Anda di halaman 1dari 4

FORUM: ISU DAN CABARAN DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bismillahhirrohmanirrahim..Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Syukur kepada Ilahi, kerana dengan izin-Nya, dapat kita bersua kali ini di dalam forum ilmiah
ini bagi membincangkan berkenaan salah satu isu yang berlaku di dalam bidang pendidikan
pada masa kini. Sebelum itu saya ingin mengalukan kehadiran tuan puan pada majlis kita
pada hari ini. Semoga kita semua akan memperoleh manfaat yang berguna daripada sidang
maya ini. InsyaAllah.

Tajuk forum kita pada hari ini berkisar mengenai isu dan cabaran pendidikan semasa, yang
berfokuskan kepada isu dan cabaran penggunaan teknologi pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai pembuka bicara, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun.

Pergi ke Ipoh membawa ketupat,

Membawa bersama keropok roka,

Teknologi maklumat banyak manfaat,

Mari bincangkan buruk baiknya.

Tanpa melengahkan masa lagi saya ingin menjemput 2 orang ahli panel untuk
memperkenalkan diri.

Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel yang pertama, saudara Idham Hakimi. Saudara
Idham Hakimi merupakan guru pelatih di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail. Selamat datang
saya ucapkan.

Seterusnya ahli panel kedua, segak dan tampan, saudara Amirul Ashraf. Saudara Amirul
Ashraf juga merupakan guru pelatih dari IPG Kampus Dato’ Razali Ismail. Selamat datang
kami ucapkan.
Baiklah sebelum kita pergi dengan lebih jauh, izinkan saya menerangkan terlebih dahulu
berkaitan tajuk forum kita pada hari ini. Seperti yang kita semua tahu, kita telah pun
memasuki era globalisasi moden di mana, teknologi maklumat dan komunikasi telah pun
berkembang dengan sangat pesat. ‘Maklumat di hujung jari’ merupakan frasa yang sangat
popular bagi menggambarkan situasi ini. Kemajuan teknologi maklumat ini juga turut
mempengaruhi bidang pendidikan. Jadi pada hari ini kita akan membincangkan apakah
cabaran yang dihadapi dalam penggunaan teknologi pengajaran dan pembelajaran dan
bagaimanakah kita mampu mengatasi cabaran tersebut.

Jadi, sebagai pembuka forum kita pada kali ini, saya ingin bertanyakan soalan kepada panel
pertama kita, saudara Idham. Baik saudara, apakah yang sebenarnya yang dimaksudkan
dengan teknologi maklumat dan komunikasi ini?

Moderator :

Terima kasih panel pertama kita. Pendefinisian yang sangat padat dan jelas. Hadirin
sekalian, sememangnya kita akui penggunaan alat-alat teknologi maklumat dan penggunan
internet banyak membantu dalam kehidupan seharian kita. Saudara Idham telah
menegaskan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi merupakan suatu wadah dalam
penyampaian pelbagai maklumat di hujung jari terutamanya dalam aspek pendidikan di
mana guru memainkan peranan utama dalam penggunaan TMK dalam PdP. Malahan
penggunaannya sudah dianggap sebagai satu keperluan bagi sesetengah pihak
terutamanya masyarakat bandar.

moderator: Baiklah kita bergerak kepada panel yang seterusnya. Pada pendapat saudara
Amirul, apakah maksud isu dan cabaran daripada segi penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi?

moderator: Baiklah terima kasih saudara Amirul atas penerangan yang lebih berkenaan
definisi isu dan cabaran penggunaan TMK dalam PdP dari aspek sumber PdP. Penggunaan
buku teks yang telah dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab adalah tidak
asing lagi dalam dunia digital dan dianggap serius apabila melibatkan hak cipta terpelihara
yang menjadi hak mutlak kerajaan.
moderator: Persoalan saya kepada saudara Amirul, apakah langkah yang boleh
dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam mengatasi isu yang dibincangkan.

Moderator:

Terima kasih kepada panel kedua kita. Berdasarkan penerangan tadi, dapat kita lihat di sini
bahawa Melalui penggubalan Akta Hak Cipta 1987, pihak kerajaan dapat membanteras isu
yang berlaku di samping memastikan hak milik kerajaan tidak jatuh kepada tangan yang
salah dan digunakan dengan sewenang-wenangnya demi mengaut keuntungan. Oleh itu,
setiap sumber PdP yang dihasilkan adalah terpelihara dan dapat digunakan melalui saluran
yang betul.

Moderator: Baiklah tadi kita sudah jelas berkenaan langkah yang telah diambil oleh pihak
kerajaan dalam mengatasi isu dan cabaran pengggunaan teknologi PdP dari aspek
penggunaan sumber. Sekarang kita akan mendengar penerangan mengenai langkah dan
pendekatan yang boleh diambil oleh pihak bukan kerajaan dalam mengatasi isu dan
cabaran pengunaan tmk dalam pdp bahasa melayu? Saya tujukan soalan ini kepada panel
pertama kita, En Idham. Silakan.

Moderator:

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Idham atas penjelasannya sebentar tadi.
Berdasarkan hasil jawapan yang diutarakan oleh kedua-dua panel, dapat saya simpulkan
bahawa kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi yang kita capai pada hari ini juga
hadir bersama kelebihan dan kekurangan yang tersendiri terutamanya apabila
membincangkan konteks pendidikan. sedikit rumusan yang dapat kita buat pada hari ini
ialah, ICT atau teknologi maklumat bukanlah sesuatu yang baru atau asing lagi dalam
kehidupan seharian kita, begitu juga di dalam bidang pendidikan. Namun, ianya masih lagi
boleh dikategorikan sebagai salah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh para guru. Yang
pasti, kita tak akan dapat lari dari peredaran kemajuan dan globalisasi dunia yang semakin
berkembang pesat. Justeru, sebagai pendukung falsafah pendidikan negara, para guru
haruslah bersiap sedia bagi menghadapi cabaran ini.

Nampaknya masa amat mencemburui kita. Jadi,


Terima kasih saya ucapkan kepada kedua-dua panel ahli panel kita pada hari ini kerana sudi
hadir dan sudi menyuarakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini
memberikan sedikit pencerahan dan input yang bermanfaat kepada kita. Sebelum saya
mengundur diri, izinkan saya menyampaikan serangkap syair

Tuailah padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan;

Intailah kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.

Salam hormat. Sehingga kita bertemu lagi. Akhir kata,

Orang putih, orang Pakistan,

Terima kasih syukran jaziilan.

Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai