Anda di halaman 1dari 10

FAKULTI PENDIDIKAN & PEMB.

MANUSIA
PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSI DAN SOSIAL KANAK-KANAK CERDAS
KBC3023

TAJUK
TEORI GAGNE


KUMPULAN KULIAH: A
SEMESTER 3 2009/2010
NAMA PENSYARAH
DR MD. NASIR BIN MASRAN
NAMA AHLI KUMPULAN
NAMA NO. ID
NUR SYAMIM BINTI ABD RAHIM

D20091034806
NURUL HAZWANI BINTI NIK CIK

D20091034765



Abstrak
Tugasan ini membincangkan tentang Kerangka Teori daripada Model yang
Membezakan di antara Istilah Pintar Cerdas dengan Bakat menurut Gagne.
Permulaan tugasan ini ada diselitkan maklumat latar belakang Gagne.
Beliau merupakan profesor psikologi pendidikan. Beliau telah banyak
menghasilkan teori dan artikel berkaitan pendidikan. Teori daripada Model
yang Membezakan di antara Istilah Bakat dengan Pintar Cerdas ini adalah
hasil beliau sekitar tahun 1995. Tercetusnya teori ini apabila timbul
kecelaruan penggunaan perkataan berbakat dan Pintar Cerdas. Teori ini
bermula dengan Pintar Cerdas yang mempunyai aptitud yang tinggi dalam
domain-domain tertentu. Domain-domain ini akan melalui proses
perkembangan yang dirangsang oleh pemangkin persekitaran dan
pemangkin intrapersonal. Pemangkin ini akan mencorakkan bakat yang
akan terhasil samada positif atau negatif. Pemangkin yang positif akan
menyerlahkan bakat yang sedia ada manakala pemangkin yang negatif akan
memadamkan bakat yang sedia ada.










1.0 LATAR BELAKANG



Robert Mills Gagne telah dilahirkan pada 21 Ogos 1916, di North Andover, Massachusetts. Dia
telah menadapat gelaran A.B dari Yale pada tahun 1937 dan Ph. D dari Brown University pada
tahun 1940. Dia adalah merupakan seorang professor psikologi pendidikan di Connecticut
College untuk perempuan dari tahun 1940 hingga tahun 1949, kemudiannya di Pennsylvania
State University dari 1945 sehingga 1946. Seterusnya ialah di Princeton dari tahun 1958 hingga
tahun 1962 dan di University of California di Bakeley. Dia juga pernah menjadi seorang
professor di Jabatan Pendidikan Penyelidikan di Florida State University di Tallahassee bermula
pada tahun 1969.
Gagne juga pernah menjawat jawatan sebagai pengarah penyelidikan untuk Tentera
Udara pada tahun 1949 hingga tahun 1958 di Lackland, Texas dan di Lowry, Colorado. Dia telah
bekerja sebagai perunding untuk Jabatan Pertahanan dari tahun 1958 hingga 1961 dan pernah ke
Amerika Syarikat Dinas Pendidikan dari tahun 1964 hingga 1966. Selain itu, dia juga pernah

menjawat jawatan sebagai pengarah penyelidikan di American Institute of Research di Pittsburgh
pada tahun 1962 hingga 1965.
Setiap pekerjaan Gagne mempunyai pengaruh yang besar dalam pendidikan Amerika dan
pada latihan ketenteraan dan industri. Gagne dan Briggs di antara pengembang awal dari konsep
design sistem instruksional yang menunjukkan bahawa semua bahagian dari suatu pelajaran
atau tempoh arahan boleh dianalisis serta semua bahagian boleh direka untuk beroperasi bersama
sebagai rancangan bersepadu untuk setiap arahan. Dalam sebuah artikel yang bertajuk
Teknologi Pendidikan dan Proses Pembelajaran (Pendidikan Peneliti, 1974), arahan Gagne
ditakrifkan sebagai rangkaian peristiwa yang dirancang dari luar yang mempengaruhi proses
belajar dan juga akan meningkatkan pembelajaran.
Gagne juga terkenal dengan teorinya yang canggih iaitu tindak balas ransangan dari lapan
jenis cara belajar yang berbeza dalam kualiiti dan kuantiti tindak balas ransangan yang terlibat
dari tahap sederhana sehingga tahap yang paling komplek iaitu isyarat belajar, pembelajaran
tindak balas pembelajaran, rantaian pembelajaran, persatuan verbal, dikriminasi belajar, konsep
belajar, kaedah belajar dan juga cara penyelesaian masalah.
Gagne berpendapat bahawa banyak keahlian yang dapat dianalisis ke dalam hierarki
perilaku, iaitu disebut sebagai hierarki belajar. Seorang pengajar akan mengembangkan suatu
hierarki belajar untuk sesuatu yang haru diajarkan dengan menyatakan kemahiran yang akan
dipelajari sebagai suatu perilaku tertentu dan kemudiannya akan bertanya dan menjawab soalan
contohnya Apa yang anda tahu dan bagaimana melakukannya dalam rangka untuk melakukan
tugas ini, setelah hanya petunjuk yang diberikan. Gagne juga telah menguji konsep hierarki
pembelajaran dalam kajian, terutamanya dengan menggunakan kemahiran hierarki sederhana.
Penemuannya seringkali cenderung dalam menyokong idea-idea pembelajaran hierarki dan
menunjukkan bahawa individu jarang belajar kemahiran yang lebih tinggi dan tanpa mengetahui
kemahiran yang lebih rendah.
Selaian itu, Gagne juga telah menulis dan mengedit banyak buku dan artikel. Antaranya
ialah Keadaan Belajar (1965, 1970,1977 dan 1985), buku ini mungkin telah dianggap sebagai
teks klasik. Selain itu ialah Prinsip Design Instruksional (LJ Briggs 1974, 1979, 1992) dan
Psikologis prinsip dalam Sistem Pembangunan (1962), yang sebahagiannya didasarkan kepada
penelitian dalam latihan ketenteraan dan juga artikel-artikeldi Phi Delta Kappan (Mei 1970).

2.0 Teori Gagne






















PINTAR CERDAS PEMANGKIN-PEMANGKIN BAKAT
(kesan-kesan positif/negatif)


INTELEK
Penaakulan induktif/deduktif,
ingatan, pemerhatian,
pertimbangang dll.
KREATIVITI
Keaslian, ciptaan, kejenakaan,
dll

SOSIOEFEKTIF
Kepimpinan, cekap, empati,
kesedaran kendiri, dll
PENGAMATAN /
MOTOR
Kekuatan, kordinasi,
ketahanan, kelembutan
badan dll
LAIN-LAIN
Pengamatan
AKADEMIK
Bahasa, Sains dll
PERMAINAN
BERSTRATEGI
Catur, video, puzzles dll
TEKNOLOGI
Mekanik, computer dll
SENI
Senilukis, drama, muzik
dll
TINDAKAN SOSIAL
Mengajar, kepimpinan
sekolah dll
PERNIAGAAN
Jualan, keusahawanan
SUKAN OLAHRAGA
Bola jaring, badminton
dll.
INTRAPERSONAL
Fizikal dan Psikologikal






PERSEKITARAN
Persekitaran, individu,
penglibatan dan peristiwa.
Proses
perkembangan

Pembelajaran-
latihan-percubaan


Kerangka Teori daripada Model yang Membezakan di antara Istilah Pintar Cerdas dengan Istilah
Bakat Menurut Gagne (1995)
Sehingga pertengahan 1980-an, definisi Pintar Cerdas dan bakat yang telah digunakan di
Australia adalah berlandaskan prestasi kejayaan seseorang dan kanak-kanak atau remaja yang
telah diklasifikasikan sebagai Pintar Cerdas adalah orang yang berjaya dan bermotivasi tinggi.
Walau bagaimanapun, definisi ini agak stereotaip dan cenderung mengabaikan individu yang
berbakat dalam beberapa aspek tetapi tidak mampu untuk menonjolkan prestasi yang tinggi.
Pada awal 1988, Persatuan Penyelidikan Senat di dalam pendidikan Pintar Cerdas di
Australia telah mengenalpasti beberapa kumpulan di kalangan Pintar Cerdas yang berisiko yang
belum dikenalpasti. Mereka adalah kanak-kanak Pintar Cerdas yang datang dari keluarga yang
berkemampuan rendah dan pelbagai budaya yang mana mempelajari Bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua. Selain itu, mereka juga adalah orang yang berbakat tetapi kurang upaya dan
mempunyai kecacatan fizikal seperti gangguan pendengaran, autisme dan sebagainya. Mereka
tinggal di kawasan pedalaman. Mereka adalah individu yang suka belajar tetapi telah
dimusnahkan dengan sistem pendidikan yang kurang mencabar dan bosan bagi mereka. Di
samping itu, mereka juga memendam kemampuan bakat mereka supaya diterima oleh rakan-
rakan.
Justeru, model yang telah diperkenalkan oleh Robert Gagne ini adalah hasil usaha beliau
dalam mengurangkan kecelaruan yang timbul kerana penggunanaan perkataan Pintar Cerdas dan
Berbakat yang telah dicampur adukkan. Teori ini telah menyediakan sejumlah besar idea-idea
berharga untuk pelatih dan guru. Gagne telah mendefinisikan Pintar Cerdas sebagai kebolehan
atau kemampuan semulajadi yang dimiliki melebihi kemampuan usia seseorang. Menurut Gagne
seseorang itu mungkin dilahirkan dengan aptitud atau kecenderungan semula jadi untuk
melakukan sesuatu. Domain-domain aptitud adalah pelbagai termasuk aspek intelek, penghasilan
kreatif, sosioefektif, pengamatan dan lain-lain. Aptitud ini merujuk kepada potensi kecekapan
seseorang untuk melakukan sesuatu.
Jika Pintar Cerdas didefinisikan sebagai kemampuan yang tinggi, bakat pula ialah
prestasi tinggi. Gagn mendefinisikan bakat sebagai prestasi atau prestasi pada tahap nyata di
luar apa yang diharapkan pada usia tertentu. Seperti yang boleh dilihat dari diagram, bakat dalam
domain kemampuan khusus dapat diterjemahkan menjadi bakat dalam bidang yang berbeza
daripada prestasi. Antara jenis bakat yang terhasil ialah akademik, permainan berstrategi,
teknologi, seni, tindakan sosial, perniagaan dan suka olahraga.
Pemangkin intrapersonal dan pemangkin persekitaran membantu dalam proses
pembinaan Bakat. Faktor keperibadian memberi impak kepada proses pembelajaran. Motivasi
dan ketekunan amat penting untuk kejayaan. Gagn menekankan bahawa ramai pelajar berbakat
yang masuk ke alam persekolah sekolah berubah menjadi tidak motivasi. Menurut diagram di
atas, motivasi yang positif adalah penting untuk mencapai potensi mereka jika mereka ingin
mengembangkan Pintar Cerdas menjadi bakat. Pelajar mesti yakin dengan kemampuan mereka
dan mereka harus menerima anugerah yang dimiliki.
Pemangkin persekitaran pula terdiri daripada persekitaran, individu, penglibatan dan
peristiwa. Persekitaran ini adalah persekitaran di mana individu tersebut menetap dan belajar.
