Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Terima kasih saudara pengacara majlis

Yang Berusaha Tuan Pengetua, Penolong-penolong Kanan, Guru-guru


Bidang, guru-guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Saya bersama Ustazah Siti Salmah merupakan guru bertugas sepanjang


minggu kedua persekolahan yang lalu lalu, iaitu mulai dari hari Ahad, 5
Januari 2020 hingga Khamis, 9 Januari 2020. Pada hari ini, izinkan saya
menyampaikan laporan ringkas guru bertugas mingguan.

Bermula pada hari Ahad minggu lepas lagi, kita telah bersama-sama
berkumpul untuk menjayakan program anjuran sekolah bermula dengan
majlis penutupan minggu ukhuwah sekolah yang menandakan
bermulanya sesi pembelajaran rasmi bagi pelajar-pelajar tingkatan 1.
Pada majlis yang sama juga, keputusan Sijil Menengah Rendah Agama
(SMRA) dan Sijil Menengah Agama (SMA) bagi tahun 2019 diumumkan.
Di kesempatan ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada
semua calon dan tenaga pengajar di atas pencapaian yang cemerlang.

Pada hari Isnin, pdpc berjalan seperti biasa bagi semua tingkatan kecuali
untuk pelajar tingkatan 6 yang menghadiri taklimat Malaysian University
English Test (MUET) iaitu satu peperiksaan wajib kepada mereka yang
ingin menyambung pengajian di universiti-universiti di Malaysia. Saya
berharap semua pelajar tingkatan 6 dapat membuat yang terbaik untuk
subjek ini dan juga untuk subjek-subjek tingkatan 6 yang lain.
Pada keesokan harinya iaitu pada hari Selasa pula, pdpc berjalan seperti
biasa bagi semua tingkatan.

Seterusnya, pada hari Rabu telah diadakan mesyuarat rumah sukan dan
juga mesyuarat kelab sukan dan permainan kali pertama bagi sesi
persekolahan 2020. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk melantik ajk
tertinggi rumah sukan dan kelab sukan dan permainan serta merancang
aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun ini. Diharapkan
dengan perancangan strategik bermula daripada awal tahun, para pelajar
dapat memberikan saingan yang baik pada ihtifal riyadhi peringkat
sekolah yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pada hari Khamis, bacaan Yaasin dan tahlil telah diadakan untuk
menggantikan program usrah yang akan bermula pada minggu ini.
Semoga dengan program kerohanian digarap ini dapat membantu
pelajar kita untuk menjadi antara yang cemerlang, gemilang dan terbilang
sama ada dari aspek akademik mahupun sahsiah.

Secara keseluruhannya, disiplin pelajar serta kebersihan dan keceriaan


bilik darjah masih berada pada tahap yang memuaskan. Oleh kerana kita
masih berada di awal sesi persekolahan 2020, proses menceriakan bilik
darjah masih berada dalam proses pelaksanaan. Saya berharap, pada
minggu ini kita dapat menyaksikan perubahan yang drastik dari segi
interior bilik darjah setiap tingkatan dengan harapan suasana yang
kondusif ini dapat meningkatkan fokus dan motivasi pelajar untuk
menimba ilmu.
Guru-guru dan pelajar-pelajar yang dihormati,

Pada minggu lepas juga, negara telah dikejutkan dengan penularan kes
influenza. Kementerian Kesihatan telah memaklumkan kepada orang
ramai bahawa kes influenza kali ini adalah serius. Kaedah pencegahan
adalah dengan mengekalkan kerongkong dalam keadaan lembap. Oleh
itu, para pelajar dan guru digesa untuk minum air secara kerap, elakkan
mengunjungi tempat-tempat yang sesak serta memakai topeng muka
jika perlu.

Jika ada para pelajar yang mengalami gejala-gejala seperti demam,


selsema, sakit tekak dan batuk, muntah-muntah, serta sakit dada atau
sesak nafas untuk segara memaklumkan perkara tersebut kepada warden
ataupun guru yang bertugas untuk tindakan selanjutnya. Pepatah
Inggeris ada mengatakan, “An apple a day keeps the doctor away”. Jadi
saya menyeru kepada semua warga SMAPR untuk mengambil langkah
aktif dalam menjaga kesihatan masing-masing untuk mengelakkan
penyakit-penyakit yang tidak diingini.

Sekian sahaja laporan kami selaku guru bertugas untuk minggu ini. Sekali
lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua warga SMAPR yang selama
ini berusaha untuk mencapai objektif yang telah digariskan oleh dasar
pendidikan negara.

Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai