Anda di halaman 1dari 1

KATA PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur dengan izinnya saya dapat menyempurnakan tugasan Jadual


Pengajaran Latihan pada Kursus Sains Sukan Tahap II siri II (01) 2018. Kejayaan ini
adalah berkat usaha daripada semua pihak daripada penganjur kursus, tenaga
pengajar dan rakan kursus. Ini membuktikan bahawa aka nada komitmen jurulatih
tempatan yang akan mencorakkan sukan di Malaysia pada masa akan datang.
Dengan ilmu yang diterima, para jurulatih dapat mengetahui elemen-elemen
terbaru dalam Sains Sukan untuk dipraktikkan ke dalam sukan masing-masing.

Saya percaya dengan penganjuran Kursus ini membolehkan kita bersaing dengan
kemajuan teknologi sukan Negara maju. Selaras dengan harapan kerajaan, kita
dapat menghasilkan jurulatih yang terbaik dilahirkan melalui Kursus Sains Sukan ini.
Justeru, kita mampu mengegar arena antarabangsa dengan kombinasi terbaik
acuan daripada anak tempatan sendiri.

Saya secara peribadi teruja mengikuti Kursus ini dan telah merancang untuk
melanjutkan pengajian Kursus Sains Sukan ke tahap III dan VIVA. Sekalung
penghargaan saya berikan terutamanya Tuan R. Vivekanandan A/L Ramiah selaku
Pengelola Kursus ini. Tidak lupa juga kepada tulang belakang Kursus ini tidak lain
lagi iaitu Puan Julizawati Binti Jamil yang bertungkus lumus sepanjang masa
memberikan ilmu, tenaga dan masa beliau sepanjang kursus ini berlangsung.
Kepada barisan tenaga pengajar Kursus Sains Sukan Tahap II saya merasakan
mereka adalah pilihan tepat untuk memberikan ilmu kepada jurulatih. Teruskan
usaha murni Akademi Kejurulatihan Kebangsaan dan kita akan nampak hasilnya.
“When Sports Meet Science” saya boleh sambung dengan ayat “We Can See Glory”.
Syabas ISN, AKK dan KBS dalam menganjurkan kursus pada kali ini.

“MALAYSIA BOLEH”

Anda mungkin juga menyukai