Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN TUAN PENGETUA SEMPENA MAJLIS

PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA

KALI KE-18 TAHUN 2020

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum w.b.h dan selamat sejahtera,

(SALUTASI)

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat datang dan terima

kasih kepada Encik Selehudin Isa, Pengurus Cawangan RedOne Cawangan

Perak atas kesudian menerima undangan pihak sekolah untuk

merasmikan Kejohanan Sukan Olahraga Kali Ke-18 SMK Chenderiang.

Sidang hadirin yang berbahagia,

Aktiviti sukan telah pun dijadikan sebagai fokus dalam sistem

pendidikan pada hari ini yang akan menjadi aktiviti yang wajib dijalankan

sepanjang tahun. Selaras dengan itu, kejohanan ini merupakan suatu

wahana untuk mencapai wawasan negara dalam pembudayaan sukan

dalam kalangan murid sekolah. Budaya sukan dalam kalangan semua murid

adalah untuk memperlengkap kecemerlangan sistem pendidikan bagi

melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik dari segi jasmani,

emosi, rohani dan intelek ke arah pembinaan negara bangsa Malaysia.

1
Hadirin sekalian,

Pihak sekolah senantiasa mendukung hasrat KPM dan sangat

responsif terhadap keperluan pelajar ke arah pemupukan dan membina

bakat bagi murid yang berkecenderungan memilih kerjaya mereka dalam

apa jua bidang sukan. Dasar Sukan Negara mewajibkan setiap murid

menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah bagi

merealisasikan hasrat Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk

Kecemerlangan. Hatta, dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri

secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.

Dasar ini sebenarnya menepati matlamat untuk membudayakan sukan

dalam kalangan masyarakat. Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua

adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan

kesejahteraan kepada semua murid.

Bagi strategi Sukan untuk Kecemerlangan pula, prestasi murid yang

berbakat dan berpotensi akan terus dibangunkan. Oleh yang demikian,

penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu

2
landasan mendukung aspirasi masyarakat Malaysia yang sihat, cergas,

dinamik dan bersatu padu.

Hadirin yang dihormati,

Selain memupuk perpaduan dalam kalangan murid berlainan bangsa,

aktiviti sukan juga dapat memberikan keseimbangan antara keperluan

akademik dengan keperluan fizikal. Aktiviti seperti ini memberikan akses

kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam

sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Terkini, selari

dengan perkembangan era digital dunia tanpa sempadan, bermula pada

tahun 2019, e-sukan atau e-sport menjadi tumpuan warganet sebagai

alternatif melibatkan diri dalam era sukan digital. Aktiviti sukan tidak hanya

terhad kepada aktiviti fizikal semata-mata, malah aplikasi dan permainan

atas talian diiktiraf sebagai aktiviti sukan maya. Hal ini dapat menarik

perhatian golongan belia iaitu generasi baru Negara menceburi bidang

sukan ini. Persepsi masyarakat dan penglibatan anak-anak kita dalam

bidang sukan semakin berubah secara positif dan mendapat tempat di hati

mereka. Kita dapat lihat bahawa e-sukan yang dijalankan oleh kita semalam

membuktikan penyertaan yang sangat menggalakkan dan mendapat

permintaan tinggi dalam kalangan anak-anak didik kita. Insyaallah, saya

3
akan pastikan program kolaborasi e-sukan SMKC ini diperluas selari dengan

perkembangan teknologi global.

Hadirin sekalian,

Sebagai menggulung bicara alu-aluan saya pada pagi yang

berbahagia ini, ingin saya tekankan bahawa aspek-aspek yang saya

nyatakan tadi penting sekali dalam usaha kerajaan kita untuk membina

negara bangsa, membangunkan modal insan dan melonjakkan

kecemerlangan institusi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Harapan saya agar anak-anak didik kita terus maju dalam aspek

pembangunan sukan. Ambillah peluang, langkah pertama masa depan anda

bermula pada hari ini, di tempat anda sedang berdiri. Renungkanlah kata-

kata ini, tindakan rasional anda pada hari ini menentukan masa depan anda

yang hebat.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai