Anda di halaman 1dari 3

TAHUKAH ANDA APA ITU INFLASI?

Apa itu inflasi? Inflasi adalah suatu keadaan ekonomi di mana berlaku kenaikan harga barang ataupun perkhidmatan yang berterusan. Antara punca-puncanya adalah: a) apabila bekalan barangan dan perkhidmatan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan, b) pengeluaran barangan yang meningkat ataupun c) bekalan wang meningkat melebihi bekalan barangan atau perkidmatan.

Kesan-kesan negatif inflasi. a) Kadar inflasi yang tinggi akan meningkatkan kos hidup rakyat dan akan mengurangkan taraf hidup mereka. Agihan faktor-faktor pengeluaran juga tidak cekap dan akan merugikan ekonomi berkenaan. b) Sewaktu ekonomi menghadapi inflasi, kesan agihan amat dirasai. Bagi mereka yang menabung, yang menerima pencen, yang memiliki bon dan polisi insuran, nilai sebenar (dalam ertikata kuasabeli wang) tabungan, nilai pencen, nilai bon atau polisi insuran mereka merosot. Ini kerana sewaktu inflasi, kadar faedah benar adalah rendah dan mungkin negatif berbanding dengan keadaan tanpa inflasi. c) Inflasi juga akan memberi kesan kepada pelaburan dalam negara. Dengan meningkatnya paras harga, pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang dieksport boleh kehilangan daya saing. Dengan kehilangan daya saing ini, pendapatan eksport akan

menurun dan ini akan mengurangkan pelaburan dalam industri-industri berkenaan.

Contoh kesan inflasi: # Skrg jumlah kos pengajian degree di IPTA = RM 25,000, manakala kadar inflasi semasa = 3.5%. Katakan anda mempunyai anak berumur 2 tahun, dlm masa 15 tahun lagi dia akan melanjutkan pelajaran ke IPTA..! Jumlah kos pengajian degree di IPTA tahun 2027 boleh mencecah hingga = RM25,000.00 x (1 + 0.035)^15 = RM41,883.70. Oleh itu, ELAKKAN masalah kewangan ini berlaku kepada diri anda kelak..!!

Cara-cara menghadapi inflasi: Jangan beli semasa harga tinggi. Beli semasa ditawarkan rendah. Elakkan pembaziran, berjimat dan beli apabila perlu sahaja mengikut perancangan perbelanjaan dan kemampuan Dapatkan harga terbaik dengan cara tawar-menawar jika dapat dilakukan Pengguna dan pengeluar perlu beretika.

Option lain yang boleh anda lakukan adalah dengan menyimpan wang anda dalam unit amanah saham seperti ASB,ataupun Public Mutual kerana usaha ini boleh memberi manfaat dengan cara mengenalpasti produk pelaburan yang baik dengan jangkaan pulangan/dividen berpatutan yang jauh lebih tinggi daripada kesan negatif inflasi. Selain itu, anda boleh juga membeli emas kerana emas adalah kebal inflasi. Sekian terima kasih kerana mendengar.

# Anda boleh memaksimumkan wang KWSP anda melalui pelaburan dalam Public Mutual. Pulangan KWSP tahun lepas hanya 5%. Tapi pulangan Unit Amanah Public Mutual tahun lepas ada yang mencecah 33%. Oleh itu jangan lepaskan peluang ini. Bahkan anda juga boleh membuat pelaburan dalam Public Mutual dengan nilai pelaburan permulaan yang rendah.

Anda mungkin juga menyukai