Hal ini merangkumi masalah keluarga yang kebiasaan dihadapi oleh kanak-kanak Pintar Cerdas
seperti saiz keluarga, keadaan ekonomi keluarga dan sikap keluarga terhadap pendidikan. Selain
itu, orang terdekat kepada individu ini seperti ibu bapa, guru, rakan, masyarakat dan ahli
keluarga memainkan peranan yang amat penting dalam membina bakat. Golongan-golongan ini
mencorakkan bakat yang akan terhasil samada positif atau negatif.
Penglibatan merangkumi aktiviti, kursus, program dan lain-lain. Penglibatan ini juga
penting untuk membentuk Bakat. Penglibatan individu Pintar Cerdas dalam setiap aktiviti
menambahkan lagi pengalaman dan proses pembelajaran mereka. Pengalaman ini boleh
digunakan untuk meningkatkan lagi motivasi diri mereka. Pemangkin persekitaran yang terakhir
ialah peristiwa. Peristiwa memberi impak dalam kehidupan setiap individu. Peristiwa negatif
seperti kemalangan akan membantutkan proses perkembangan.
Model ini, telah meletakkan teras-teras kepentingan terhadap proses perkembangan yang
meliputi pembelajaran, latihan dan percubaan. Oleh itu, bagi individu yang asalnya berpotensi
menjadi pintar cerdas apabila melalui proses-proses perkembangan tersebut yang telah dipacu
oleh pemangkin-pemangkin intrapersonal dan persekitaran.
Antara potensi-potensi atau bakat yang bisanya ada pada individu adalah dari segi
intelek iaitu seperti penaakulan, induktif atau deduktif, ingatan,pemerhatian, pertimbangan dan
lain-lain. Kemudian dari segi kreativiti iaitu keaslian, ciptaan, kejenakaan dan lain-lain. Dari segi
sosioafektif pula, adalah merangkumi kepimpinan, cekap, empati dan mempunyai kesedaran
kendiri. Selain itu juga ialah dari segi pengamatan atau motor iaitu mempunyai kekuatan,
kordinasi, ketahanan badan dan kelembutan badan. Dan yang lain-lainnya dari segi pengamatan
atau kepekaan.
Potensi-potensi yang dimiliki oleh sesorang individu ini pula akan melalui proses-proses
perkembangan iaitu akan mengalami proses pembelajaran, latihan dan juga percubaan sama ada
dibantu oleh pemangkin intrapersonal atau pemangkin persekitaran. Pemangkin intrapersonal
adalah merangkumi keadaan fizikal seseorang individu iaitu dari segi kesihatan, penampilan dan
lain-lain serta Psikologikal iaitu dari segi motivasi, kemahuan dan personaliti yang diberikan
kepada individu.
Manakala pemangkin persekitaran pula, termasuklah keadaan persekitaran iaitu dari segi
fizikal, sosial, makro atau mikro dan lain-lain. Selain itu ialah individu yang telah membantu
seperti ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan dan juga mentor. Disamping itu, adalah penglibatan
individu itu sendiri iaitu dengan menyertai aktiviti, kursus dan juga program-program atau
individu itu sendiri pernah berlakunya sesuatu peristiwa ke atas dirinya iaitu dari segi
pengalaman, anugerah yang pernah diperolehi serta pengalaman yang pernah menimpa.
Melalui wujudnya pemangkin-pemangkin ini akan membentuk bakat dalam bidang-
bidang yang bersesuaian dengan potensi-potensi yang dimiliki oleh setiap individu. Antaranya
ialah dalam bidang akademik iaitu dari segi bahasa, sains dan lain-lain. Kemudian berbakat
dalam permainan berstrategi iaitu berbakat dalam bermaian catur, video, dan pulzzles. Selain itu
juga, berbakat dalam teknologi iaitu dalam mekanik, computer dan lain-lain. Ada juga
mempunyai bakat dalam seni iaitu senilukis, drama dan juga muzik. Bukan itu sahaja, tetapi turut
berbakat dalam perniargaan iaitu dalam hal-hal seperti jualan dan keusahawanan. Di samping itu,
