Anda di halaman 1dari 3

Teks Ucapan :

PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH ZON TUNGKU 2022

Yang Dihormati,

En. Jabir bin Kamah, Pengerusi Prasekolah Zon Tungku,

Yang Dihormati,

Puan Sitti Rudiah bt Ab Majid, Yang Dipertua PIBG, SK Sahabat 2,

Guru Besar, Guru Prasekolah, Ahli Jawatankuasa Program Kecemerlangan


Pendidikan Prasekolah Zon Tungku, ibu bapa serta murid yang dikasihi
sekalian.

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia,

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, kerana dengan rahmat dan izinNya maka
dapat saya hadir bersama-sama semua warga pendidik dan murid dalam
Program Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah Peringkat Zon Tungku Tahun
2022 ini.

Sidang hadirin yang berbahagia.

Sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan murid-murid yang


cergas dari segi fizikal dan mental. Menerusi latihan yang konsisten dan
seimbang daripada pelbagai aspek yang merangkumi minda, fizikal, otot, saraf
dan emosi. Ia juga merupakan satu Langkah pro aktif dalam proses
transformasi ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Bersukan
(Sporting Nation). Oleh yang demikian, Program Kecemerlangan Pendidikan
Prasekolah ini dijadikan sebagai agenda KPM yang selari dengan matlamat
negara untuk memupuk semangat bersukan dalam kalangan kanak-kanak
seawal usia 5 tahun.
Hadirin yang dihormati,

Program Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah ini diadakan setiap tahun bagi


mencungkil bakat murid prasekolah untuk diasah ke arah yang lebih baik. Pada
tahun ini, aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti bersukan dan program ini diisi
dengan pelbagai acara sukan seperti Tricky Ball, Smart Kick, Bola di Air dan
acara balapan bagi memastikan setiap murid dapat mengambil bahagian dalam
program ini di mana ia dijalankan oleh semua prasekolah di seluruh Malaysia.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Program ini ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi
setiap acara yang dipertandingkan, ,namun perkara yang lebih penting ialah
program ini dapat memberikan pendidikan secara tidak langsung kepada
murid-murid bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan,
perancangan yang rapi dan pengorbanan. Tidak ada kejayaan yang mudah
dicapai melainkan melalui perjuangan yang berterusan. Program ini juga
adalah landasan ke arah perpaduan, menjalin sifat hormat-menghormati dan
semangat kerjasama yang tinggi. Matlamat akhirnya nanti adalah untuk
membentuk sebuah masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental,
patriotik dan saling berkasih sayang.

Hadirin yang dikasihi,

Perubahan sistem pendidikan kini tidak lagi menilai anak-anak dari


kecemerlangan akademik semata-mata, dari bidang kokurikulum seperti
aktiviti sukan juga diambil kira dalamkemenjadian murid di sekolah kerana
mereka akan dinilai secara holistik dan menyeluruh. Oleh itu, peranan ibu bapa
memberi sokongan dan galakan kepada anak-anak untuk menceburi bidang
sukan dan permainan yang diminati seawal dari prasekolah lagi umpama
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Besarlah harapan kami sebagai warga
pendidik agar ibu bapa semua dapat memantau dan menggalakkan potensi
anak masing-masing agar boleh digilap pada masa akan datang.

Kepada murid prasekolah yang telah bertanding hari ini, gunakanlah peluang
ini untuk anda menunjukkan kemampuan sebenar. Tahniah diucapkan kepada
semua murid yang berjaya menyertai sukan pada hari ini. Syabas juga kepada
para menenang, yang kalah tidak mengapa kerana peluang kamu selepas ini
akan lebih banyak apabila naik ke tahun 1 pada tahun hadapan. Diharap agar
program ini dapat menjadi landasan kepada murid-murid untuk meningkatkan
keupayaan diri agar terus maju di alam persekolahan.

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada


Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu, Pengerusi Pengelola, pegawai-
pehawai program, pengurus pasukan, urusetia program serta AJK Pengelola,
semua murid dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung kerana telah dapat menganjurkan dan mengelolakan Program
Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah Tahun 2022 dengan jayanya yang telah
berlangsung selama sehari yang bermula sejak pukul 6.30 pagi ini.

Dengan lafaz Bismillahi Rahmannir Rahim, saya dengan ini merasmikan dan
menutup Program Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah Tahun 2022.

Sebelum mengundur diri, saya sekali lagi mengucapkan berbanyak terima


kasih dan sekalung tahniah kepad, Pengerusi Pengelola, Pegawai-pegawai
Kejohanan, Pengurus-pengurus pasukan , semua peserta kejohanan dan pihak-
pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan
kejohanan ini. Semoga kejayaan penganjuran kejohanan ini menjadi titik tolak
kejayaan penganjuran sukan bertaraf dunia di negara kita.

MAJULAH SUKN UNTUK NEGARA

Sekian, wabillahi taufik walhidayah,

Assalamualikum w.t.b

Anda mungkin juga menyukai