Anda di halaman 1dari 23

1.

0 PENGENALAN

Pemprograman Linear telah dicipta pada tahun 1939 oleh seorang ahli matematik yang
berusia bernama L.V. Kantorivich. Beliau telah menemui pemprograman linear pertama yang
berjudul “Mathematical Methods In The Organization and Planning of Programme”. Dengan
bantuan buku ini, beliau telah merumuskan persoalan Pemprograman Linear. Beberapa ahli
matematik telah merujuk kepada penemuan L.V. Kantorivich untuk menyelesaikan masalah
yang sedang berkembang pada saat itu, iaitu peperangan. Walau bagaimanapun, cara-cara
menyelesaikan masalah menggunakan pemprograman linear di Rusia tidak berkembang baik
kerana ahli-ahli di negara Barat mampu menggunakan cara tersendiri untuk menyelesaikan
mereka.

Pemprograman linear merupakan satu cara penyelesaian masalah yang telah dibuat untuk
membantu manusia membuat keputusan. Hal ini demikian kerana setiap perusahaan atau
organisasi memiliki had atas sumber, baik had dalam jumlah bahan, ruang tenaga, jam kerja,
mesin, peralatan mahupun modal. Dengan menggunakan had ini, perusahaan pihak organisasi
perlu merancang strategi yang dapat mengoptimumkan hasil yang dicapai, sama ada
keuntungan maksimum atau pembiayaan yang minimum. Pelbagai cara telah dikemukakan
untuk tujuan itu, salah satunya adalah pemprograman linear. Pemprograman Linear merupakan
sesuatu kaedah matematik yang dapat mencapai suatu matlamat sekaligus memaksimumkan
keuntungan dan meminimumkan kos dengan adanya sumber yang terbatas.

Pemprograman Linear adalah salah satu cabang ilmu matematik yng mempunyai pelbagai
manfaat dan kegunaan dalam kehidupan seharian. Pemprograman Linear ini juga boleh
diterapkan dalam sektor ekonomi, industri, sosial dan lain-lain. Misalnya dalam bidang
pendidikan, pempograman linear dapat memudahkan pengajar dalam membuat jadual kuliah
dan sekolah, serta pembahagian kerja dan menyusun bahan kuliah mengenai kurikulum.
Manakala dalam sektor perindustrian, pemprograman linear ini telah memudahkan usaha untuk
mengelola perusahaan kecil dalam mengurangkan kerugian dan meningkatkan keuntungan.
Pemprograman Linear mudah diterapkan untuk petani, pengusaha atau orang awam dalam
menyelesaikan masalah harian.

Pada tahun 1947, seorang ahli matematik dari Amerika Syarikat iaitu George Dantzig
telah menemui satu cara untuk menyelesaikan masalah pemprograman linear. Cara tersebut
dinamakan “Simplex Method”, yang dihuraikan dalam buku “Linear Programming and

1
Extention”. Teori ini berkembang dengan amat pesat terutama dalam bidang ketenteraan yang
mana menitik beratkan strategi-strategi peperangan dan dalam bidang-bidang lain.

Secara umumnya, pemprograman linear boleh dikatakan merupakan salah satu teknik
menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan nilai maksimum dan minimum
terutamanya keuntungan maksimum serta kos pengeluaran minimum. Masalah pemprograman
linear merupakan sejenis masalah yang bertujuan untuk menentukan nilai berubah dan
objektifnya adalah untuk mencari nilai maksimum atau nilai minimum dengan
mempertimbangkan kekangan yang ada iaitu ketidaksamaan linear.

Tuntasnya, pemprograman linear merupakan suatu teknik matematik yang mampu


membawa manfaat kepada orang ramai terutamanya para usahawan dan pendidik. Teknik
matematik ini telah banyak memberi sumbangan dalam pengiraan nilai maksimum dan nilai
minimum bagi sesuatu benda dan kita seharusnya menggunakan teknik ini dengan baik dan
bijak.

