Anda di halaman 1dari 16

MAJLIS AKUJANJI HEADCOUNT MURID, HARI BERTEMU WARIS SERTA

PENYERAHAN SLIP PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014


DAN
PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1 MALAYSIA 2015

Oleh: Y.Bhg. Puan Sri Halimah Bt. Abdul Majid


Pengetua Cemerlang SMK Putrajaya Presint 11 (1)
Pada : 20 Januari 2015 (Selasa)

Melati kuntum tumbuh melata


Sayang merbah di pohon cemara
Assalamualaikum mulanya kata
Salam sembah pembuka bicara

Terima kasih kepada puan pengacara majlis.Assalamu alaikum


warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi dan salam sejahtera

Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Mohd Zahit Bin Ali,


YDP PIBG SMK Putrajaya Presint 11 (1)

Ahli-ahli jawatankuasa PIBG, para jemputan khas,tuan-tuan,puan-puan,


ibu bapa, guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian.

Sampan kolek mudik ke hilir


Sarat muatan rempah dan jamu
Layar dikembang senyum diukir
Menyambut tuan datang bertamu

1. Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah


kurniaNya kita dapat berkumpul pada hari ini sempena Majlis Akujanji
Headcount Murid, Hari Bertemu Waris Serta Penyerahan Slip Peperiksaan
Akhir Tahun 2014 dan Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1
Malaysia 2015. Pada kesempatan ini saya mengalu-alukan kehadiran

1
para jemputan,tuan-tuan,puan-puan dan mengucapkan terima kasih
atas sokongan semua.

Hadirin sekalian,
2. Pada 28 September 2012, YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Seri
Najib Tun Abdul Razak, merangkap Menteri Kewangan semasa
membentangkan Bajet Negara telah meluluskan peruntukan untuk
pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan bernilai RM100 seorang
kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Pada tahun ini,bantuan
akan diagihkan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah
secara berperingkat-peringkat. Objektifnya adalah untuk meringankan
beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung
oleh ibu bapa atau penjaga murid.

3. Tradisi ini diteruskan tahun demi tahun di bawah pengurusan pihak


sekolah dengan mengambil kira kriteria kelayakan penerima bantuan.
Antara kriteria yang ditetapkan ialah;

 Murid mesti mempunyai status sebagai warganegara


Malaysia,

 Penerima terdiri daripada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5


sesi persekolahan 2015 atau setaraf dengannya bagi sesi
persekolahan tahun 2015

 Murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah


Bantuan Kerajaan

Hari ini bantuan tersebut akan diserahkan kepada semua pelajar.Ibu


bapa dan penjaga boleh berjumpa guru kelas kepada anak di bawah
jagaan masing-masing dan berurusan tentang penerimaan bantuan ini.

2
Pada masa yang sama, tuan-tuan dan puan-puan boleh mengetahui
perkembangan anak-anak dalam pembelajaran.

Hadirin sekalian,

4. Sementelah kehadiran tuan-tuan dan puan-puan pada hari ini, pihak


sekolah turut mengadakan majlis akujanji headcount iaitu penetapan
target anak-anak terhadap pencapaian akademik tahun ini berdasarkan
keputusan peperiksaan akhir tahun 2014.Objektif perjumpaan kali ini
lebih menjurus kepada persediaan awal mereka untuk menghadapi sesi
persekolahan tahun 2015.Ini melibatkan sasaran yang perlu dicapai
peringkat demi peringkat, penilaian terhadap peningkatan prestasi
individu,perbandingan pencapaian dalam peperiksaan dan perancangan
ke arah peningkatan prestasi akademik tahun semasa. Pihak sekolah
amat berbesar hati sekiranya ibu bapa dan penjaga peka dengan
keperluan pembelajaran anak-anak di sekolah ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,


5. Hari ini tuan-tuan dan puan-puan berpeluang untuk berinteraksi dan
berbincang dengan guru kelas tentang pencapaian anak-anak dalam
bidang akademik. Untuk pengetahuan semua,pihak sekolah akan
menyerahkan slip keputusan berdasarkan Sistem “Traffic Light”. Sistem
ini diperkenalkan bagi memberi kemudahan kepada kita dalam
mengenalpasti tahap pencapaian pelajar berdasarkan warna tertentu.
Setiap pelajar akan menerima slip keputusan mengikut warna yang
berbeza-beza.Warna tersebut mewakili beberapa kategori
pencapaian.Di sini, saya bacakan Penyerahan Slip Keputusan
Peperiksaan Akhir Tahun 2014 Berdasarkan Sistem “Traffic Light”

3
Syarat-syarat keputusan Peperiksaan bagi pelajar di tingkatan 4 dan 5
berdasarkan warna;

 HIJAU mewakili calon yang memperoleh 6A ke atas, lulus dalam


semua mata pelajaran, hadir semua peperiksaan bagi semua mata
pelajaran dan mencapai gred purata mata pelajaran (GPMP) tidak
melebihi 4.0

 HIJAU CERAH mewakili calon yang memperoleh 5A ke bawah,


lulus semua mata pelajaran, hadir semua peperiksaan bagi semua
mata pelajaran dan mencapai gred purata mata pelajaran (GPMP)
tidak melebihi 4.0

 KUNING bagi calon yang memperoleh 4A ke bawah, lulus 6 mata


pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Sejarah, hadir
peperiksaan bagi semua mata pelajaran dan mencapai gred
purata mata pelajaran (GPMP) tidak melebihi 6.0

 MERAH pula bagi calon yang gagal bahasa melayu atau gagal
sejarah atau gagal dalam kedua-dua bahasa melayu dan sejarah,
tidak hadir peperiksaan mana-mana mata pelajaran.

Seterusnya, syarat-syarat keputusan Peperiksaan 2014 bagi pelajar


tingkatan 2 dan 3 berdasarkan warna;

 HIJAU mewakili calon yang memperoleh 4A hingga 7A, lulus


semua mata pelajaran dan hadir bagi semua mata pelajaran

 KUNING bagi calon yang memperoleh 1A hingga 3A, lulus semua


mata pelajaran dan hadir bagi semua mata pelajaran.

 MERAH mewakili calon yang tidak memperoleh A, tidak melepasi


tahap penguasaan minimum dan tidak hadir peperiksaan dalam
mana-mana mata pelajaran.

4
dan , pelajar tingkatan 1 berdasarkan keputusan UPSR 2014.

6. Penetapan target yang dikongsi kali ini mudah-mudahan dapat memberi


gambaran awal kepada semua pihak agar sentiasa bersedia dan
memikirkan kaedah berkesan dalam setiap tindakan. Kami juga
berharap penetapan target ini menjadi penanda aras kepada para
pelajar untuk mengukur kemampuan diri, menetapkan sasaran yang
ingin dicapai, merancang strategi untuk menangani kelemahan dan
kelebihan, seterusnya bergerak seiring dalam landasan yang telah
ditetapkan. Hal ini amat penting kerana kita sedia maklum, persediaan
awal akan menjamin mutu peningkatan prestasi masing-masing.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,


7. Perancangan kita akan bertukar menjadi sia-sia jika kita bergantung
sepenuhnya kepada target tanpa memikirkan faktor luaran yang boleh
merencatkan perancangan. Selain menetapkan target, kita perlu peka
dengan perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan.Hari ini
penetapan target melibatkan semua pelajar termasuklah pelajar-pelajar
di tingkatan 1 yang mana penepatan target untuk mereka akan dikira
berdasarkan keputusan UPSR. Saya percaya, ramai menganggap
penetapan target ini terlalu awal bagi mereka dan sepatutnya hanya
dilaksanakan oleh pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan
awam.Rasionalnya,ingin saya jelaskan di sini, pihak sekolah bertindak
sedemikian selaras dengan keperluan semasa yang ditetapkan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.Perubahan
drastik ini memerlukan perancangan awal supaya pelan yang dirancang
berjalan dengan baik.Justeru,segala perancangan di bawah dasar ini
perlu melibatkan semua pelajar.

5
8. Izinkan saya menyentuh beberapa perubahan dan keperluan pelajar
dalam peringkat pembelajaran mereka. Bagi pelajar-pelajar di peringkat
menengah rendah yang berada di tingkatan 1,2 dan 3, mereka akan
berhadapan dengan peperiksaan PT3. PT3 diwujudkan bagi mencapai
matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025.Pentaksiran secara holistik amat dititikberatkan. Hal ini selaras
dengan kurikulum kebangsaan yang dikaji semula bagi memastikan
kurikulum yang holistik dan sentiasa releven demi melahirkan modal
insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa
depan. Kita berada dalam situasi yang membimbangkan sekiranya para
pelajar masih belum dapat membiasakan diri dengan format baharu
yang diperkenalkan.Sasaran kita pada calon PT3 kali ini bukan saja
dalam peningkatan akademik yang melibatkan pentaksiran sekolah dan
pentaksiran pusat, malah lebih dari itu ia juga merangkumi item bukan
akademik seperti pentaksiran psikometrik dan pentaksiran
PAJSK.Begitu juga pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 perlu memahami
konsep penilaian baharu yang diketengahkan demi matlamat yang ingin
dicapai pada tahun ketiga pembelajaran peringkat menengah.

