Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PROGRAM ANAK ANGKAT


KLKM UITM TAPAH

KERTAS KERJA

PROGRAM ANAK ANGKAT


KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA
UITM TAPAH, PERAK

TARIKH : 13 – 14 JANUARI 2017

TEMPAT : KAMPUNG SUNGAI TIRAM, LEKIR, SITIAWAN, PERAK.

ANJURAN : KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA,


UiTM PERAK, KAMPUS TAPAH.

PROGRAM ANAK ANGKAT


KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA, UITM TAPAH.
1
KERTAS KERJA
PROGRAM ANAK ANGKAT
KLKM UITM TAPAH
KERTAS KERJA PERMOHONAN
PROGRAM PENANAMAN POKOK BAKAU
ANJURAN KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (PERAK)

1. PENDAHULUAN

Program anak angkat adalah suatu khidmat masyarakat ahli kelanasiswa untuk
mengeratkan hubungan ahli kelanasiswa bersama penduduk kampung dengan
memberikan khidmat dan bakti mereka terhadap penduduk kampung. Di samping itu,
program anak angkat ini dapat memberikan pendedahan suasana perkampungan dan cara
hidup masyarakat yang tinggal di kawasan kampung dalam aktiviti seharian mereka.
Kehidupan di kampung lebih dikenali dengan kawasan yang kurang gejala negative dan
masih tidak terdedah dengan budaya barat. Oleh itu, ahli kelanasiswa hendaklah
mengambil pengajaran dan panduan sepanjang aktiviti ini berlangsung. Aktiviti ini
dirancang untuk memenuhi aspirasi pendidikan yang menuntut para ahli kelanasiswa
untuk mengalami pembelajaran dan pengalaman di luar kawasan universiti di samping
mengiktiraf aktiviti yang mereka lakukan dengan lencana perkhidmatan.

2. OBJEKTIF PERMOHONAN
i. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli kelanasiswa bersama penduduk
kampung dengan memberikan khidmat masyarakat yang dapat meringankan beban
penduduk kampung.
ii. Memupuk semangat perpaduan dalam diri ahli kelanasiswa dengan penduduk
kampung dalam memastikan kelancaran aktiviti ini berlangsung.
iii. Membantu pelajar untuk mengambil inspirasi dan pengajaran tentang suasana dan
kehidupan di kampung yang masih tidak terdedah dengan anasir – anasir luar.
iv. Mendedahkan ahli kelansiswa terhadap suasana perkampungan, masyarakat dan
alam sekitar serta meningkatkan sifat kepimpinan dan kemahiran berkomunikasi
mereka dengan pihak atau agensi luar.
v. Memupuk semangat setiakawan dan kerjasama dalam kalangan ahli kelanasiswa
sekaligus mengerat ikatan persahabatan di antara mereka serta keluarga angkat.

3. HASIL PROGRAM

Remaja Kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum adalah salah satu daripada


komponen yang diperlukan untuk melahirkan mahasiswa yang cemerlang dan seimbang
selain daripada kecemerlangan dalam bidang akademik. Kumpulan Pengakap yang
efektif boleh berfungsi sebagai benteng untuk para ahli kelanasiswa daripada terjerumus
di dalam gejala sosial. Di samping itu, dapat memupuk semangat kerjasama yang utuh
dalam kalangan ahli kelanasiswa dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi mereka
dengan agensi luar. Kejayaan dalam merealisasikan program khidmat masyarakat anak
angkat oleh Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia UiTM Tapah dapat mengiktiraf
ahli-ahli kelanasiswa dengan lencana perkhidmatan searus dengan matlamat Kumpulan
Latihan Kelanasiswa Malaysia UiTM Tapah dalam mengumpul lencana untuk mencapai
anugerah Baden Powell.

PROGRAM ANAK ANGKAT


KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA, UITM TAPAH.
2
KERTAS KERJA
PROGRAM ANAK ANGKAT
KLKM UITM TAPAH

4. KERJASAMA ANTARA PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN

i. JKKK KAMPUNG SUNGAI TIRAM, LEKIR


- Mengajar sosioekonomi kampung kepada para peserta (kraftangan, dll)
- Sepuluh buah keluarga yang akan menerima peserta sebagai anak angkat
- Membersihkan 5 buah rumah orang – orang tua (tunggal, tidak mempunyai anak)
- Bersama-sama membantu dalam menjayakan program anak angkat

5. TARIKH PROGRAM

13 – 15 JANUARI 2017

6. TEMPAT PROGRAM

Kampung Sungai Tiram, Lekir, Sitiawan, Perak.

7. JUMLAH PESERTA

Anggaran 40 Orang Peserta

8. LAMPIRAN

a) Anggaran Perbelanjaan Program


b) Tentatif Program

9. JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat 1 : Siti Nabilah Bt Mohd Shaari


Penasihat 2 : Mohd Rafhan Bin Jaafar
Pengarah Projek : Nur Syahirah Bt Abdul Ranin
Naib Pengarah Projek : Syaza Hadirah Bt Mohd Yusri
Setiausaha : Nur Quraitul Aini Bt Muhammad Nazri
Bendahari : Siti Noor Afiqah Bt Rahmat
Ajk Tugas – tugas Khas : Muhammad Hilmi Bin Mohmad Shukri
Ajk Kebajikan dan Helwanis : Nur Amirah Bt Mohd Apandi
Ajk Aktiviti : Che Alim Amirul Bin Che Salmi
Ajk Protokol : Nurul Afifah Bt Ismail
Ajk Makanan : Nurul Fatihah Bt Ismail
Ajk Publisiti dan AV : Noor Asyakireen Bt Rodzee
Ajk Perhubungan Luar : Nur Syahirah Bt Abdul Ranin
Ajk Pendaftaran : Aziyah Bt Mohd Azri
Ajk Keselamatan : Muhammad Naim Bin Muhammad Jamil
Ajk Kerohanian : Muhammad Naqiuddin Bin Noraswari
Ajk Logistik : Ahmad Munaji Bin Mohd Shukri

