Anda di halaman 1dari 20

KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

1.0 PENGENALAN Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pegajaran dan pembelajaran. Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Rancangan ini sangat penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada para murid. Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas. Rancangan Pengajaran Harian yang dibina haruslah berdasarkan Rancangan Tahunan. Selain itu, butiran yang perlu dicatatkan dalam Rancangan Pengajaran Harian adalah hari dan tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, standard kandungan, tajuk, pengetahuan sedia ada, standard pembelajaran, hasil pembelajaran, penyerapan, unsur KBKK, pendekatan, strategi dan bahan bantu belajar. Rancangan pengajaran juga merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid. Justeru, semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif (yang perlu dicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif. Ringkasnya, sesuatu persediaan pengajaran perlu mengandungi dua jenis maklumat: Pertama, mengenai murid dan perkara yang akan diajar; dan kedua, catatan mengenai langkah-langkah dan aktiviti guru-murid dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui persediaan mengajar yang lengkap dan teratur membolehkan guru : 1. 2. Menentukan objektif pelajaran yang sesuai dan tidak terkeluar dari apa yang dirancang. Memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup disampaikan dalam jangka masa yang diperuntukkan.

ELM3102

KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

3.

Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat, kebolehan dan minat pelajar.

4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Menentukan dan menyediakan bahan bantu mengajar yang diperlukan. Merancang aktiviti pelajar yang sesuai. Mengawal bilik darjah dengan baik. Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid. Guru lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid. Mengingati bahan pengajaran yang akan disampaikan. Menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan dengan teratur.

11.

Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar untuk dikemukakan semasa pengajaran.

12.

Memikirkan

cara

untuk

memotivasikan

murid

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran. 13. Merancang bagaimana nilai murni dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Rancangan pengaran harian yang berkesan perlu dirancang dan disediakan dengan lengkap. Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas, teliti, lengkap dan teratur dapat membantu pelajar meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran terutamanya di kalangan murid bermasalah pembelajaran.

ELM3102

KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

2.0 RANCANGAN SEMESTER PENDIDIKAN MORAL TAHUN 2

MINGGU

NILAI DAN TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

CATATAN

Minggu 1

Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

1.1.1

Menceritakan amalan beribadat dalam keluarga

Tajuk : Beribadat bersama-sama Keluarga

suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara 1.1.2

Menyatakan cara menghormati amalan beribadat dalam keluarga

1.1 Mematuhi amalan beribadat dalam keluarga

1.1.3

Menyedari kepentingan menghormati amalan beribadat dalam keluarga

1.1.4

Melaksanakan amalan beribadat bersama keluarga

ELM3102

KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Minggu 2

Nilai : Baik hati

Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

Tajuk : Kami suka membantu

dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas

2.1.1

Menyatakan cara membantu keluarga kembangan

2.1.2

Menyenaraikan kepentingan membantu

2.1 Memberi bantuan kepada keluarga 2.1.3

keluarga kembangan

Menceritakan perasaan semasa membantu keluarga kembangan

2.1.4

Mengamalkan sikap saling membantu dalam keluarga kembangan

Minggu 3

Nilai : Bertanggungjawab

Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

3.1.1

Menceritakan tanggungjawab dalam keluarga

Tajuk : Tanggungjawab terhadap Keluarga

dengan sempurna

3.1 Melaksanakan tanggungjawab dalam keluarga 3.1.2 Menyenaraikan kepentingan melaksanakan tanggungjawab dalam keluarga 4

ELM3102

KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

3.1.3

Menyatakan perasaan semasa melaksanakan tanggungjawab dalam keluarga

3.1.4

Mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam keluarga

Minggu 4

Nilai :

Perasaan dan

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

Berterima kasih perlakuan untuk menunjukkan Tajuk : Hargailah Keluarga Kita pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian

4.1.1

Menerangkan cara memberi dalam penghargaan keluarga

4.1.2

Menyenaraikan kepentingan memberi

4.1 Mengamalkan budaya berterima kasih dalam keluarga 4.1.3

penghargaan

Menyedari kepentingan memberi penghargaan dalam keluarga

4.1.4

Mengamalkan cara memberi penghargaan dalam keluarga

ELM3102

KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL

1. Mata Pelajaran 2. Tarikh / Hari 3. Kelas 4. Masa 5. Bilangan Murid 6. Standard Kandungan

: Pendidikan Moral : 15 Julai 2013 (Isnin) : 2 Wawasan : 10.30 pagi 11.30 pagi : 30 Orang : 4.1 Mengamalkan budaya berterima kasih dalam Keluarga