9. Calon PT3 akan dinilai melalui 2 fasa. Fasa pertama adalah Pentaksiran
Sekolah yang melibatkan ujian bertulis bagi semua subjek (teras dan
elektif) dan tambahan penilaian dalam PAJSK.Fasa kedua pula
merupakan pentaksiran pusat. Pentaksiran pusat dilaksanakan oleh
sekolah dengan instrumen dan garis panduan yang ditetapkan dari
Lembaga Peperiksaan. Format yang terlibat termasuklah ujian bertulis
dan ujian lisan bagi subjek teras. Manakala penilaian berbentuk kerja
kursus, projek dan lisan bagi subjek elektif.

6
10. Bagi pelajar di peringkat menengah atas iaitu pelajar di tingkatan 4 dan
5, SPM masih diteruskan namun soalan yang dikemukakan lebih kepada
kemahiran berfikir aras tinggi dan memerlukan tahap pemikiran yang
sentiasa bekerja ke arah percambahan minda dan idea yang konstrukti

Hadirin yang dihormati,


11. Kita mulakan agenda kali ini dengan mengumumkan keputusan
peperiksaan akhir tahun 2014 bagi pelajar tingkatan 1 dan tingkatan
2.Keputusan peperiksaan akhir tahun tingkatan 1 mendapat gred
purata 2.62 dengan peratus lulus 67.63% berdasarkan jumlah calon 139
orang. 94 pelajar menguasai semua mata pelajaran dan 39 tidak
menguasai mata pelajaran.Bagi tingkatan 2,gred purata yang dicapai
sebanyak 2.60 dengan peratus lulus 64.24%. daripada 165 pelajar, 106
menguasai semua mata pelajaran dan 54 tidak menguasai semua mata
pelajaran.
12. Konklusinya, kita melihat banyak perubahan yang perlu dilaksanakan
pada tahun ini memndangkan sistem peperiksaan telah berubah dan
penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran kurang
memberansangkan.Kita sedia maklum, keputusan mereka pada tahun
2014 perlu diambilkira sebagai penanda aras demi mencapai
kecemerlangan dalam PT3 tahun ini. Justeru, saya kongsikan
keputusan PT3 tahun 2014.
KEPUTUSAN PT3 2014
TAHUN JUMLAH PERATUS CGPA PENCAPAIAN BIL 9A BIL BIL BIL
CALON LULUS SEMUA ‘A’ 8A 7A 6A
2012 161 97.52% 1.74 36 12 34 17 13
2013 125 96.80% 1.95 16 2 19 9 6
JUMLAH PERATUS PENCAPAIAN BIL BIL BIL
TAHUN CGPA BIL 10A
CALON LULUS SEMUA ‘A’ 9A 8A 7A
2014 126 61.11% 2.52 2(11A), 1(10A) 1 7 8 5

7
13. Jumlah calon PT3 pada tahun lepas adalah seramai 126 orang dengan
peratus lulus 61.11 peratus. Nilai gred purata tahun 2014 menurun 0.57
berbanding tahun sebelumnya iaitu 1.95 kepada 2.52.Saya ingin jelaskan
di sini bahawa, kita tidak boleh membuat perbandingan yang khusus
untuk pelajar menengah rendah kerana sistem peperiksaan bagi mereka
telah bertukar daripada PMR yang dinilai secara kuantitatif kepada
peperiksaan PT3 yang mana lebih memberi penekanan kepada penilaian
secara kualitatif. Secara umumnya, target kali ini lebih mensasarkan
bilangan calon yang dapat menguasai atau tidak dapat menguasai
semua mata pelajaran. Jumlah calon PT3 pada tahun ini adalah 165
orang.Semua pihak khususnya kepada calon PT3 tahun ini perlu
menggandakan usaha untuk mencapai sasaran dan seterusnya berjaya
melonjakkan keputusan pada masa akan datang.