PROGRAM ANAK ANGKAT


KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA, UITM TAPAH.
3
KERTAS KERJA
PROGRAM ANAK ANGKAT
KLKM UITM TAPAH
10. HARAPAN

Diharapkan agar program seperti ini dapat dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti ahli
kelanasiswa dalam membina jati diri agar tidak terdedah dengan perkara – perkara negatif
dan dapat berkhidmat dengan sepenuh hati dalam membantu penduduk kampung.
Dengan izin Tuhan agar program seperti ini tetap diadakan bagi mencapai objektif dan
matlamat sebenar yang dapat memberi banyak manfaat kepada ramai pihak.

11. PENUTUP

Secara kesimpulannya, program ini merupakan program yang dapat mengeratkan


hubungan silaturrahim antara ahli kelanasiswa bersama penduduk kampung dengan
berbakti kepada mereka serta dapat mengambil aura positif yang terdapat di kampung
tersebut.

Disediakan Oleh Disahkan Oleh

……………………………….. ……………………….……..
(NUR SYAHIRAH BINTI ABDUL RANIN) (SITI NABILAH BINTI MOHD SHAARI)
Pengarah Projek, Penasihat,
“Program Anak Angkat” Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia
Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Teknologi MARA (Perak), Kampus Tapah
Universiti Teknologi MARA (Perak),
Kampus Tapah

PROGRAM ANAK ANGKAT


KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA, UITM TAPAH.
4
KERTAS KERJA
PROGRAM ANAK ANGKAT
KLKM UITM TAPAH

LAMPIRAN A

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM


BIL PERKARA JUMLAH (RM)
1 MAKANAN
 Makan Malam RM6 x 2 Hari x 40 Orang 480
 Sarapan RM3 x 2 Hari x 40 Orang 240
 Makan Tengah Hari RM6 x 2 Hari x 40 Orang 480
 Jamuan Penutup RM3 x 1 Hari x 40 Orang 120

2 PENGINAPAN
Keluarga Angkat RM50 x 10 Buah Keluarga 500
3 PERSIAPAN & PERALATAN
 Peralatan Sukaneka RM4 x 40 Orang 160
 Banner RM100 x 1 Unit 100
4 PERCETAKAN
 Sijil Penyertaan RM4 x 40 Orang 160
 Tag Nama Peserta RM1 x 40 Orang 40
 Gambar Dan Laporan RM15 15
5 PENGANGKUTAN
Bas 2 Hala Memohon Kepada
Pentadbiran UiTM
Perak
7 KOS PELBAGAI
 Hadiah RM30 x 3 Hamper x 4 360
Aktiviti
JUMLAH KESELURUHAN 2,655

PROGRAM ANAK ANGKAT


KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA, UITM TAPAH.
5
KERTAS KERJA
PROGRAM ANAK ANGKAT
KLKM UITM TAPAH

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM
13 Januari 2017 (Jumaat)
1600 – 1730 Bertolak dari UiTM Tapah
1730 – 18345 Tiba di Kampung Sungai Tiram / Solat Asar / Majlis Penyerahan Anak
Angkat / Makan Malam
1845 – 2015 Pulang Ke Rumah Keluarga Angkat / Bersihkan Diri / Solat Maghrib
2015 – 2230 Tiba Di Dewan / Taklimat & Pembahagian Tugas
2230 Bersurai

14 Januari 2017 (Sabtu)


0530 – 0600 Bangun Pagi / Mandi
0600 – 0700 Solat Subuh
0700 – 0800 Berkumpul Di Dewan / Senaman Pagi / Sarapan Pagi
0800 – 1230 Membersihkan Rumah Orang – Orang Tua ( 5 Buah Rumah )
1230 – 1400 Makan Tengah Hari / Solat Zohor
1400 - 1830 Aktiviti Sukaneka ( Tarik Upih Pinang, Mencari Keluarga (Mata
Tertutup), Permainan Futsal Berkain Pelikat ) / Pertandingan Mewarna
1830 Makan Malam / Bersurai / Pulang Ke Rumah / Aktiviti Bersama
Keluarga

15 Januari 2017 (Ahad)


6000 - 1200 Solat Subuh / Berkumpul Di Dewan / Sarapan Pagi / Mengutip Sampah
Dann Cengkerang Di Pesisir Hutan Paya Bakau
1200 – 1400 Makan Tengah Hari / Solat Zohor
1400 – 1530 Melawat Kraftangan Di Kawasan Kampung
1530 - 1630 Majlis Penutup / Penyampaian Sijil
1630 – 1730 Jamuan Penutup / Solat Asar
1730 Pulang ke UiTM Tapah

PROGRAM ANAK ANGKAT


KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA, UITM TAPAH.
6

Anda mungkin juga menyukai