Anda di halaman 1dari 2

AMALAN TERBAIK CEMERLANG SPM 2020

MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

BI AMALAN BAIK KAEDAH PELAKSANAAN


L
1 PROFIL MURID - Program profil murid ini diteruskan lagi pada
tahun ini .Profile murid ini sesuai untuk murid
HALUS.

- Berpandukan keputusan TOV, murid yang gagal


dan hampir lulus akan mempunyai fail peribadi
masing-masing.

- Dalam fail tersebut akan diletakkan setiap


keputusan ujian dan peperiksan murid.Guru akan
mengkaji dan meganalisis kelemahan dan
kesalahan jawapan murid.

- Melalui profil murid guru dapat mengetahui


kelemahan murid semasa menjawab soalan ujian
dan dan peperiksaan. Guru akan menjelaskan
kelemahan dan kesalahan jawapan kepada murid
secara individu.

- Murid akan dibimbing sehingga mereka faham


dan boleh membuat latihan pengukuhan dan
pengayaan.

- Guru akan memantau setiap keputusan ujian dan


peperiksaan murid supaya mereka mempunyai
peningkatan setiap kali ujian dan peperiksaan
dijalankan.Melalui cara ini juga murid dapat
megetahui kelemahan mereka dan berusaha untuk
meningkatkan prestasi diri.

2 KARANGAN 20 - Setiap murid akan menulis 20 buah karangan


sebulan.
- Proses pelaksanaannya seperti berikut:
Murid aras tinggi
- 5 karangan seminggu, 2 karangan bahagian A dan
3 karangan bahagian B
Murid aras sederhana
- 5 karangan seminggu, 1 karangan bahagian A, 2
karangan bahagian B berpandu dan 2 karangan
contoh untuk disalin
Murid aras rendah
- 5 karangan seminggu, 1 karangan bahagian A
berpandu, 2 karangan bahagian B berpandu dan 2
karangan contoh untuk disalin

- Sekiranya guru sukar untuk menyemak karangan


yang banyak maka latihan karangan tersebut
boleh dipecahkan menjadi latihan karangan
berfokus untuk murid aras rendah. Contoh,
minggu pertama pembelajaran proses menulis
pendahuluan karangan berkesan, minggu kedua
pembelajaran proses menghuraikan isi karangan
manakala minggu ketiga pembelajaran proses
menulis penutup karangan yang baik.

Anda mungkin juga menyukai