Hadirin yang saya muliakan,


14. Seterusnya saya bacakan analisa perbandingan pencapaian SPM
bagi tahun 2012 dan 2013. Dalam keputusan SPM tahun 2013,sekolah
telah mendapat gred purata 3.75 dengan peratus kelulusan sebanyak
96.64%.Keputusan menunjukkan peningkatan dalam pencapaian sekolah
dengan perbezaan nilai gred purata 3.2 berbanding tahun sebelumnya.

PERBANDINGAN GRED PURATA SEKOLAH DAN PERATUS LULUS SPM


TAHUN GP PERATUS
2012 4.07 99.30%
2013 3.75 96.64%
2014 ? ?

15. Data bagi tahun 2014 masih menjadi tanda tanya kerana keputusan
SPM bakal diumumkan tidak lama lagi.Kami berharap semoga keputusan

8
kali ini akan menunjukkan peningkatan.Bagi tahun 2015, kami
mensasarkan gred purata sebanyak 3.5 dengan kelulusan 100% .Selain
itu, kami juga berusaha untuk meningkatkan bilangan pelajar mencapai
straight A dalam SPM tahun ini.

16. Penetapan target untuk calon SPM tahun ini diambil kira berdasarkan
markah peperiksaan akhir tahun semasa calon berada di tingkatan 4
tahun 2014. Keputusan peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 bagi
tahun 2014 menunjukkan pencapaian gred purata sebanyak 5.54 dengan
peratus lulus 78.30 berbanding sasaran gred purata 3.50 dan 100% lulus.
Keputusan pelajar menunjukkan banyak perbezaan yang mana pelajar-
pelajar di tingkatan 5 tahun ini perlu mengejar 2.04 mata lagi untuk
mencapai sasaran Gred purata sekolah 3.50.

PERBANDINGAN TARGET SPM 2015


DAN
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 2014
PERKARA GP PERATUS
SASARAN 2015 3.50 100%
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 5.54 78.30
2014

Hadirin yang saya muliakan,


17. Selain perubahan dasar yang memerlukan pemahaman yang lebih
terperinci, realitinya banyak kekangan yang dihadapi dalam proses
mencapai kejayaan. Kekangan ini merupakan punca kepada kegagalan
sekolah dalam mencapai sasaran yang telah ditetapkan.Berdasarkan
laporan post mortem sebelum ini, pihak sekolah mengenalpasti beberapa
masalah yang menjadi halangan dalam mencapai target sebenar.Antara
masalah yang dihadapi termasuklah:

9
 Sikap pelajar yang selalu ponteng kelas. Walaupun buku kawalan
kelas diisi oleh setiap guru mata pelajaran, masih terdapat pelajar
tegar yang tidak masuk ke kelas untuk belajar.

 Pelajar selalu ponteng kelas tambahan. Kelas tambahan yang


dijalankan tidak mendapat sambutan dalam kalangan pelajar
yang sama.

 Kehadiran pelajar ke kelas Perfect Score dan Score A juga kurang


memuaskan. Kehadiran pelajar semakin merosot dari hari ke hari.

 Masalah pelajar tidak hadir semasa peperiksaan sebenar,pelajar


kurang bermotivasi untuk menjawab soalan dan keluar awal
semasa peperiksaan dijalankan.Selain itu, terdapat pelajar yang
sudah lama tidak hadir ke sekolah tetapi hadir semasa
peperiksaan sebenar.Perbuatan ini secara tidak langsung boleh
menjejaskan prestasi dalam pencapaian GP sekolah

 Pelajar selalu mengantuk di dalam kelas kerana sering tidur lewat


malam. Akibatnya mereka tidak dapat menumpukan perhatian
semasa guru mengajar dan ketinggalan dalam pelajaran.

 Pelajar juga tidak memanfaatkan Guru Muda. Guru Muda dipilih


dalam kalangan pelajar yang mahir subjek tertentu, Tujuannya
supaya pelajar lain boleh mendapatkan bimbingan daripada rakan
sebaya selain guru. Namun begitu, pelajar tidak berusaha
mendapatkan bimbingan daripada rakan sebaya.Hal ini
menggambarkan pelajar kurang motivasi untuk memajukan diri.
Hadirin sekalian,

10
18. Peranan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak di rumah sangat
besar kesannya. Perkara yang saya ingin tekankan di sini ialah tentang
disiplin murid-murid yang belakangan ini semakin meruncing. Dalam
dunia yang semakin terbuka hari ini anak-anak kita sentiasa terdedah
kepada segala macam pengaruh yang disebarkan melalui media massa
terutama sekali media elektronik. Sekolah sudah tentu merupakan salah
satu daripada benteng untuk menahan penularan pengaruh ini.

