana fiber-fiber otot memendek bagi menghasilkan daya.
12. Di antara berikut yang manakah menunjukkan ciri-ciri fiber otot.

I Setiap fiber otot diliputi selaput tisu


II Diameternya boleh mencapai 100 mm
III Setiap fiber berjalur
IV Mengandungi banyak nukleus

A. I dan II sahaja
B. I, II dan III sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV

13. Pilih aktiviti yang melatih otot yang betul.

Aktiviti Otot Utama


A. Bench Press Pectoralis Major
B. Half Squat Gastrocnemius
C. Calf Raise Quadriceps
D. Tricep Extension Biceps Brachii

14. Nyatakan jenis penguncupan otot semasa perlakuan menolak dinding dengan
siku bengkok

A. Isometrik
B. Isokinetik
C. Isotonik
D. Esentrik

15. Nyatakan otot agonis semasa gerakan fleksi lengan

A. Triceps brachii
B. Biceps brachii
C. Brakioradialis
D. Brakialis

16. Di antara berikut yang manakah menunjukkan penguncupan Isotonik

A. Semasa perlakuan mengangkat dumbell


B. Semasa perlakuan menolak dinding dengan kedudukan siku bengkok
C. Semasa membuat latihan menggunakan mesin ‘Multi-gym’
D. Semasa perlakuan menolak pintu yang terkunci
17. Di antara berikut yang manakah aktiviti yang melatih otot Gastrocnemius

A. Calf Raise
B. Haif Squat
C. Bench Press
D. Dumbell

Membran berserat yang menyaluti beberapa fiber otot bagi


membentuk berkas fiber otot

18. Pernyataan di atas merujuk kepada jenis tisu penghubung ……..


A. Endomisium
B. Tendon
C. Epimisium
D. Perimisium

19. Jantung berperanan menerima dan mengepam darah. Apakah yang


dimaksudkan dengan keluaran jantung ?

A Jumlah isipadu darah yang dipam oleh atrium ke ventrikal dalam masa
satu minit
B Jumlah isipadu darah yang dipam keluar oleh ventrikal dalam masa satu
minit
C Jumlah isipadu darah yang dipam masuk semula ke jantung dalammasa
satu minit
D Jumlah isipadu darah yang dipam keluar oleh atrium dalam masa satu
minit

20. Sistem peredaran darah terbahagi kepada dua kitaran antaranya kitaran
sistemik. Apakah yang anda faham dengan kitaran di atas.

A Membolehkan darah beroksigen dan neutrin dibawa ke organ-organ badan


dan membawa semula darah nyahoksigen ke jantung
B Membawa darah nyahoksigen ke paru-paru untuk pertukaran gas sebelum
darah beroksigen kembali ke jantung.
C Membawa darah nyahoksigen ke jantung dan terus ke paru-paru untuk
pertukaran gas dan kembali ke jantung
D Membawa darah beroksigen ke jantung terus ke paru-paru dan ke jantung
semula
21 a. Apakah jenis pengucupan otot sekiranya otot itu mengalami tekanan tetapi
tidak
memendek atau memanjang

b. Huraikan dua jenis penguncupan otot yang lain

c. Berikan satu aktiviti yang melibatkan jenis penguncupan otot dalam 21(a)

22.

a. Rajahdi atas menunjukkan dua jenis langkah pembelajaran. Namakan


kedua-dua
langkah pembelajaran di atas.

b. Jelaskan secara ringkas ciri satu daripada langkah pembelajaran di atas.

23. Nyatakan maksud;


i) Antagonis --------------------------------- -----------------------------------------

ii) Agonis -----------------------------------------------------------------------------

iii) Sinergis --------------------------------- --------------------------------------------

24. a) Nyatakan jenis-jenis fiber otot.


b) Bezakan fungsi-fungsi fiber tersebut.

25) Terdapat beberapa jenis sendi pada struktur tubuh manusia. Namakan 3 jenis
sendi yang terdapat pada tubuh manusia.

26. Terdapat tujuh Peraturan Am Pertandingan MSSM, senaraikan empat


daripadanya.

27 .Lengkapkan jadual di bawah

Komponen kecergasan fizikal Komponen kecergasan fizikal


berasaskan kesihatan berdasarkan lakuan motor
Kump. Lemak

Kump. Karbohidrat

28. Rajah menunjukkan Piramid Makanan.

a) Labelkan M dan N.

b) Nyatakan salah satu contoh makanan yang terdapat pada M

c) Mengapakah makanan pada kumpulan M penting untuk kesihatan tubuh badan

6. Makanan yang seimbang dapat membekalkan nutrien yang baik terhadap atlit.
Pemakanan yang baik merujuk kepada pengambilan makanan yang pelbagai
merangkumi pelbagai nutrien.

A) Bezakan antara nutrien essential dengan bukan essentia

B) Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan makronutrien

C) Berikan satu kepentingan kolesterol dalam sistem biologi manusia

Anda mungkin juga menyukai