7. Tajuk/Topik 8. Standard Pembelajaran

: Hargailah Keluarga Kita : Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 4.1.1 Menerangkan cara memberi dalam penghargaan keluarga 4.1.2 Menyenaraikan kepentingan memberi penghargaan 4.1.4 Mengamalkan cara memberi penghargaan dalam keluarga

9. Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat mengucapkan ucapan terima kasih 10. Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat : i) Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga cara berterima kasih kepada ahi keluarga dengan betul secara lisan. ii) Menyedari dan menyatakan kepentingan memberi penghargaan dalam keluarga dengan betul dan tepat secara bertulis. iii) Menunjukkan satu cara terima kasih kepada keluarga dengan menghasilkan satu kad ucapan yang menarik. 11. Penggabungjalinan 12. Unsur KBKK : Bahasa Melayu, Pendidikan Seni Visual : Menghubungkait, menjana idea, membuat ramalan, menerangkan sebab 13. Pendekatan 14. Strategi : Pemupukan Nilai, koperatif : Berpusatkan murid, guru, dan bahan

15. Bahan Bantu Mengajar : Tayangan video, slaid popwerpoint, laptop, projector LCD, manila kad, lembaran kerja, pensil warna, gunting.

ELM3102

KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Langkah/ Masa Set Induksi (5 minit)

Isi Pelajaran Tayangan video Upin dan Ipin -

Aktiviti P&P Guru memulakan kelas dengan memberi salam dan bacaan doa. Guru menunjukkan tayangan video Upin dan Ipin kepada murid. Guru meminta murid melihat tayangan tersebut dengan teliti. Murid melihat tayangan tersebut dengan teliti. Guru berbincang dengan murid intipati tayangan tersebut. Guru bertanya soalan kepada murid. Murid menjawab soalan. Guru mengaitkan tayangan video dengan tajuk yang akan dipelajari.

Catatan Kecerdasan pelbagai : Visual

BBM: Laptop, Projector LCD Tayangan video

Contoh soalan: 1.Siapakah yang Upin dan Ipin rindukan? 2.Apakah yang diucapkan oleh Opah apabila menerima kuih raya?

Langkah 1 (15 minit)

Cerita Sang Kerbau, Sang Buaya dan Sang Kancil

Guru meminta murid duduk dalam bulatan.

Kecerdasan pelbagai : Interpersonal Linguistik

Guru membacakan cerita yang ditayang menggunakan slaid powerpoint dengan penuh ekspresi kepada murid-murid.

BBM: slaid powerpoint

Guru bercerita sambil menanyakan soalan kepada murid.

Murid menjawab soalan yang ditanya oleh guru.

ELM3102

KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Guru berbincang dengan murid tentang intipati dan nilainilai moral yang terdapat daripada cerita tersebut.

Guru mendapatkan maklum balas daripada murid-murid tentang cerita tersebut.

Contoh soalan: 1. Apakah nilai moral yang dipelajari berdasarkan cerita tersebut? 2. Apakah perkataan yang sesuai diucapkan untuk menghargai seseorang? Langkah 2 (20 minit) Penghasilkan kad ucapan terima kasih Guru mengedarkan kad manila kepada setiap murid. Guru meminta murid menghasilkan sekeping kad ucapan terima kasih kepada salah seorang ahli keluarga mereka. Guru menunjukkan beberapa keping contoh kad sebagai gambaran kasar kepada murid. Murid menghasilkan kad ucapan masing-masing mengikut kreativiti mereka. Guru mengarahkan murid menulis ucapan di dalam kad
ELM3102

BBM: kad manila pensil warna gunting

KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

yang telah di hasilkan. Murid menulis ucapan di dalam kad tersebut. Guru meminta murid memberi kad ucapan terima kasih kepada ahli keluarga masingmsing. Murid memberikan kad tersebut kepada ahli keluarga masing-masing. -

Langkah 3 (15 minit)

Lembaran kerja nilai terima kasih :

Guru mengedarkan lembaran kerja nilai terima kasih kepada murid.

