Anda di halaman 1dari 10

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)

TAJUK TUGASAN:
ANALISIS KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH DALAM BIDANG
ADAB DAN AKHLAK BERDASARKAN KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (TMK)

NAMA SALAMAH BINTI KHAIRI

ANGKA GILIRAN 2021012400212

NO KAD PENGENALAN 901011-08-5088

NO MATRIK D21012182

KUMPULAN PDPP PENDIDIKAN ISLAM (SK) AMBILAN JUN 2021

SEMESTER 1

NAMA KURSUS PENGAJIAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

SEKOLAH RENDAH

KOD KURSUS PIMK2063R

NAMA PENSYARAH DR. SAIDAH KHADIJAH BINTI AHMAD

TARIKH PENGHANTARAN 24/7/2021

1
ISI KANDUNGAN

M/S

PENGHARGAAN 3

PENGENALAN 4

BIDANG AKHLAK DAN ADAB DALAM DOKUMEN STANDARD 5-6


KURIKULUM PENTAKSIRAN (DSKP)

ANALISIS MENGIKUT KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (KMT) 6-8

KESIMPULAN 8

RUJUKAN 9-10

2
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya
dapatlah saya menyiapkan tugasan penulisan ini bagi memenuhi sebahagian daripada
keperluan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Kursus Dalam Cuti) Sekolah Rendah, di IPG
Kampus Keningau Sabah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar,


Dr. Saidah Khadijah Binti Ahmad yang telah banyak memberikan bimbingan dan nasihat
sehingga tugasan ini dapat disiapkan. Penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan
kepada rakan-rakan seperjuangan dan ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan
bantuan bagi melengkapkan tugasan projek ini.

Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu saya
sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menyiapkan tugasan projek ini.
Semoga Allah SWT memberikan balasan yang lebih baik jua. Amin.

3
PENGENALAN

Konsep ilmu yang diperkenalkan oleh Imam al-Ghazali ada diterapkan dalam Pendidikan
Islam sekolah rendah. Penerapan Ilmu dalam Pendidikan Islam merangkumi aspek
pengetahuan, nilai dan kemahiran. Oleh itu bagi memenuhi keperluan ilmu, kurikulum
Pendidikan Islam dibangunkan untuk memenuhi tuntutan ilmu fardhu ain dan juga ilmu
fardhu kifayah. Pendidikan akhlak dan adab merupakan wadah penting untuk merungkai
permasalahan akhlak dan melahirkan manusia yang baik. Penekanan pendidikan akhlak
dalam Pendidikan Islam adalah jelas. Ini kerana menurut Suhid (2005) Pendidikan Islam
bertujuan membangun dan melahirkan insan secara bersepadu dan seimbang demi
merealisasikan fungsi manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi. Tujuan
utama Rasulullah SAW diutuskan oleh Allah SWT kepada manusia juga memperlihatkan
kepentingan nilai akhlak atau moral dalam Islam, sebagaimana sabda baginda Rasulullah
SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”

(Riwayat Ahmad)

Tidak ada kecemerlangan tanpa akhlak dan budi pekerti. Akhlak yang tinggi menjadi
kekuatan yang penting dalam dakwah Rasulullah SAW. Malah masyarakat Quraisy yang
hidup Bersama Rasulullah SAW mengesahkan hakikat ini kerana itu mereka mengelar
Rasulullah SAW sebagai al-Amin yang bermaksud “yang dipercayai”. Dimanakah
pembinaan akhlak bermula?sebenarnya pembinaan akhlak ini bermula daripada hati.

Islam adalah agama yang mementingkan hubungan baik dengan Allah SWT dan
hubungan baik dengan manusia. Hubungan baik dengan Allah SWT tercapai melalui takwa
manakala hubungan baik sesama manusia tercapai melalui akhlak. Oleh kerana itu akhlak
ini menjadi topik utama yang perlu diajar dan dididik sejak dari kecil lagi, maka selari la topik
ini dengan kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah. Allah berfiman dalam surah al-Qalam
ayat ke 4:

‫ع ِظ ٖيم‬ ٍ ُ‫َوإِنَّكَ لَعَلَ ٰى ُخل‬


َ ‫ق‬

Maksudnya:

Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.

(Al-Qalam:4).

