Anda di halaman 1dari 4

SOALAN LAZIM

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH BAGI MURID TAHAP I

1. Kenapa peperiksaan pertengahan dan akhir tahun Tahap I


dimansuhkan?

Pemansuhan amalan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun bagi murid Tahap I
dilakukan kerana ia adalah selaras dengan konsep pembelajaran yang
berorientasikan perkembangan murid.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep pembelajaran yang


berorientasikan perkembangan murid?

Pembelajaran yang berorientasikan perkembangan murid merujuk kepada


pengajaran dan pembelajaran yang membina pengetahuan, kemahiran, karakter dan
sahsiah murid secara menyeluruh kerana pada peringkat usia ini, pertumbuhan
murid berkembang dengan pesat. Dalam tempoh ini, murid-murid berada pada tahap
perkembangan semangat inkuiri yang sangat tinggi , mula bergaul dengan rakan
sebaya dan mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Maka guru perlu
merancang pengajaran yang berfokuskan murid, menyeronokkan dan bermakna
agar mereka mencapai standard yang ditetapkan dalam penguasaan kompetensi
asas. Di samping itu, murid diberi peluang belajar mengikut keupayaan masing-
masing.

3. Adakah sesi PdP yang berkesan akan berlaku apabila peperiksaan


pertengahan dan akhir tahun bagi murid Tahap I dimansuhkan?
Ya. Ini adalah kerana guru akan dapat memberi lebih fokus kepada PdP supaya
semua murid dapat menguasai kemahiran membaca, menulis, mengira dan
menaakul serta mengamalkan nilai rutin harian seperti berterima kasih, baik hati,
membantu guru dan lain-lain.

4. Apabila peperiksaan dimansuhkan, bagaimana pentaksiran


dilaksanakan terhadap murid Tahap I?

Pentaksiran terhadapmurid Tahap I akan menjadi lebih objektif kerana ia melihat


kepada perkembangan murid secara lebih menyeluruh termasuk amalan nilai-nilai
murni yang berbentuk rutin harian. Pentaksiran ini adalah pengukuhankepada
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang telah diperkenalkan mulai tahun 2011. Setiap
guru perlu melaksanakan PBD mengikut subjek masing-masing. Tahap penguasaan
murid ditentukan dengan menggunakan pentaksiran formatif dan sumatif yang
dilaksanakan sepanjang tempoh pembelajaran melalui aktiviti seperti kuiz,
permainan, main peranan, bercerita dan projek mudah.

1
5. Adakah kuiz, permainan, main peranan, bercerita dan projek mudah
yang dinyatakan dalam Garis Panduan PBD bagi murid Tahap I mesti
dilaksanakan bagi tujuan pentaksiran dalam setiap mata pelajaran?

Ya. Aktiviti seperti kuiz, permainan, main peranan, bercerita dan projek mudah
adalah contoh aktiviti utama yang boleh digunakan. Walau bagaimanapun, guru
juga boleh menjalankan PBD dengan memilih aktiviti lain yang bersesuaian.

6. Bolehkah guru mengadakan ujian seperti ujian topikal, bulanan atau


diagnostik?
Boleh. Ia adalah salah satu kaedah pentaksiran perkembangan murid.
Namundemikian ujian ini tidak boleh disetarakan. Maklumat daripada ujian boleh
digunakan untuk membantu mempertingkatkan tahap penguasaan murid.

7. Adakah guru boleh mengenalpasti murid-murid yang tidak menguasai


kemahiran membaca, menulis dan mengira melalui PBD bagi murid Tahap I?

Ya. PBD adalah pentaksiran yang berlaku secara berterusan dan melapor tahap
penguasaan murid. Sekolah juga boleh menggunakan instrumen yang bersesuaian
seperti instrumen saringan LINUS sedia ada atau lain-lain untuk menentusahkan
murid yang tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Intervensi
yang dilaksanakan mestilah mengikut keperluan dan keupayaan sekolah.

8. Bagaimanakah PBD bagi murid Tahap I dilaporkan?

PBD bagi murid Tahap I dilapor berdasarkan perkembangan pembelajaran secara


menyeluruh merangkumi kemahiran, sikap dan nilai. Pencapaian murid dalam mata
pelajaran dilapor dalam bentuk Tahap Penguasaan sebagaimana yang terkandung
dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Di samping itu, guru
perlu memberi ulasan tambahan mengenai sikap dan nilaipada ruang ulasan dalam
templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah yang diisi secara luar talian. Pengisian
templat ini boleh dirujuk dalam Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah
terbitan tahun 2018 dan boleh dimuat turun dari laman sesawang Bahagian
Pembangunan Kurikulum (http://bpk.moe.gov.my).

9. Adakah data PBD bagi setiap murid Tahap I perlu dikumpul oleh
PPD/JPN/KPM?

Tidak. Data dan maklumat pentaksiran perkembangan murid diurus di peringkat


sekolah sahaja.

2
10. Bolehkah markah ujian ditukar kepada tahap penguasaan murid?
Tidak boleh. Markah ujian adalah sebahagian daripada maklumat yang diguna untuk
menentukan Tahap Penguasaan murid.

11. Bagaimanakah guru menentukan take-off value (TOV) bagi murid Tahun
4 jika tidak ada peperiksaan tahun 3?

TOV murid Tahun 4 ditentukan berdasarkan Tahap Penguasaan murid semasa


mereka di Tahun 3.

12. Adakah guru perlu mengisi tahap penguasaan murid bagi murid Tahap I
dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)?

Tidak. Guru tidak perlu mengisi tahap penguasaan murid bagi murid Tahap I dalam
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

13. Adakah hasil kerja murid perlu disimpan secara berpusat atau disimpan
oleh guru mata pelajaran masing-masing?

Hasil kerja murid dinilai sebagai bahan pentaksiran yang dijalankan dalam PdP.
Sekolah yang akan menentukan cara penyimpanan

14. Adakah perlu ditubuhkan jawatankuasa PBD Tahap 1?

Tidak perlu. Pihak sekolah hanya perlu menggunakan Jawatankuasa PBS sedia ada
tanpa perlu menubuhkan jawatankuasa baharu.

15. Bagaimana ibu bapa boleh mengetahui tahap pencapaian anak mereka?

Pelaporan PBD bagi murid Tahap I hendaklah dimaklumkan kepada ibu bapa
sekurang-kurangnya dua kali setahun. Dengan ini, ibu bapa boleh mengetahui
kekuatan dan kelemahan anak mereka dan menentukan bentuk sokongan yang
boleh diberikan bagi memastikan perkembangan potensi, bakat, minat, kemahiran
dan sahsiah murid dioptimumkan.

3
16. Kenapa murid Tahun 6 masih perlu menduduki Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR)?

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah peperiksaan pusat. UPSR


dilaksanakan bagi mata pelajaran Bahasa (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil) serta mata pelajaran Sains dan Matematik. UPSR
merupakan check point pertama dalam mengukur tahap pencapaian atau
penguasaan akademik murid di peringkat rendah sebagai persediaan kepada
pembelajaran di peringkat menengah. KPM memberi fokus terhadap penguasaan
tahap minimum bagi semua murid sekolah rendah.

17. Bagaimana sekolah memastikan semua murid ditaksir dengan


sewajarnya?

Guru-guru adalah kumpulan profesional yang beretika dan terlatih dalam memberi
penilaian ke atas tahap penguasan murid. Mereka berupaya melaksanakan
tanggungjawab profesional mereka dengan amanah dan penuh integriti. Ibu bapa
pula harus meletakkan kepercayaan kepada guru dalam membuat pentaksiran
terhadap anak mereka.

Anda mungkin juga menyukai