mempunyai bakat dalam tindakan sosial iaitu yang berkaitan dengan mengajar, kepimpinan
sekolah dan lain-lain lagi serta mempunyai bakat dalam sukan olahraga.
Sebagai contoh, misalnya seorang anak yang mempunyai potensi atau aptitude intelek
yang tinggi akan berjaya untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaanya. Pelajar
ini mungkin berada pada kedudukan 3 peratus teratas dalam kumpulan yang mempunyai umur
yang sama dengannya dalam keputusan peperiksaan tersebut. Oleh itu, pelajar ini telah dianggap
sebagai pelajar yang pintar cerdas akademik. Hal ini mungkin disebabkan oleh pemangkin-
pemangkin yang telah membantu pelajar ini ketika melalui proses perkembangan. Mungkin
pemangkin persekitaran telah membantu pelajar ini, iaitu melalui peranan seseorang individu
sama ada ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan atau mentornya yang telah memberikan dorongan
kepadanya.
Tetapi berbeza pula dengan pelajar ini, dia juga mempunyai potensi dan aptitud yang
tinggi, namun dia tidak termasuk dalam senarai 3 peratus pelajar teratas yang cemerlang. Hal ini
mungkin disebabkan terdapat masalah semasa pelajar ini melalui proses perkembangan.
Mungkin pemangkin intrapersonal dan pemangkin persekitaran tidak membantunya. Masalah ini
juga terjadi mungkin disebabkan oleh faktor persekitaran yang tidak membantu, atau pelajar ini
mempunyai masalah berkaitan dengan personaliti atau dia kurang berminat dalam biadang ini,
tetapi lebih meminati bidang-bidang lain seperti bidang seni dan sukan.
Selain itu, pelajar yang mempunyai potensi pengamatan iaitu mempunyai kekuatan dan
daya ketahanan yang tinggi. Bagi mencapai bakat yang sebenar pelajar ini perlu melalui proses-
proses perkembangan. Pemangkin intrapersonal atau pemangkin persekitaran akan membantu
bagi pelajar ini mencapai bakat. Misalnya dalam pemangkin persekitaran iaitu faktor
psikologikal yang datangnya dari kemahuan pelajar itu sendiri. Selain itu, mungkin juga
datangnya dari pemangkin persekitaran iaitu disebabkan oleh dorongan dari individu seperti ibu
bapa, guru-guru, rakan-rakan serta mentornya.
Bagi pelajar yang mempunyai potensi dalam kreativiti pula, apabila melalui proses
perkembangan dan dibantu oleh pemangkin intrapersonal atau pemangkin persekitaran, akan
menerbitkan bakat dalam bidang seni sama ada dalam seni lukis, drama dan muzik. Manakala
bagi pelajar yang mempunyai potensi berkaitan dengan sosioefektif iaitu berkaitan dengan
kepimpinan, cekap, empati, kesedaran kendiri serta lain-lain apabila melalui proses
perkembangan dan dipacu oleh pemangkin intrapersonal atau pemangkin persekitaran akan
terbentuknya bakat dalam bidang tindakan sosial iaitu dalam mengajar dan juga kepimpinan
sekolah. Semasa melalui proses perkembangan padu, pelajar ini telah dibantu oleh pemangkin
intrapersonal yang berkaitan dengan fizikal. Pelajar ini mungkin mempunyai penampilan yang
mampu menonjolkan dirinya untuk menjadi seorang yang dapat memberikan kepimpinan.


3.0 Rujukan

Gifted and Talented Education : Professional Development Package for Teachers (2009).
Diperoleh pada September 28, 2010 daripada
http://www.araratcc.vic.edu.au/webstudy/curriculumatwork/giftededucation/files/early/mod1/mo
d1_pretest.htm

Noriah Mohd Ishak, Rosadah Abd Majid, Siti Fatimah Mohd Yassin (2009). Permata Pintar:
Pengalaman UKM. Selangor: Pusat PERMATApintar Negara.

Anda mungkin juga menyukai