2.0 Memaksimumkan Keuntungan Dalam Bidang Ekonomi

Pemprograman linear pada hari ini boleh diaplikasikan dalam bidang ekonomi dan ianya
adalah sangat berguna kepada para usahawan yang ingin memajukan perniagaan mereka.
Pemprograman linear boleh memudahkan individu yang menceburi dalam bidang ekonomi
untuk mencari keuntungan maksimum bagi perusahaan mereka.

Contoh 1:

Lee & Sham Corporation diyakini oleh pengedar di mana terdapat pasaran yang sedia
ada bagi kedua-dua jenis kasut tersebut. Kenyataannya, pembekal terlalu yakin kepada kepada
pasaran sekiranya Lee & Sham boleh membuat kasut tersebut pada harga yang boleh bersaing
di pasaran, pembekal akan bersetuju untuk membeli semua apa yang Lee & Sham boleh
keluarkan dalam masa tempoh dua bulan yang akan datang. Selepas membuat penyiasatan
bagi setiap langkah yang terlibat dalam membuat kasut tersebut, Lee & Sham telah mengenal
pasti setiap jenis kasut yang dikeluarkan adalah perlu melalui operasi berikut:

2
Yang pertama, memotong dan mewarna bahan mentah. Selepas proses tersebut ialah
proses menjahit. Kemudian ialah proses kemasan seperti memasukkan getah tapak kasut, tali
kasut dan sebagainya. Proses terakhir ialah pemeriksaan dan pembungkusan.

Pengarah pengilangan telah menganalisis setiap operasi dan membuat kesimpulan di


mana sekiranya syarikat mengeluarkan kasut sekolah, setiap kasut yang dikeluarkan
7 1
memerlukan jam di dalam jabatan pemotongan dan warna, jam di jabatan jahitan, 1 jam di
10 2
1
jabatan kemasan, dan jam di dalam jabatan pemeriksaan dan pembungkusan. Manakala
10
5
kasut sukan pula memerlukan 1 jam di jabatan pemotongan dan mewarna, 6
jam untuk
2 1
menjahit, 3 jam masa kemasan, dan 4 jam bagi masa pemeriksaan dan pembungkusan. Semua

maklumat pengeluaran adalah diringkaskan di dalam jadual 1.

Jabatan perakaunan telah menganalisis angka pengeuaran ini, mengenakan semua kos
berubah yang sesuai, dan mendapati harga setiap kasut menghasilkan sumbangan keuntungan
dan overhead sebanyak RM10 bagi setiap kasut sekolah dan RM9 bagi setiap kasut sukan
yang dikeluarkan. Selepas mengkaji unjuran beban kerja jabatan, pengarah pengilangan
menganggarkan hanya 630 jam masa untuk aktiviti pemotongan dan mewarna. Manakala,
untuk aktiviti menjahit pula, 600 jam diperlukan. Selain itu, 708 jam masa diperlukan bagi
menjalankan kerja-kerja kemasan dan 135 jam diperlukan untuk tujuan pemeriksaan dan
pembungusan yang ada untuk pengeluaran kasut dalam masa tiga bulan yang berikutnya.

Masalah yang dihadapi oleh syarikat Lee & Sham Corporation dalam pengeluaran ini
ialah bagi menentukan jumlah pengeluaran kasut sekolah dan juga kasut sukan yang perlu
untuk dihasilkan sekali gus mampu memaksimumkan keuntungan syarikat tersebut.

CARA PENYELESAIAN

Langkah 1:

Menulis maklumat yang diberikan di dalam jadual.

