Anda di halaman 1dari 4

Yang Berusaha Tuan Pengetua, Tuan Haji Abdul Aziz bin Musa,

Barisan Penolong-penolong Kanan, Barisan Guru-guru Kanan, Guru


Kaunseling, Rakan-rakan guru, pemimpin murid dan seluruh pelajar
Maahad Al-Ummah yang dikasihi sekalian,

Saya, Cikgu Munarizan binti Muin bersama Cikgu Hawari bin Wanik
selaku guru bertugas sepanjang minggu persekolahan yang lalu iaitu
bermula pada tarikh 17-21 Februari 2020 ingin memohon izin agar saya
dapat menyampaikan laporan ringkas guru bertugas mingguan
sepertimana minggu-minggu sebelum ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih


kepada semua murid Maahad Al-Ummah yang telah memberi
kerjasama secara optimum sepanjang minggu yang lalu. Secara
amnya, guru bertugas mingguan berperanan untuk membantu pihak
sekolah dalam kapasiti yang seadanya untuk mencapai matlamat
keseluruhan sekolah sebagai sebuah organisasi yang memupuk
pembelajaran dan persekitaran yang kodusif disamping mudah-
mudahan dapat menjadikan elemen dan aspek yang terkandung dalam
misi guru bertugas impak terhadap wadah kemenjadian warga Maahad
Al-Ummah keseluruhannya.

Laporan tentang tahap kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta


kawasan sekolah, disiplin dan sahsiah sebagai contoh, Pada
hakikatnya menuju satu matlamat, iaitu iklim dan budaya sekolah, atau
persekitaran pembelajaran yang produktif, selesa dan terbaik.

Guru-guru dan murid-murid yang dihormati sekalian, secara khususnya,


tahap kebersihan bilik darjah dan kawasan sekolah memang boleh
diberi pujian, tetapi ruang untuk penambahbaikan masih lagi terbuka
luas. Kebersihan lantai telah diurus dengan baik, Murid mula
mengaplikasikan konsep ‘sampah saya tanggungjawab saya”. Amalan
ini sudah menjadi satu simbolik yang dapat diamalkan Bersama dan
sudah dapat dihadam dengan baik. Bak kata pepatah “alah bisa, tegal
1
biasa”. Mudah-mudahan, istiqamah warga Maahad Al-Ummah dalam
mengamalkan tanggungjawab ini dirahmati dan memberikan suasana
nyaman, aman sekaligus bebas segala wabak. Secara keseluruhannya,
tahap kebersihan pada peringkat yang amat baik. Keceriaan bilik darjah
pula berkait rapat dengan sistem rasa, persepsi atau tanggapan
sepintas lalu. Maksudnya, sebaik sahaja melangkah masuk ke
sesebuah bilik darjah, aura atau getaran pembelajaran akan dapat
dirasai, sama ada merasai hebat, biasa atau lenyap dan berlalu pergi.
Namun, berdasarkan pemantauan sepanjang minggu lalu, 80% kelas
samada menengah rendah dan menengah atas sudah mula
memulakan keceriaan kelas atas dasar bersaing secara sihat kerana
masing-masing sudah boleh menilai apa itu selesa, cantik, bersih, ceria
dan tersusun.

Berikut adalah dapatan markah pertandingan pengurusan kelas pada


minggu lepas.

Kategori Menengah atas :

1. 4 GHAZALI 83.64

2. 5 GHAZALI 60.00

3. 5 KHALDUN 58.18

Kategori Menengah Rendah

1. 2 MUSLIM 89.09%

2. 1 KHADIJAH 74.55%

3. 2 KHADIJAH 74.55%

Tahniah diucapkan kepada kelas yang sentiasa memastikan kelas


mereka berada dalam keadaan yang bersih, ceria dan tersusun.
Diharapkan kelas-kelas lain juga dapat meningkat mutu dan kualiti
kecerian kelas masing-masing.

2
Berkaitan dengan disiplin murid sepanjang minggu lalu, didapati masih
dalam keadaan yang baik dan terkawal. Tiada sebarang kes disiplin
dilaporkan. Isu pergerakan murid selepas waktu rehat perlu diberi
perhatian kerana pergerakan murid untuk masuk ke kelas semula agak
perlahan. Pengawas bertugas diharapkan akan lebih proaktif dalam
membantu menangani isu ini. Perkara ini telahpun diberi teguran,
namun mohon semua murid mengambil ingatan tentang ketepatan
waktu kembali ke kelas selepas rehat walaupun harus mengejar waktu
di kantin sekolah terutamanya bagi murid tingkatan 1.

Dari aspek MBS pula, minggu ini dapat dimanfaatkan dengan baik
kerana hanya pada hari Rabu sahaja semua murid mengikuti MBS
memandangkan pada hari lain adalah hari sukantara yang memerlukan
semua murid terlibat di padang. Namun begitu, ada beberapa perkara
yang perlu diperingatkan dan selalu menjadi sebutan dan teguran guru-
guru bahawa jadikan masa MBS yang singkat itu ruang dan peluang
untuk anda semua mengulangkaji topik kritikal. Tahniah kepada murid
yang memanfaatkan waktu ini dengan baik. Saya dan seluruh guru
sentiasa akan mendoakan kejayaan anda sekiranya anda berbuat
demikian.

Seterusnya laporan dari segi aspek kesihatan pula, hanya terdapat 2


hari sahaja pergerakan ke klinik iaitu hari Selasa dan Rabu dimana
melibatkan 5 kes berlaku. 1 orang murid dikenalpasti disengat tebuan
dan 2 orang lagi mendapatkan rawatan lanjut melalui x-ray akibat jatuh
tangga dan batuk berpanjangan, serta 2 orang lagi demam.
Alhamdulillah segalanya telah mendapat rawatan daripada klinik dan
rawatan susulan pada tarikh yang ditetapkan. Apapun, didoakan agar
semoga warga Maahad Al-Ummah terus sihat untuk menuntut ilmu
kerana kesihatan itu adalah anugerah yang istimewa yang tiada tolok
bandingnya.

3
Sepanjang minggu lalu juga, terdapat pelbagai aktiviti berlangsung
minggu antaranya majlis pelancaran program HEM 2020, Sukantara
acara padang,Pelancaran tahun Bahasa Arab dan KRS Tournament
Peringkat Kebangsaan 2020. Tahniah diucapkan kepada semua
kerana menjayakannya.

Sebagai mengakhiri laporan guru bertugas minggu ke-8 yang lalu,


izinkan saya mengulang semula ungkapan hukamak:

Hari ini lebih baik daripada semalam, esok lebih baik daripada hari ini.

Pelajar cemerlang selalu berkata: Bolehkah saya bantu?;

pelajar biasa-biasa berkata: itu bukan kerja aku.

Pelajar cemerlang berkata: Masalah itu sukar, tetapi boleh diatasi;

Pelajar biasa-biasa mengatakan: Masalah itu boleh diatasi tetapi sukar.

Semoga semua dari anda sentiasa tergolong sebagai pelajar


cemerlang.

“Wabillahitaufikwalhidayah,
wassalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh”

Anda mungkin juga menyukai