Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirahmanirrahim,

Yang Dihormati
Yang Berbahagia.

EPRD

dan rakan-rakan seperjuangan


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya dapat kita
berkumpul dalam Program Lawatan Penanda Aras ini. Saya mewakili pihak Universiti Malaysia
Sabah (UMS) merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan atau lebih dikenali sebagai EPRD kerana menerima kunjungan
kami dan seterusnya meluangkan masa untuk bersama-sama kami hingga ke akhir program.
Bagi pengetahuan semua, lawatan penanda aras merupakan lawatan kerja yang sewajarnya di
buat sama ada dalam daerah atau melangkaui ke negeri-negeri lain malahan ke luar negara.
Lawatan kerja secara perkongsian ilmu ini dapat memotivasikan dalam kalangan yang terlibat
bahkan perkongsian pengalaman dalam pengurusan sesebuah organisasi dalam meningkatkan
mutu dan kualiti pengurusan.
Sejajar itu, pihak kami yang merupakan Pelajar Master Pengurusan Pendidikan Semester Tiga
memilih EPRD sebagai tempat utama lawatan kerana ingin meninjau amalan kepimpinan,
pengurusan dan kualiti pentadbiran pihak EPRD. Pihak kami juga ingin membina perkongsian
pintar dalam ilmu kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran yang diamalkan. Bertepatanlah
dengan subjek yang kami ambil semester ini iaitu, Pengurusan Kualiti dalam Pendidikan
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa
Kerja yang bekerja keras dan bertungkus-lumus bagi menjayakan program ini meskipun terhimpit
dengan tugasan-tugasan yang lain. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung memberikan
kerjasama serta menyumbang tenaga dalam menjayakan program lawatan ini.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan yang
tidak terhingga kepada Dr Roslee dan semua pihak EPRD yang sudi menerima kehadiran kami
pada hari ini. Besar harapan saya agar program yang dianjurkan ini dapat melahirkan insan guru
yang berkualiti dan berketrampilan tinggi. Semoga bentuk kerjasama dan komitmen yang terjalin
ini, dapat diteruskan pada masa-masa akan datang bagi menjayakan program seumpamanya.

Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillahirahmanirrahim,
Yang Dihormati
Yang Berbahagia.
dan rakan-rakan seperjuangan

BPK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya dapat kita
berkumpul dalam Program Lawatan Penanda Aras ini. Saya mewakili pihak Universiti Malaysia
Sabah (UMS) merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian BPK kerana menerima kunjungan
kami dan seterusnya meluangkan masa untuk bersama-sama kami hingga ke akhir program.
Bagi pengetahuan semua, lawatan penanda aras merupakan lawatan kerja kami yang merupakan
Pelajar Master Pengurusan Pendidikan Semester Tiga. Pada semester ini juga, kami mengambil
subjek Isu Semasa Komputer dalam Pendidikan. Oleh hal yang demikian, kami sebulat suara
untuk menjalankan program ini ke BPK untuk melihat isu-isu dalam pelaksanaan mata pelajaran
TMK dan pendedahannya di sekolah. Selain itu, pihak kami juga ingin membina perkongsian
pintar dalam pengurusan prosedur kerja dan pentadbiran BPK. Di samping itu, lawatan ini
bertujuan untuk memahami penggunaan dan keperluan teknologi maklumat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa
Kerja yang bekerja keras dan bertungkus-lumus bagi menjayakan program ini meskipun terhimpit
dengan tugasan-tugasan yang lain. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung memberikan
kerjasama serta menyumbang tenaga dalam menjayakan program lawatan ini.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan yang
tidak terhingga kepada semua pihak BPK yang sudi menerima kehadiran kami pada hari ini. Besar
harapan saya agar program yang dianjurkan ini dapat melahirkan insan guru yang celik IT dan
mahir ICT. Semoga bentuk kerjasama dan komitmen yang terjalin ini, dapat diteruskan pada
masa-masa akan datang bagi menjayakan program seumpamanya.

Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai