Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan

Dalam perkembangan pendidikan dewasa ini, antara topik yang hangat sekali
dibincangkan di dalam seminar-seminar,persidangan dan konvensyen sama ada di
peringkat negeri mahupun di peringkat antarabangsa adalah berkenaan masalah
pelanggaran disiplin di sekolah.Saban hari pelanggaran disiplin di kalangan murid di
sekolah semakin meningkat.Setiap hari kita akan disajikan dengan berita-berita
kemerosotan disiplin dalam kalangan murid.Kesannya,proses pengajaran dan
pembelajaran bukan sahaja tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan,malah guru-guru
kini dibebankan dengan dua tanggungjawab iaitu mendidik anak bangsa dan di masa
yang sama membanteras pelanggaran disiplin dikalangan murid. Antara kes disiplin
yang sering berlaku ialah gejala buli. Hakikatnya sekarang, masalah disiplin di sekolah
semakin serius. Tindakan segera perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.Semua
pihak perlu berganding bahu melaksanakan bentuk tindakan yang sewajarnya sebelum
segala-galanya menjadi lebih parah dan tidak dapat dibendung.

2.0 Kajian Kes

Terdapat satu kes buli yang dilaporkan pada bulan November 2017.Difahamkan
pada 4 November, mangsa diminta menghadiri perjumpaan kelas di sebuah bilik gelap
sebelum matanya diikiat dengan kain pelikat dan tangannya dipegang oleh seorang
pelajar. Mangsa dipukul bertubi-tubi oleh seorang pelajar.Kejadian buli itu dilapor
didalangi seorang pelajar senior tingkatan lima selepas mangsa dikatakan mengaku
mencuri wang milik rakannya di tiga bilik berasingan asrama sekolah tersebut. Akibat
daripada kejadian itu, mangsa mengalami kesan lebam dan calar di seluruh badan
selain disahkan mengalami kesukaran membuang air kecil. Kes ini disiasat mengikut
Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Kejadian ini membuktikan betapa
seriusnya fenomena buli di kalangan pelajar sehingga ada yang tercedera.

Buli pada asasnya adalah penyalahgunaan kuasa. Ia adalah operasi psikologikal


atau fizikal yang berulang-ulang terhadap individu yang lemah oleh individu atau
kumpulan yang lebih berkuasa. Menurut Smith dan Thompson pula(1991), buli
didefinisikan sebagai satu set tingkah laku yang mana dilakukan secara sengaja dan
menyebabkan kemudaratan secara fizikal serta psikologi penerimanya. Tingkah laku buli

1
termasuklah tindakan-tindakan yang bersifat mengejek, penyisihan sosial dan memukul.
Perlakuan buli di sekolah telah dikenal pasti secara universal sebagai perosak psikologi,
sosial dan perkembangan kanak-kanak. Banks (2000), menghuraikan perlakuan buli
sebagai mempersendakan, menghina, mengancam, memukul, mencuri dan serangan-
serangan langsung yang dimulakan oleh seorang atau lebih terhadap mangsa. Daripada
ulasan-ulasan diatas, dapat dirumuskan bahawa buli ialah sejenis tingkah laku
keganasan dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan oleh seorang atau
sekumpulan individu ke atas individu lain yang tidak berupaya untuk mempertahankan
dirinya dengan niat untuk menyakiti, mengancam, menakutkan atau meletakkannya
dalam keadaan yang tertekan secara sengaja.
Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada perlakuan buli. Antara faktor
yang paling kuat ialah masalah keluarga. Penceraian ibu bapa atau terlalu dimanja oleh
ibu bapa mungkin boleh mengakibatkan anak-anak menjadi seorang pembuli.Selain
itu,pengaruh rakan sebaya. Perlakuan buli ini menjadi semakin berleluasa apabila
pelajar yang suka membuli mempengaruhi rakan lain untuk sama-sama
membuli.Tambahan lagi,faktor persekitaran turut menyumbang kepada perlakuan
agresif tersebut. Faktor persekitaran ini membabitkan sikap ibu bapa dan masyarakat
yang kurang berdisiplin hingga menyebabkan penerapan nilai-nilai ini dalam diri para
remaja. Seterusnya,pengaruh media seperti televisyen, filem dan juga Internet juga tidak
boleh diketepikan dalam memperkatakan tentang isu ini.Faktor lain yang mungkin
menyebabkan seseorang murid menjadi pembuli adalah kerana mereka pernah
dibuli.Buli juga mungkin berkaitan dengan emosi para pelajar. Murid-murid mudah
terbawa-bawa dengan emosi terutamanya yang bersifat negatif. Sesetengah pelajar
atau remaja ini mempunyai emosi dan ego yang tinggi manakala yang lain pula
mempunyai perasaan rendah diri (inferiority complex).

3.0 Model Pengurusan Disiplin Bilik Darjah bagi Mengatasi Masalah Buli

Setelah menganalisis dengan mendalam mengenai gejala buli yang berlaku di


sekolah,saya dapati gejala buli kebiasaannya berlaku di kalangan murid yang
sebaya.Oleh itu,saya berpendapat Model Beyond Discipline Alfie Kohn adalah model
pengurusan disiplin yang paling sesuai untuk digunakan dalam menangani gejala buli di
sekolah. Model ini telah dipelopori oleh Alfie Kohn yang juga seorang bekas guru. Kohn
menyatakan komuniti bilik darjah ialah sebuah tempat murid-murid berasa disayangi dan

2
menyayangi antara satu sama lain.Mereka rasa dihargai dan dihormati;dimana setiap
murid adalah penting antara satu sama lain dan juga kepada guru.Mereka melihat diri
mereka di dalam kelas sebagai “satu”,mempunyai rasa kepunyaan dan dipunyai.
Hasilnya, mereka berasa selamat di dalam bilik darjah bukan sekadar secara fizikal
tetapi juga secara emosi (Kohn,2001). Keutamaan Kohn adalah membina bilik darjah
yang penyayang dan prihatin.

Kohn mencadangkan beberapa strategi untuk membantu guru dan sekolah


membentuk komuniti bilik darjah yang penyayang.Pertama,membina hubungan antara
murid dengan guru.Murid akan mengambil berat tentang orang lain sekiranya mereka
merasakan dirinya diberi perhatian.Sekiranya keperluan emosi mereka dipenuhi,murid
akan lebih cenderung untuk membantu orang lain dan mengurangkan sikap
mementingkan diri sendiri.Kedua,meningkatkan hubungan antara murid.Hubungan
antara murid boleh dipertingkatkan melalui pembelajaran kooperatif.Dengan ini,murid
akan lebih mengenali dan menyayangi murid lain.Ketiga,mengadakan perjumpaan kelas.
Dengan cara ini,guru akan dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai
masalah murid dan persekitaran pembelajarannya.Keempat,mengadakan aktiviti yang
melibatkan kelas dan sekolah. Bagi membangunkan kesedaran dalam komuniti,murid
perlu diberi peluang untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kelas bagi mewujudkan
semangat berpasukan.Strategi yang terakhir ialah mengadakan perbincangan
akademik.Perjumpaan akademik kelas juga boleh digunakan untuk berkongsi dan
berbincang perkara-perkara yang melibatkan akademik.

Kesimpulannya,sekiranya komuniti bilik darjah penyayang ini dapat


diwujudkan,saya yakin gejala buli dikalangan murid sekolah dapat kita atasi. Menerusi
model ini,murid bukan sahaja akan lebih menyayangi antara satu sama lain,malah
mereka akan merasakan setiap seorang dari rakannya adalah penting. Selain itu,murid
juga akan melihat diri mereka dan rakan-rakan sebagai “satu” dimana mereka akan
menghormati rakan lain sebagaimana mereka ingin dihormati.

4.0 Terapi Bimbingan dan Kaunseling Untuk Menangani Masalah Buli.

Menurut kamus perubatan Mosby (2001), terapi didefinisikan sebagai rawatan


pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang penyakit dengan tujuan

3
mengembalikan kefungsian badan secara normal. Manakala dalam konteks pendidikan
pula,terapi boleh didefinisikan sebagai suatu kaedah untuk membantu seseorang
individu untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang
tertentu.Terdapat pelbagai jenis terapi antaranya ialah terapi bermain,terapi muzik,terapi
bercerita,terapi seni dan sebagainya.Pada pendapat saya,terapi yang paling
bersesuaian untuk membantu menangani gejala buli ialah terapi seni.
Terapi seni adalah proses pemulihan sikap dan emosi.Gabungan antara kaedah
psikologi,perlakuan,bakat dan disiplin diri boleh dijadikan ruang untuk terapi seni diolah
sebagai mekanisme pemulihan.Terapi seni juga adalah kaedah untuk menggalakkan
pesakit meluahkan perasaan pemikiran mereka yang tidak boleh dilahirkan dengan
perkataan melalui seni terutama lukisan.Menerusi aktiviti seni,seseorang individu bukan
sahaja dapat meningkatkan kesedaran diri,meningkat keupayaan kognitif,merasai
keseronokan kehidupan malah mereka juga dapat mengendalikan simptom-simptom
tekanan atau pengalaman yang traumatik dalam hidup.
Terapi seni merupakan suatu cara untuk meluahkan perasaan,meningkatkan
kekuatan spiritual,menenangkan fikiran dan membawa diri seseorang itu ke tahap
kesedaran yang paling tinggi.Antara sebab terapi seni sering menjadi pilihan sebagai
kaedah membantu kanak-kanak atau remaja adalah kerana ia menyediakan ruang
perluahan perasaan yang terkawal dan selamat.Selain itu,ia juga menyediakan suatu
medium kepada kanak-kanak dan individu yang tidak berupaya meluahkan perasaan
yang dirasai.
Seni merupakan medium yang “selamat” untuk meluahkan perasaan yang
terpendam tanpa perlu menyatakannya dengan perkataan. Perkara-perkara di bawah
alam tidak sedar secara langsung akan dapat dilihat menerusi lukisan,misalnya apabila
wujud perasaan marah kepada seseorang,akan menyebabkan gambar individu itu tidak
diwarnakan, tidak dilukis atau dikaburkan.
Menerusi terapi seni,kita bukan sahaja dapat mengenali murid ,malah kita juga
dapat mengenali emosi dan masalah masalah dalaman yang tidak diluahkannya.
Menurut kajian,antara faktor utama murid menjadi pembuli ialah masalah keluarga,
pernah menjadi mangsa buli atau keperluannya emosinya tidak dipenuhi.Oleh itu,
menerusi terapi seni,guru dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai masalah
yang dialami murid yang mengakibatkan ia menjadi seorang pembuli dan seterusnya
mengambil langkah untuk mengubah tingkah lakunya.

4
5.0 Rumusan

Gejala buli dikalangan murid ini merupakan perkara yang perlu difikirkan secara
serius dan terperinci memandangkan mereka merupakan bakal pemimpin negara.
Negara memerlukan bakal pemimpin yang mempunyai keperibadian yang mulia untuk
merealisasikan Wawasan 2020. Tindakan sewajarnya perlu diambil dengan kadar
segera untuk menangani salah laku yang semakin membimbangkan ini. Jika tidak,ia
boleh menjadi barah dalam usaha membentuk masyarakat madani.

Kesimpulannya, masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan murid juga


merupakan satu proses pembelajaran dan pengajaran dalam hidup mereka. Oleh itu
guru harus pandai menanganinya dengan bijak dan berhemah supaya dapat
membentuk mereka menjadi insan modal kelas pertama.

5
RUJUKAN

Aminuddin ,H., & Siti Noor , M. (2007). Tahap disiplin pelajar sekolah masa kini : satu kajian di

Maahad Ahmadi Tanah Merah. Latihan Ilmiah. Universiti Teknologi Malaysia.

Azizi, Y., Jamaluddin, R.,& Karuppaya, K. Shoba. (2005). Faktor-faktor yang mempengaruhi

kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di Johor. Latihan Ilmiah. Johor.

Azneezal Ar-Rashid ,M. R., Nora, M.,& Siti Mislia , Selamat. (2005). Gejala buli.Latihan Ilmiah.

Universiti Teknologi Malaysia.

Banks, R. (2000). Bullying in schools. Eric Review, 7(1), 12-14.

Chin, Pek Lian.,Low, Li Chueen., & Vivian,Low Yen Yeong.(2005). Isu-isu masalah disiplin

pelajar : pendekatan dan penyelesaian.Latihan Ilmiah. Universiti Teknologi Malaysia.

Haliza, H., Joy, N. S. (2009). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Selangor : Oxford Fajar

Sdn. Bhd.

Khairil, M. (2006). Punca masalah disiplin pelajar dan langkah-langkah untuk mengatasinya –

satu tinjauan di 3 buah sekolah daerah Kulai, Johor. Latihan Ilmiah. Universiti Teknologi

Malaysia.

Smith, P.K. dan Thompson, D. (1991). Practical Approaches to Bullying. London: David Fulton.

Taniapa, Marydevi. (2006). Analisis masalah disiplin berat dalam kalangan pelajar di sebuah

sekolah menengah. Latihan Ilmiah. Institut Pendidikan Sultan Idris.

Anda mungkin juga menyukai