3
Jadual 1: Operasi Pengeluaran Sepasang Kasut

Operasi Pengeluaran dan Keperluan Pengeluaran Sepasang Kasut

MASA PENGELUARAN (jam)

Keluaran Pemotongan Menjahit Kemasan Pemeriksaan


dan Mewarna dan
Pembungkusan

Kasut sekolah 7 1 1 1
10 2 10

Kasut sukan 1 5 2 1
6 3 4

Buruh yang ada 630 600 708 135

( jam )

Langkah 2: Menentukan x dan y dalam masalah pemprograman linear

X = bilangan kasut sekolah yang perlu dikeluarkan

y = bilangan kasut sukan yang perlu dikeluarkan

Langkah 3: Memandangkan jumlah kasut sekolah dan kasut sukan tidak kurang daripada 0,

Maka x ≥ 0 dan y ≥ 0

Langkah 4: Menentukan fungsi objektif bagi masalah pemprograman linear

Keuntungan, p = 10x + 9y

max p = max 10x + 9y

4
Langkah 5: Membentuk ketaksamaan dari maklumat dalam jadual di atas.

7/10x + 1y ≤ 630

1/2x + 5/6y ≤ 600

1x + 2/3y ≤ 708

1/10x + 1/4y ≤ 135

x≥0

y≥0

Langkah 6: Mencari nilai x dan y untuk semua ketaksamaan.

Ketaksamaan 7/10x + y ≤ 630

Apabila x = 0, y = 630

Apabila y = 0, 7/10x = 630, x → 900

Ketaksamaan 1/2x + 5/6y ≤ 600

Apabila x = 0, 5/6y = 600, y → 720

Apabila y = 0, 1/2x = 600, x → 1200

Ketaksamaan x + 2/3y ≤ 708

Apabila x = 0, 2/3y = 708, y → 1062

Apabila y = 0, x = 708

Ketaksamaan 1/10 + 1/4y ≤ 135

Apabila x = 0, 1/4y = 135, y → 540

Apabila y = 0, 1/10x = 135, x → 1350

5
Langkah 7: Melakarkan graf bagi menunjukkan semua ketaksamaan yang dinyatakan

6
Langkah 8: Untuk menentukan titik maksimum

Katakan 10x + 9y ≤ 1800

Apabila x = 0, 9y = 1800, y → 200

Apabila y = 0, 10x = 1800, x → 180

7
8
Disebabkan titik maksimum berada pada persilangan garis x + 2/3y = 708 dan garis 7/10x + y =
630, oleh itu untuk mencari koordinat (x,y) titik persilangan tersebut, caranya ialah:

x + 2/3y = 708 ….. (1)

7/10x + y = 630 ….. (2)

(7/10x + y = 630) × 2/3

7/15x + 2/3y = 420 ….. (3)

x + 2/3y = 708
- 7/15x + 2/3y = 420

8/15x = 288, x → 540


(540) + 2/3y = 708
2/3y = 168, y → 252

Titik persilangan pada koordinat, (540, 252)

Langkah 9: Mewakili keuntungan Lee & Sham Corporation dengan menggunakan persamaan
z = 10x + 9y
Penerangan: Keuntungan Lee & Sham Corporation melalui dua sumber:
(1) Keuntungan dengan membekal kasut sekolah, di mana sepasang kasut
sekolah yang dibekal akan memperolehi keuntungan RM10.
(2) Keuntungan dengan membekal kasut sukan, di mana sepasang kasut sukan
yang dibekal akan memperolehi keuntungan RM9

Langkah 10: Menggantikan koordinat titik maksimum ke persamaan z = 10x + 9y untuk


menentukan keuntungan maksimum

10(540) + 9(252) = 7668

9
Dengan membekalkan 540 pasang kasut sekolah dan 252 pasang kasut sukan, Lee & Sham
Corporation dapat memperolehi keuntungan maksimum sebanyak RM 7668.

3.0 Aplikasi Pemprograman Linear Dalam Kehidupan Seharian

Contoh 2

Perayaan kuih bulan menjelang tiba pada bulan September yang akan datang. Ibu ingin
membuat kuih bulan dan diagihkan kepada saudara mara yang terdekat. Untuk membuat satu
bekas kuih bulan perisa A memerlukan 5 biji telur dan 4 KG tepung. Manakala untuk membuat
satu bekas kuih bulan perisa B memerlukan 4 biji telur dan 2 KG tepung. Sekiranya telur yang
sedia ada hanya mempunyai 500 biji dan berat tepung yang ada hanya mempunyai 220kg,
jumlah kedua-dua kuih bulan yang dapat dihasilkan ialah berapa bekas?

CARA PENYELESAIAN

Langkah 1: Menulis maklumat yang diberikan ke dalam jadual

Jadual 2: Jenis dan Jumlah Bahan Yang Diperlukan

Telur (Biji) Tepung (Kg) Fungsi Objektif

Kuih Bulan Perisa A 5 4 x

Kuih Bulan Perisa B 10 2 y

≤ 500 ≤ 220

10
Langkah 2: Menentukan x dan y dalam masalah pemprograman linear

x = bilangan bekas kuih bulan perisa A

y = bilangan bekas kuih bulan perisa B

Langkah 3: Memandangkan jumlah kuih bulan perisa A dan kuih bulan perisa B tidak kurang
daripada 0,

Maka x ≥ 0 dan y ≥ 0

Langkah 4: Menentukan fungsi objektif bagi masalah pemprograman linear

Jumlah bekas yang dapat dihasilkan, m = x + y

max m = max x + y

Langkah 5: Membentuk ketaksamaan dari maklumat dalam jadual di atas

5x + 10y ≤ 500

4x + 2y ≤ 220

x≥0

y≥0

Langkah 6: Mencari nilai x dan y untuk semua ketaksamaan

Ketaksamaan 5x + 10y ≤ 500

Apabila x = 0, 10y = 500, y → 50

Apabila y = 0, 5x = 500, x → 100

11
Ketaksamaan 4x + 2y ≤ 220

Apabila x = 0, 2y = 220, y → 110

Apabila y = 0, 4x = 220, x → 55

Langkah 7: Melakarkan graf bagi menunjukkan semua ketaksamaan yang dinyatakan

12
Langkah 8: Mewakili jumlah kuih bulan yang dihasilkan, m dengan menggunakan persamaan

m = x+ y sebagai fungsi objektif

Langkah 9: Menentukan koordinat bucu A, B, C dan D bagi rantau tersaur

Untuk mencari koordinat bucu C →

5x + 10y = 500 …. (1)

4x + 2y = 220 …. (2)

(4x + 2y = 220) x 5

20x + 10y = 1100 …. (3)

(3) – (1)

20x + 10y = 1100

- 5x + 10y = 500

15x = 600

x = 40

4(40) + 2y = 220

2y = 220 – 160

2y = 60

y = 30

Koordinat bucu C, (40,30)

∴ Koordinat bucu A ialah (0,0)

Koordinat bucu B ialah (0,50)

13
Koordinat bucu C ialah (40,30)

Koordinat bucu D ialah (60,0)

Langkah 10: Menggantikan x dan y dalam persamaan m = x + y dengan koordinat kempat-


empat bucu untuk menentukan jumlah kedua-dua jenis kuih bulan yang dapat dihasilkan
oleh ibu.

Koordinat A (0,0) B (0,50) C (40,30) D (60,0)

bucu

m=x+y 0+0 0 + 50 40 + 30 60 + 0

=0 = 50 = 70 = 60

Memandangkan 70 merupakan nombor terbesar, oleh itu koordinat bucu C (40,30) merupakan
penyelesaian optimum bagi masalah pemprograman linear.

Jadi, jumlah kedua-dua jenis perisa kuih bulan yang dapat dihasilkan oleh ibu ialah 70 bekas.

4.0 Meminimumkan Kos Pengeluaran Dalam Perniagaan

Contoh 3

Lee Publication merupakan sebuah syarikat penerbitan buku dan terdapat dua cawangan iaitu
di Sarawak dan Pulau Pinang. Cawangan di Sarawak perlu sekurang-kurangnya menghasilkan
1000 naskah majalah dan kamus, manakala cawangan di Pulau Pinang perlu menghasilkan
800 naskah majalah dan kamus. Cawangan di Sarawak boleh mengahasilkan 10 naskah
majalah dan 5 buah kamus per jam, manakala cawangan di Pulau Pinang boleh menghasilkan
5 naskah majalah dan 15 buah kamus per jam. Kos yang diperlukan untuk menghasilkan

14
majalah dan kamus per jam masing-masing ialah RM20 dan RM 25. Berapakah kos minimum
yang ditanggung oleh Lee Publication?

Langkah 1: Menulis maklumat yang diberikan ke dalam jadual

Jadual 3: Jenis bahan bacaan yang diterbitkan

Cawangan Sarawak Cawangan Pulau Pinang

Majalah 10 5

Kamus 5 15

≥ 1000 ≥ 800

Langkah 2: Menentukan x dan y dalam masalah pemprograman linear

x = bilangan majalah

y = bilangan kamus

Langkah 3: Memandangkan jumlah majalah dan kamus tidak kurang daripada 0,

Maka x ≥ 0 dan y ≥ 0

Langkah 4: Menentukan fungsi objektif bagi masalah pemprograman linear

Kos minimum yang dapat dicapai, p = 20x + 25y

Langkah 5: Membentuk ketaksamaan dari maklumat dalam jadual di atas

15
10x + 5y ≥ 1000

5x + 15y ≥ 800

x≥0

y≥0

Langkah 6: Mencari nilai x dan y untuk semua ketaksamaan

Ketaksamaan 10x + 5y ≥ 1000

Apabila x = 0, 5y = 1000, y → 200

Apabila y = 0, 10x = 1000, x → 100

Ketaksamaan 5x + 15y ≥ 800

Apabila x = 0, 15y = 800, y → 53 1⁄3

Apabila y = 0, 5x = 800, x → 160

Langkah 7: Melakarkan graf bagi menunjukkan semua ketaksamaan yang dinyatakan

16
17
Langkah 8: Mewakili Kos minimum yang dapat dicapai, p dengan menggunakan persamaan

Kos minimum yang dapat dicapai, p = 20x + 25y sebagai fungsi objektif.

Langkah 9 : Menentukan koordinat bucu A, B, dan C bagi rantau tersaur

Untuk mencari koordinat bucu B →

10x + 5y = 1000 …. (1)

5x + 15y = 800 …. (2)

(5x + 15y = 800) x 2

10x + 30y = 1600 …. (3)

(3) – (1)

10x + 30y = 1600

- 10x + 5y = 1000

25y = 600

y = 24

10x + 5(24) = 1000

10x = 1000 – 120

10x = 880

x = 88

Koordinat bucu B, (88,24)

∴ Koordinat bucu A ialah (0,200)

Koordinat bucu B ialah (88,24)

Koordinat bucu C ialah (0,100)

18
Langkah 10: Menggantikan x dan y dalam persamaan p = 20x + 25y dengan koordinat ketiga-
tiga bucu untuk menentukan jumlah kos minimum yang dapat dicapai oleh Lee
Publication

Koordinat A (0,200) B (88,24) C (160,0)

bucu

p = 20x + 25y 0 + 5000 1760 + 600 3200 + 0

= 5000 = 2360 = 3200

Memandangkan 2360 merupakan nombor terkecil, oleh itu koordinat bucu B (88,24) merupakan
penyelesaian optimum bagi masalah pemprograman linear.

Jadi, jumlah kos minimum yang ditanggung oleh Lee Publication ialah sebanyak RM 2360.

19
5.0 PERBINCANGAN KRITIKAL DAN REFLEKTIF

Kelebihan Pemprograman Linear

Antara kelebihan pemprograman linear ialah dapat digunakan sebagai alat kuantitatif
untuk melakukan pengaturcaraan iaitu pemprograman linear ialah mudah digunakan
terutamanya jika menggunakan alat bantu elektronik seperti komputer dan kemudahan
internet. Seterusnya, boleh menggunakan banyak pembolehubah sehingga pelbagai
kemungkinan untuk memperoleh penggunaan sumber yang optimum dapat dicapai.
Fungsi objektif dapat difleksibelkan sesuai dengan tujuan penyelidikan atau
berdasarkan data yang tersedia ada.

Kelemahan Pemprograman Linear

Kaedah ini tidak boleh digunakan secara bebas dalam setiap keadaan, tetapi dihadkan
oleh andaian-andaian. Kaedah ini hanya boleh digunakan untuk satu tujuan misalnya
untuk memaksimumkan keuntungan atau mengurangkan kos pemprosesan. Selain itu,
sekiranya tidak terdapatnya alat bantu komputer, maka pemprograman linear yang
menggunakan banyak pemboleh ubah akan menyulitkan analisisnya dan mungkin tidak
boleh dibuat secara manual.

20
6.0 KESIMPULAN

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah keupayaan untuk mengaplikasikan


pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaaklukan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi, dan berupaya mencipta sesuatu.
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), terdapat enam aspirasi murid
untuk bersaing di peringkat global, salah satunya ialah kemahiran berfikir.

Taxonomy Bloom merupakan piramid yang menunjukkan elemen-elemen penting dalam


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Taxonomi berasal dari dua kata dalam bahasa Yunani
iaitu “tassein” yang bererti mengklasifikasi dan “nomos” yang bererti aturan. Jadi “Taxonomy”
bererti hierarki klasifikasi atas prinsip dasar atau aturan. Istilah ini kemudian digunakan oleh
Benjamin Samuel Bloom, seorang psikologi dalam bidang pendidikan yang melakukan
penelitian dan pengembangan mengenai kemampuan berfikir dalam proses pembelajaran.
Bloom, lahir pada tanggal 21 Februari 1913 di Lansford, Pennsylvania dan berhasil meraih
gelaran doktor dalam bidang pendidikan dari The University of Chicago pada tahun 1942.

Awal tahun 1950-an, dalam Konferensi Asosiasi Psikologi Amerika, Bloom dan kawan-
kawan mengemukakan bahawa dari evolusi hasil belajar yang banyak disusun di sekolah,
ternyata peratus terbanyak berkaitan soalan yang diberikan hanya meminta pelajar untuk
mengutarakan apa yang dihafal oleh mereka. Konferensi tersebut merupakan lanjutan daripada
konfrentasi yang dilakukan pada tahun 1948. Menurut Bloom, kaedah penghafalan sebenarnya
merupakan tingkat terendah dalam kemampuan berfikir (thinking behaviors). Pelbagai aras
yang lebih tinggi harus dicapai agar proses pembelajaran dapat menghasilkan pelajar yang
berkemahiran di bidangnya.

Akhirnya pada tahun 1956, Bloom, Englehart, Furst, Hill dan Krathwohl berhasil
memperkenalkan rangka-rangka konsep kemampuan berfikir yang dinamakan “Taxonomy
Bloom”. Oleh itu, “Taksonomy Bloom” adalah struktur hierarki yang menjelaskan kaedah
daripada tahap yang paling rendah hingga tahap yang palimg tinggi. Sekiranya ingin mencapai
tujuan yang lebih tinggi, aras yang rendah harus dipenuhi terlebih dahulu. Dalam rangka konsep
ini, tujuan pendidikan oleh Bloom dibahagi menjadi tiga kemampuan intelektual (intellectual
behaviors) iaitu kognitif, efektif dan psikomotorik.

21
Selain itu, terdapat beberapa aspek kognitif pengetahuan yang terdapat dalam Taxonomy
Bloom iaitu kemahiran mengingat, kemahiran memahami, kemahiran menerap, kemahiran
menganalisis, kemahiran menilai dan kemahiran mencipta. Kemahiran mengingat ialah
kemampuan individu untuk menyebut kembali maklumat yang telah tersimpan. Seterusnya ialah
kemahiran memahami iaitu kemampuan individu untuk memahami sesuatu perkara dan
mengaplikasikan pengertian maklumat atau konsep yang telah diajar dalam bentuk lisan,
bertulis mahupun dalam bentuk grafik. Kemahiran menerap pula, ialah kemahiran yang
mengukur kemampuan individu untuk melakukan sesuatu perkara dan mengaplikasikan
konsep-konsep yang telah dipelajari dalam situasi tertentu. Contohnya, menjalankan proses
pembayaran gaji yang sesuai dengan sistem tersebut.

Sehubungan dengan itu, kemahiran menganalisis mampu menghubungkan satu sama lain
untuk memperoleh pemahaman yang baik dalam konsep tersebut. Contohnya, menganalisis
faktor peningkatan harga asal penjualan dalam laporan kewangan dengan memisahkan
komponen-komponen tertentu. Seterusnya ialah kemahiran menilai, dimana kemahiran tersebut
mampu mengelaskan sesuatu berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. Contohnya,
membandingkan hasil ujian pelajar dengan kunci jawapan. Akhir sekali ialah kemahiran
mencipta, iaitu kemampuan individu untuk mengabungkan unsur-unsur menjadi suatu bentuk
baharu yang utuh dan koheran. Contohnya, ialah membuat aktiviti kurikulum dengan
mengintegrasikan pendapat daripada pelbagai sumber yang diperolehi.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sememangnya diakui banyak diaplikasikan dalam
pemprograman linear. Hal ini demikian kerana, pelbagai aspek kognitif telah digunakan untuk
menyelesaikan masalah pemprograman linear. Sebagai contoh, mencari keuntungan
maksimum dalam sesebuah perniagaan, aplikasi pemprograman linear dalam kehidupan
seharian, dan kos minimum yang perlu ditanggung oleh sesebuah perniagaan. Pemprograman
linear merupakan cara yang agak berkesan untuk menentukan nilai maksimum serta minimum
bagi sesuatu keadaan. Ia berfungsi sebagai suatu alat kuantitatif yang memudahkan orang
ramai mencari nilai-nilai maksimum dan minimum sesuatu keadaan terutamanya apabila
menggunakan alat bantu komputer, memandangkan dalam komputer mempunyai perisian yang
khas untuk pengaturcaraan linear.

Walau bagaimanapun, penyelesaian masalah pemprograman linear juga mempunyai


keburukannya. Dalam sesetengah keadaan, pemprograman linear adalah tidak sesuai
digunakan kerana bukan semua pemprograman linear yang kita buat adalah serratus peratus
tepat dengan dunia sebenar. Dunia sebenar mempunyai perbezaan dengan apa yang telah

22
dipersembahkan di dalam graf. Dalam dunia sebenar, kita adalah sukar untuk memastikan
sama ada tiada gangguan-gangguan mahupun halangan-halangan yang wujud dalam sesuatu
tempoh bagi sesebuah perniagaan.

Di samping itu, penyelesaian masalah pemprograman linear merupakan cara yang tidak
mempunyai sebarang batasan seandainya nilai bagi penyelesaian masalah pemprograman
linear boleh dibuat dengan banyak dan tanpa melanggar sebarang kekangan. Dengan
menggunakan graf, kita boleh mengenal pasti sama ada penyelesaian pemprograman linear
tersebut mempunyai batasan ataupun tidak. Bagi menyelesaikan masalah pemprograman linear
yang tidak mempunyai had, kawasan lorekan rantau tersaur dalam graf akan bertambah
sehingga infiniti menuju ke arah yang sama. Dengan ini, seseorang usahawan mampu
memperoleh keuntungan yang lumayan serta tidak terhad sekiranya keadaan ini terjadi dalam
maslah pemprograman linear yang bertujuan untuk memaksimumkan perniagaan.

Tuntasnya, pemprograman linear mampu mendatangkan kebaikan dan keburukan


kepada manusia. Walau bagaimanapun, kita harus bersyukur dan berterima kasih kepada
tokoh-tokoh yang telah banyak berjasa iaitu L. V. Kantorivich dan George Dantzig. Dengan
adanya pemprograman linear ini, ianya berfungsi untuk memudahkan manusia zaman sekarang
untuk mengira keuntungan maksimum serta kos pengeluaran dalam konteks hidupan seharian.
Oleh itu, sebagai generasi muda haruslah terus mengembangkan kaedah pemprograman linear
ini, supaya ianya mampu dipraktikkan oleh generasi yang akan datang.

23

Anda mungkin juga menyukai