BBM: lembaran kerja

Guru meminta murid berbincang dengan rakan untuk menyiapkan lembaran kerja nilai terima kasih.

Murid berbincang dengan rakan untuk menyiapkan lembaran kerja nilai terima kasih.

Guru berbincang jawapan dengan murid apabila siap menjawab soalan

Murid berbincang jawapan dengan guru apabila siap menjawab soalan.

Guru menghubungkaitkan tugasan lembaran kerja dengan nilai terima kasih.

ELM3102

KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Penutup (5 minit)

Sesi penggulungan dan kesimpulan

Guru meminta murid menyatakan perasaan nilai terima kasih.

Murid menyatakan perasaan nilai terima kasih.

Guru mengingatkan murid supaya mempraktikkan sikap terima kasih semasa di sekolah.

Murid mengamalkan sikap terima kasih semasa di sekolah.

Guru meminta murid menyatakan nilai daripada sifat terima kasih.

Murid menyatakan nilai daripada sifat terima kasih.

Refleksi

1. Syukur, pada hari ini PdP dapat berjalan dengan baik dan sempurna. 2. 30/30 murid dapat menerima isi pelajaran yang disampaikan pada hari ini.

ELM3102

10

KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

4.0 PETA MINDA KAEDAH PdP PENDIDIKAN MORAL

ELM3102

11

KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

ELM3102

12

KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

5.0 BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Md. Aroff (1986). Pengenalan pendidikan moral: Siri pendidikan fajarbakti. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Abdul Rahman Md. Aroff., & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan moral. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof, 2007 `Prinsip Pengajaran Penulisan Batu Caves, Kuala Lumpur.hlm 255-262 Adler, P.A., & Adler, P. (1998). Observational techniques . Dalam N. K. Denzin dan Y.Lincoln (Eds.). Collecting and interpreting qualitative material. Thousand Oaks CA: Sage Publications. hlm. 79-109. Dr. Tam Yeow Kwai.Kwai, T. Y. (2006). Pendidikan Moral : Konsep dan Pedagogi Pendidikan Guru. Subang Jaya, Selangor : Kumpulan Budiman. Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam & j-QAF: Metodologi dan Pedagogi Pendidikan. Shah Alam:Oxford Fajar Sdn. Bhd. Aini Hassan (1996). A study of Malaysian history teachers subject matter and pedagogical content knowledge. Tesis Ed.D yang tidak diterbitkan. Monash University, Australia. Aini Hassan (2001). Pelbagai kaedah pengutipan dan penganalisisan data pengetahuan guru. Dalam Marohaini Yusoff (Ed.), Penyelidikan kualitatif: Pengalaman kerja lapangan kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Anderson, C. W. (1989). The role of education in the academic disciplines in teacher preparation. Dalam A. E. Woolfolk (Ed.), Research perspectives on the graduate preparation of teacher. Englewood Califfs, NJ: Prentice Hall. Downey, M., & Kelly, A. W. (1978). Moral education theory and practice. London: Harper & Row Publisher. Ee Ah Meng. (1988) Pendidikan moral untuk bakal guru. Petaling Jaya: Longman Sdn. Bhd.

ELM3102

13

KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Julia. (2010). Kaedah Yang Digunakan Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Dan Moral. Dilayari pada 27 Julai 2013 dari laman web http://majorpra.blogspot.com/2010/ 11/1.html Noor Azlinda Abdullah.(2012). Jiwa Pendidik: 5 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Dilayari pada 26 Julai 2013 dari laman web http://naa87.blogspot.com/2012/06/5-kaedah-pengajaran-dan-pembelajaran.html

ELM3102

14

KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

REFLEKSI INDIVIDU NAMA NO. KP : MOHAMAD IZZUDDIN IZZAT BIN AB SHUKOR : (920615-01-5041)

____________________________________________________________________________ Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, saya dapat menyiapkan tugasan Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral (ELM3102) dengan jayanya. Dengan masa yang telah ditetapkan, tugasan projek ini telah selamat saya serahkan pada 23 Julai 2013 setelah melalui beberapa pengubahsuaian melibatkan Rancangan Semester, Rancangan Pengajaran Harian dan sebagainya. Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral (ELM3102) merupakan salah satu subjek yang menyediakan pengetahuan dalam merancang dan membina aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pada semester ini, saya diminta menyediakan Rancangan Semester Pendidikan Moral untuk jangka masa 4 minggu, membina Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Moral untuk tempeh masa 60 minit dan menyediakan peta minda mengenai kaedah atau teknik yang sesuai digunakan dalam PdP Pendidikan Moral. Sebelum melaksanakan sepenuhnya tugasan, taklimat dan penerangan daripada En Sirajudin bin Sapuan, pensyarah bagi matapelajaran Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral (ELM3102) telah saya gunakan sebagai rujukan untuk menjadi panduan dalam penyediaan tugasan ini. Secara kasarnya, tugasan ini kelihatan mudah memandangkan saya telah beberapa kali menghasilkan RPH untuk diadaptasikan di dalam kelas. Bagi penyediaan RPH, seperti yang telah saya nyatakan tadi, walaupun saya biasa melaluinya, namun merancang untuk menjalankan aktiviti dengan sebaiknya sedikit sebanyak menyulitkan keadaan. Ini kerana penyediaannya mestilah tepat dengan kehendak objektif yang dihasratkan. Justeru, hasil pembelajaran yang telah saya pilih perlu disepadankan dengan aras kemampuan murid yang hendak difokuskan. Saya dapat rasakan aktiviti yang saya jalankan untuk tempoh satu jam itu, akan memberi manfaat besar bukan sahaja kepada guru bahkan kepada murid seluruhnya. Pemilihan teknik yang sesuai dengan tahap kemampuan murid menambahkan lagi keyakinan
ELM3102

15

KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

saya dalam memastikan hasrat yang terkandung dalam objektif pembelajaran akan tercapai dengan jayanya. Begitu juga dengan hands on yang telah saya aplikasikan sewaktu menghasilkan kad ucapan, sudah tentu akan memberi peluang dan ruang kepada murid untuk mencetuskan dan melahirkan idea-idea baharu. Dan saya yakin, dengan pemilihan dan penggunaan yang saya apliksikan ini, akan tercapailah objektif yang saya hasratkan itu. Waktu senggang antara subjek telah saya gunakan sebaiknya untuk berbincang bersama rakan kelas mengenai kemahuan dan kehendak soalan. Melalui perbincangan ini, lahirlah idea-idea yang boleh saya manfaatkan dan aplikasikan ke dalam tugasan ini nanti. Walaupun kadang-kadang terdapat percanggahan idea yang mungkin akan mengusutkan lagi keadaan, dengan sifat keguruan yang ada, saya telah mampu menyerapnya untuk mencari jalan penyelesaiannya. Namun, terdapat beberapa kekangan terutamanya melibatkan bahan rujukan. Kekurangan sumber seperti buku dan maklumat dari internet juga sedikit menyukarkan pergerakan tugasan saya. Hal ini secara tidak langsung merencatkan agenda yang telah dirancang. Alhamdulillah, sewaktu berkunjung ke perpustakaan, nasib menyebelahi saya apabila terdapat beberapa buku yang telah menjadi panduan utama saya dalam menyiapkan tugasan ini, Sepanjang pelaksanaan tugasan ini, secara keseluruhannya dapatlah saya katakan bahawa terdapat kekuatan dan kelemahannya sendiri. Mungkin kekuatan yang ada pada saya merupakan kelemahan pada pihak lain dan begitulah sebaliknya. Kekuatan kerjasama rakan sekelas memang tidak saya nafikan. Namun, terdapat juga kelemahan yang saya tidak dapat elakkan. Antaranya persiapan lawatan antarabangsa ke Aceh. Dengan kesibukan yang terpaksa ditanggung, saya terpaksa melupakan seketika masalah tugasan ini sebelum membukanya kembali setelah pulang ke institut. Hal ini jelas menunjukkan pembaziran masa yang agak panjang dan mungkin untuk semester seterusnya masa yang dikhususkan untuk menjalankan tugasan tidak akan lagi merangkumi waktu aktiviti luar. Sesungguhnya, dalam menyiapkan tugasan ini, saya dapati bahawa dalam

menyediakan RPH yang sebenarnya bukanlah satu tugas mudah dan boleh dibuat sambil lewa

ELM3102

16

KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

sahaja. Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik adalah komponen penting dalam menyediakan RPH yang sempurna. Sebagai seorang guru, kita perlu menjalankan pelbagai aktiviti melalui teknik-teknik yang boleh menarik minat pelajar. Ini penting bagi membolehkan murid-murid menguasai dan mencapai matlamat kurikulum Pendidikan Moral sekolah rendah iaitu membentuk insan berakhlak mulia, berintegriti dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. Secara keseluruhan, pandangan mata kasar sebelum meredah sendiri untuk menyediakan tugasan yang sebenar tidak seindah khabar. Semuanya mudah pada awalnya. Namun tidak pada akhirnya. Itulah tanggapan yang dapat saya coretkan sebelum mengemudi sendiri dalam menyiapkan tugasan ini. Pelbagai masalah yang saya hadapi tetap berjaya saya tangani dan kesemua ini mengajar saya untuk menjadi guru yang lebih baik. Bergerak secara individu untuk melaksanakan tugasan ini bukan mudah kerana terlalu banyak fakta dan isi untuk dipertimbangkan seorang diri namun dengan bantuan rakan kelas dan pensyarah telah berjaya meyakinkan bahawa saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan yang terbaik. Akhirnya, tiada kalimah yang mampu menggambarkan kegembiraan dan kesyukuran melainkan hanya kepada yang Maha Esa. Saya amat berharap tugasan ini dapat memenuhi kriteria tugasan yang baik dan apa yang paling penting ialah semoga segala pengetahuan yang saya peroleh ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan saya sebagai bakal guru kelak. Semoga tugasan ini juga dapat dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang membacanya. InsyaAllah. Terima kasih.

Yang benar,

_________________________ (MOHAMAD IZZUDDIN IZZAT BIN AB SHUKOR)

ELM3102

17

KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

BORANG REKOD KOLABORATIF KERJA KURSUS

NAMA AHLI KUMPULAN NO KAD PENGENALAN KUMPULAN / OPSYEN SEMESTER MATA PELAJARAN

: MOHAMAD IZZUDDIN IZZAT BIN AB SHUKOR : 920615-01-5041 : PISMP BM/PJ/PM :4 : ELM 3102 KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

PENSYARAH PENILAI

: EN. SIRAJUDIN BIN SAPUAN

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN Mendapat tugasan daripada pensyarah

CATATAN

TANDATANGAN

02/07/2013

Mendengar penerangan daripada pensyarah


EN SIRAJUDIN BIN SAPUAN

MOHAMAD IZZUDDIN IZZAT BIN AB SHUKOR

03/07/2013

Perbincangan pertama bersama pensyarah

Bertanyakan kekeliruan mengenai soalan tugasan

EN SIRAJUDIN BIN SAPUAN

MOHAMAD IZZUDDIN IZZAT BIN AB SHUKOR

05/07/2013 10/07/2013

Proses pencarian maklumat

Proses pemerolehan maklumat dilakukan secara individu melalui pembacaan buku ilmiah dan mendapatkan maklumat di dalam laman sesawang

MOHAMAD IZZUDDIN IZZAT BIN AB SHUKOR

ELM3102

18

KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

10/07/2012

Mula menaip hasil maklumat yang telah diperolehi

- Mengumpulkan hasil tugasan daripada setiap sumber - Berbincang bersama rakan kelas dan pensyarah mengenai pemantapan hasil kerja kursus

EN SIRAJUDIN BIN SAPUAN

MOHAMAD IZZUDDIN IZZAT BIN AB SHUKOR

20/07/2013

Menjilidkan tugasan

Membukukan dan menjilidkan tugasan yang telah selesai. MOHAMAD IZZUDDIN IZZAT
BIN AB SHUKOR

23/07/2013

Penghantaran tugasan

Kerja kursus yang telah siap dihantar kepada pensyarah untuk dinilai

EN SIRAJUDIN BIN SAPUAN

MOHAMAD IZZUDDIN IZZAT BIN AB SHUKOR

ELM3102

19

KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL

LAMPIRAN

ELM3102

20

Anda mungkin juga menyukai