4
BIDANG AKHLAK DAN ADAB DALAM DOKUMEN STANDARD KURIKULUM
PENTAKSIRAN (DSKP)

Bidang: Adab Dan Akhlak Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3 ) dan tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP)

Bahagian Adab Dan Akhlak


Diri Sendiri Sosial/Masyarakat Allah Rasul
Topik Perbincangan
TAHUN 1
Adab menjaga Adab Bersama Adab berzikir Adab berselawat
kebersihan diri keluarga
TAHUN 2
Adab makan dan Adab bersahabat Adab doa Adab kasih pada
minum Rasul
TAHUN 3
Adab tidur Adab menuntut ilmu Adab bersyukur Adab mengikut
dengan nikmat Allah sunnah Rasulullah
TAHUN 4
Adab berpakaian Adab beriadah
Adab berjiran
Adab berguru
TAHUN 5
Adab menaiki Adab jual beli
kenderaan Adab berkomunikasi
Adab menjaga alam
sekitar
TAHUN 6
Adab rehlah Adab terhadap
haiwan
Adab alam sekitar
Adab terhadap harta
awam

5
Berdasarkan jadual di atas, dapat disimpulkan bahawa kurikulum akhlak dan adab pada
tahap 1 di kategori kepada empat aspek iaitu individu,sosial,Allah (pencipta) dan Rasulullah.
Manakala pada tahap 2 hanya ada dua kategori yang ditekankan iaitu adab terhadap
individu dan sosial.

ANALISIS MENGIKUT KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (KMT)

Menurut Mokhtar (2018) terdapat Tujuh jenis KBT dimasukkan dalam kurikulum, iaitu
kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK), kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual, pembelajaran
konstruktivisme dan kajian masa depan.

1) Kemahiran berfikir:

Dalam menguasi kemahiran berfikir ini, murid akan menggunakan teori kognitif
(pemikiran) yang melibatkan proses mental yang mempunyai kesan terhadap tingkah
laku Hussin (2013). Sebagai contoh murid akan berfikir bagaimana adab makan
dengan betul, bagaimanakah adab beriadah dalam Islam. Selain itu guru
menimbulkan persoalan berkaitan apakah alat yang boleh digunakan untuk
membersihkan diri?,bagaimanakah cara bergaul dengan sahabat dengan
betul?bagaimanakah cara murid menikmati rasa bersyukur?. Murid akan berfikir cara
dan teknik yang terbaik untuk berkomunikasi dengan masyarakat. Adab-adab ini ada
di dalam kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah.

2) Kemahiran belajar cara belajar

bermaksud proses untuk memperoleh teknik belajar yang boleh digunakan pelajar
sama ada bersama guru atau tanpa guru Abd.Manan (2010) pengajaran dan
pembelajaran di rumah Pdpr memerlukan murid mahir menggunakan medium digital
seperti whatsapp, telegram, youtube dan aplikasi game Pendidikan seperti
quizizz,kahort dan banyak lagi. Di sini melatih murid untuk belajar menggunakan
teknologi dengan betul untuk mencari bahan pembelajaran tanpa perlu bersemuka
dengan guru. Sebagai contoh, guru meminta murid mencari contoh pakaian yang
menutup aurat di internet. Di sini murid dapat kemahiran menggunakan medium
digital dan belajar cara berpakaian mengikut syariat.

6
3) Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

Menurut Nasir (2015) media massa dilihat sebagai medium yang sangat penting dan
berperanan sebagai medium penyampai maklumat yang berkesan dan pantas
kepada masyarakat. Dengan situasi Pdpr sekarang medium ini amatlah sesuai
digunakan. Segala maklumat dan info berkaitan topik murid akan dapat dengan
hujung jari sahaja. Sebagai contoh murid mencari doa-doa pilihan dan selawat di
youtube. Manakala, guru pula menggunakan telegram video call untuk mengadakan
sesi PdP dengan murid.

4) Kecerdasan pelbagai pula diaplikasikan

Dalam pendidikan, perkembangan kecerdasan minda pelajar diberi penegasan agar


pelajar dapat menyesuaikan diri; mencapai kejayaan dalam kehidupan serta
bersedia untuk berada dalam masyarakat masa hadapan Othman (2010). Antara
kecerdasan yang boleh diaplikasikan dalam bidang akhlak ini seperti, kecerdasan
verbal-linguistik (membuat koleksi doa-doa pilihan seperti doa makan, tidur, naik
kenderaan dan sebagainya, kecerdasan visual-ruang (menyediakan makan mengikut
tertib), kecerdasan kinestetik (adab beriadah), kecerdasan muzik (menghafal doa
dengan nyanyian), kecerdasan interpersonal (bersilaraturrahim dengan jiran dan
guru), kecerdasan intrapersonal ( guru mendorong murid untuk berusaha mencari
ilmu demi mencapai cita-cita di masa hadapan) dan kecerdasan naturalis (menjaga
alam sekitar dengan baik).

5) Pembelajaran kontekstual

Bermaksud hubungkait pembelajaran dengan persekitaran. Guru mendorong murid


dalam adab bersyukur dengan nikmat Allah, berbuat baik dengan jiran,keluarga,
sahabat dan guru. Selain itu guru perlu sentiasa mengingatkan murid tentang tujuan
hidup sebagai hamba di muka bumi ini ialah sebagai khalifah. Selain itu,guru boleh
mengkaitkan alam yang dikurniakan Allah ini perlu kita jaga dan manfaatkan sebaik-
baiknya.

7
6) Pembelajaran konstruktivisme

Menurut Sugrah (2019) Konstruktivisme adalah teori tentang bagaimana pelajar


membangun pengetahuan dari pengalaman, yang unik untuk setiap individu.
Sebagai contoh guru meminta murid berkongsi pengalaman pahit yang pernah dilalui
contoh murid pernah jatuh basikal, kemudian guru mengkaitkan dengan nikmat
bersyukur dengan nikmat Allah iaitu menghargai nikmat sihat. Selain itu guru boleh
meminta murid berkongsi cita-cita bila murid besar nanti kemudian guru memberi
dorongan kepada murid untuk menuntut ilmu supaya dapat mencapai cita-cita.

7) Kajian masa depan

kehadiran sesuatu teknologi seperti augmented reality (AR) perlu dikenal pasti
potensi yang membolehkan ia benar-benar memberi manfaat kepada pendidikan dan
juga perlu dikenal pasti bentuk atau kandungan (pengisian) yang sesuai di mana ia
menjadi lebih bermakna kepada pendidikan Saforrudin (2016. Teknologi ini boleh
diaplikasikan dalam Pendidikan Islam tapi masih belum kajian berkaitan dengannya
melainkan dalam subjek Bahasa melayu dan sains sahaja.

KESIMPULAN

Kurikulum adab dan akhlak yang telah disusun bagi murid sekolah rendah berdasarkan
dokumen standard kurikulum dan pentaksiran yang merangkumi empat aspek berkaitan
dengan adab terhadap diri sendiri, adab bersosial dan masyarakat, adab dengan pencipta
dan adab dengan Rasulullah SAW sangat bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Islam
yang ingin melahirkan insan yang patuh pada agama, seimbang rohani dan
jasmani,berakhlak mulia dan bermasyarakat. Selain itu kurikulum adab dan akhlak ini telah
memenuhi kebanyakan kemahiran bernilai tambah yang merupakan salah satu kaedah dan
strategi pedogogi pembelajaran bermakna. Oleh itu, bagi merealisasikan pembentukan
generasi berakhlak mulia, para guru Pendidikan Islam perlu mengambil tanggungjawab ini
dengan rasa rela hati selain menghayati peranan sebenar seorang guru seperti yang
dikehendaki oleh Allah dan RasulNya Hussin (2005).

(1158 Patah Perkataan)

8
RUJUKAN
Al-Quran

Abd Manan, F., Embi, M. A., & Mahamod, Z. (2010). Kerangka Pembangunan Dan Penilaian
Modul Belajar Cara Belajar Bahasa Melayu Pelajar Asing Institusi Pengajian Tinggi
Malaysia. Asean Journal Of Teaching And Learning In Higher Education, 2(2), 64-76.

Hussin, R. (2013). Pendekatan Teori Pembelajaran Kognitivisme Dalam Pendidikan Seni


Visual (Psv). Kupas Seni: Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 1.

Hussin, Z. (2005). Mendidik Generasi Berakhlak Mulia: Fokus Peranan Guru Pendidikan
Islam [Educating A. Masalah Pendidikan, 28, 79-94.

Kementerian Pendidikan Malaysia.(2017).Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran


Sekolah Rendah

Mokhtar, A., & Mahamod, Z. (2018). Jenis-Jenis Penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah
Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu Berdasarkan Tajuk Pengajaran (The Types
Of Absorption Of Value Added Skills In The Teaching Of Malay Language Teachers’
Based On Subject Of Teaching). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(2), 22-32.

Nasir, N. N. A. M., & Ahmad, J. H. (2015). Facebook Dan Media Massa: Keberkesanan
Dalam Menyampaikan Mesej Alam Sekitar Kepada Masyarakat (Facebook And Mass
Media: The Effective Delivery Of Environmental Messages To
Society). Akademika, 85(1).

Othman, I., & Yaakub, R. (2010). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pelaksanaan
Kurikulum. Journal Of Educators & Education/Jurnal Pendidik Dan Pendidikan, 25.

Saforrudin, N., Zaman, H. B., & Ahmad, A. (2016). Pengajaran Masa Depan Menggunakan
Teknologi Augmented Reality Dalam Pendidikan Bahasa Melayu: Tahap Kesedaran
Guru. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2), 1-10.

Sugrah, N. (2019). Implementasi Teori Belajar Konstruktivisme Dalam Pembelajaran


Sains. Humanika, Kajian Ilmiah Mata Kuliah Umum, 19(2), 121-138.

9
Suhid, A. (2005). Pemantapan Komponen Akhlak Dalam Pendidikan Islam Bagi Menangani
Era Globalisasi (Strengthening Moral Component In Islamic Education In Facing The
Era Of Globalization). Jurnal Kemanusiaan, 3(2).

10

Anda mungkin juga menyukai