Anda di halaman 1dari 3

Kata Aluan Rektor (KOT)

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian
alam, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Syukur Alhamdulillah
ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan rahmat-Nya Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) telah berjaya menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan kali
ke-60 (KOT60) bagi tahun 2019.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada
warga IPGKIK khususnya Jawatankuasa Induk dan juga siswa guru PISMP Semester 4
Ambilan Jun 2017 yang bertindak sebagai Jawatankuasa Pengelola dalam menjayakan sukan
KOT60 pada kali ini. Menguruskan suatu kejohanan sukan yang sebegini besar dan utama
bukanlah mudah kerana memerlukan usaha yang kolektif, komitmen, kerjasama dan rasa
tanggungjawab yang padu antara pihak yang terlibat bagi menjamin kejayaan dan
kelangsungan sesuatu acara. Pengalaman yang dilalui ini merupakan satu peluang bagi siswa
guru untuk menjadi lebih matang dan sentiasa bersedia dalam menghadapi cabaran.
Melalui pengelolaan KOT60, para siswa guru harus mengambil peluang ini sebagai
wadah untuk berinteraksi secara profesional sekaligus meningkatkan potensi diri masing-
masing. Pada masa yang sama, siswa guru berpeluang mempraktikkan konsep 4K iaitu
kepegawaian, kemahiran, kejurulatihan dan kepengelolaan sejajar dengan matlamat
kokurikulum di IPG.
Saya percaya, kejohanan KOT60 mampu membantu para siswa guru mencapai
keseimbangan dari aspek JERIS, iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Selaras
dengan tema kali ini iaitu “LEGENDS OF IPIK”, saya berharap agar para siswa guru akan
terus berada pada landasan yang tepat dalam usaha memajukan diri sebagai bakal guru yang
serba boleh dan kompeten dalam menghadapi era yang semakin mencabar. Teruskan
kecemerlangan anda pada masa akan datang untuk mencipta satu anjakan paradigma ke
arah sistem pendidikan yang berkualiti.

YBrs. Dr Sariah binti Abd Jalil


Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kata Aluan Pengarah IPIK (KOT)

Assalamualaikum W.B.T. Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada
warga Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas terutamanya jawatankuasa induk serta
jawatankuasa pengelola daripada Semester 4 Ambilan Jun 2017 kerana telah berusaha
dalam menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-59 (KOT59) ini. Aktiviti sukan telah
mendapat tumpuan dalam dunia pendidikan. Sukan bukan sahaja mendatangkan banyak
manfaat kepada individu bahkan juga mampu melahirkan insan yang seimbang dalam aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Kejohanan ini menjadi kayu ukur kepada para siswa
guru dalam menilai prestasi dan bakat mereka dalam menguruskan sesuatu program berskala
besar seperti KOT ini. Mereka bukan sahaja terlibat dalam merancang, mengurus malahan
berupaya melaksanakannya dengan sistematik, cekap, berkesan dan meriah. Selaras dengan
tema tahun ini “LEGENDS OF IPIK”, menunjukkan siswa guru mempunyai semangat
kesukanan yang tinggi dan kekal positif dalam menjayakan kejohanan pada tahun 2019 ini.
Penglibatan semua siswa guru dan pensyarah dalam kejohanan ini jelas membuktikan
bahawa kecemerlangan bidang pendidikan adalah adunan antara akademik dan sukan. Akhir
kata, saya berharap agar kejohanan ini dapat mengukuhkan lagi silaturrahim dan semangat
muhibah dalam kalangan siswa guru serta semua warga di Institut Pendidikan Guru Kampus
Ilmu Khas. Segala pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang proses pengendalian
KOT59 ini dapat dijadikan panduan kepada siswa guru ke arah menjadi guru pada masa akan
datang. Teruskan usaha dan selamat maju jaya.

DR MOHD SUHAIMI BIN MOHAMED ALI


Pengarah
IPG Kampus Ilmu Khas
Kata Aluan Ketua Unit Kokurikulum (KOT)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat


Ilahi kerana dengan limpah dan rahmat-Nya, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah
berjaya menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-59 bagi tahun 2019. Saya
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa
Pengelola Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) iaitu siswa guru PISMP Semester 4 Ambilan
Jun 2017 yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kejohanan ini berlangsung dengan
jayanya. Sukan merupakan pentas untuk mempamerkan bakat dan kemahiran dalam
acaraacara yang dipertandingkan. Sukan dapat membantu melahirkan insan yang berkualiti
dan sejahtera dalam pelbagai aspek. Oleh itu, menerusi Kejohanan Olahraga Tahunan yang
berlangsung ini telah membuka peluang kepada semua siswa guru untuk menonjolkan bakat
masing-masing dalam bidang sukan. Atlet yang terdiri daripada kalangan siswa guru
khususnya mampu menunjukkan bakat mereka dalam pelbagai acara yang telah
dipertandingkan. Dengan ini, dapat melahirkan siswa guru yang bukan sahaja cemerlang
dalam bidang akademik bahkan juga bidang sukan. Akhir kata, saya berharap melalui
kejohanan ini akan memberi manfaat kepada semua pihak. Semoga semangat kesukanan
dan ukhwah yang terjalin ini dapat dikekalkan dan dieratkan lagi dalam kalangan warga IPG
Kampus Ilmu Khas.

EN. MAT JOHAN BIN MAMAT


Ketua Unit Kokurikulum

Anda mungkin juga menyukai