19. Sungguhpun begitu, saya berasa ibu bapa mempunyai tanggungjawab


untuk menjadi benteng kepada pengaruh kurang sihat sama ada
daripada rakan sebaya ataupun bahan bacaan. Ibu bapa wajib mengikuti
perkembangan dan kemajuan anak-anak mereka dalam semua aspek
supaya mereka tidak terjerumus dan terlibat dalam kegiatan-kegiatan
yang tidak sihat.Sesungguhnya, pertumbuhan emosi, mental, sosial dan
fizikal para pelajar adalah yang paling kritikal di peringkat sekolah
menengah. Oleh itu, sebagai ibu bapa, tuan-tuan dan puan-puan
seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada guru-guru. Ini
adalah disebabkan tanggungjawab ibu bapa lebih menyeluruh dalam
membentuk dan mencorak perwatakan dan peribadi anak-anak.

20. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 menyeru usaha


sama antara pihak sekolah dengan ibu bapa.Kejayaan anak-anak adalah
tanggungjawab kita bersama. Jika satu pihak saja yang berusaha ke arah
pencapaian mereka, maka segala usaha menjadi sia-sia. Justeru, saya
menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan agar menjadi sebahagian
daripada sekolah dan menyokong program yang dijalankan.Sarana saya
kepada pihak ibu bapa antaranya ialah:

11
a. Menyokong segala bentuk program yang dirancang dan
dijalankan di sekolah.
b. Memantau aktiviti anak-anak agar tidak terlibat dengan gejala
negatif yang boleh mempengaruhi minda dan sikap mereka.
c. Membantu sekolah menangani masalah disiplin khususnya yang
melibatkan isu ponteng kelas, ponteng sekolah, ponteng
peperiksaan dan ponteng kelas tambahan. Ibu bapa perlu
memaklumkan kepada pihak sekolah hal yang sebenar jika anak
mereka tidak dapat hadir ke sekolah.
d. Memahami keadaan yang berlaku di sekolah khususnya
keadaan guru-guru dan pentadbir menangani isu pelajar
bermasalah.
e. Meningkatkan penglibatan dengan pembelajaran anak dan
sekolah kerana ibu bapa dan pihak sekolah merupakan rakan
kongsi dalam membentuk kecemerlangan.
f. Periksa beg sekolah anak-anak atau telefon bimbit sekiranya
terdapat sesuatu yang meragukan kerana punca awal boleh
dikenalpasti melalui kedua-dua sumber ini.
g. Sentiasa bertanya perkembangan anak-anak di sekolah dan
aktiviti yang mereka lalui sepanjang berada di sekolah supaya
ibu bapa benar-benar prihatin tentang kehadiran mereka.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,


21. Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai program demi melonjakkan
pencapaian pelajar. Antara program yang telah dilaksanakan ialah:

a) Pelaksanaan PdP di dalam kelas mengikut sukatan yang telah


ditetapkan.

12
b) Pihak sekolah juga berusaha memantapkan pengetahuan pelajar
dengan mengadakan jadual anjal untuk latihtubi menjelang hari
peperiksaan.

c) Program Bintang Mencari Bintang yang bertujuan mewujudkan


persaingan sihat dalam kalangan pelajar.Program ini melibatkan
sistem pemilihan dan penyingkiran.Pelajar yang berjaya dalam
peperiksaan layak ditempatkan dalam kumpulan Bintang
sebaliknya pelajar yang tidak mencapai tahap akan
tersingkir.Tempat mereka akan diganti oleh pelajar lain yang lebih
cemerlang.Kumpulan pelajar yang berjaya ini akan diberi ganjaran
sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka selama ini.
Dengan ini motivasi pelajar untuk berjaya akan lebih konsisten dari
semasa ke semasa.

d) Bagi melonjakkan pencapaian dalam PT3 dan SPM, pelajar


tingkatan 3 akan mengikuti kelas tambahan Perfect Score
manakala pelajar tingkatan 5 mengikuti kelas tambahan Score A.
Kelas ini diadakan setiap hari Sabtu yang dikendalikan oleh guru
pakar atau guru mata pelajaran masing-masing

e) Kelas Elit diadakan khas bagi pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5


yang berpotensi mencapai target A.

f) Semasa sesi persekolahan pula , pelajar tingkatan 3 dan 5 akan


belajar mengikut jadual blok. Sistem blok ini mengkategorikan
pelajar dalam kelompok tertentu seperti lemah, sederhana dan
baik. Setiap panitia berpeluang memberi tumpuan kepada latih tubi

13
dan gerak gempur yang bersesuaian dengan tahap pencapaian
pelajar.

g) Pihak sekolah berusaha untuk melahirkan pelajar berkualiti


dengan mensasarkan peningkatan jumlah pelajar yang mendapat
Straight A dalam semua mata pelajaran. Justeru, pada tahun ini,
kami mula menempatkan pelajar berpotensi di dalam satu kelas.
Kelompok pelajar ini akan digilap supaya menjadi pelajar
cemerlang. Usaha ini diharap dapat meningkatkan jumlah pelajar
yang mendapat straight A dalam peperiksaan.

h) Kelas tambahan Jejak Gemilang pula dijalankan untuk pelajar


tingkatan 1,2 dan 4. Mereka perlu menghadiri kelas tambahan
sebagai tambahan ilmu walaupun tidak terlibat dengan
peperiksaan yang besar.

Hadirin sekalian,
22. Pendidikan sebenar tidak seharusnya berpaksikan peperiksaan
sehingga kita membelakangkan aspek perkembangan individu yang
menyeluruh. Produk yang keluar dari sekolah mestilah daripada
golongan yang mempunyai kemahiran interaksi dan berkomunikasi.Kami
menyahut cabaran era globalisasi ini dengan menjalankan program yang
melibatkan dunia luar. Program Bersama Komuniti melibatkan program di
bawah panitia yang menjemput tokoh luar untuk berkongsi pengalaman
dan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar untuk mendalami bidang
baharu.Aktiviti ini juga sejajar dengan sarana sekolah yang ingin
meningkatkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dalam
pembelajaran anak di sekolah.

14
23. Pelbagai program motivasi turut dijalankan di bawah unit bimbingan dan
kaunseling.Program ini bertujuan mendekatkan diri pelajar ke arah
pencapaian kendiri dan penguasaan kemahiran dalam bidang
tertentu. .Begitu juga pelajar dari Kelas Aliran Bahasa Arab berpeluang
menyertai Kem Bahasa Arab dan kelas pemantapan Bahasa Arab yang
dikendalikan oleh guru jemputan dari luar.

24. Program di bawah panitia pula melibatkan aktiviti yang menjurus kepada
pertandingan-pertandingan untuk mengasah bakat pelajar dan
mewujudkan persaingan.Pelajar juga berpeluang belajar dalam keadaan
santai dan menyeronokkan melalui program Santai Minda di bawah
kendalian panitia.Usaha ini menampakkan hasil kerana pelajar lebih
berani tampil ke hadapan melalui aktiviti permainan berunsur ilmiah.

25. Untuk makluman semua, segala aktiviti yang diatur sepanjang tahun ini
bertujuan melahirkan keberhasilan pelajar agar terus cemerlang
akademik dan sahsiah.Hari ini tuan-tuan dan puan-puan bukan saja
berpeluang berinteraksi dengan guru kelas malah tuan puan juga
berpeluang melihat target anak-anak dalam subjek tertentu.Saya
berharap,penetapan target kali ini dapat memberi manfaat ke arah
mencapai matlamat yang jelas kepada semua

Hadirin sekalian,
26. Bagi mengakhiri ucapan ini,saya mengucapkan terima kasih atas
keprihatinan yang ditunjukkan. Saya berharap agar pertemuan 3 hala
antara pelajar, waris dan guru-guru memberikan impak positif dalam
menjana kecemerlangan akademik dan kemenjadian sahsiah pelajar.
Sarana saya kepada ibu bapa, bantu anak-anak mencapai kejayaan

15
dengan sentiasa memantau aktiviti mereka, berusaha mencari jalan
penyelesaian kepada masalah yang dihadapi, beri harapan, sokongan
dan doa yang berpanjangan. Akhirulkalam, terimalah bait puisi daripada
saya,

Gugur menguning buah kuini


Menghijau pohon subur dibaja
Ucapan saya berakhir di sini
Salah dan silap lupakan saja
Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi

Sekian, terima kasih.

Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

16

Anda mungkin juga menyukai