Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PENDAFTARAN DAN MINGGU ORIENTASI TINGKATAN ENAM SMK KOTA

SAMARAHAN
SMK Kota Samarahan- Pendaftaran pelajar baharu STPM sesi 2015-2016 telah
diadakan di Bilik Mesyuarat pada Selasa, 05 Mei 2015. Seramai 118 calon aliran
Sastera telah ditawarkan tempat di SMK Kota Samarahan. Pada hari pertama
seramai 65 pelajar telah mendaftar masuk. Pada hari pendaftaran ini perkara
yang ditekankan adalah pengurusan dokumen dan pengurusan diri. Pelajar telah
diedarkan
dengan
aktiviti
sepanjang
minggu
yang
akan
diikuti.

Hari kedua ,Rabu(06.Mei 2015) merupakan bermulanya Minggu Orientasi hingga


15 Mei 2015. Semua pelajar dikumpulkan di Bilik Kuliah dan majlis bermula
dengan ucapan Penolong Kanan Ting.Enam En.Yatiman Karsodikromo. Beliau
seterusnya memberi taklimat berkaitan perjalanan minggu orientasi selain
menerangkan berkaitan dengan e-rayuan, tukar sekolah, tukar jurusan, tukar
elektif. Sementara penyelaras Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah menerangkan Etika
Pakaian Pelajar Pra Universiti seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil.2 (2014).

Hari ketiga, Khamis (07.Mei 2015), minggu orientasi diteruskan dengan En.Salhi
Ayan selaku penyelaras Kokurikulum menerangkan tentang Pengurusan Koko da
Program Khidmat Masyarakat sementara Cik Nurafilla menerangkan tentang
Pengurusan Persatuan Pelajar Pra Universiti (PPU). Seterusnya Penolong Kanan
Ting.6 mendedahkan pelajar kepada penyediaan Kertas Kerja Program dan
meminta pelajar menghasilkan satu kertas kerja yang akan dilaksanakan.

Hari keempat Jumaat (08 Mei 2015), Unit Bimbingan & Kaunseling di bawah
Pn.Noorsalehan dan En.Hossein Sedi mengambil alih program sehari. Antara
aktiviti yang dilakukan adalah Soal Selidik Inventeri Minat Kerjaya dan Personaliti
Diri.

Hari Kelima, Isnin (11 Mei 2015), En.Andrew Chan menerangkan tentang
pengunaan peta i-Think sebagai satu alat dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar telah diberi tugasan untuk menghasilkan peta i-thnk. Program diteruskan
dengan pendedahan KBAT/HOTS dalam PdP oleh En.Yatiman. Program ini sangat
penting memandangkan soalan-soalan STPM banyak menerapkan KBAT .
Seterusnya Pn.Anita Shawal mengajar pelajar dengan Kemahiran Membuat
Power Point, salu lagi kemahiran yang perlu ada memandangkan pelajar akan
diminta membuat tugasan pembentangan. Pelajar juga didedahkan dengan
Kemahiran Mengakses Maklumat yang disampaikan oleh En.Berhim Aboi.
Kemahiran ini sangat penting supaya pelajar boleh mendapatkan maklumat
tambahan melalui internet dengan cara yang betul dan sahih.

Hari Keenam , Selasa (12 Mei 2015), bermulanya pengenalan kepada sukatan
matapelajaran STPM. Dua matapelajaran diperkenalkan iaitu Pengajian Am oleh
guru-guru Pengajian Am iaitu En.Berhim Aboi, Pn.Doris dan Pn.Lai Geok Hiong.
Pelajar didedah dengan sukatan pelajaran Kertas 1,2,3 dan 4 begitu juga dengan
Kertas Bahasa Melayu. Pn.Suhazana, Pn.Salviah dan Pn.Suhaila menerangkan
sukatan pelajaran Kertas 1,2,3 dan 4.

Hari Ketujuh, Rabu (13Mei 2015) pelajar didedah pula sukatan pelajaran Sejarah
1,2,3,4 oleh En.sylvester dan Seni Visual oleh En.Raziman dan Hjh.Nurmawati
Zaman.
Pada Hari kelapan, Khamis (14 Mei 2015), semua pelajar didedahkan dengan
Kertas Pengajian Perniagaan oleh Nurafilla dan KMK oleh En.Abang Musa serta
Kertas MUET oleh En.Joseph, Andrew dan Celestine.

Hari terakhir orientasi adalah pada 15 Mei 2015 bersamaan Hari Jumaat. Majlis
khas diadakan bersama ibubapa pelajar iaitu Sesi Taklimat Sistem Pentaksiran
Baharu STPM Bersama Ibubapa & Majlis Penangguhan Orientasi. Majlis dimulakan
dengan ucapan Pengetua yang diwakili oleh Penolong Kanan Pentadbiran

Pn.Hjh.Aiwan@Noraini Binti Alli dan seterusnya ucapan aluan oleh En.Yatiman Bin
Karsodikromo. Pengisian program bersama ibubapa ialah Pengenalan
Pengeredan Sistem Modular oleh En.Andrew Chan, Hala Tuju selepas STPM oleh
Pn.Noorsalehan, Kegiatan Koko oleh En.Salhi Ayan , Sesi Memperkenalkan Guru
dan Bacaan Ikrar pelajar sebelum majlis bersurai pada jam 11.30 pagi.

Sebahagian Ibu bapa yang hadir

Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran Hjh.Aiwan dan En.Andrew Chan

Penolong Kanan Tingkatan Enam memberi taklimat dan juga penerangan Hala
Tuju STPM oleh Kaunslor Sekolah

Sesi memperkenalkan guru-guru Tingkatan Enam

Disediakan oleh
En.Yatiman Karsodikromo
Pen.Kanan Ting.Enam
SMK Kota Samarahan

Bacaan Ikrar Pelajar